(Dilencongkan daripada Jun 13)
<< | Jun | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | ||||||
2024 |
13 Jun merupakan hari ke-164 (hari ke-165 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 201 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan hari perayaan Santo António (Gereja Katolik Rom).
Peristiwa
- 624 - Perang Badar berlaku di antara tentera Islam dari Madinah dan tentera kaum Musyrikin dari Makkah.
- 1525 - Martin Luther mengahwini Katharina von Bora, melanggar dekri pembujangan paderi oleh Gereja Roman Katolik.
- 1777 - Marquis de Lafayette mendarat berhampiran Georgetown, South Carolina, bagi membantu revolusi Tiga Belas Jajahan terhadap Great Britain.
- 1886 - Raja Ludwig II dari Bayern ditemui mati di Tasik Starnberg berhampiran Munich dalam keadaan misteri.
- 1898 - Wilayah Yukon dibentuk di Kanada, hasil daripada pemecahan Wilayah Barat Laut.
- 1935 - Dalam salah satu kejutan terbesar kejohanan tinju, peninju bukan pilihan James J. Braddock menewaskan Max Baer untuk menjadi juara heavyweight sedunia.
- 1966 - Keputusan kes Mahkamah Agung Amerika Syarikat Miranda lwn. Arizona mengasaskan amaran Miranda dalam menahan orang yang disyaki.
- 1971 - Perang Vietnam: The New York Times memulakan penerbitan Pentagon Papers.
- 1983 - Pioneer 10 (gambar) menjadi objek buatan manusia yang pertama melepasi orbit Neptun, planet terjauh Sistem Suria.
- 2000 – Presiden Kim Dae-jung (mewakili Korea Selatan) bertamu dengan Kim Jong-il (mewakili Korea Utara) bagi memulakan suatu sidang kemuncak antara kedua-dua negara tersebut di Pyongyang.
- 2000 – Mahkamah Itali mengampunkan Mehmet Ali Ağca, daripada dakwaan percubaan membunuh Paus John Paul II pada tahun 1981.
- 2007 - Salah satu tapak tersuci Syiah, Masjid Al Askari di Samarra, Iraq dibom sekali lagi.
- 2009 - Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad memenangi pilihan raya Presiden Iran 2009.
- 2010 - Kapsul kuar Jepun Hayabusa (gambar) kembali ke Bumi, mengakhiri misi 7 tahun mengambil sampel asteroid 25143 Itokawa.
Kelahiran
- 1595 – Jan Marek Marci, aintis berbangsa Czech (meninggal 1667)
- 1822 – Carl Schmidt, ahli kimia Latvia (meninggal 1894)
- 1831 – James Clerk Maxwell, ahli fizik dan matematik Scotland (meninggal 1879)
- 1865 - William Butler Yeats, penyajak Ireland dan pemenang Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan (meninggal 1939)
- 1916 - Wu Zhengyi, ahli botani China (meninggal 2013)
- 1944 - Ban Ki-moon, ahli politik Korea Selatan dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-8
- 1951 - Stellan Skarsgård, pelakon Sweden
- 1953 - Tim Allen, pelakon Amerika Syarikat
- 1959 - Klaus Iohannis, Presiden Romania ke-5
- 1970 - Julián Gil, pelakon Argentina
- 1980 - Florent Malouda, pemain bola sepak Chelsea F.C.
- 1981 - Dounia Boutazout, pelakon wanita Maghribi
- 1985 - Silvio Bankert, pemain bola sepak Jerman
- 1986 - Kat Dennings, pelakon Amerika Syarikat
- 1986 - Keisuke Honda, pemain bola sepak Jepun
- 1994 - Salma Rachid, penyanyi dan pelakon wanita Maghribi
- 1995 - Meera Alyanna binti Mukhriz, anak bekas Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir.
Kematian
- 1948 - Osamu Dazai, penulis Jepun (lahir 1909)
- 1972 - Georg von Békésy, ahli biofoizik Hungary, pemenang Hadiah Nobel dalam Fizik (lahir 1899)
- 2017 - Karl-Heinz Weigang, seorang bekas Jurulatih Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia, Perak FA dan Johor FA.