Negara asal | Itali | ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Mastif Napoli[a] ialah satu baka anjing besar Itali daripada jenis mastif. Ia diturunkan daripada anjing pengawal tradisional di Itali tengah.[1] Ia diiktiraf sebagai baka oleh Ente Nazionale Cinofilia Italiana pada tahun 1949[2] dan diterima oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1956.[3]
Ia berkait rapat dengan cane corso.
Sejarah
Mastif Napoli diterbitkan daripada anjing tangkap dan anjing pengawal tradisional dari Itali tengah. Pemilihan baka ini dimulakan pada tahun 1947 oleh Piero Scanziani, yang telah melihat seekor di pameran di Napoli pada tahun 1946.[1][2] Beliau merangka piawaian pertama yang pada tahun 1949 diiktiraf secara rasmi oleh Ente Nazionale Cinofilia Italiana.[2] Ia menerima penerimaan penuh daripada Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1956.[3]
Ciri
Mastif Napoli adalah besar dan berkuasa, dengan berat dalam julat 50–70 kg (110–150 lb) dan ketinggian 60–75 cm (24–30 in) pada paras kelasa.[1] Panjang tubuhnya ialah kira-kira 15% lebih besar daripada ketinggian.[1]
Kulitnya banyak dan longgar, khususnya di kepala yang mempunyai kulit tergantung dalam banyak kedutan. Warna lapis bulu yang diutamakan merupakan hitam, kelabu dan plumbum, tetapi mahogani, perang kekuning-kuningan, fulvus, kacang hazel, kelabu merpati, dan putih telur juga boleh diterima; semua lapis bulu mungkin brindle dan tanda-tanda putih kecil pada jari kaki dan dada boleh diterima.[1][4]
Mastif Napoli mungkin dijangkakan hidup sehingga usia 10 tahun.[5]:92 Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 9.3 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[6]
Catatan
- ^ Jawi: مستيف ناڤولي ; Itali: mastino napoletano ; bahasa Inggeris: Neapolitan mastiff
Rujukan
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Mastif Napoli |
- ^ a b c d e Mastino Napoletano (dalam bahasa Itali). Milan, Itali: Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ a b c Mastino Napoletano: Storia (dalam bahasa Itali). Milan, Itali: Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ a b "FCI breeds nomenclature: MASTINO NAPOLETANO (197)" [Tatanama baka FCI: MASTIF NAPOLI (197)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ Palmer, Joan (1994). The Illustrated Encyclopedia of Dog Breeds [Ensiklopedia Berilustrasi Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Edison, New Jersey, Amerika Syarikat: Wellfleet Press. ISBN 9780785800309. OCLC 53905699.
- ^ Fogle, Bruce (15 Julai 2013). Dennis-Bryan, Kim (penyunting). The Dog Encyclopedia: The Definitive Visual Guide [Ensiklopedia Anjing: Panduan Visual Muktamad] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Ann Baggaley dan Katie John. (ed. berilustrasi). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 9781465408440. OCLC 812257274.
- ^ McMillan, Kirsten Marie; Bielby, Jon; Williams, Carys Louisa; Upjohn, Melissa Mary; Casey, Rachel Alison; Christley, Robert Matthew (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan).