Profesor Datuk Dr. Abdul Monir Yaacob (lahir 7 September 1946 di Bera, Pahang) ialah seorang agamawan dan ahli akademik Malaysia. Beliau ialah bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).[1][2]
Biografi
Beliau dilahirkan pada 7 September 1946 di Bera, Pahang.[3]
Beliau mula berkhidmat di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sebagai Felo Kanan pada tahun 1993, sebelum dinaikkan pangkat Penolong Ketua Pengarah pada tahun 1997 dan menjawat jawatan Ketua Pengarah dari 2002 sehingga 2005.[4]
Selepas bersara dari IKIM, Abdul Monir dinobatkan sebagai Profesor di Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) pada 2006 dan Penasihat Akademik, Universiti Islam Sultan Shah Ali, Brunei dari 2007 sehingga 2009.[4] Beliau kemudian dilantik sebagai Felo di Akademi Pengajian Islam, UM pada tahun 2009, Ketua Pengurusan Majlis Universiti Islam Malaysia (2011–2013), ProfesorUIM (2013–2018) dan Naib Presidennya (2014–2018).[4]
Pada 19 Julai 2023, beliau diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2023M.[3][5][6]
Rujukan
- ^ "Dr Abdul Monir ketua pengarah IKIM". Berita Harian. 23 Mac 2002. Dicapai pada 24 Oktober 2020.
- ^ "Abdul Monir appointed Ikim D-G". New Straits Times. 23 Mac 2002. Dicapai pada 24 Oktober 2020.
- ^ a b Ridauddin Daud (19 Julai 2023). "Bekas Ketua Pengarah IKIM, Abdul Monir dinobat Tokoh Maal Hijrah 2023". Astro Awani. Dicapai pada 25 Oktober 2023.
- ^ a b c Manzaidi Mohd Amin (19 Julai 2023). "Dr. Abdul Monir, Sheikh Abu Bakr dinobat Tokoh Maal Hijrah 2023". Malaysia Gazette. Dicapai pada 25 Oktober 2023.
- ^ Mohd Nasaruddin Parzi; Noor Atiqah Sulaiman (19 Julai 2023). "'Semakin besar anugerah, semakin besar tanggungjawab' - Monir". Berita Harian. Dicapai pada 25 Oktober 2023.
- ^ "Former IKIM DG Abdul Monir is this year's Tokoh Ma'al Hijrah". The Star Online. 19 Julai 2023. Dicapai pada 25 Oktober 2023.








