![]() Kerajaan Malaysia | |
![]() | |
Intisari agensi kerajaan | |
---|---|
Dibentuk | 16 Oktober 1901 |
Jenis | Agensi kerajaan |
Ibu pejabat | Jalan Sultan Salahuddin, 50660 Kuala Lumpur, Malaysia |
Menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif agensi kerajaan |
|
Agensi induk | Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia |
Dokumen penting |
|
Laman sesawang | forestry |
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن ڤرهوتنن سمننجوڠ مليسيا; singkatan: JPSM) merupakan sebuah jabatan yang di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Ia bertanggungjawab untuk menguruskan, merancang, melindungi dan membangunkan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di seluruh Semenanjung Malaysia.[1]
Pentadbiran

Jabatan ini diketuai oleh seorang Ketua Pengarah Perhutanan dengan dibantu oleh 2 orang Timbalan Ketua Pengarah iaitu daripada Bahagian Operasi dan Teknikal serta Bahagian Dasar dan Perancangan.
Jabatan ini juga mempunyai 11 buah Jabatan Perhutanan Negeri (JPN), 1 buah Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan (JPWP) serta 36 buah Pejabat Hutan Daerah / Jajahan (PHD/J) di seluruh Semenanjung Malaysia.[2]
Terdapat 3 buah Jabatan Perhutanan Negeri yang tidak mempunyai Pejabat Hutan Daerah sebaliknya mempunyai Pejabat Renjer Hutan iaitu Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Perhutanan Negeri Melaka.[3][perlu rujukan]
Pejabat hutan daerah yang terbanyak dalam rekod JPSM ialah di bawah pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) yang mempunyai 8 pejabat hutan daerah. Walau bagaimanapun, setiap pejabat hutan daerah mempunyai Pejabat Renjer Hutan contohnya Pejabat Hutan Daerah Johor Utara yang merupakan bawah Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) mempunyai 4 buah Pejabat Renjer iaitu PRH Segamat, PRH Labis, PRH Muar dan PRH Ledang.[perlu rujukan]
Rujukan
- ^ "Fungsi Jabatan". forestry.gov.my. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Dicapai pada 7 Jun 2023.
- ^ "Pengenalan". www.forestry.gov.my. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM). Dicapai pada 2025-06-03.
- ^ Malaysia, Mohala; Chong, S. K.; Naim (2008). Melaka: where forestry began. Kuala Lumpur, Malaysia: Forestry Department Peninsular Malaysia. ISBN 978-983-9269-64-2.