Mari Kiviniemi | |
---|---|
Perdana Menteri Finland | |
Menyandang jawatan 22 Jun 2010 | |
Presiden | Tarja Halonen |
Didahului oleh | Matti Vanhanen |
Menteri Pentadbiran Amwam dan Kerajaan Tempatan | |
Dalam jawatan 19 April 2007 – 22 Jun 2010 | |
Perdana Menteri | Matti Vanhanen |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Tapani Tölli |
Menteri Perdagangan Luar dan Pembangunan | |
Dalam jawatan 3 September 2005 – 2 Mac 2006 | |
Perdana Menteri | Matti Vanhanen |
Didahului oleh | Paula Lehtomäki |
Digantikan oleh | Paula Lehtomäki |
Ahli Parlimen Finland bagi Helsinki | |
Menyandang jawatan 21 Mac 2007 | |
Ahli Parlimen Finland bagi Vaasa Kaunti Vaasa (1995–1999) | |
Dalam jawatan 24 Mac 1995 – 20 Mac 2007 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Seinäjoki, Finland | 27 September 1968
Parti politik | Parti Tengah |
Pasangan | Juha Louhivuori |
Tempat belajar | Universiti Helsinki |
Mari Kiviniemi Johanna (lahir 27 September 1968) merupakan Perdana Menteri Finland . Dia terpilih sebagai Perdana Menteri pada tarikh 22 Jun 2010. Sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri, Kiviniemi ialah Menteri Pentadbiran Am dan Kerajaan Negeri dalam Dewan Negara Finland dari 2007 - 2010. Sebelumnya ia adalah Menteri Perdagangan Luar Negeri dan Pembangunan dari 2005 ke 2006. Parti politiknya adalah Parti Pusat . Pada bulan Jun 2010, beliau dipilih sebagai ketua Parti Pusat.
Biodata
Kiviniemi dilahirkan di Seinajoki , Finland . Dia dibesarkan di desa Ostrobothnia Selatan. Anak seorang penternak ayam, dan pergi ke sekolah di Jalasjärvi . Dia pernah menyertai program pertukaran pelajar ke Jerman selama setahun . Dia belajar di Universiti Helsinki pada tahun 1988 - jurusan ekonomi.
Berkahwin dengan Juha Mikael Louhivuori seorang usahawan pada tahun 1996. Mereka memiliki dua anak, Hanna dan Antti. Dia boleh bercakap bahasa Finland, Sweden dan Inggeris. Dia suka mendengar muzik klasik dan bermain piano , seruling dan ski . Keluarganya mempunyai sebuah pondok musim panas di Tasik Vanajavesi .
Kiviniemi adalah ahli politik sejak 1991. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Parti Kesatuan Pelajar. Kiviniemi juga merupakan ahli dewan bandar Helsinki.
Perdana Menteri
Pada 22 Januari 2010, Perdana Menteri Finland Matti Vanhanen mengumumkan mengundurkan diri dari Parti Pusat pada Konvensyen Jun 2010. Kiviniemi mengumumkan pencalonan dirinya untuk kekosongan itu. Kempen dilancarkan pada bulan April 2010.
Pada 12 Jun 2010, Kiviniemi menewaskan Mauri Pekkarinen dengan 1.357 ke 1.035. Perdana Menteri Matti Vanhanen bertemu dengan Presiden Finland Tarja Halonen pada 18 Jun meminta izin untuk mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri. Perlantikan Kiviniemi telah diluluskan oleh Parlimen pada 22 Jun 2010, dengan nisbah suara 115-56 dan 29 ahli parlimen . Pemilihannya ini merupakan wanita Finland kedua menjadi Perdana Menteri Finland selepas Anneli Jäätteenmäki (17 April 2003 hingga 14 Jun 2003).