Kawasan ramai penduduk | |
---|---|
Johor Bahru, Batu Pahat, Kulai, Kluang, Muar, Segamat, Ledang, Pontian | |
Bahasa | |
Bahasa Hokkien (di daerah Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Segamat dan Kluang), Bahasa Hakka (di daerah Kulai, Kluang dan Segamat) Bahasa Kantonis (di daerah Mersing), Bahasa Teochew (di daerah Johor Bahru, Pontian, Batu Pahat dan Muar), Bahasa Hokchiu (di daerah Batu Pahat), Bahasa Hainan (di daerah Johor Bahru), Bahasa Mandarin sebagai dialek perantaraan, Bahasa Malaysia, dan Bahasa Inggeris | |
Agama | |
Buddha, Taoisme, Konfusianisme, Kristian serta minoriti mualaf Islam | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Peranakan |
Johor merupakan antara negeri yang maju dimana terdiri daripada pelbagai jenis kaum. Sehubungan itu, Orang Cina Johor adalah salah satu suku Bangsa Johor adalah golongan minoriti besar dengan populasi pada tahun 2010 adalah seramai 1,208,652 orang, iaitu sebanyak 32.8% daripada jumlah keseluruhan penduduk negeri ini. Kebanyakan orang Cina di Johor menetap di bandar-bandar besar terutamanya Johor Bahru, iaitu di ibu negerinya dan juga di daerah-daerah lain.
Kawasan yang paling ketara populasi kaum Cina mengikut daerah
- Johor Bahru - Pusat bandaraya, Iskandar Puteri, Skudai, Tebrau, Ulu Tiram dan Masai.
- Batu Pahat - Pusat bandar, Yong Peng, Ayer Hitam dan Senggarang.
- Kulai - Kulai, Senai dan Kelapa Sawit.
- Kluang - Pusat bandar Kluang, Simpang Renggam dan Layang-Layang.
- Segamat - Pusat bandar Segamat, Batu Anam, Jementah, Labis, Chaah dan Bekok.
- Muar - Bandar Maharani, Parit Jawa dan Bakri.
- Tangkak - Tangkak dan Bukit Gambir.
- Pontian - Pontian Kechil dan Pekan Nanas.
- Kota Tinggi - Sungai Rengit, Teluk Sengat dan Teluk Ramunia
- Mersing - Pekan Mersing dan Jemaluang.
Kawasan kepadatan penduduk Cina
Antara kawasan yang padat dengan populasi kaum Cina di Johor adalah seperti Johor Bahru, Batu Pahat, Kulai, Kluang, Muar, Segamat, Tangkak dan Pontian. Berikut merupakan bancian kaum cina di Johor dari tahun 1931 sehingga tahun 2010:
Tahun | Jumlah penduduk | Melayu | Peratus | Cina | Peratus |
---|---|---|---|---|---|
1931[2] | 505,311 | 46.4% | 41.4% | ||
1947[3] | 738,251 | 43.8% | 48.1% | ||
2000 | 2,740,625 | 57.1% | 35.4% | ||
2010 | 3,348,283 | 1,811,139 | 58.9% | 1,034,713 | 33.6% |
2020 | 4,009,670 | 2,219,174 | 60.1% | 1,208,652 | 32.8% |
Sejarah
Kehadiran orang Cina ke Tanah Melayu sudah bermula pada awal abad ke-15 iaitu semasa zaman Kerajaan Melayu Melaka telah menjalinkan hubungan perdagangan dan persahabatan dengan negara China. Penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu khususnya di Negeri-negeri Selat semakin pesat pada awal abad ke-19, berikutan dengan perkembangan perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura.
Pada tahun 1866, Temenggung Abu Bakar, anakanda Temenggung Ibrahim, dilantik menjadi Sultan Johor secara rasmi dan menamakan Bandar Tanjung Puteri sebagai Johor Bahru. Sultan Abu Bakar memperkenalkan sebuah perlembagaan dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Dibawahnya, Johor menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada hitam dan gambir yang tinggi pada abad ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai. Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai "Bapa Johor Moden". Orang Cina dibawa masuk melalui Sistem Kangchu untuk bekerja sebagai buruh di ladang lada hitam dan gambir.
Kebanyakan imigran Cina yang tiba di Tanah Melayu berasal dari Selatan China iaitu dari wilayah Kwangtung, Kwangsi, Hainan dan Fukien. Mereka terdiri daripada suku Hakka, Kantonis, Teochew, Hailam dan Hokkien. Sebelum Perang Dunia Kedua pada tahun 1941, orang Cina hanya menjadikan Tanah Melayu sebagai petempatan sementara untuk mencari kekayaan dan mereka pasti akan kembali ke negara asal. Namum, selepas Perang Dunia Kedua tamat keinginan orang Cina mulai berubah dan mereka mula ingin menetap di Tanah Melayu.
Cara kemasukan orang Cina
Sistem tiket kredit
Melalui sistem tiket kredit, kedatangan orang Cina dibiayai secara hutang oleh seorang ejen. Mereka akan bekerja dengan ejen tersebut dalam tempoh masa tertentu sehingga hutang mereka selesai. Selepas tempoh tersebut, mereka akan dibebaskan untuk memilih untuk mencari pekerjaan lain dengan majikan lain atau terus kekal dengan majikan asal. Buruh Cina ini dikenali sebagai “Singkheh”.
Sistem Kangchu
Melalui Sistem Kangchu, orang Cina digalakkan berpindah dari Singapura dan menetap di Johor serta membuka ladang lada hitam dan gambir di bawah pengawasan seorang Kangchu iaitu ketua puak-puak orang Cina. Setiap Kangchu dipertanggungjawabkan mengawal, membayar sewa bagi kawasan yang dibuka serta menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh buruh Cina di bawah pengelolaannya. Pada tahun 1860-an, seramai 15,000 orang Cina telah dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangchu ini.
Cara Persendirian
Orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu bagi mengatasi kesempitan hidup di China melalui bantuan rakan, ahli keluarga ataupun dengan perbelanjaan sendiri.[4] [5]
Populasi mengikut daerah
Daerah | Populasi cina |
Johor Bahru | 473,584 |
Batu Pahat | 124,009 |
Kluang | 89,805 |
Muar | 88,657 |
Kulai | 84,058 |
Segamat | 60,678 |
Tangkak | 45,445 |
Pontian | 41,723 |
Kota Tinggi | 19,536 |
Mersing | 7,218 |
Pendidikan
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ban Foo
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Batu
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bekoh
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bekok
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bemban, Johor
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bin Chong
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Boon Lim
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bukit Siput
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Central Site
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Cha'Ah
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chee Chuin
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chee Tong
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Cheng Siu 1
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Cheng Siu 2
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Cheow Min
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chern Hwa Bukit Pasir
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chi Chih
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chi Mang
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chi Ming (1)
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chi Ming (2)
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chi Sin, Johor
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chian Bee
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chian Kuo
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chiao Ching
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chiau Min
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chien Chi
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chien Hwa, Kampung Jawa
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chin Chiang
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chin Ju
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chin Kwang
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chin Terh
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ching Yeh
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Eng
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa 2
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa 3
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa I
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa Kangkar Senanggar
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa Pt Kadir
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa Rengit
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa Segenting
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa Senggarang
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa, Sri Gading
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa Sri Gading
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa Sri Medan
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa Sungai Ayam
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Cheng, Johor
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa (1A)
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa (1B)
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa (2A)
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa (2B)
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa (3)
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Presbyterian
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, Jln Sialang
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, Kampong Belemang
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, Kampong Jorak
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, Kayu Ara Pasong
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, Serom 3
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, Sungai Sendok
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Sun, Kampung Raja
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 1
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 2
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 3
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 4
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 5
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Gau San
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pu Sze
Rujukan
- ^ Bancian 2020
- ^ http://www.sabrizain.org/malaya/library/construction2.pdf
- ^ http://www.sabrizain.org/malaya/library/construction2.pdf
- ^ "Migrasi Orang Cina ke Tanah Melayu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-24. Dicapai pada 2014-11-07.
- ^ http://studentsrepo.um.edu.my/100/5/BAB2.pdf
- ^ Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi Bancian tahun 2010