(Dilencongkan daripada 1 Desember)
<< | Disember | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 | ||||
2024 |
1 Disember merupakan hari ke-335 (hari ke-336 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 30 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Penyatuan di Romania (1918)
- Hari Kemerdekaan Republik Afrika Tengah (1960)
- Hari AIDS Sedunia (gambar reben).
Peristiwa
- 1640 - João IV diisytiharkan sebagai Raja Portugal, dengan itu mencetuskan perang dengan Sepanyol.
- 1822 - Pedro I (gambar) dimahkotakan sebagai Maharaja Brazil yang pertama.
- 1913 - Barisan pemasangan bergerak yang pertama di dunia dipasang di Highland Park, Michigan untuk pengeluaran besar-besaran kereta Ford.
- 1958 - Koloni Oubangui-Chari menjadi sebuah wilayah autonomi dalam Komuniti Perancis dan mengambil nama Republik Afrika Tengah.
- 1959 - 12 negara menandatangani Perjanjian Antartika, melarang aktiviti ketenteraan di Antartika dan mengetepikan benua itu untuk simpanan saintifik.
- 1989 - Hari Kebangsaan Romania dicapai selepas Revolusi Romania.
- 1990 - Pekerja-pekerja Terowong Selat dari United Kingdom dan Perancis bertemu 40 meter di bawah dasar laut Selat Inggeris, dan mengasaskan sambungan tanah yang pertama antara pulau Great Britain dan tanah besar Eropah sejak Zaman Air Batu yang terakhir.
- 2009 - Perjanjian Lisbon, yang meminda dua perjanjian sebelumnya yang menjadi dasar perundangan Kesatuan Eropah, mula berkuatkuasa.
Kelahiran
- 1081 - Louis VI, Raja Perancis (m. 1137)
- 1761 - Marie Tussaud, pengukir dari Perancis dan pengasas Muzium Lilin Madame Tussauds (m. 1850)
- 1940 - Gerald Anderson Lawson, jurutera komputer dari Amerika Syarikat dan pencipta kartrij permainan video (m. 2011)
- 1970 - Sarah Silverman, pelakon dan pelawak dari Amerika Syarikat
- 1981 - Park Hyo-shin, penyanyi dan pelakon dari Korea Selatan
- 1981 - I Made Wirawan, pemain bolak sepak dari Indonesia
- 1985 - Janelle Monáe, penyanyi dari Amerika Syarikat
- 1985 - Emiliano Viviano, pemain bola sepak dari Itali
- 1987 - Simon Dawkins, pemain bola sepak dari England
- 1992 - Marco van Ginkel, pemain bola sepak dari Belanda
Kematian
- 948 - Gao Conghui, putera dari China (diputerakan 891)
- 1135 - Henry I, raja England (diputerakan 1068)
- 1335 - Abu Sa'id Bahadur Khan, Raja Ilkhan Mongol (diputerakan 1305)
- 1374 - Magnus Ericson, Raja Sweden (diputerakan 1316)
- 1433 - Go-Komatsu, Maharaja Jepun (diputerakan 1377)
- 1825 - Aleksandr I, Maharaja Rusia (diputerakan 1777)
- 1943 - Damrong Rajanubhab, sejarawan dari Siam (lahir 1862)
- 1973 - David Ben-Gurion, Perdana Menteri Israel yang pertama dan ketiga
- 1991 - George Stigler, ahli ekonomi dan cendekiawan Amerika Syarikat, pemenang Hadiah Peringatan Nobel dalam Sains Ekonomi (lahir 1911)
- 2015 - Joseph Engelberger, ahli fizik dan jurutera dari Amerika Syarikat (lahir 1925)