Rencana ini perlu dikemas kini. |
Dewan Undangan Negeri Sarawak | |
---|---|
ديوان اوندڠن نڬري سراوق | |
Jenis | |
Jenis | Satu dewan |
Dewan | Dewan undangan negeri |
Kepimpinan | |
يڠ دڤرتوا نڬري Yang di-Pertua Negeri | |
يڠ دڤرتوا Yang di-Pertua | داتوق امر محمد اسفيا اوڠ نسسر YBhg YBhg Mohamad Asfia Awang Nassar, GPS - PBB sejak 19 Sya'aban 1421H / 15 November 2000M |
تيمبالن يڠ دڤرتوا Timbalan Yang di-Pertua | داتوء ڬراوت ڬالا YB YB Dato' Gerawat Gala, GPS - PBB sejak 12 Sya'aban 1437H / 19 Mei 2016M |
ڤريميير سراوق Premier Sarawak | داتوق ڤتيڠڬي دوكتور ابڠ حاج عبدالرحمن ذوهري تون ابڠ حاج اوڤڠ YAB YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, GPS - PBB sejak 14 Rabi'ulakhir 1438H / 13 Januari 2017M |
كتوا ڤمبڠكڠ Ketua Pembangkang | |
ستياءوسها Setiausaha | سماوي محمد YBhg YBhg Semawi Mohamad |
Struktur | |
Ahli | 82 |
Kumpulan politik | |
80 / 82
| |
2 / 82 | |
Pilihan raya | |
Pilihan raya terakhir | 18 Disember 2021 |
Tempat persidangan | |
Laman sesawang | |
dun | |
sunting |
Dewan Undangan Negeri Sarawak (Tulisan Jawi: ديوان اوندڠن نڬري سراوق) terdiri daripada 82 kawasan DUN. Pemilihan ADUN dibuat semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. DUN ini bersidang di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Sejarah
Dewan Undangan Negeri Sarawak dianggap sebagai badan pengubal undang-undang tertua di Malaysia kerana ia diwujudkan selepas mesyuarat julung kali yang pertama di sebuah perkampungan nelayan kecil di Bintulu, Sarawak pada 8 September 1867. Ia ditubuhkan oleh Raja Muda Charles Brooke, atas arahan Raja James Brooke.
Dewan Undangan Negeri Sarawak pada mulanya dikenali sebagai Majlis Umum (General Council) dengan jumlah ahli yang dipilih seramai 21 orang. Ahli-ahli dipilih dari kalangan ketua-ketua kaum tempatan yang difikirkan dapat membantu dalam mentadbir wilayah-wilayah di bawah jajahan Brooke yang pada masa itu hanya meliputi kawasan-kawasan persisiran.
Pada 1903, Majlis Umum Sarawak dinamakan sebagai Majlis Negeri Sarawak.
Pada 1941, anak lelaki Brooke, Vyner, mewujudkan perlembagaan bertulis yang dikenali sebagai "Constitution Order in Council" sempena sambutan ulang tahun ke-100 pemerintahan Brooke di Sarawak. Berikutan itu, keanggotaan Majlis Negeri ditambah kepada 24. Bagaimanapun, Ketua Setiausaha telah dilantik untuk mempengerusikan Majlis Negri dan bukannya Vyner Brookes (dalam peranannya sebagai Raja).
Pada 1963, keanggotaan Majlis Negeri ditingkatkan kepada 42. Sejak itu, keanggotaannya telah meningkat secara berperingkat kepada 48 pada 1968, 56 pada 1989, 62 pada 1996 dan 71 pada 2006.
Pada 1976, Majlis Negeri Sarawak diberi nama baru iaitu Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Kronologi
Dewan telah menempuh tiga zaman yang penting. Zaman Rajah Putih Keluarga Brooke, diikuti dengan zaman koloni atau zaman penjajahan British dan ketiga, zaman kemerdekaannya menerusi Malaysia.
Tiga orang anggota keluarga Brooke memerintah Sarawak dari tahun 1841 sehingga 1946. Dari 1 Julai 1946 sehingga merdeka, Sarawak di bawah pemerintahan koloni Inggeris.
Dari 1946 hingga saat-saat sebelum merdeka, Dewan terus bergerak menempuh arus-arus perubahan yang banyak seiring dengan kedudukan negeri ditadbir oleh pejabat tanah jajahan yang berpusat di London melalui wakil-wakilnya di Sarawak.
Zaman kegemilangannya ialah pada 16 September 1963 apabila Sarawak mencapai kemerdekaan apabila rakyatnya memilih untuk bersama membentuk Malaysia. Dewan Undangan Negeri turut berubah wajah dengan ahli-ahlinya dipilih melalui pilihan raya. ADUN kini dipilih oleh rakyat melalui amalan demokrasi pilihan raya secara langsung.
Sebagai mengenang jasa Ai-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pertama yang menghasilkan cadangan pembentukan Malaysia dengan Sarawak memperolehi kemerdekaan melaluinya, Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada 26 Mei 1971 telah meluluskan usul menyampaikan ucapan terima kasih kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Usul terima kasih bagi Dewan kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 26 Mei 1971 adalah seperti berikut:
Bahawasanya Dewan ini meluluskan untuk merakamkan penghargaan yang berkekalan kepada Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, kerana perkhidmatan cemerlangnya kepada negara terutama kepada Sarawak yang telah mendapatkan kemerdekaan kami menerusi Malaysia. Semoga Allah akan melimpahkan YTM Tunku dengan sihat afiat dan kebahagiaan serta kejayaan dalam usaha-usaha selanjutnya bagi mencapai persefahaman, persaudaraan dan keamanan yang lebih besar di antara umat manusia
SPR mengadakan pilihan raya negeri Sarawak secara berasingan dari negeri-negeri lain.
Keanggotaan
Terdapat 82 Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak yang dipilih oleh rakyat pada pilihan raya negeri Sarawak. Setiap penggal DUN Sarawak adalah selama lima tahun. Pilihan raya terakhir yang diadakan ialah Pilihan raya negeri Sarawak ke-18 yang sepatutnya diadakan pada tahun 2020 namun ditangguhkan dengan pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri Malaysia sehinggalah pengisytiharan tersebut ditamatkan pada bulan Disember 2021 dan pilihan raya negeri dijalankan.
Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan di DUN Sarawak ialah 42 kerusi dan majoriti 2/3 ialah 55 kerusi. Gabungan Parti Sarawak GPS memenangi 76 kerusi iaitu melebihi 2/3 kerusi manakala Parti Sarawak Bersatu PSB menang 4 kerusi dan Pakatan Harapan PH melalui Parti Tindakan Demokratik (DAP) menang 2 kerusi.
Kerajaan | Keyakinan & Perbekalan | |||||
GPS | PSB | PH | BEBAS | |||
76 | 3 | 2 | 1 | |||
48 | 13 | 11 | 4 | 2 | 1 | |
PBB | SUPP | PRS | PDP | PSB | DAP | BEBAS |
No. | Parlimen | No. | DUN | Penyandang | Parti | Catatan |
---|---|---|---|---|---|---|
P192 | Mas Gading | N1 | Opar | Billy Sujang | GPS (SUPP) | |
N2 | Tasik Biru | Henry Harry Jinep | GPS (PDP) | Timbalan Menteri Pengangkutan 2 Sarawak | ||
P193 | Santubong | N3 | Tanjong Datu | Azizul Annuar Adenan | GPS (PBB) | |
N4 | Pantai Damai | Abdul Rahman Junaidi | GPS (PBB) | Timbalan Menteri Utiliti Sarawak | ||
N5 | Demak Laut | Hazland Abang Hipni | GPS (PBB) | Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak | ||
P194 | Petra Jaya | N6 | Tupong | Fazzrudin Abdul Rahman | GPS (PBB) | |
N7 | Samariang | Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali | GPS (PBB) | Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) | ||
N8 | Satok | Ibrahim Baki | GPS (PBB) | |||
P195 | Bandar Kuching | N9 | Padungan | Chong Chieng Jen | PH (DAP) | |
N10 | Pending | Violet Yong Wui Wui | PH (DAP) | |||
N11 | Batu Lintang | See Chee How | Bebas | |||
P196 | Stampin | N12 | Kota Sentosa | Yap Yau Sin | GPS (SUPP) | |
N13 | Batu Kitang | Lo Khere Chiang | GPS (SUPP) | |||
N14 | Batu Kawah | Sim Kui Hian | GPS (SUPP) | Timbalan Premier Sarawak Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak | ||
P197 | Kota Samarahan | N15 | Asajaya | Abdul Karim Rahman Hamzah | GPS (PBB) | Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Sarawak |
N16 | Muara Tuang | Idris Buang | GPS (PBB) | |||
N17 | Stakan | Hamzah Brahim | GPS (PBB) | |||
P198 | Puncak Borneo | N18 | Serembu | Miro Simuh | GPS (PBB) | |
N19 | Mambong | Jerip Susil | GPS (PBB) | Timbalan Menteri Pengangkutan 1 Sarawak | ||
N20 | Tarat | Roland Sagah Wee Inn | GPS (PBB) | Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak | ||
P199 | Serian | N21 | Tebedu | Simon Sinang @ Sinang Bada | GPS (PBB) | |
N22 | Kedup | Maclaine Ben @ Martin Ben | GPS (PBB) | Timbalan Menteri Pembangunan Wilayah Sarawak | ||
N23 | Bukit Semuja | John Ilus | GPS (PBB) | |||
P200 | Batang Sadong | N24 | Sadong Jaya | Aidel Lariwoo | GPS (PBB) | Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sarawak |
N25 | Simunjan | Awla Dris | GPS (PBB) | |||
N26 | Gedong | Abang Johari Tun Openg | GPS (PBB) | Premier Sarawak Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Sarawak Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak | ||
P201 | Batang Lupar | N27 | Sebuyau | Julaihi Narawi | GPS (PBB) | Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak |
N28 | Lingga | Dayang Noorazah Awang Sohor | GPS (PBB) | |||
N29 | Beting Maro | Razaili Gapor | GPS (PBB) | |||
P202 | Sri Aman | N30 | Balai Ringin | Snowdan Lawan | GPS (PRS) | Timbalan Menteri Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak |
N31 | Bukit Begunan | Mong Dagang | GPS (PRS) | |||
N32 | Simanggang} | Francis Harden Hollis | GPS (SUPP) | Timbalan Menteri Pembangunan Bakat Sarawak | ||
P203 | Lubok Antu | N33 | Engkilili | Johnical Rayong Ngipa | PSB | |
N34 | Batang Ai | Malcom @ Malcom Mussen Lamoh | GPS (PRS) | Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak | ||
P204 | Betong | N35 | Saribas | Ricky @ Mohamad Razi Sitam | GPS (PBB) | Timbalan Menteri Pembangunan Kebajikan Komuniti Sarawak |
N36 | Layar | Gerald Rentap Jabu | GPS (PBB) | Timbalan Menteri Pembangunan Belia dan Sukan Sarawak | ||
N37 | Bukit Saban | Douglas Uggah Embas | GPS (PBB) | Timbalan Premier Sarawak Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu 2 Sarawak Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak | ||
P205 | Saratok | N38 | Kalaka | Mohamad Duri | GPS (PBB) | |
N39 | Krian | Friday Belik | GPS (PDP) | |||
N40 | Kabong | Mohamad Chee Kadir | GPS (PBB) | |||
P206 | Tanjong Manis | N41 | Kuala Rajang | Len Talif Salleh | GPS (PBB) | Timbalan Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak |
N42 | Semop | Abdullah Saidol | GPS (PBB) | Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) | ||
P207 | Igan | N43 | Daro | Safiee Ahmad | GPS (PBB) | |
N44 | Jemoreng | Juanda Jaya | GPS (PBB) | Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) | ||
P208 | Sarikei | N45 | Repok | Huang Tiong Sii | GPS (SUPP) | |
N46 | Meradong | Ding Kuong Hiing | GPS (SUPP) | |||
P209 | Julau | N47 | Pakan | William Mawan Ikom | GPS (PDP) | |
N48 | Meluan | Rolland Duat Jubin | GPS (PDP) | |||
P210 | Kanowit | N49 | Ngemah | Anyi Jana | GPS (PRS) | |
N50 | Machan | Allan Siden Gramong | GPS (PBB) | |||
P211 | Lanang | N51 | Bukit Assek | Chieng Jen Ek | GPS (SUPP) | |
N52 | Dudong | Tiong King Sing | GPS (PDP) | |||
P212 | Sibu | N53 | Bawang Assan | Wong Soon Koh | PSB | |
N54 | Pelawan | Michael Tiang | GPS (SUPP) | Timbalan Menteri Kesihatan dan Perumahan Sarawak | ||
N55 | Nangka | Annuar Rapa'ee | GPS (PBB) | Timbalan Menteri Pendidikan dan Inovasi Sarawak | ||
P213 | Mukah | N56 | Dalat | Fatimah Abdullah | GPS (PBB) | Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Komuniti Sarawak |
N57 | Tellian | Royston Valentine | GPS (PBB) | |||
N58 | Balingian | Abdul Yakub Arbi | GPS (PBB) | |||
P214 | Selangau | N59 | Tamin | Christopher Gira @ Gira Sambang | GPS (PRS) | |
N60 | Kakus | John Sikie Tayai | GPS (PRS) | Menteri Jabatan Premier Sarawak | ||
P215 | Mukah | N61 | Pelagus | Wilson Nyabong Ijang | GPS (PRS) | |
N62 | Katibas | Lidam Assan | GPS (PBB) | |||
N63 | Bukit Goram | Jefferson Jamit Unyat | GPS (PBB) | Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang dan Adat Bumiputera) | ||
P216 | Hulu Rajang | N64 | Baleh | Nicholas Kudi Jantai | GPS (PRS) | |
N65 | Belaga | Liwan Lagang | GPS (PRS) | |||
N66 | Murum | Kennedy Chukpai Ugon | GPS (PRS) | |||
P217 | Bintulu | N67 | Jepak | Iskandar Turkee | GPS (PBB) | |
N68 | Tanjong Batu | Johnny Pang Leong Ming | GPS (SUPP) | |||
N69 | Kemena | Stephen Rundi Utom | GPS (PBB) | Menteri Pertanian Moden dan Pembangunan Wilayah Sarawak | ||
N70 | Samalaju | Majang Renggi | GPS (PRS) | Timbalan Menteri Pembangunan Pelabuhan Sarawak | ||
P218 | Sibuti | N71 | Bekenu | Rosey Yunus | GPS (PBB) | Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Sarawak |
N72 | Lambir | Ripin Lamat | GPS (PBB) | Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Sarawak | ||
P219 | Miri | N73 | Piasau | Sebastian Ting Chiew Yew | GPS (SUPP) | Timbalan Menteri Pelancongan Sarawak |
N74 | Pujut | Adam Yii Siew Sang | GPS (SUPP) | |||
N75 | Senadin | Lee Kim Shin | GPS (SUPP) | Menteri Pengangkutan Sarawak | ||
P220 | Baram | N76 | Marudi | Penguang Manggil | GPS (PDP) | Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak |
N77 | Telang Usan | Dennis Ngau | GPS (PBB) | |||
N78 | Mulu | Gerawat Jala | GPS (PBB) | Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) | ||
P221 | Limbang | N79 | Bukit Kota | Abdul Rahman Ismail | GPS (PBB) | Menteri Pertanian Moden Sarawak |
N80 | Batu Danau | Palu @ Paulus Gumbang | GPS (PDP) | |||
P222 | Lawas | N81 | Ba'kelalan | Baru Bian | PSB | |
N82 | Bukit Sari | Awang Tengah Ali Hassan | GPS (PBB) | Timbalan Premier Sarawak Menteri Pembangunan Bandar dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak |
Susunan tempat duduk DUN (2022)
Setiausaha Kewangan Negeri |
ڤنصيحة ڤرونداڠن نڬري Penasihat Perundangan Negeri |
ستياءوسها نڬري Setiausaha Negeri |
ڤڬوام نڬري Peguam Negeri |
||||||||
بنترا Bentara |
|||||||||||
N68 Tanjong Batu | N12 Kota Sentosa | N58 Balingian | N65 Belaga | N35 Saribas | كوسوڠ Kosong |
||||||
N64 Baleh | N3 Tanjong Datu | N48 Meluan | N19 Mambong | N22 Kedup | N45 Repok | ||||||
N62 Katibas | N1 Opar | N59 Tamin | N32 Simanggang | N5 Demak Laut | N29 Beting Maro | ||||||
N57 Tellian | N21 Tebedu | N25 Simunjan | N78 Mulu | N72 Lambir | N77 Telang Usan | ||||||
كوسوڠ Kosong |
N51 Bukit Assek | N28 Lingga | N6 Tupong | N16 Muara Tuang (Timbalan Speaker) |
N24 Sadong Jaya | N80 Batu Danau | كوسوڠ Kosong | ||||
كوسوڠ Kosong |
N49 Ngemah | N74 Pujut | N23 Bukit Semuja | N20 Tarat | N73 Piasau | N31 Bukit Begunan | كوسوڠ Kosong | ||||
كوسوڠ Kosong |
N39 Krian | N17 Stakan | N18 Serembu | N27 Sebuyau | N42 Semop | N67 Jepak | كوسوڠ Kosong | ||||
كوسوڠ Kosong |
N38 Kalaka | N40 Kabong | N61 Pelagus | N60 Kakus | N30 Balai Ringin | N47 Pakan | كوسوڠ Kosong | ||||
N13 Batu Kitang | N75 Senadin | ||||||||||
كوسوڠ Kosong |
كوسوڠ Kosong |
N50 Machan | N46 Meradong | N15 Asajaya | N76 Marudi | N52 Dudong | كوسوڠ Kosong | ||||
كوسوڠ Kosong |
كوسوڠ Kosong |
N66 Murum | كوسوڠ Kosong |
N69 Kemena | N55 Nangka | N8 Satok | كوسوڠ Kosong | ||||
كوسوڠ Kosong |
كوسوڠ Kosong |
N43 Daro | كوسوڠ Kosong |
N56 Dalat | N79 Bukit Kota | N54 Pelawan | كوسوڠ Kosong | ||||
كوسوڠ Kosong |
كوسوڠ Kosong |
كوسوڠ Kosong |
N81 Ba'kelalan | N14 Batu Kawah | N34 Batang Ai | N63 Bukit Goram | كوسوڠ Kosong | ||||
كوسوڠ Kosong |
كوسوڠ Kosong |
N9 Padungan | N82 Bukit Sari | N7 Samariang | N70 Samalaju | ||||||
كوسوڠ Kosong |
كوسوڠ Kosong |
N33 Engkilili | N37 Bukit Saban | N4 Pantai Damai | N36 Layar | ||||||
كوسوڠ Kosong |
N10 Pending | N53 Bawang Assan (Ketua Pembangkang) |
چوقمر Cokmar |
N26 Gedong (Premier) |
N41 Kuala Rajang | N44 Jemoreng | |||||
كوسوڠ Kosong |
N11 Batu Lintang | ستياءوسها Setiausaha |
N71 Bekenu | N2 Tasik Biru | |||||||
يڠ د-ڤرتوا ديوان اوندڠن نڬري Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri |
|||||||||||
يڠ د-ڤرتوا نڬري Yang di-Pertua Negeri |
Rujukan
Lihat juga
Pautan luar