Republik Portugal República Portuguesa | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: A Portuguesa | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Lisbon | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Portugis1 | ||||
Kerajaan | Demokrasi Berparlimen | ||||
• Presiden | Marcelo Rebelo de Sousa | ||||
Luís Montenegro | |||||
Penubuhan | |||||
• Kemerdekaan | 24 Jun 1128 | ||||
• Kerajaan | 25 Julai 1139 | ||||
• Diiktiraf | 5 Oktober 1143 | ||||
• Republik | 11 Oktober 1910 | ||||
0.5 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan Julai 2006 | 10,605,870 (75) | ||||
• Bancian Penduduk 2001 | 10,148,259 | ||||
KDNK (PPP) | 2005 | ||||
• Jumlah | $203.381 bilion (41) | ||||
$19,335 (37) | |||||
Mata wang | Euro (€)2 ( EUR ) | ||||
Zon waktu | WET3 | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+1 (WEST) | ||||
Kod panggilan | 351 | ||||
Kod ISO 3166 | PT | ||||
DPT internet | .pt4 | ||||
1 Bahasa Miranda yang dituturkan disesetengah kawasan di bandar Miranda do Douro, diiktiraf secara rasmi pada tahun 1999 (Lei n.º 7/99 de 29 de Janeiro).[1]Bahasa Tangan Portugis turut diiktiraf. 2 Sebelum tahun 1999: Escudo Portugis. 3 Azores: UTC-1; UTC pada musim panas. 4 Domain .eu turut digunakan,dan dikongsi bersama dengan negara Kesatuan Eropah yang lain. |
Portugal atau nama rasminya Republik Portugal (Portugis: República Portuguesa ) ialah sebuah negara yang kebanyakannya berada di Semenanjung Iberia di Eropah. Portugal adalah negara berdaulat paling barat di Eropah, bersempadan dengan Sepanyol di utara dan timur dan Lautan Atlantik di selatan dan barat. Kawasan pemerintahannya juga termasuk kepulauan Atlantik, Azores dan Madeira, kedua-dua kawasan autonomi dengan kerajaan tempatan masing-masing.
Portugal adalah negara paling tua di Semenanjung Iberia, dan antara negara tertua di Eropah dan di dunia, dengan kawasan pemerintahannya diserang, dilawankan untuk dan diperintah sejak masa prasejarah. Kaum pra-Celt, orang Iberia, orang Celt, orang Carthage dan orang Rom diikuti oleh serangan daripada kaum Visigoth dan puak-puak Jermanik Suebi. Selepas penaklukan Islam di Semenanjung Iberia, kebanyakan kawasan Portugal adalah sebahagian daripada Al-Andalus untuk beberapa abad. Portugal sebagai negara ditubuhkan ketika Reconquista Kristian awal. Ditubuhkan pada tahun 868, Daerah Portugal menjadi terkenal selepas Pertempuran São Mamede pada tahun 1128. Kerajaan Beraja Portugal diisytiharkan kemudian mengikuti Pertempuran Ourique pada tahun 1139, dan kemerdekaan daripada Kerajaan León dikenali dengan Perjanjian Zamora pada tahun 1143.[2]
Pada abad ke-15 dan ke-16, Portugal menubuhkan empayar global pertama, menjadi antara kuasa ekonomi, politik, dan angkatan tentera utama di dunia.[3][4][5] Ketika tempoh ini, sekarang dipanggil sebagai Zaman Penjelajahan, pengembara Portugis merintis pengembaraan maritim, tertutamanya di bawah naungan diraja Putera Henry si Pelayar dan Raja João II, dengan pelayaran penting seperti Bartolomeu Dias melayar di luar Tanjung Harapan, Afrika Selatan (1448), penemuan laluan ke India Vasco da Gama (1497-1498) dan penemuan Brazil Eropah (1500). Ketika masa ini, Portugal memonopoli perdagangan rempah, membahagi dunia kepada hemisfera dominasi dengan Castille, dan empayar tersebut berkembang dengan kempen angkatan tentera di Asia. Tetapi, peristiwa seperti gempa bumi Lisbon 1755, penaklukan negara ketika Perang Napoleon, kemerdekaan Brazil (1822), dan perindustrian lambat berbanding dengan kuasa-kuasa Eropah lain, memadamkan kebanggaan Portugal sebelum ini.[6]
Selepas revolusi 1910 membuang monarki, Republik Pertama Portugis yang demokratik tetapi tidak stabil ditubuhkan, kemudian digantikan oleh rejim autoritarian Estado Novo. Demokrasi dikembalikan selepas Revolusi Bunga Teluki pada tahun 1974, mengakhirkan Perang Penjajahan Portugal. Tidak lama kemudian, kemerdekaan diberikan kepada hampir semua kawasan penajajahan Portugal di luar negara. Penyerahan kedaulatan Makau kepada China pada tahun 1999 menandakan pengakhiran apa yang boleh dipanggil sebagai empayar penjajah plaing tua.
Portugal telah meninggalkan pengaruh seni bina dan budaya yang mendalam di seluruh dunia, sebuah warisan dengan 250 juta penutur Portugis, dan pelbagai bahasa campuran berasaskan Portugis. Portugal adalah sebuah negara maju dengan ekonomi yang canggih dan taraf hidup tinggi, yang bertempat pada tangga ke-41 di Indeks Pembangunan Manusia.[7][8][9] Tambahan, Portugal bertempat di tangga-tangga yang tinggi di kebebasan moral (kedua), keamanan (ketiga), demokrasi (ke-8),[10] kebebasan akhbar(ke-12), kestabilan (ke-15), kemajuan sosial (ke-18), kemakmuran (ke-24), dan hak LGBT (ke-7 di Eropah).[11] Sebuah ahli UN dan EU, Portugal juga sebuah ahli pengasas NATO, zon euro, OECD dan Komuniti Negara Berbahasa Portugis.
Etimologi
Istilah Portugal diperoleh dari tempat Rom-Celt dinamakan Portus Cale;[12] sebuah bandar di mana Vila Nova de Gaia zaman ini sekarang berdiri, di mulut Sungai Douro di utara apa yang kini dipanggil Portugal. Nama bandar tersebut adalah daripada perkataan Latin untuk pelabuhan, portus, tetapi elemen kedua Portus Cale iaitu Cale, adalah subjek untuk pelbagai teori. Penerangan utama untuk nama tersebut adalah nama tersebut merupakan satu etonim diperoleh daripada kaum Castro, juga dikenali sebagai Gallaeci, Gallaecia atau Callaecia, kaum yang menduduki barat laut Semenanjung Iberia. Nama Callaici dan Cale adalah asal-usul nama Gaia dan Galicia zaman sekarang.
Teori romantis lain mengatakan Cala adalah nama seorang dewi Celt (melukis perbandingan dengan Cailleach Gaelik, sebuah sihir luarbiasa). Teori yang lebih mendalam menyatakan Cale atau Calle diperoleh daripada perkataan Celt untuk pelabuhan, seperti caladh bahasa Ireland atau cala Gaelik Scotland. Tetapi, penerangan-penerangan tersebut memerlukan bahasa pra-Rom di kawasan tersebut merupakan sebuah cawangan dari Q-Celt, yang secara umumnya tidak diterima. Bahasa pra-Rom kawasan tersebut ialah Celt Gallaeci.
Beberapa sarjana Perancis percaya bahawa nama tersebut mungkin diperoleh daripada "Portus Gallus",[13] pelabuhan kaum Celt atau kaum Gaul.
Sekitar 200 Sebelum Masihi, kaum Rom mengambil Semenanjung Iberia daripada kaum Carthage ketika Perang Punic Kedua, dan dalam proses tersebut, kaum Rom menakluki Cale dan menamakannya Portus Cale (Pelabuhan Cale), menggabungkannya dengan wilayah Gaellicia dengan ibu kota di Braca Augusta (kini Braga, Portugal). Ketika Zaman Pertengahan, kawasan di sekitar Portus Cale dikenali oleh kaum Suebi dan kaum Visigoth dengan nama Portucale. Nama Portucale berkembang menjadi Portugale sekitar abad ke-7 dan ke-8, dan pada abad ke-9, istilah tersebut digunakan dengan seluasnya untuk merujuk kepada kawasan di antara Sungai Douro dan Sungai Minho. Pada abad ke-11 dan ke-12, Portugale, Portugallia, Portvgallo atau Portvgalliae telah dirujukkan sebagai Portugal.
Sejarah
Prasejarah
Sejarah awal Portugal dikongsi dengan lebihan Semenanjung Iberia yang ditempatkan di barat daya Eropah. Nama Portugal diperoleh daripada nama gabungan Rom-Celt Portus Cale. Kawasan tersebut diduduki oleh kaum pra-Celt dan kaum Celt, memberi asal-usul kepada kaum seperti kaum Gallaeci, kaum Lusitania, kaum Celtici dan kaum Cynetes, dikunjungi oleh kaum Phoenicia, kaum Yunani Purba, dan kaum Carthage, dimasukkan dalam wilayah Republik Rom sebagai Lusitania dan sebahagian daripada Gallaecia, selepas tahun 45 Sebelum Masihi sehingga tahun 298 Selepas Masihi.
Kawasan Portugal zaman sekarang didiami oleh Neanderthal dan kemudian oleh homo sapien, yang berkeliaran di kawasan yang tidak bersempadan di utara Semenanjung Iberia.[14] Ini adalah masyarakat sara hidup dan walaupun mereka tidak menubuhkan pendiaman yang makmur, mereka berjaya membentuk masyarakat yang tersusun. Portugal Neolitik mengeksperimen dengan pembiakan haiwan ternakan, penanaman beberapa tanaman bijirin dan penangkapan ikan fluvial atau marin.[14]
Ia dipercayai oleh beberapa sarjana bahawa pada awal milenium pertama Sebelum Masihi, beberapa pusingan kaum Celt menyerang Portugal daripada Eropah Tengah dan berkahwin dengan populasi tempatan, membentuk beberapa suku kaum berbeza. Satu teori yang lain menyatakan bahawa kaum Celt telah menduduki Iberia Barat / Portugal sebelum sebarang migrasi kaum Celt dari Eropah Tengah yang besar.[15] Tambahan pula, sejumlah ahli bahasa yang mahir dalam Celt purba telah menyampaikan bukti yang kukuh yang mengatakan bahawa bahasa Tartessian, dulu dicakapkan di kawasan-kawasan Sepanyol barat laut dan Portugal barat laut, adalah sekurang-kurangnya proto-Celt dalam struktur. Arkeologi dan kajian moden menunjukkan asal-usul Portugis dengan kaum Celt di Portugal dan tempat lain.[16] Ketika tempoh tersebut dan sehingga serangan kaum Rom, budaya Castro (satu variasi budaya Urnfield, juga dikenli sebagai Urnenfelderkultur) prolifik di Portugal dan Galicia moden. Budaya tersebut, bersama elemen kehidupan budaya megalititik Atlantik dan sumbangan yang datang daripada budaya Mediterranean Barat, akhirnya menjadi apa yang dipanggil sekarang sebagai Cultura Castreja atau Budaya Castro. Penamaan tersebut merujuk kepada populasi Celt yang berciri yang dipanggil 'dùn', 'dùin' atau 'don' dalam bahasa Gaelik dan itu kaum Rom memanggilnya sebagai 'castrae' dalam babad mereka.
Berdasarkan babad Rom tentang kaum Gallaeci, bersama dengan pengisahan Lebor Gabála Érenn dan pentafsiran peninggalan arkeologi yang banyak di seluruh bahagian utara Portugal dan Galicia, ia boleh disimpulkan bahawa dulu terdapat masyarakat matriarki, dengan angkatan tentera dan aristokrasi beragama mungkin jenis feudalisme. Tokoh-tokoh dengan kuasa yang penuh adalah ketua (chefe tribal), orang daripada jenis angkatan tentera serta ada kuasa dalam Castro atau suku mereka, dan ulama agama Celt, terutamanya merujuk kepada fungsi perubatan dan keagamaan yang mungkin biasa kepada beberapa castro. Kosmogony Celt kekal homogen disebabkan oleh kebolehan ulama agama Celt untuk bertemu di majlis dengan ulama-ulama agama dari kawasan lain, yang menjaminkan penyiaran ilmu dan peristiwa yang paling penting. Rujukan dokumentari pertama masyarakat Castro disediakan oleh penbabad kempen angkatan tentera Rom seperti Strabo, Herodotus dan Plinius yang Tua antara yang lain, tentang pertubuhan sosial dan menerangkan penduduk kawasan-kawasan tersebut, Gallaeci Portugal Utara sebagai: "sekumpulan orang barbar yang meluangkan hari dengan berlawan dan malam dengan makan, minum dan menari di bawah bulan."
Terdapat suku kaum sama yang lain, dan ketua antara mereka adalah orang Lusitania; kawasan pusat orang ini ditempat di pedalaman Portugal tengah, manakala sebilangan suku kaum berkaitan yang lain wujud seperti kaum Celtici dari Alentejo, dan kaum Cynetes atau Conii dari Algarve. Antara suku kaum atau sub-divisi adalah kaum Bracari, kaum Coelerni, kaum Equaesi, kaum Grovii, kaum Interamici, kaum Leuni, kaum Luanqui, kaum Limici, kaum Narbasi, kaum Nemetati, kaum Paesuri, kaum Quaquerni, kaum Seurbi, kaum Tamagani, kaum Tapoli, kaum Turduli, kaum Turduli Veteres, kaum Turdulorum Oppida, kaum Turodi, and kaum Zoelae. Beberapa penempatan pantai yang kecil, separuh kekal dan komersil (seperti Tavira) juga ditubuhkan di kawasan Algarve oleh kaum Phoenicia-Carthage.
Lusitania dan Gallaecia Rom
Kaum Rom mula-mula menyerang Semenanjung Iberia pada tahun 219 Sebelum Masihi. Kaum Carthage, penasihat kaum Rom ketika Perang Punic, diusir daripada koloni pantai mereka. Ketika hari-hari terakhir kehidupan Julius Caesar, hampir keseleruhan semenanjung tersebut dimiliki oleh Rom.
Penaklukan kaum Rom atas apa yang sekarang diiktiraf sebagai sebahagian Portugal, mengambil masa 200 tahun dan mengambil nyawa ramai tentera muda dan nyawa orang yang dijatuhkan kematian yang tertentu di dalam lombong-lombong hamba apabila tidak dijual sebagai hamba kepada bahagian lain empayar tersebut. Penaklukan tersebut mengalami kemunduran yang ketara pada thaun 155 Sebelum Masihi, apabila satu pemberontakan bermula di utara. Kaum Lusitania dan kaum tempatan yang lain, di bawah pentadbiran Viriathus, dirampas kawalan kesuluruhan Iberia barat.
Rom menghantar berbilang-bilang legiun dan jeneral terbaiknya ke Lusitania untuk memadamkan pemberontakan, tetapi tanpa faedah - kaum Lusitania terus menakluk kawasan. Pembimbing-pembimbing Rom memutuskan untuk menukar strategi mereka. Mereka merasuah sekutu-sekutu Viriathus untuk membunuhnya. Pada tahun 139 Sebelum Masihi, Viriathus dibunuh dan Tautalus menjadi pemimpin kaum Lusitania.
Lihat juga
- Daftar negara
- Viriathus Diarkibkan 2005-01-26 di Wayback Machine
Rujukan
- ^ Pengajian Euromosaic, Miranda di Portugal, europa.eu - laman web Suruhanjaya Eropah, diakses pada Januari 2007
- ^ https://books.google.com.my/books?id=LNRyNG9NNkcC&lpg=1&redir_esc=y
- ^ https://www.guinnessworldrecords.com/world-records/first-global-empire/
- ^ https://archive.is/20140202181317/http://empires.findthedata.org/q/33/2518/What-was-the-Portuguese-Empire
- ^ Melvin Eugene Page, Penny M. Sonnenburg, ms. 481
- ^ https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/po.html
- ^ https://web.archive.org/web/20140408225045/http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2014/01/pdf/text.pdf
- ^ https://www2.deloitte.com/content/dam/Deloitte/au/Documents/public-sector/deloitte-au-ps-social-progress-index-executive-summary-2015-90415.pdf
- ^ https://www.numbeo.com/quality-of-life/rankings_by_country.jsp
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-21. Dicapai pada 2019-09-25.
- ^ https://rainbow-europe.org/country-ranking
- ^ https://www.etymonline.com/word/portugal
- ^ https://books.google.co.uk/books?id=MD8zAQAAMAAJ&pg=PA441&lpg=PA441&dq=portus+Gallus+etymologie+du+portugal&source=bl&ots=ir3OkpgQcI&sig=LzkcSY11hCzCrAgSrubkwJgy9jk&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwiL2ZLCn_TYAhUYM8AKHXB8A3kQ6AEINTAC#v=onepage&q=portus+Gallus+etymologie+du+portugal&f=false
- ^ a b David Birmingham (2003), ms. 11
- ^ https://www.academia.edu/7336002/Celtic_from_the_West._Alternative_Perspectives_from_Archaeology_Genetics_Language_and_Literature
- ^ http://www.walesonline.co.uk/news/wales-news/celtic-roots-lie-spain-portugal-2174486