Perkataan Britain merupakan sepatah istilah tidak formal yang dipergunakan sebagai singkatan atau kemudahan ketika merujuk kepada:
- Pulau Great Britain yang terdiri daripada negeri England, Scotland dan Wales;
- Kerajaan bersatu bagi Great Britain dan Ireland Utara (United Kingdom atau "UK") yang merupakan sebuah negara berdaulat.
- Wilayah Empayar Rom yang dipanggil sebagai Britain Rom atau "Britannia";
- Kerajaan Great Britain, negara berdaulat antara 1707 hingga 1800;
- United Kingdom Great Britain dan Ireland, negara berdaulat antara 1801 dan 1927.