Demografi Malaysia | |
---|---|
Kedinamikan | |
Jumlah penduduk | 33,871,431 (anggaran 2022) |
Kadar pertumbuhan | 1.03% (anggaran 2022) |
Kadar kelahiran | 14.55 kelahiran per 1,000 penduduk (anggaran 2022) |
Kadar kematian | 5.69 kematian per 1,000 penduduk (anggaran 2022) |
Jangka hayat | 76.13 tahun |
– lelaki | 74.5 tahun |
– perempuan | 77.87 tahun |
Kadar kesuburan | 1.75 anak lahir per wanita (anggaran 2022) |
Kadar kematian bayi | 6.59 kematian per 1,000 kelahiran hidup |
Kadar penghijrahan bersih | 1.48 migran per 1,000 penduduk (anggaran 2022) |
Struktur umur | |
0–14 tahun | 26.8% |
65 tahun dan ke atas | 6.9% |
Nisbah jantina | |
Jumlah nisbah | 1.05 lelaki per satu perempuan (anggaran 2022) |
Semasa lahir | 1.07 lelaki per satu perempuan |
Bawah 15 tahun | 1.06 lelaki per satu perempuan |
65 tahun dan ke atas | 1.14 lelaki per satu perempuan |
Bangsa | |
Etnik majoriti | Bumiputera (62.5%) |
Etnik minoriti |
|
Bahasa | |
Rasmi | Bahasa Melayu |
sunting · sunting di Wikidata |
Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, dengan kaum Melayu merupakan suku terbesar di Malaysia Barat. Manakala, kaum Iban dan Kadazan-Dusun merupakan kaum terbesar di Malaysia Timur. Dari segi perlembagaan, orang Melayu ialah orang yang berbudaya Melayu, bertutur dalam Bahasa Melayu dan beragama Islam. Dalam kontek Malaysia, istilah bumiputera sering digunakan. Kaum Bumiputera dianggap sebagai kaum asal Malaysia.
Komposisi etnik
Pada tahun 2019,jumlah penduduk Malaysia adalah 32.7 juta yang merangkumi 90.2 peratus warganegara dan 9.8 peratus bukan warganegara.
68.88% merupakan kaum Bumiputera, dimana 58.7% terdiri daripada Bumiputera Melayu dan 4.13% dari Bumiputera Lain. Bumiputera Lain adalah terdiri daripada Orang Asli, Siam, Serani, , dan lain-lain minoriti bumiputera di Semenanjung Malaysia manakala ia dikenali sebagai Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak di Malaysia Timur. 64.4% merupakan kaum Dayak di Sarawak dan suku kaum Kadazan-Dusun majoriti di Sabah iaitu terletak di Malaysia Timur.
Kira kira 22,6% daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina. Masyarakat Cina Malaysia terdiri daripada orang Foochow, Hainan, Henghua, Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan lain-lain.
Masyarakat Orang India Malaysia pula merangkumi 6.73% daripada penduduk Malaysia yang terdiri daripada orang Tamil yang merupakan orang India terbesar di Malaysia, orang Malayali, Punjabi Sikh, Telugu dan lain-lain.
Manakala lain-lain kaum pula seramai 0.9 % adalah orang yang berketurunan Bangsa Asia Lain, dan Bangsa Dunia yang lain yang diberi taraf warganegara mengikut syarat-syarat tertentu.[1]
Kepadatan penduduk Malaysia tidak seragam, dengan hampir 25.8 juta daripada 31.9 juta rakyat Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia.
Komposisi agama
Islam merupakan agama yang paling meluas dianuti di Malaysia sebanyak 63.5%. Selebihnya adalah agama lain yang dianuti orang Malaysia adalah Buddha (18.7%), Kristian (9.1%), Hindu (6.1%), lain-lain agama (1.7%) dan tiada agama atau agama tidak diketahui adalah sebanyak 0.5%. Lain-lain agama termasuklah Agama rakyat Cina, agama Sikh, agama Yahudi, dan lain-lain.
Rujukan
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-13. Dicapai pada 2012-04-10.
Lihat juga
Pautan luar
- CIA - The World Factbook Diarkibkan 2019-01-06 di Wayback Machine