Anjing pengawal atau anjing penjaga atau anjing pengawas (tidak patut dikelirukan dengan anjing penyerang) ialah anjing yang digunakan untuk mengawasi dan menjaga orang atau harta benda daripada manusia atau haiwan penceroboh yang tidak diingini atau tidak terjangka.[1][2]
Sejarah
Penggunaan anjing sebagai penjaga memang terkenal sejak zaman purba. Orang Rom pernah meletakkan mozek (mozek Cave canem) di pintu masuk rumah untuk memberikan amaran kepada pelawat dan penceroboh tentang kehadiran anjing berbahaya di hartanah itu.[3]
Salah satu jenis anjing pertama yang digunakan sebagai penjaga ialah baka tempatan leluhur jenis mastif bagi kumpulan yang dikenali sebagai anjing penjaga haiwan ternakan yang melindungi haiwan ternakan daripada pemangsa besar seperti serigala, beruang, dan harimau bintang.[4] Orthrus ialah contoh masyhur bagi anjing penjaga haiwan ternakan daripada mitologi Yunani yang terkenal kerana menjaga lembu merah milik Geryon.
Sesetengah anjing pengawal purba di kawasan bandar, seperti bandog yang pupus, dirantai pada waktu siang dan dilepaskan pada waktu malam[5] untuk melindungi harta benda, kem, dan kampung.
Salakan
Kedua-dua anjing pengawal dan anjing pengawas menyalak dengan lantang untuk memaklumkan pemiliknya tentang kehadiran penceroboh dan untuk menakutkan penceroboh.[6] Anjing pengawal pula kemudiannya mampu menyerang dan/atau menghalang penceroboh.
Anjing penjaga haiwan ternakan kerap cukup besar—100–200 paun (45–91 kg)—dan cukup kuat untuk menyerang dan mengusir pemangsa haiwan ternakan.[4] Sesetengah baka lebih kecil (seperti anjing Kees dan terier Tibet) merupakan anjing pengawas cemerlang, tetapi bukan anjing pengawal, kerana menyalak dengan lantang untuk memberikan amaran kepada tuan tentang penceroboh, tetapi kecil secara fizikal dan tidak bersikap tegas. Anjing pengawal menyalak untuk memberikan amaran kepada tuannya dan untuk memberikan amaran tentang ancaman haiwan atau manusia yang menghampir sebelum memintas penceroboh. Ia berbeza daripada anjing pengawas lebih kecil kerana tidak terus menyalak, tetapi sebaliknya bertindak. Khususnya, anjing penjaga haiwan ternakan seperti anjing gembala Kangal menggunakan salakan amaran lantang sebagai barisan pertahanan pertama terhadap ancaman anggapan; jika ini tidak menghalang musuh anggapan (sama ada manusia atau pemangsa haiwan), paparan lain seperti serangan acah dan serangan meluru digunakan. Bagi anjing penjaga haiwan ternakan, bentuk pertahanan proaktif seperti gigitan hanya digunakan jika semua bentuk pencegahan lain gagal.
Baka berikut merupakan yang terbaikTemplat:Fact or opinion dalam menyalak sebagai anjing pengawas:[7]
- Anjing Dobermann
- Anjing gembala Jerman
- Schnauzer kerdil
- Spits Jerman (termasuk anjing Kees)
- Terier putih Tanah Tinggi Barat
- Terier Scotland
Jika risikonya adalah daripada manusia penceroboh, anjing sesuai dapat dilatih semudahnya untuk bersikap agresif terhadap manusia yang tidak dikenali dan kemudian ditambat atau dipagari tanpa pengawasan di kawasan yang ingin dilindungi oleh pemiliknya ketika tidak diawasi oleh pemilik (seperti pada waktu malam); "anjing medan barang buruk" stereotaip ialah contoh lazim bagi ini. Jika tujuan anjing berkenaan adalah untuk memberikan perlindungan daripada manusia penceroboh menjelang waktu malam, anjing besar dan berwarna gelap di dalam rumah gelap (lampu dimatikan) memberi anjing berkenaan kelebihan berbanding dengan pencuri.[8]
Ada dakwaan bahawa anjing betina cenderung untuk menjadi penjaga peribadi lebih baik berbanding dengan jantan, kerana naluri keibuan, tetapi jantan dianggap lebih baik untuk menjaga harta benda kerana naluri kewilayahan lebih besar. Itu mungkin benar pada umumnya, tetapi semua anjing terdiri daripada individu.[9]
Baka
Banyak anjing pengawal yang terkenal buat masa ini bermula sebagai anjing ladang tujuan umum, tetapi beransur-ansur berkembang menjadi baka pengawal. Sesetengah baka anjing seperti anjing Dobermann dan dogue Brazil dibiakbakakan secara khusus untuk menjaga.[10][11][sumber tidak boleh dipercayai?]
Anjing pengawal tidak terbatas kepada mastif. Anjing lain, seperti sesetengah anjing gembala, spits, anjing lembu, dan sesetengah anjing tangkap juga merupakan anjing pengawal hebat serta berguna sebagai anjing berbilang fungsi, yang bertindak sebagai anjing penyerang, anjing perlindungan peribadi, anjing polis, anjing sukan seperti schutzhund, dan lain-lain.
Baka anjing pengawal cenderung untuk bersifat teritorial, tidak menyukai orang asing, dominan, dan bersikap pelindung serta setia terhadap keluarga. Fila Brazil, misalnya, mempunyai reputasi sebagai anjing yang sangat tidak bertoleransi terhadap orang asing dan tetamu ke rumah dan kepada harta benda. Anjing pengawal ganas lain termasuk baka dan baka tempatan daripada jenis ovcarka dan anjing penjaga ladang lain seperti boerboel.
Sesetengah baka yang sesuai sebagai anjing pengawal lebih lazim mempunyai undang-undang spesifik baka yang diluluskan menentangnya, yang melarangnya daripada sesetengah komuniti dan dari seluruh negara.[12]
Perundangan
Undang-undang mengenai pemilikan dan penggunaan anjing pengawal berbeza-beza dari negara ke negara.[13][14][1] Di England, perundangan utama yang berkaitan dengan penggunaan anjing pengawal di premis komersial terkandung dalam Akta Anjing Pengawal 1975. Akta itu menyatakan kewajipan kenel dan keperluan untuk memaparkan tanda amaran anjing pengawal di pintu masuk ke tapak.[15]
Lihat juga
- Anjing dalam peperangan
- Anjing pekerja
- Anjing penjaga haiwan ternakan
- Anjing penyerang
- Awas anjing
- Bandog
- Faithful Ruslan
Rujukan
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing pengawal |
- ^ a b Department of Economic Development, Jobs. "Guard dogs" [Anjing pengawal]. agriculture.vic.gov.au (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mac 2020. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ "Definition of GUARD DOG" [Takrif GUARD DOG]. www.merriam-webster.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ "Pompeii guard dog mosaic back on show" [Mozek anjing pengawal Pompeii kembali dipamerkan] (dalam bahasa Inggeris). 27 Julai 2015. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ a b "Livestock Guardian Dogs and Their Care in Winter" [Anjing Penjaga Haiwan Ternakan dan Penjagaannya pada Musim Sejuk]. Kementerian Pertanian, Makanan, dan Hal Ehwal Luar Bandar Ontario (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ Beilby, Ralph (1792). A General History of Quadrupeds [Sejarah Umum Kuadruped] (dalam bahasa Inggeris). Diilustrasi oleh Thomas Bewick. (ed. ke-3). Newcastle upon Tyne, United Kingdom: S. Hodgson, R. Beilby, & T. Bewick. OCLC 7326995.
- ^ Clayden, Paul, penyunting (1 Mei 2011). The Dog Law Handbook [Buku Panduan Undang-undang Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). London, United Kingdom: Sweet & Maxwell. m/s. 46. ISBN 9780414048188. OCLC 726597754.
- ^ Hart, Benjamin L. (1995). "Analysing breed and gender differences in behaviour" [Menganalisis perbezaan baka dan jantina pada tingkah laku]. Dalam Serpell, James Andrew (penyunting). The Domestic Dog: Its Evolution, Behaviour and Interactions with People [Anjing Bela Jinak: Evolusi, Tingkah Laku, dan Interaksinya dengan Orang] (dalam bahasa Inggeris). Cambridge, United Kingdom: Cambridge University Press. m/s. 75. ISBN 9780521425377. OCLC 32272650.
- ^ Tierney, John (11 Jun 2011). "For the Executive With Everything, a $230,000 Dog to Protect It" [Untuk Eksekutif dengan Semuanya, Anjing $230,000 untuk Melindunginya]. The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ Willis, Malcolm Beverly (1989). Genetics of the Dog [Genetik Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. ISBN 9780876055519. OCLC 19266269.
- ^ "DPCA | The Doberman | History" [DPCA | Anjing Dobermann | Sejarah]. Doberman Pinscher Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ "Brazilian Dogo – Facts, Pictures, Puppies, Price, Temperament, Breeders | Animals Adda" [Dogue Brazil – Fakta, Gambar, Anak Anjing, Harga, Perangai, Pembiak Baka | Animals Adda] (dalam bahasa Inggeris). 19 April 2018. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ "A short history of the 'dangerous dog' and why certain breeds are banned" [Sejarah singkat 'anjing berbahaya' dan sebab baka tertentu dilarang]. BBC News (dalam bahasa Inggeris). 4 Januari 2018.
- ^ "Guard Dogs Act 1975" [Akta Anjing Pengawal 1975]. www.legislation.gov.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ "Permits and Housing of Guard Dogs – 6.10" [Permit dan Penempatan Anjing Pengawal – 6.10]. Town of Rangely (dalam bahasa Inggeris). 30 Mac 2016. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ "Guard Dogs Act 1975" [Akta Anjing Pengawal 1975]. www.legislation.gov.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.