| Intisari agensi | |
|---|---|
| Dibentuk | September 1970 |
| Ibu pejabat | Jabatan Perdana Menteri, Aras 1, Bangunan Hal Ehwal Undang Undang, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62692, Wilayah Persekutuan, Putrajaya |
Menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Jabatan Perdana Menteri Malaysia |
Laman sesawang | Laman Web Rasmi Jabatan Bantuan Guaman |
Jabatan Bantuan Guaman (JBG; dahulu dikenali dengan nama Biro Bantuan Guaman (BBG)) ialah satu badan kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia yang memberi bantuan perundangan dari segi nasihat dan juga bantuan guaman dalam perkara berkaitan dengan undang-undang kepada mereka yang kurang berkemampuan atau tidak mampu untuk melantik peguam swasta bagi mewakili mereka di mahkamah. Ketua Pengarah BBG kini ialah Dr. Hj. Hassan bin Ab. Rahman.
Sejarah
Biro Bantuan Guaman (BBG) telah ditubuhkan pada September 1970 dengan objektif utamanya adalah untuk memberi khidmat nasihat dan bantuan guaman mengenai isu undang-undang yang dihadapi oleh golongan miskin. Ketika itu, BBG diletakkan di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara.
Pada 16 Januari 2011, nama Biro Bantuan Guaman telah ditukar kepada Jabatan Bantuan Guaman.
Ketua Pengarah
| Bil. | Nama | Tempoh jawatan |
|---|---|---|
| 1. | Encik Wan Yahya bin Pawan Teh | 28 Ogos 1970 – 15 Januari 1974 |
| 2. | Encik Gulam Mustaffa bin Nadar Ali | 16 Januari 1974 – 6 Oktober 1974 |
| 3. | Encik Nik Mohamed bin Nik Yahya | 7 Oktober 1974 – 30 April 1977 |
| 4. | Encik Abu Bakar bin Awang | 1 Mei 1977 – 31 Disember 1978 |
| 5. | Encik Halim bin Haji Mohamed | 1 Januari 1979 – 30 November 1980 |
| 6. | Cik Noor Faridah binti Ariffin | 1 Disember 1980 – 31 Disember 1983 |
| 7. | Encik Hashim bin Dato’ Haji Che Yusoff | 1 Januari 1984 – 15 Ogos 1988 |
| 8. | Encik Khairel Anuar bin Ujang | 16 Ogos 1988 – 15 November 1989 |
| 9. | Encik K.N Segara | 16 November 1989 – 31 Mei 1990 |
| 10. | Puan Siti Saleha binti Dato' Sheikh Abu Bakar | 1 Jun 1990 – 15 Februari 1992 |
| 11. | Dato' Wan Adnan@Addinan bin Muhamad | 16 Februari 1992 – 31 Julai 1993 |
| 12. | Tuan Haji Sulaiman bin Ismail | 1 Ogos 1993 – 15 Julai 1994 |
| 13. | Dato' Ahmadi bin Haji Asnawi | 16 Julai 1994 – 31 Mei 1996 |
| 14. | Encik Mohd Zawawi bin Salleh | 1 Ogos 1996 – 30 Jun 1997 |
| 15. | Puan Faridah binti Abrahim | 1 Oktober 1997 – 28 Disember 2006 |
| 16. | Dato' Dr. Hj. Hassan bin Ab. Rahman | 1 Jun 2007 – 4 Januari 2009 |
| 17. | Dato' Nik Hasmat binti Nik Mohamad | 1 April 2009 – 14 Ogos 2009 |
| 18. | Puan Siti Zawahir binti Mohamed | 16 November 2009 – 16 November 2015 |
| 19. | Datuk Haini binti Hassan | 16 November 2015 – 12 Julai 2019 |
| 20. | Puan Siti Salwa binti Musa | 15 Julai 2019 – 30 April 2021 |
| 21. | Dato' Wan Jeffry bin Kassim | 1 Mei 2021 – 2 Julai 2023 |
| 22. | Dato' Norazmi bin Mohd Narawi | 3 Julai 2023 – kini |








