Bandar | Kuala Lumpur |
---|---|
Kawasan penyiaran | Malaysia, Singapura, kepulauan Batam di Indonesia, Brunei dan selatan Thailand (Satun, Narathiwat dan Pattani) |
Slogan |
|
Frekuensi | Berbeza-beza bergantung kepada kawasan (lihat Frekuensi) |
Tarikh siaran pertama | 6 Julai 2001 |
Format | Keislaman |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Pemilik | Institut Kefahaman Islam Malaysia |
Tapak web | ikimfm |
IKIMfm (dikenali dalam tempoh singkat sebagai Radio IKIM)[1][2] merupakan sebuah stesen radio di Malaysia. IKIM ialah singkatan kepada Institut Kefahaman Islam Malaysia, iaitu pengendali stesen radio ini. IKIMfm merupakan stesen radio berunsur Islam pertama di Malaysia yang beroperasi selama 24 jam. IKIMfm telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri ketika itu, Y.A.B. Dr. Mahathir Mohamad pada 6 Julai 2001. Kebanyakan program stesen radio ini adalah program berkaitan agama Islam, yang merupakan agama rasmi negara Malaysia.
Bermula 2 Februari 2024, Radio IKIM dijenamakan semula sebagai IKIMfm dan tagline stesen radio tersebut bertukar daripada Inspirasi Inforia Islami kepada Inspirasi Utama Anda.
IKIMfm dipancarkan menggunakan frekuensi 91.5 MHz (di Lembah Klang) dan dipancarkan ke seluruh negara. IKIMfm juga boleh didengari di Singapura, kepulauan Batam di Indonesia, Brunei dan selatan Thailand (Satun, Songkhla, dan Narathiwat). Frekuensi stesen radio ini dahulunya digunakan oleh RFM (kini Red FM), sebelum bertukar ke 104.9 MHz (di Lembah Klang) pada awal tahun 2000. IKIMfm juga boleh diikuti secara dalam talian menerusi laman sesawangnya.
Pada tahun 2002, frekuensi IKIMfm di Johor Bahru yang dipancar dari Gunung Pulai telah ditukar frekuensi daripada 107.9 MHz kepada 106.2 MHz.
Pada 2010-an, IKIMfm memperluaskan siaran ke Miri melalui frekuensi FM 104.0MHz, Lahad Datu melalui frekuensi FM 107.3MHz dan Tawau melalui frekuensi FM 100.7MHz untuk menyasarkan pendengar Muslim di kawasan tersebut. Selain itu, IKIMfm menambah satu pemancar di Balik Pulau, Pulau Pinang melalui frekuensi 102.7MHz yang meliputi kawasan barat daya Pulau Pinang, di mana pemancar Gunung Jerai FM 89.0MHz tidak dapat diterima di kawasan tersebut.
Pada tahun 2016, frekuensi IKIMfm di Kuching yang dipancar dari Bukit Djin telah ditukar frekuensi daripada 93.6 MHz kepada 93.7 MHz. Pada bulan Jun tahun yang sama, IKIMfm menaik taraf pemancaran frekuensi Kedah, Perlis dan Pulau Pinang FM 89.0MHz dengan memindahkan pemancar ke Upper Gunung Jerai, yang meliputi Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara, membolehkan Pulau Pinang dan Perak Utara boleh menerima siaran IKIMfm melalui frekuensi 89.0MHz dengan jelas. Sebelum ini, FM 89.0MHz tidak dapat diterima di Pulau Pinang dan Perak Utara, namun FM 89.0MHz pernah diganggu oleh stesen radio dari Thailand (Yala) di Pulau Pinang.
Sekitar 95% program IKIMfm dipersembahkan dalam bahasa Melayu, manakala selebihnya dalam bahasa Arab dan Inggeris. Anggaran rasmi oleh pihak The Nielsen Company (Malaysia), sebuah syarikat pengkaji (survey) antarabangsa terhadap radio-radio di Malaysia dalam kajian terbaru mereka sepertimana yang dilaporkan dalam Gelombang 2, 2010 menunjukkan bahawa sekitar 786,000 orang pendengar di Semenanjung Malaysia mengikuti radio Islami ini. Empat belas tahun selepas itu, pada tahun 2024, IKIMfm berjaya mencatatkan seramai 1.3 juta pendengar, menjadikan IKIMfm kekal sebagai stesen radio Islam terunggul tanah air serta berjaya menempatkan diri dalam lima tangga teratas senarai stesen radio pilihan rakyat Malaysia.
Penyampai
Penyampai harian
- Suffian Amrin
- Tyzo Xander
- Syafiq Salleh
- Siti Rohani Surani
- Mona Jasman
- Ahmad Nazri Mohd Yusof
Penyampai mingguan
- Ainatul Mardhiah Ramli (Kak Aina)
- Mohd Erwan Johari - Pengurus Muzik Radio, Bahagian Radio IKIM
- Batrisyia Afrina
Penyampai berita
- Maslina Alias
- Faiz Haji Othman
Bekas penyampai
- Zamri Zainal Abidin - kini Ketua Pengarah Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
- Mahathir Shaharuddin - kini Pengurus Besar Radio / Ketua Bahagian Radio, Bahagian Radio IKIM
- Zarita Haji Kassim
- Fairuz Haji Nordin - kini Pengurus Hubungan Strategik Radio, Bahagian Radio IKIM
- Nur Jazmeen
- Syafiq Zulakifli
- Nik Hasnah Ismail - kini Pengurus Unit Perhubungan Korporat IKIM
- Mazlina Ismail - kini Pengurus Siaran Radio, Bahagian Radio IKIM
- Norhayati Paradi - kini Pengurus Rancangan Radio, Bahagian Radio IKIM
- Latifah Abd Aziz (Kak Atie) - bekas pengendali rancangan Alam Ria Si Kecil
- Wan Nur Izreen Aisyah Wan Rahim (Kak Aisyah) - bekas pengendali rancangan Alam Ria Si Kecil
- Wan Mazuani (Kak Wan) - bekas pengendali rancangan Alam Ria Si Kecil
- Luqman Hakim Malik (DJ Luq) - kini Ketua Komunikasi Korporat di Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)
- Faizal Ismail - kini di Zayan
- Hazwan Syah - kini di Zayan
Segmen
Isnin - Jumaat
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Inspirasi Pagi | Suffian Amrin & Tyzo Xander | 06:00 - 10:00 |
Inspirasi Ilmu | Syafiq Salleh | 10:00 - 13:00 |
Inspirasi Jiwa | Siti Rohani Surani | 13:00 - 16:00 |
Kembara Inspirasi | Mona Jasman | 16:00 - 19:00 |
Renungan Hikmah | 19:00 - 20:00 | |
Suara Inspirasi | Ahmad Nazri Mohd Yusof | 20:00 - 00:00 |
Sabtu & Ahad
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Alam Ria Si Kecil musim ke-16 |
Ainatul Mardhiah Ramli (Kak Aina) bersama penyampai cilik jemputan |
setiap Sabtu, 09:00 - 10:00 |
Carta IKIMfm | Erwan Johari | setiap Sabtu, 10:00 - 12:00 |
English Section | Batrisyia Afrina | 17:00 - 18:00 |
Frekuensi
Frekuensi | Kawasan | Pemancar | Catatan |
---|---|---|---|
91.5 MHz | Lembah Klang | Gunung Ulu Kali | Frekuensi dahulu digunakan oleh RfM |
89.0 MHz | Perlis, Alor Setar, Kedah dan Pulau Pinang | Gunung Jerai | |
Taiping, Perak | |||
102.7 MHz | Ipoh, Perak | Gunung Kledang | |
Seremban, Negeri Sembilan | Gunung Telapak Buruk | ||
89.5 MHz | Melaka | Gunung Ledang | |
106.2 MHz | Johor Bahru, Johor | Gunung Pulai | Frekuensi dahulu 107.9 MHz |
89.6 MHz | Kuantan, Pahang | Bukit Pelindung | |
100.2 MHz | Kuala Terengganu, Terengganu | Bukit Besar | |
89.8 MHz | Kota Bharu, Kelantan | Bukit Panau | Frekuensi dahulu 89.9 MHz kerana gangguan dengan Kelantan FM 90.0 Bukit Tangki Air |
93.7 MHz | Kuching, Sarawak | Bukit Djin | Frekuensi dahulu 93.6 MHz |
93.9 MHz | Kota Kinabalu, Sabah | Bukit Karatong |