جابتن واريثن نڬارا | |
Intisari kerajaan | |
---|---|
Dibentuk | 1 Mac 2006 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Blok A & B, Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Raja, 50050 Kuala Lumpur |
Kakitangan | 204 (2018) |
Belanjawan tahunan | MYR 16,382,100 (2018) |
Eksekutif kerajaan |
|
Agensi induk | Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia |
Dokumen penting |
|
Laman sesawang | www |
Jabatan Warisan Negara (Tulisan Jawi: جابتن واريثن نڬارا) Bermula daripada Bahagian Warisan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (ringkasnya KeKKWa) dan dinaikkan taraf sebagai Jabatan pada 1 Mac 2006. Bertanggungjawab memelihara dan mengekalkan warisan negara seperti yang termaktub di dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Fungsi utama Jabatan Warisan Negara adalah :
- Menguatkuasakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005
- Mendaftarkan warisan negara ke dalam Daftar Warisan dan Daftar Warisan Kebangsaan
- Memelihara dan memulihara warisan negara
- Menjalankan penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan warisan
- Mendokumentasi dan menerbitkan hasil kajian serta bahan-bahan rujukan berkaitan warisan
- Merancang, melaksanakan dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan warisan
- Mengadakan jaringan kerjasama dengan agensi-agensi dari dalam dan luar negara berkaitan warisan.