Bonda Teresa بوندا تيريسا | |
---|---|
Pentahbis Agama, Biarawati | |
Lahir | Üsküp, Wilayah Kosovo, Empayar Uthmaniyah (kini Skopje, Makedonia Utara) | 26 Ogos 1910
Meninggal | 5 September 1997 Kolkata, Benggala Barat, India | (umur 87)
Dihormati oleh | Geraja Roman Katholik |
Dibeatifikasikan | 19 October 2003, Saint Peter's Square, Kota Vatican oleh Paus Ioannes Paulus II |
Dikanunkan | 4 September 2016, Dataran Santo Peter, Bandar Vatican oleh Pope Franciscus |
Tempat keramat | Mother House of the Missionaries of Charity, Kolkata, Barat Benggala, India |
Hari perayaan | 5 September[1] |
Atribut | |
Naungan | |
sunting |
Sebahagian kandungan di laman rencana ini menggunakan istilah atau struktur ayat yang terlalu menyebelahi gaya bahasa negara tertentu hasil penggunaan semula kandungan sumber tanpa pengubahsuaian. Anda diminta mengolah semula gaya bahasa rencana ini supaya penggunaan istilah di rencana ini seimbang, selaras serta mudah difahami secara umum dalam kalangan pengguna-pengguna bahasa Melayu yang lain menggunakan laman Istilah MABBIM kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Kata nama khas dan petikan media tertentu (seperti daripada akhbar-akhbar atau dokumen rasmi) perlu dikekalkan untuk tujuan rujukan. Sumber perkamusan dari Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia juga disediakan. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Bonda Teresa بوندا تيريسا | |
---|---|
Gelaran | Superior general |
Peribadi | |
Agama | Kristian |
Warganegara | warga Usmaniyah (1910–1912) warga Serbia (1912–1915) warga Bulgaria (1915–1918) warga kerajaan Yugoslavia (1918–1943) warga Republik Yugoslavia (1943–1948) warga India (1948–1950) warga India[4] (1950–1997) warga Albania[5] (1991–1997) Amerika Syarikat, warganegara tehormat (dianugerahi pada 1996) |
Mazhab akidah | Roman Katholik |
Tandatangan | Fail:Signature of Mother Teresa.svg |
Pertubuhan | |
Institut | Sisters of Loreto (1928–1948) Missionaries of Charity (1950–1997) |
Jawatan kanan | |
Tempoh dalam jawatan | 1950–1997 |
Pengganti | Sr. Nirmala Joshi, MC |
Agnes Gonxha Bojaxhiu atau lebih dikenali sebagai Mother Teresa (Ibu Teresa), sempena Saint Teresa of Lisieux, santa penaung bagi pengembang agama asing.
Pada tahun 1928, Agnes Gonxha Bojaxhiu melawat India untuk mengajar di sekolah biara, tetapi beliau begitu terharu melihatkan mereka yang sakit dan hampir mati yang berkaparan di jalan-jalan di Calcutta menyebabkan beliau meninggalkan konven untuk berkhidmat di kawasan setinggan pada tahun 1948.
Kemurahan hati beliau menarik orang ramai untuk turut serta menyumbang bakti. Pada tahun 1950, Pengembang Agama demi Kerja Amal (Missionaries for Charity) membentuk kesatuan wanita (sisterhood) yang turut membantu pesakit kusta dan kawasan malapetaka lain di dunia.
Pada tahun 1979, Ibu Teresa dianugerahkan dengan Hadiah Keamanan Nobely ang diterima oleh beliau bagi pihak mereka yang miskin, sebagaimana hadiah-hadiah sebelumnya.
Kehidupan awal
Agnes Gonxha Bojaxhiu (Gonxha berarti "kuncup mawar" atau "bunga kecil" di Albania) lahir pada tanggal 26 Ogos 1910 di Üsküb, yang kemudian lebih dikenal dengan nama Skopje, sebuah kota yang menyimpang dari segi etnik, bahasa, agama, dan geologi dengan wilayah sekitarnya. Walaupun dilahirkan pada 26 Ogos, beliau menganggap 27 Ogos (hari ketika beliau dibaptis) menjadi "ulang tahun"-nya.[6] Beliau adalah anak bongsu dari pasangan Nikollë dan Drana Bojaxhiu.[7] Ayah beliau, Nikollë Bojaxhiu (namanya berarti "pelukis") berasal dari Prizren, Kosovo, sementara ibu beliau diduga berasal dari sebuah desa dekat Đakovica, Kosovo.[8] Ayah beliau yang terlibat dalam politik Albania meninggal pada tahun 1919 ketika beliau berusia lapan tahun.[9] Setelah kematian ayahnya, ibu beliau membesarkan beliau sebagai seorang Roman Katolik (Roman Catholic).[10]
Menurut sebuah biografi yang ditulis oleh Joan Graff Clucas, sewaktu kecil, Agnes terpesona oleh cerita-cerita dari kehidupan mubaligh dan khidmat mereka di Benggala. Pada usia 12 tahun, beliau merasa yakin dan mempunyai komitmen untuk menjalani kehidupan beragama dan merasa terpanggil untuk berbakti kepada orang miskin.[11] Resolusi akhir diambilnya pada tanggal 15 Ogos 1928, sewaktu berdoa di kuil Madonna Hitam di Letnice, tempat di mana beliau sering pergi berziarah.[12] Beliau akhirnya memutuskan meninggalkan rumah pada usia 18 tahun untuk bergabung dengan Biara Loreto di Irlandia sebagai mubaligh dan tidak pernah lagi melihat ibu serta adik-beradiknya.[13]
Agnes pada awalnya pergi ke Biara Loreto di Rathfarnham, Irlandia, untuk belajar bahasa Inggeris, bahasa yang digunakan oleh Biara Loreto untuk mengajar kanak-kanak sekolah di India.[14] Beliau tiba di India pada tahun 1929 dan memulakan novisiatnya (latihan) di Darjeeling, dekat pegunungan Himalaya, tempat beliau belajar bahasa Bengali dan mengajar di Sekolah St. Teresa, sebuah sekolah yang berhampiran dengan biaranya.[15] Beliau mengangkat sumpah agama pertamanya sebagai seorang biarawati pada 24 Mei 1931. Pada waktu itu, beliau memilih untuk diberi nama Thérèse de Lisieux, santo pelindung para mubaligh,[16][17] namun kerana salah satu biarawati di biara sudah memilih nama itu, Agnes memilih pengejaan Spanyol, Teresa.[18]
Beliau mengambil sumpah sucinya pada tanggal 14 Mei 1937, ketika sedang berkhidmat sebagai guru di sekolah biara Loreto di Entally, sebelah timur Kalkuta.[19][20] Teresa bertugas di sana selama hampir dua puluh tahun dan pada tahun 1944 diangkat sebagai pengetua sekolah.[21]
Walaupun Teresa suka mengajar di sekolah, beliau semakin terganggu oleh kemiskinan di sekitarnya.[22] Kelaparan di Benggala pada tahun 1943 membawa penderitaan serta kekerasan umat Hindu dan Islam sehingga membuat masyarakat dicekam oleh putus asa dan ketakutan.[23]
Mubaligh Cinta Kasih
Pada 10 September 1946, beliau mengalami "panggilan" saat dalam perjalanan dengan kereta api ke biara Loreto di Darjeeling dari Kalkuta untuk wacana harmoni tahunannya. Pada saat itu juga, beliau mendengar kata "saya haus". "Saya meninggalkan biara dan membantu orang miskin sewaktu tinggal bersama mereka. Ini adalah sebuah perintah. Kegagalan akan mematahkan iman."[24]
Dia memulakan pekerjaan mubaligh bersama orang miskin pada 8 Desember 1948, meninggalkan jubah tradisional Loreto dengan sari kapas sederhana berwarna putih dihiasi dengan garisan biru. Ibu Teresa mendaftar kewarganegaraan India, menghabiskan beberapa bulan di Patna untuk menerima latihan asas perubatan di Hospital Keluarga Kudus dan kemudian memberanikan diri ke daerah kumuh.[25][26] Beliau mengasaskan sebuah sekolah di Motijhil (Kalkuta); kemudian beliau segera membantu orang miskin dan kelaparan.[27] Pada awal tahun 1949, beliau bergabung dalam usahanya dengan sekelompok perempuan muda dan meletakkan dasar untuk mencipta sebuah komuniti keagamaan baru untuk membantu orang-orang "termiskin di antara kaum miskin".
Usahanya dengan cepat menarik perhatian kerajaan India, termasuk Perdana Menteri yang menyampaikan penghargaannya.[28]
Ibu Teresa menulis dalam buku harian beliau bahawa tahun pertamanya penuh dengan kesulitan. Beliau tidak memiliki pendapatan tetap dan harus memohon makanan dan perbelanjaan harian. Beliau mengalami keraguan, kesepian dan godaan untuk kembali dalam kenyamanan kehidupan biara. Beliau menulis dalam buku hariannya:
“Tuhan ingin saya masuk dalam kemelaratan. Hari ini saya mendapat pelajaran yang baik. Kemelaratan para orang miskin pastilah sangat keras. Ketika saya mencari tempat tinggal, saya berjalan dan terus berjalan sampai lengan dan kaki saya sakit. Saya bayangkan bagaimana mereka sakit jiwa dan raga, mencari tempat tinggal, makanan dan kesihatan. Kemudian kenikmatan Loreto datang pada saya. ‘Kamu hanya perlu mengatakan dan semuanya akan menjadi milikmu lagi,’ kata sang penggoda. Sebuah pilihan bebas, Tuhanku, cintaku untukmu, aku ingin tetap bertahan dan melakukan segala keinginan-Mu merupakan kehormatan bagiku. Aku tidak akan membiarkan satu titik air mata jatuh kerananya.”.[29]
Teresa mendapatkan izin Vatikan pada 7 Oktober 1950 untuk memulakan kongregasi keuskupan (jemaah diosis), yang kemudian menjadi Mubaligh Cinta Kasihl[30] Misinya adalah untuk merawat "yang lapar, telanjang, tunawisma, orang cacat, orang buta, penderita kusta, semua orang yang merasa tidak diinginkan, tidak dicintai, tidak diperhatikan seluruh masyarakat, orang yang telah menjadi beban bagi masyarakat dan dihindari oleh semua orang."
Jemaah ini bermula dengan 13 orang ahli di Kalkuta, kini telah lebih dari 4.000 biarawati menjalankan panti asuhan (pusat anak yatim), rumah bagi penderita AIDS dan pusat amal di seluruh dunia, dan merawat para pengungsi (pelarian), pecandu (penagih) alkohol, orang buta, cacat, tua, orang miskin dan tunawisma, korban banjir, dan wabak kelaparan.[31]
Pada tahun 1952, Ibu Teresa membuka Home for the Dying pertama diatas tanah yang disediakan oleh kota Kalkuta. Dengan bantuan pejabat India, beliau mengubah sebuah kuil Hindu yang ditinggalkan menjadi Kalighat Home for the Dying, sebuah hospital percuma untuk orang miskin. Mereka yang dibawa ke rumah tersebut menerima perhatian perubatan dan diberikan kesempatan untuk meninggal dalam kemuliaan, menurut ritual keyakinan mereka; Islam membaca Al-Quran, Hindu menerima air dari sungai Gangga, dan Katolik menerima Ritual Terakhir..[32] "Sebuah kematian yang indah," katanya, "adalah untuk orang-orang yang hidup seperti binatang, mati seperti malaikat - dicintai dan diinginkan."[32]
Ibu Teresa segera menyediakan tempat tinggal untuk mereka yang menderita penyakit Hansen, umumnya dikenal sebagai kusta dan menyebut tempat ini sebagai Shanti Nagar (Kota Kedamaian).[33] Para Mubaligh Cinta Kasih juga mendirikan beberapa klinik kusta yang terjangkau di seluruh Kalkuta, menyediakan ubat-ubatan, perubatan dan makanan.
Ibu Teresa merasa perlu untuk membuat rumah bagi anak-anak yang hilang. Pada tahun 1955, beliau membuka Nirmala Shisu Bhavan, sebagai perlindungan bagi yatim piatu dan remaja tunawisma.[34]
Pada tahun 1960-an, ordo ini telah membuka penampungan, panti asuhan dan rumah lepra di seluruh India. Ibu Teresa kemudian memperluas ordo ke seluruh dunia. Rumah pertama di luar India dibuka di Venezuela pada tahun 1965 dengan lima biarawati.[35] Selanjutnya di Roma, Tanzania, dan Austria pada tahun 1968, dan pada tahun 1970, ordo ini membuka rumah dan yayasan di puluhan negara, baik di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Syarikat.[36] Pada tahun 2007, Mubaligh Cinta Kasih berjumlah lebih kurang 450 biarawan dan 5.000 biarawati di seluruh dunia, menjalankan 600 misi, sekolah dan tempat perlindungan di 120 buah negara.[37]
Pertubuhan amal antarabangsa
Pada tahun 1982 saat puncak Pengepungan Beirut, Ibu Teresa menyelamatkan 37 orang anak yang terperangkap di garis depan sebuah hospital dengan menengahi sebuah gencatan senjata sementara antara tentara Israel dan gerila Palestin.[38] Ditemani oleh para pekerja Palang Merah, beliau melakukan perjalanan melalui zon perang ke hospital yang hancur untuk menyelamatkan para pesakit muda.[39]
Ketika Eropah Timur mengalami peningkatan keterbukaan di akhir 1980-an, beliau memperluas usahanya untuk negara-negara komunis yang sebelumnya menolak Mubaligh Cinta Kasih dan memulakan puluhan projek. Beliau tidak terpengaruh dengan kritikan terhadap pendiriannya dalam melawan keguguran dan perceraian serta menyatakan, "Tidak peduli orang-orang mengatakan apa, anda harus menerimanya dengan tersenyum dan melakukan pekerjaan anda sendiri." Beliau mengunjungi Republik Sosialis Soviet Armenia setelah Gempa bumi Spitak 1988 dan bertemu dengan Nikolai Ryzhkov, Ketua Dewan Menteri.
Ibu Teresa berasa terpanggil untuk membantu dan melayani penderita kelaparan di Ethiopia, korban radiasi di Chernobyl, dan korban gempa di Armenia.[40][41][42] Pada tahun 1991, Ibu Teresa kembali untuk pertama kalinya ke tanah air dan membuka rumah Mubaligh Cinta Kasih Bruder di Tirana, Albania.
Pada tahun 1996, beliau menjalankan 517 misi di lebih dari 100 buah negara.[43] Selama bertahun-tahun, Ibu Teresa mengembangkan Mubaligh Cinta Kasih untuk melayani "termiskin dari yang miskin" di 450 buah pusat di seluruh dunia. Rumah Mubaligh Cinta Kasih pertama yang ada di Amerika Syarikat didirikan di South Bronx, New York. Pada tahun 1984, ordo ini menjalankan 19 organisasi di seluruh negara.[44]
Kemerosotan kesihatan dan kematian
Ibu Teresa mendapat serangan jantung ketika di Rom pada tahun 1983, semasa mengunjungi Paus Yohanes Paulus II. Setelah serangan kedua pada tahun 1989, beliau menerima alat pacu jantung buatan. Pada tahun 1991, setelah berjuang melawan pneumonia semasa di Mexico, beliau menderita masalah jantung lebih lanjut. Beliau menawarkan untuk mengundurkan diri dari jawatan beliau sebagai ketua Mubaligh Cinta Kasih, tetapi para biarawati ordo dalam sebuah pungutan suara yang rahsia, memilih beliau untuk tetap memegang jawatan tersebut. IbuTeresa bersetuju untuk melanjutkan pekerjaannya sebagai ketua ordo.
Pada April 1996, IbuTeresa jatuh dan mematahkan tulang selangkanya. Pada bulan Ogos, beliau menderita malaria dan kegagalan jantung di ventrikel kiri. Beliau menjalani pembedahan jantung, namun kesihatannya tetap merosot. Beliau dirawat di sebuah hospital di California, yang mana telah mencetuskan kritikan.[45] Uskup Agung Calcutta, Henry Sebastian D'Souza mengatakan, beliau memerintahkan seorang pendeta untuk melakukan eksorsisme kepada Ibu Teresa atas izinnya saat beliau dirawat pertama kali di hospital dengan masalah jantung kerana beliau berfikir bahawa mungkin Ibu Teresa diserang oleh Iblis.[46]
Pengakhiran hidup
Pada 13 Mac 1997, beliau meletakkan jawatannya sebagai ketua Mubaligh Cinta Kasih dan memberikannya kepada Biarawati Nirmala Joshi. Beliau meninggal dunia pada 5 September 1997.
Pada saat kematiannya, Mubaligh Cinta Kasih telah memiliki lebih dari 4,000 biarawati dan persaudaraan dengan 300 anggota yang menjalankan 610 misi di 123 buah negara.[perlu rujukan] Ini termasuk penampungan dan rumah bagi penderita HIV/AIDS, kusta dan TBC, dapur umum, program kaunseling anak-anak dan keluarga, pembantu peribadi, rumah anak yatim, dan sekolah. Mubaligh Cinta Kasih juga dibantu oleh wakil pekerja yang berjumlah lebih dari sejuta orang pada tahun 1990-an.[47]
Ibu Teresa disemadikan di Gereja St. Thomas, Kalkuta selama satu minggu sebelum pemakamannya pada September 1997. Beliau diberi pemakaman kenegaraan oleh kerajaan India dengan rasa syukur atas jasanya kepada kaum miskin dari semua agama di India.[48] Kematiannya ditangisi baik oleh masyarakat sekular, mahupun yang beragama. Dalam penghormatan beliau, Nawaz Sharif, Perdana Menteri Pakistan mengatakan bahwa Ibu Teresa adalah "seorang individu luar biasa dan unik yang tinggal lama untuk tujuan yang lebih tinggi. Pengabdian seumur hidupnya untuk merawat orang miskin, orang sakit, dan kurang beruntung merupakan salah satu contoh khidmat tertinggi untuk umat manusia."[49] Bekas Setiausaha Agung PBB, Javier Perez de Cuellar mengatakan: "Beliau adalah Penyatu Bangsa. Beliau adalah pendamai di dunia ini".[49]
Canonization
Paus Yohanes Paulus II berpendapat bahwa Ibu Teresa adalah wanita "terkudus" yang pernah ditemuinya. Maka dari itu, pada tahun 1999, sudah dimulai pengumpulan data untuk proses beatifikasi. Ditemukanlah bahawa Monika Besra adalah wanita India yang menderita tumor perut. Dia sudah menjalani proses perubatan, tetapi tidak sembuh. Pemikirannya bahawa beliau tidak akan hidup lama lagi. Suatu hari rasa sakit kembali mendera, Monika mengambil liontin Ibu Teresa dan rasa sakitnya pun hilang. Beberapa jam kemudian, tumornya disahkan tiada.
Paus Ioannes Paulus II menganugelarkan gelar beata kepada Ibu Teresa, dan 5 September disahkan menjadi hari peringatan Ibu Teresa.
Pada 15 Mac 2016, Paus Franciscus mengumumkan bahwa Ibu Teresa akan dikanonkan menjadi santa pada 4 September akan datang bersama empat orang suci lainnya.[50] Pada 4 September 2016, Ibu Teresa dikanonisasikan oleh Paus Fransiskus di Lapangan Santo Petrus, Vatikan. Ribuan orang menghadiri upacara tersebut, dengan 15 orang dari delegasi pemerintah dan 1,500 orang tunawisma dari seluruh Itali.[51][52]
Lihat pula
Rujukan
- ^ "Canonisation of Mother Teresa – September 4th". Diocese of Killala. September 2016. Dicapai pada 4 September 2016.
- ^ Manik Banerjee (6 September 2017). "Vatican declares Mother Teresa a patron saint of Calcutta". Associated Press, ABC News.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2017. Dicapai pada 6 September 2017.
- ^ "Mother Teresa to be named co-patron of Calcutta Archdiocese on first canonization anniversary". First Post. 4 September 2017. Dicapai pada 5 September 2017.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaCannon2013
- ^ shqiptare, bota. "Kur Nënë Tereza vinte në Tiranë/2".
- ^ (2002) "Mother Teresa of Calcutta (1910–122997)". Vatican News Service. Diakses pada 30 Mei 2007.
- ^ Lester, Meera (2004). Saints' Blessing. Fair Winds. m/s. 138. ISBN 1592330452. Dicapai pada 2008-12-14.[pautan mati kekal]
- ^ 1910-1997., Teresa, Mother, Saint, (2007). Mother Teresa : come be my light : the private writings of the "Saint of Calcutta". Doubleday. ISBN 9780385520379. OCLC 123119836.CS1 maint: extra punctuation (link) CS1 maint: numeric names: authors list (link)
- ^ Meskipun beberapa sumber mengatakan ia berumur 10 tahun ketika ayahnya meninggal, dalam sebuah wawancara dengan kakaknya, Vatikan mendokumentasikan usianya pada saat itu "sekitar delapan tahun".[perlu rujukan]
- ^ "Moder Teresa" (dalam bahasa Danish). Dicapai pada 23-08-2010.
Hendes forældre var indvandret fra Shkodra i Albanien; muligvis stammede faderen fra Prizren, moderen fra en landsby i nærheden af Gjakova.
Check date values in:|accessdate=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ Clucas, Joan Graff. (1988). Mother Teresa. New York. Chelsea House Publications, hal. 24. ISBN 1-55546-855-1.
- ^ Meg Greene, Mother Teresa: A Biography, Greenwood Press, 2004, hal. 11.
- ^ Sharn, Lori (5 September 1997). "Mother Teresa dies at 87". USA Today. Diakses pada 30 Mei 2007.
- ^ Clucas, Joan Graff. (1988). Mother Teresa. New York. Chelsea House Publications, hal. 28–29. ISBN 1-55546-855-1.
- ^ Meg Greene, Mother Teresa: A Biography, Greenwood Press, 2004, hal. 17.
- ^ Sebba, Anne (1997).Mother Teresa: Beyond the Image. New York. Doubleday, hal.35. ISBN 0-385-48952-8.
- ^ "Blessed Mother Teresa of Calcutta and St. Therese of Lisieux: Spiritual Sisters in the Night of Faith". Thereseoflisieux.org. 2007-09-04. Dicapai pada 2010-08-24.
- ^ Meg Greene, Mother Teresa: A Biography, Greenwood Press, 2004, hal. 18.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaspink
- ^ Clucas, Joan Graff. (1988). Mother Teresa. New York. Chelsea House Publications, hal. 32. ISBN 1-55546-855-1.
- ^ Meg Greene, Mother Teresa: A Biography, Greenwood Press, 2004, hal. 25.
- ^ Spink, Kathryn (1997). Mother Teresa: A Complete Authorized Biography. New York. HarperCollins, hal. 18–21. ISBN 0-06-250825-3.
- ^ Spink, Kathryn (1997). Mother Teresa: A Complete Authorized Biography. New York. HarperCollins, hal. 18, 21–22. ISBN 0-06-250825-3.
- ^ Clucas, Joan Graff. (1988). Mother Teresa. New York. Chelsea House Publications, hal. 35. ISBN 1-55546-855-1.
- ^ Clucas, Joan Graff. (1988). Mother Teresa. New York. Chelsea House Publications, hal. 39. ISBN 1-55546-855-1.
- ^ "Blessed Mother Teresa". Encyclopædia Britannica Online. Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 2007-12-20. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ Clucas, Joan Graff. (1988). Mother Teresa. New York. Chelsea House Publications, hal. 48–49. ISBN 1-55546-855-1.
- ^ Williams, Paul (2002). Mother Teresa. Indianapolis. Alpha Books, hal. 57. ISBN 0-02-864278-3.
- ^ Spink, Kathryn (1997). Mother Teresa: A Complete Authorized Biography. New York. HarperCollins, hal. 37. ISBN 0-06-250825-3.
- ^ Williams, Paul (2002). Mother Teresa. Indianapolis. Alpha Books, hal. 62. ISBN 0-02-864278-3.
- ^ Spink, Kathryn (1997). Mother Teresa: A Complete Authorized Biography. New York. HarperCollins, hal. 284. ISBN 0-06-250825-3.
- ^ a b Spink, Kathryn (1997). Mother Teresa: A Complete Authorized Biography. New York. HarperCollins, hal. 55. ISBN 0-06-250825-3.
- ^ Sebba, Anne (1997).Mother Teresa: Beyond the Image. New York. Doubleday, hal. 62–63. ISBN 0-385-48952-8.
- ^ Clucas, Joan Graff. (1988). Mother Teresa. New York. Chelsea House Publications, hal. 58–59. ISBN 1-55546-855-1.
- ^ Spink, Kathryn (1997). Mother Teresa: A Complete Authorized Biography. New York. HarperCollins, pp.82. ISBN 0-06-250825-3.
- ^ Spink, Kathryn (1997). Mother Teresa: A Complete Authorized Biography. New York. HarperCollins, pp.286–287. ISBN 0-06-250825-3.
- ^ Slavicek, Louise (2007). Mother Teresa. New York; Infobase Publishing, hal. 90–91. ISBN 0-7910-9433-2.
- ^ CNN Staff, "Mother Teresa: A Profile", diperoleh dari CNN online pada 30 Mei 2007
- ^ Clucas, Joan Graff. (1988). Mother Teresa. New York. Chelsea House Publications, hal. 17. ISBN 1-55546-855-1.
- ^ Cooper, Kenneth J. (14 September 1997). "Mother Teresa Laid to Rest After Multi-Faith Tribute". The Washington Post. Diakses pada 30 Mei 2007
- ^ (30 Mei 2007) "A Vocation of Service". Eternal Word Television Network. Diakses pada 2 Agustus 2007.
- ^ Embassy of India in Armenia Official Website Diarkibkan 2009-02-11 di Wayback Machine. Describes how Mother Teresa journeyed to Armenia in December 1988 following the great earthquake. She and her order established an orphanage there. Diakses pada 30 Mei 2007.
- ^ Williams, Paul (2002).Mother Teresa. Indianapolis. Alpha Books, hal. 199–204. ISBN 0-02-864278-3.
- ^ Clucas, Joan Graff. (1988). Mother Teresa. New York. Chelsea House Publications, hal. 104. ISBN 1-55546-855-1.
- ^ Irish Independent http://www.independent.ie/unsorted/features/easter-the-church-and-the-same-party-line-42461.html
- ^ Bindra, Satinder (7 September 2001). "Archbishop: Mother Teresa underwent exorcism". CNN Diakses pada 30 Mei 2007.
- ^ "Mother Teresa – The Nobel Peace Prize 1979". Nobel Prize.org. The Nobel Foundation. 1979. Dicapai pada 2009-10-15.[pautan mati]
- ^ Associated Press (14 September 1997). ""India honors nun with state funeral". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-03-06. Dicapai pada 2020-08-28.". Houston Chronicle. Diakses pada 30 Mei 2007.
- ^ a b (16 Oktober 2006) Online Memorial Tribute to Mother Teresa. ChristianMemorials.com. Diakses pada 2 Agutus 2007.
- ^ "[1]", diakses tanggal 16 Maret 2016.
- ^ Povoledo, Elisabetta (2016-09-03). "Mother Teresa Is Made a Saint by Pope Francis". The New York Times. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2016-09-04.
- ^ "Mother Teresa declared saint by Pope Francis at Vatican ceremony - BBC News" (dalam bahasa bahasa Inggris). Dicapai pada 2016-09-04.CS1 maint: unrecognized language (link)