![]() | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 30 Oktober 2002 |
Ibu pejabat | Blok B, Bangunan Zetro, Jalan 9/27C Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur. |
Menteri bertanggungjawab | |
Timbalan menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Kementerian Pertahanan Malaysia |
Laman sesawang | jlkn.mod.gov.my |
Jabatan Latihan Khidmat Negara (bahasa Inggeris: National Service Training Department, singkatan: JLKN) ialah agensi kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia yang mengurus pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). JLKN mula diwujudkan pada 30 Oktober 2002, dengan pelaksanaan rasmi PLKN bermula pada 16 Februari 2004. [1]
Sejarah
Penubuhan PLKN (2002–2004)
PLKN diperkenalkan oleh kerajaan pada 30 Oktober 2002 dan pengambilan pertama bermula pada 16 Februari 2004. Program ini diwujudkan bagi membentuk generasi muda yang berdisiplin, berpatriotisme dan bersatu padu. [2]
Penamatan PLKN (2018)
Pada 13 Ogos 2018, kerajaan Pakatan Harapan memansuhkan PLKN kerana isu kos tinggi (RM600 juta setahun) dan kritikan terhadap modul program. [2]
Pelancaran PLKN 3.0 (2023–kini)
Pada 9 Oktober 2023, kerajaan mengumumkan pelaksanaan semula PLKN sebagai PLKN 3.0. Program baharu ini menekankan disiplin ketenteraan dan pembinaan jati diri melalui kerjasama ATM. [3]
Fungsi dan Objektif
- Membentuk generasi belia berdisiplin dan patriotik.
- Memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional.
- Membangunkan daya tahan fizikal dan mental belia.
- Menyediakan asas kemahiran pertahanan awam dan khidmat masyarakat. [1]
Struktur Organisasi
JLKN diketuai oleh:
- Ketua Pengarah: Datuk Ya’cob bin Samiran
- Beroperasi di bawah arahan terus Menteri Pertahanan Malaysia dan Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia.
Pelaksanaan PLKN 3.0 (2025)
Program ini dijalankan di kem tentera dan menggunakan modul 70% latihan ketenteraan asas, 30% kenegaraan dan jati diri. [4] Kem tersebut mengasingkan jantina dan dijalankan pada 11 Mei 2025 supaya mengelak pergaulan bebas mahupun gangguan seksual
Siri | Tarikh | Lokasi | Peserta |
---|---|---|---|
Siri 1/2025 | 12 Januari 2025 – 25 Februari 2025 | Kem Rejimen 515 AW, Kuala Lumpur | 116 pelatih
(Lelaki & Perempuan) |
Siri 2/2025 | 11 Mei 2025 – 24 Jun 2025 | Kem Rejimen 505 AW, Pahang (Lelaki) & Rejimen 515 AW ,Kuala Lumpur (Perempuan) | 550 pelatih |
Siri 3/2025 | 7 Sep 2025 – 21 Oktober 2025 | Lokasi sama | Akan diumumkan |
Modul Latihan
- Latihan Fizikal & Ketenteraan
- -Antara latihan dijalankan oleh pelatih PLKN 3.0 seperti kawad kaki,abseling,rapeling,iktihar hidup,rentas halangan dan latihan asas raifal Colt M16
- Patriotisme & Kenegaraan
- Khidmat Komuniti
- Pengurusan Diri & Jati Diri
Isu dan Kritikan
- Kos tinggi pelaksanaan.
- Isu keselamatan (kemalangan semasa latihan).
- Tanggapan indoktrinasi politik oleh pihak tertentu. [1]
Undang-undang Berkaitan
Kegagalan hadir tanpa sebab yang sah dan munasabah akan dikenakan tindakan undang-undang denda RM3,000 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali di bawah Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628). [4]
Pautan Luar
Rujukan
- ^ a b c "Program Latihan Khidmat Negara PLKN". eCentral.my. Dicapai pada 31 Julai 2025.
- ^ a b "National Service in Malaysia". Malay Mail. Dicapai pada 31 Julai 2025.
- ^ "PLKN 3.0: Apa Yang Anda Perlu Tahu". The Smart Local. Dicapai pada 31 Julai 2025.
- ^ a b "National Service 3.0 same modules regardless of gender". The Star. Dicapai pada 31 Julai 2025.