Kampung Jenjarom merupakan sebuah kampung Melayu yang terletak berhampiran bandar Jenjarom, Kuala Langat, Selangor.
Kampung Jenjarom terletak di dalam Mukim Tanjung Dua Belas Satu. Keluasan kampung ini dianggarkan kira-kira 22 km persegi. Kampung Jenjarom berada di dalam Kawasan Parlimen Kuala Langat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Datok. Antara kampung yang berdekatan dengan Kampung Jenjarom ialah Kampung Seri Cheding, Kampung Rambai dan Kampung Kebun Baru. Jalan utama Banting merupakan jalan yang menghubungkan antara kampung-kampung ini.
Aktiviti
Kegiatan perniagaan dan pelbagai aktiviti sukan yang diadakan oleh pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah mewujudkan kesinambungan silaturahim di antara penduduk Kampung Jenjarom dengan penduduk kampung sekitar. Aktiviti ini sekali gus menyumbang kepada cara hidup yang sihat di antara masyarakat kampung. Antara aktiviti yang sering diadakan ialah acara sukaneka, pertandingan bola tampar, perlawanan gasing, futsal, gotong-royong antara kampung serta aktiviti kesenian dan keagamaan seperti bermain gamelan dan Pertandingan Tilawah Al-Quran.
Sejarah
Bahagian ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Menurut catatan sejarah, Kampung Jenjarom mula diterokai oleh sekumpulan orang Melayu pada thun 1926 bersamaan 1346 Hijrah dalam Kalendar Islam. Kumpulan peneroka kebun ini diketuai oleh Tuan Haji Masrek Haji Narang yang juga berketurunan Banjar. Pada asalnya, tanah di Kampung Jenjarom hanya diusahakan sebagai kawasan perkebunan. Antara tanaman yang mereka usahakan ialah nanas, pisang, ubi kayu dan banyak lagi. Setelah selesai berkebun, kumpulan peneroka ini akan pulang ke rumah masing-masing yang terletak berhampiran Kampung Jenjarom seperti di Sungai Jarom, Sungai Buaya dan Kampung Sijangkang.
Jenjarom dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu Sungai Jarom dan Kampung Jenjarom. Nama Kampung Jenjarom berasal dari sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Rumput Purun. Pada masa dahulu, rumput ini banyak tumbuh di sekitar kawasan Kampung Jenjarom. Bentuknya yang tirus, tajam dan tersusun seperti jarum memberi ilham kepada peneroka kampung untuk menamakan kampung ini sebagai Kampung Jenjarom. Ia dibahagikan mengikut kawasan-kawasan tertentu, bermula dari Kawasan Satu hingga Kawasan 12. Setiap kawasan ditandakan dengan sebuah papan tanda.
Kampung Jenjarom pernah memenangi anugerah Kampung Terbaik Peringkat Negeri Selangor pada tahun 1999 manakala pada tahun 2000 Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) telah mengiktiraf Kampung Jenjarom sebagai Kampung Gerakan Daya Wawasan. Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga telah mengiktiraf kampung ini sebagai Komuniti Bestari pada tahun 2003.
Tarikan
Jenjarom mempunyai penduduk Cina yang ketara (Hokkien), dan kampung Jenjarom merupakan tempat terletaknya Institut dan Kuil Buddha Fo Guang Shan Dong Zen. Walaupun ini adalah terutamanya untuk penduduk Cina Buddha, masyarakat bukan-Cina manfaat daripada peluang pelancongan yang menarik: terdapat kira-kira satu perempat daripada satu juta pelawat pada tahun 2004.
Kuil FGS Dong Zen merupakan sebuah kuil yang besar dan cantik. Dikendalikan oleh Bahagian Fo Guang Shan (FGS) Malaysia, Buddha dan organisasi amal mempunyai akarnya di Taiwan. Diasaskan oleh Master Hsing Yun, perintah monastik mempunyai bab-bab di seluruh dunia dan berjuta-juta pengikut.
Bagi pengunjung kasual, masa terbaik untuk melawat adalah semasa atau berhampiran Tahun Baru Cina. Bekas lampu tambahan dipasang dan pesta bunga, pelampung, pameran kebudayaan diadakan. Trafik di Jenjarom amatlah sesak pada waktu Tahun Baru Cina kerana kuil FGS Dong Zen merupakan salah satu tempat melancong yang telah menarik pelancong dari dekat dan jauh. Bahagian yang terbaik ialah semuanya percuma. Tempat letak kenderaan percuma, bilik air percuma dan kemasukan percuma.