Nama penuh | Arsenal Football Club | |||
---|---|---|---|---|
Gelaran | The Gunners | |||
Diasaskan | 1886 sebagai Dial Square | |||
Stadium | Stadium Emirates (Kapasiti: 60,355[1]) | |||
Pemilik | Kroenke Sports & Entertainment | |||
Pengerusi | Sir Chips Keswick | |||
Pengurus | Mikel Arteta | |||
Liga | Liga Perdana Inggeris | |||
2020-21 | Premier League, ke-8 | |||
Tapak sesawang | Laman kelab | |||
| ||||
Musim semasa |
Arsenal F.C. (dikenali sebagai Arsenal atau The Gunners) ialah kelab bola sepak profesional England yang berpusat di utara London. Mereka bermain di dalam Liga Perdana Inggeris dan menjadi antara kelab yang paling berjaya di dalam sejarah bola sepak Inggeris. Arsenal telah memenangi tiga belas Divisyen Pertama dan kejuaraan Liga Perdana, sepuluh Piala FA dan telah sampai ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA buat kali pertama dalam sejarah mereka semasa 2005-06, yang mana mereka telah tewas 1-2 kepada FC Barcelona.
Arsenal telah diasaskan di Woolwich, tenggara London, dalam tahun 1886, tetapi dalam tahun 1913 mereka telah berpindah ke utara merentasi bandaraya itu ke Stadium Arsenal, Highbury, yang mana menjadi rumah mereka sehingga bulan Mei 2006. Dalam bulan Julai 2006 kelab tersebut berpindah Stadium Emirates bertempat duduk 60,000 di Ashburton Grove yang berhampiran. Arsenal mempunyai satu sejarah permusuhan yang panjang dengan jiran Tottenham Hotspur, yang hanya terletak empat batu sahaja di Tottenham, yang mana mereka bermain dalam perlawanan pertembungan London utara.
Arsenal ialah ahli kepada kumpulan G-14 yang terdiri daripada kelab-kelab terkemuka Eropah, sebaris dengan kelab-kelab Barcelona, AC Milan and Manchester United.
Sudah beberapa musim Arsenal hanya memberikan harapan kepada penyokong mereka untuk menjuarai EPL. Contohnya mereka konsisten pada awal musim namun, jatuh dari kejar-mengejar kejuaraan EPL apabila tewas dan tewas namun masih berbangga mengalahkan Chelsea 5-0
Sejarah
Arsenal ditubuhkan pada awalnya dengan nama Dial Square pada tahun 1886 oleh pekerja-pekerja di Royal Arsenal yang terletak di Woolwich, tetapi ditukar namanya kepada Royal Arsenal sejurus selepas itu. Mereka menukar nama mereka sekali lagi kepada Woolwich Arsenal selepas menjadi profesional pada tahun 1891. Kelab ini menyertai liga Football League pada tahun 1893, bermula dengan liga Second Division, dan berjaya naik ke liga First Division pada tahun 1904. Akan tetapi, kedudukan geografi kelab ini yang terpinggir menyebabkan kadar kehadiran penontonnya kurang berbanding dengan kelab-kelab lain, seterusnya menyebabkan kelab ini dibebani dengan masalah-masalah kewangan. Pada tahun 1913, selepas jatuh semula ke Divisi Kedua, mereka berpindah menyeberangi Sungai Thames ke stadium baru Arsenal di Highbury, North London. Mereka memadamkan "Woolwich" daripada nama mereka pada tahun berikutnya. Arsenal hanya menamatkan saingan di tangga kelima pada tahun 1919, tetapi dipilih semula untuk menyertai Divisi Pertama dan menyebabkan musuh tradisi mereka Tottenham Hotspur terpaksa menuruni divisi, dengan cara yang dilaporkan agak diragui. [2]
Pada tahun 1925, Arsenal telah melantik Herbert Chapman sebagai pengurus pasukan. Chapman telah memenangi liga dengan Huddersfield Town pada tahun 1924 dan 1925, dan beliau telah membawa Arsenal kepada fasa pertama ke arah kegemilangan. Beliau telah merevolusikan taktik dan sistem latihan, bersama-sama dengan pemain-pemain terkemuka seperti Alex James dan Cliff Bastin, meletakkan asas kepada dominasi kelab tersebut dalam bolasepak Inggers pada tahun 1930-an. Antara tahun 1930 and 1938, Arsenal telah menjuarai Divisi Pertama sebanyak lima kali dan piala FA Cup dua kali, meskipun Chapman tidak sempat untuk melihat pencapaian ini kerana beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat penyakit radang paru-paru pada tahun 1934. Sebagai tambahan, Chapman telah dilaporkan telah mengepalai penamaan semula stesen tempatan London Underground dari "Gillespie Road" kepada "Arsenal" pada tahun 1932, menjadikan stesen itu sebagai satu-satunya stesen Tube yang dinamakan sempena sebuah kelab bolasepak.
Berikutan dengan pengantungan bolasepak profesional Inggeris semasa World War II, Arsenal telah menjuarai liga pada tahun 1948 dan 1953 dan piala FA Cup pada tahun 1950. Bagaimanapun, nasib mereka mulai berubah; gagal untuk menarik pemain-pemain berkaliber seperti pemain-pemain pada zaman 30-an, kelab ini telah menghabiskan zaman 1950-an and 1960-an mereka dalam keadaan kekeringan trofi. Hinggakan bekas England kapten Billy Wright pun tidak mampu untuk membawa kejayaan kepada kelab ini sebagai pengurus.
Era kegemilangan Arsenal's kedua bermula dengan perlantikan mengejutkan ahli fisioterapi kelab itu, iaitu Bertie Mee sebagai pengurus pada tahun 1966. Selepas tewas dalam dua perlawanan akhir piala League Cup,mereka telah memenangi piala Inter-Cities Fairs Cup, piala Eropah mereka yang pertama pada tahun 1970. Ini diikuti degan kejayaan yang lebih membanggakan: kejayaan berganda pertama untuk merangkul juara liga dan piala FA pada tahun 1971. Bagaimanapun, dekad-dekad yang berikutnya telah dicirikan sebagai siri-siri yang hampir menang. Arsenal berkedudukan sebagai naib johan Divisi Pertama pada tahun 1973, tewas dalam tiga perlawanan akhir piala FA (1972, 1978 and 1980) dan tewas dalam perlawanan akhir piala Cup Winners' Cup atas sepakan penalti pada tahun 1980. Kejayaan tunggal kelab ini pada era ini adalah piala FA pada tahun 1979, dengan kemenangan 3-2 di saat-saat akhir perlawanan ke atas Manchester United yang hingga kini dianggap sebagai klasik.
Kepulangan bekas pemain George Graham sebagai pengurus pada tahun 1986 telah membawa kepada sesi kegemilangan yang ketiga. Arsenal telah menjuarai piala League Cup pada tahun 1987, dalam musim pertama Graham memegang jawatan pengurus. Ini diikuti dengan sebuah kejuaraan liga pada tahun 1989, yang dimenangi dengan sebuah gol di minit terakhir perlawanan menentang pencabar kejuaraan Liverpool dalam perlawan terakhir musim tersebut. Arsenal dibawah bimbingan Graham telah memenangi sebuah lagi kejuaraan liga pada tahun 1991, dengan tewas hanya satu perlawanan, memenangi piala berganda FA Cup dan League Cup pada tahun 1993 dan trofi Eropah kedua mereka, piala Cup Winners' Cup, pada tahun 1994. Akan tetapi, reputasi Graham tercalar apabila didedahkan bahawa beliau telah menerima rasuah daripada ejen Rune Hauge kerana telah membeli pemain-pemain tertentu,[3] dan beliau dipecat pada tahun 1995. Pengganti beliau, Bruce Rioch, hanya bertahan selama semusim sahaja, meninggalkan kelab itu selepas bertelagah mengenai isu dana perpindahan pemain.
Punca utama kejayaan kelab ini di akhir 1990-an dan 2000-an adalah disebabkan perlantikan pengurus Arsène Wenger pada tahun 1996. Wenger memperkenalkan taktik-taktik serba baru, rejim latihan yang baru dan beberapa pemain-pemain luar negara yang melengkapi bakat pemain-pemain Inggeris yang sedia ada. Arsenal telah memenangi kemenangan berganda liga dan piala untuk kali keduanya pada tahun 1998 dan kali ketiga pada tahun 2002. Sebagai tambahan, kelab ini telah mara ke perlawanan akhir piala UEFA Cup 2000 (tewas penalti kepada Galatasaray), menjuarai piala FA Cup pada tahun 2003 dan 2005, dan menjuarai liga Premier League 2004 tanpa tewas dalam sebarang perlawanan, yang menyebabkan mereka digelar dengan gelaran "The Invincibles";[4] keseluruhannya, kelab ini telah menempuhi 49 perlawanan liga tanpa kalah, sebuah Rekod negara England. Arsenal telah menghabiskan saingan liga samada di tangga pertama atau kedua dalam lapan daripada sepuluh musim Wenger berada di kelab itu, dan mereka adalah salah satu daripada empat pasukan (bersama-sama dengan Manchester United, Blackburn Rovers dan Chelsea) yang telah memenangi liga Premier League semenjak penubuhannya pada tahun 1993. Sehingga baru-baru ini, Arsenal tidak pernah layak ke peringkat separuh akhir kejohanan Champions League; bagaimanapun dalam 2005-06, mereka telah mara ke perlawanan akhir (di mana mereka menetang Barcelona pada May 17, 2006), menjadikan mereka kelab London yang pertama untuk berbuat sedemikian dalam lima puluh tahun sejarah kejohanan ini. Arsenal dikurangkan kepada sepuluh pemain di awal perlawanan, dengan penjaga gol Lehmann di buang padang akibat menjatuhkan Samuel Eto'o dipinggir luar kawasan beliau. Sungguhpun begitu, mereka mendahului 1-0, melalui Sol Campbell, tetapi Barcelona bangkit kembali dengan gol-gol daripada Eto'o dan Belletti untuk memenangi perlawanan itu.
Mercu
Mercu Arsenal Diraja pertama, didedahkan pada tahun 1888, mengandungi tiga meriam dilihat dari atas, menghala ke utara, menyerupai mercu Borough of Woolwich. Meriam ini kadangkala disalah tafsir sebagai serombong asap, tetapi kewujudan ukiran kepala singa dan sebiji lada di setiap meriam adalah petanda jelas yang mereka adalah meriam. Pada tahun 1922, kelab ini telah menggunakan mercu satu meriam buat pertama kalinya, mengandungi sebuah meriam yang menghala ke timur. Mercu ini hanaya digunakan sehingga tahun 1925 di mana meriam itu dihala ke arah barat pula selepas itu, tongnya dikecilkan dan nama gelaran kelab ini, "The Gunners", telah ditatah dikiri mercu ini. Pada tahun 1949, kelab ini telah mendedahkan mercu yang telah dimodenkan yang nengandungi gaya meriam yang serupa, nama kelab dalam tulisan huruf patah di atas meriam, dan sebuah gulungan yang diukir dengan moto Latin baru, "Victoria Concordia Cresit" (yang bermaksud "kemenangan hasil harmoni"). Buat pertama kalinya, mercu ini diberi warna- merah, hijau, dan emas - yang sedikit bervariasi semenjak kewujudan mercu tersebut.
Disebabkan pelbagai rujukan ke atas mercu ini, Arsenal tidak mampu untuk memberi hakcipta; meskipun kelab itu telah berjaya mendaftarkan mercu itu sebagai trademark, dan telah berbalah (dan memenangi) sebuah perbicaraan dengan seorang peniaga tempatan yang menjual barangan-barangan 'tidak rasmi' Arsenal,[5] Arsenal mencari perlindungan undang-undang yang lebih melengkapi. Maka, pada tahun 2002 mereka memperkenalkan mercu baru yang mangandungi garisan-garisan lengkung moden dan gaya yang ringkas, yang mana boleh dihakciptakan.[6] Meriam tersebut sekali lagi menghala ke timur dan nama kelab ditulis dalam tulisan sans-serif yang tersendiri di atas meriam itu. Hijau telah digantikan dengan biru gelap. Mercu baru in menerima respons yang pelbagai daripada para penyokong, denagn sesetengah daripada mereka mengatakan yang mercu ini telah mengabaikan sejarah dan tradisi Arsenal dengan rekaan moden yang radikal, dan penyokong kelab tidak diajak berbincang secara serius berhubungan dengan isu ini. [7]
Warna-warna
| |||||||||
Warna asal Arsenal di tempat sendiri. Pasukan ini telah memakai kit yang serupa (tetapi dengan stokin merah "redcurrant") semasa musim 2005–06. |
Dalam sebahagian besar sejarah Arsenal, warna rumah mereka ialah baju merah terang dengan lengan putih dan seluar pendek putih, meskipun kadangkala situasi ini berubah. Pemilihan warna merah adalah sebagai menghargai sebuah sumbangan amal daripada Nottingham Forest, sejurus selepas penubuhan Arsenal pada tahun 1886. Dua daripada ahli penubuhan Dial Square, Fred Beardsley dan Morris Bates, adalah bekas pemain Forest yang telah berpindah ke Woolwich untuk bekerja. Sedang mereka menubuhkan kesebelasan utama di kawasan itu, tiada kit yang boleh dijumpai, jadi Beardsley dan Bates telah mengirim surat ke rumah untuk mendapatkan bantuan dan menerima satu set kit dan sebiji bola. Baju itu lebih gelap merahnya berbanding dengan warna moden kelab ini sekarang, hampir ungu, dan telah dipakai dengan samada seluar pendek putih atau gelap.
Pada tahun 1933, Herbert Chapman, yang menghendaki pemain-pemainnya untuk berpakaian lebih segak, telah mengubahsuaikan kit tersebut, menambah lengan putih dan merubah merah gelap itu kepada merah yang lebih terang seperti merah peti pos. Pasukan ini telah serasi dengan kombinasi ini semenjak itu, selain daripada dua musim. Mula-mula, pada 1963–64 kit tersebut telah diubah kepada semua merah, tetapi langkah ini didapati tidak popular dan lengan putih kembali pada musim berikutnya. Kali kedua, semasa 2005–06 ialah musim terakhir Arsenal bermain di Highbury, baju pasukan telah diubah sementara kepada warna asli merah gelap, atau "redcurrant", untuk mengenang kembali warna yang telah dipakai semasa musim pertama di Highbury, pada tahun 1913. Kelab ini akan kembali ke warna kebiasaaan mereka untuk musim 2006-07.
Warna rumah Arsenal telah menjadi inspirasi kepada sekurang-kurangnya dua buah kelab lain. Pada tahun 1909, Sparta Prague telah mengambil sebuah kit merah gelap seperti yang dipakai oleh Arsenal sewaktu itu; pada tahun 1930-an, Hibernian mengambil rekaan lengan Arsenal dalam warna baju hijau dan putih mereka. Kedua-dua kelab tersebut masih memakai rekaan itu hingga ke hari ini.
Warna tempat lawan Arsenal secara tradisinya adalah kuning dan biru, meskipun mereka telah memakai sebuah kit hijau dan biru tentera laut buat sementara ketika awal 1980-an. Sejak 1990-an dan ketibaan pasaran kit yang lumayan, warna tempat lawan mereka telah diubah setiap beberapa musim. Secara amnya, warna itu samada kuning dan biru, ataupun rekaan dua-ton biru, sungguhpun telah ada sebuah rekaan emas metalik dan biru tentera laut untuk musim 2001–02. Bagaimanapun, ramai peminat Arsenal merasakan yang baju biru tersebut membawa nasib malang- kesemua tiga kejuaraan Premier League dicapai dalam musim di mana pasukan ini memakai kuning atau emas. Warna tempat lawan untuk 2005–06 adalah kuning dan kelabu gelap.
Stadium
Stadium Arsenal, lebih dikenali sebagai Highbury, adalah rumah kepada Arsenal dari September 1913 hingga 7 Mei 2006. Stadium yang asal telah dibina oleh seorang arkitek bola sepak yang terkemuka Archibald Leitch, dan mempunyai rekaan serupa dengan kebanyakan padang-padang bola sepak di UK pada masa itu, dengan satu kawasan tempat duduk berbumbung dan tiga kawasan tempat duduk tidak berbumbung yang bertingkat. Pada tahun 1930-an, keseluruhan stadium telah diubahsuai secara besar-besaran,dengan pembinaan tempat duduk Art Deco Timur dan Barat yang serba baru, and bumbung-bumbungnya telah ditambah kepada teres-teres North Bank dan Clock End. Pada kemuncak, Highbury boleh diisi sebanyak 60,000 penonton, dan sudah mempunyai kapaciti 57,000 sehingga awal 1990s. Peraturan-peraturan Laporan Taylor dan Liga Perdana telah memaksa Arsenal untuk menukarkan Highbury kepada keseluruhan tempat duduk dalam tahun 1992, mengurangkan kapasiti kepada 38,500; Kapasiti ini terpaksa dikurangkan lebih lagi semasa perlawanan-perlawanan Liga Juara-Juara untuk menampung penambahan papan iklan. Penambahan ini juga telah dihadkan kerana tempat duduk timur telah dirangka menjadi Senarai Bangunan Gred II dan bantahan daripada penduduk rumah yang sangat hampir dengan tiga tempat duduk lain stadium berkenaan.
Pemain
Skuad Utama
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Keluar secara pinjaman
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Pengurus
Sehingga 23 Mei, 2018. Hanya perlawanan kompetitif dikira.
Pemain | Nat | Dari | Hingga | Rekod | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
P | W | D | L | F | A | ||||
Sam Hollis | Ogos 1894 | Julai 1897 | 95 | 43 | 14 | 38 | 213 | 181 | |
Thomas Mitchell | Ogos 1897 | Mac 1898 | 26 | 14 | 4 | 8 | 66 | 46 | |
George Elcoat | Mac 1898 | Mei 1899 | 43 | 23 | 6 | 14 | 92 | 55 | |
Harry Bradshaw | Ogos 1899 | Mei 1904 | 189 | 96 | 39 | 54 | 329 | 173 | |
Phil Kelso | Julai 1904 | Februari 1908 | 151 | 63 | 31 | 57 | 225 | 228 | |
George Morrell | Februari 1908 | Mei 1915 | 294 | 104 | 73 | 117 | 365 | 412 | |
Leslie Knighton | Mei 1919 | Jun 1925 | 267 | 92 | 62 | 114 | 330 | 380 | |
Herbert Chapman | Jun 1925 | 6 Januari 1934 | 403 | 201 | 97 | 105 | 864 | 598 | |
Joe Shaw [14] | 6 Januari 1934 | Jun 1934 | 23 | 14 | 3 | 6 | 44 | 29 | |
George Allison | Jun 1934 | Mei 1947 | 283 | 131 | 75 | 77 | 543 | 333 | |
Tom Whittaker | Jun 1947 | 24 Oktober 1956 | 428 | 202 | 106 | 120 | 797 | 566 | |
Jack Crayston | 24 Oktober 1956 | Mei 1958 | 77 | 33 | 16 | 28 | 142 | 142 | |
George Swindin | 21 Jun 1958 | Mei 1962 | 179 | 70 | 43 | 66 | 320 | 320 | |
Billy Wright | Mei 1962 | Jun 1966 | 182 | 70 | 43 | 69 | 336 | 330 | |
Bertie Mee | Jun 1966 | 4 Mei 1976 | 539 | 241 | 148 | 150 | 739 | 542 | |
Terry Neill | 9 Julai 1976 | 16 Disember 1983 | 414 | 187 | 117 | 112 | 601 | 446 | |
Don Howe | 16 Disember 1983 | 22 Mac 1986 | 116 | 56 | 32 | 31 | 187 | 142 | |
Steve Burtenshaw [14] | 23 Mac 1986 | 14 Mei 1986 | 11 | 3 | 2 | 6 | 7 | 15 | |
George Graham | 14 Mei 1986 | 21 Februari 1995 | 460 | 225 | 133 | 102 | 711 | 403 | |
Stewart Houston [14] | 21 Februari 1995 | 15 Jun 1995 | 19 | 7 | 3 | 9 | 29 | 25 | |
Bruce Rioch | 15 Jun 1995 | 12 Ogos 1996 | 47 | 22 | 15 | 10 | 67 | 37 | |
Stewart Houston [14] | 12 Ogos 1996 | 15 September 1996 | 6 | 2 | 2 | 2 | 11 | 10 | |
Pat Rice [14] | 16 September 1996 | 30 September 1996 | 4 | 3 | 0 | 1 | 10 | 4 | |
Arsène Wenger | 30 September 1996 | 13 Mei 2018 | 555 | 320 | 137 | 98 | 1004 | 505 | |
Unai Emery | 23 Mei 2018 | 29 November 2019 | |||||||
Mikel Arteta | 20 Disember 2019 | Sekarang |
Kejuaraan
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Arsenal F.C. (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Domestik
- Juara (13): 1930–31, 1932–33, 1933–34, 1934–35, 1937–38, 1947–48, 1952–53, 1970–71, 1988–89, 1990–91, 1997–98, 2001–02, 2003–04
- Naib juara (8): 1925–26, 1931–32, 1972–73, 1998–99, 1999–2000, 2000–01, 2002–03, 2004–05
- Naib juara (1): 1903–04
- Juara (11): 1929–30, 1935–36, 1949–50, 1970–71, 1978–79, 1992–93, 1997–98, 2001–02, 2002–03, 2004–05, 2013–14 , 2019-20
- Naib juara (7): 1926–27, 1931–32, 1951–52, 1971–72, 1977–78, 1979–80, 2000–01
- Juara (2): 1986–87, 1992–93
- Naib juara (4): 1967–68, 1968–69, 1987–88, 2006–07
- • Community Shield[16] ( FA Charity Shield before 2002 )
- Winners (13): 1930, 1931, 1933, 1934, 1938, 1948, 1953, 1991 (shared), 1998, 1999, 2002, 2004, 2014 , 2020
- Runners-up (7): 1935, 1936, 1979, 1989, 1993, 2003, 2005
Eropah
- Naib juara (1): 2005–06
- Juara (1): 1969–70
- Naib juara (1): 1999–2000
- Naib juara (1): 1994
Arsenal's tally of thirteen League Championships merupakan ketiga tertinggi dalam bola sepak Inggeris, selepas Liverpool dan Manchester United,[17] while the total of ten FA Cups is the second highest, after Manchester United.[18] Arsenal telah mencapai tiga liga dan FA Cup "Doubles" (pada 1971, 1998 and 2002), rekod bersama yang dikongsi dengan Manchester United,[19] and were the first side in English football to complete the FA Cup and League Cup double in 1993.[20] Mereka juga adalah yang pertama kelab bola sepak London untuk mencapai akhir UEFA Champions League pada tahun 2006.[21]
Arsenal mempunyai satu rekod top-flight yang terbaik dalam sejarah, setelah selesai di bawah empat belas kali hanya tujuh kali sahaja. Arsenal juga mempunyai purata liga tertinggi penamat kedudukan untuk tempoh 1900-1999, dengan liga purata meletakkan sebanyak 8.5.[22] Tambahan pula, mereka adalah salah satu daripada hanya lima kelab yang telah memenangi Piala FA sebanyak dua kali berturut-turut, 2002 dan 2003.[23]
Dalam Budaya Popular
Sebahagian disebabkan oleh kedekatan mereka dengan pemancar Alexandra Palace, Arsenal telah muncul dalam beberapa "pertama" media. Pada 22 Januari 1927, perlawanan mereka di Highbury menentang Sheffield United adalah perlawanan Liga Inggeris pertama yang disiarkan secara langsung di radio.[24][25] Seabad kemudian, pada 16 September 1937, satu perlawanan pameran antara pasukan pertama Arsenal dan pasukan simpanan adalah perlawanan bola sepak pertama di dunia yang disiarkan secara langsung di televisyen.[24][26] Arsenal juga muncul dalam edisi pertama Match of the Day dari BBC, yang menayangkan sorotan perlawanan mereka menentang Liverpool di Anfield pada 22 Ogos 1964.[24][27] Liputan Sky bagi perlawanan Arsenal pada Januari 2010 menentang Manchester United adalah siaran awam langsung pertama acara sukan di televisyen 3D.[24][28]
Sebagai salah satu pasukan yang paling berjaya di negara ini, Arsenal sering muncul apabila bola sepak digambarkan dalam seni di Britain. Mereka menjadi latar belakang kepada salah satu novel berkaitan bola sepak yang paling awal, The Arsenal Stadium Mystery (1939), yang telah diadaptasi menjadi filem pada tahun yang sama.[29] Cerita tersebut berpusat pada satu perlawanan persahabatan antara Arsenal dan satu pasukan amatur, salah seorang pemainnya diracun semasa bermain. Ramai pemain Arsenal muncul sebagai diri mereka sendiri dalam filem tersebut dan pengurus George Allison diberi bahagian berucap.[30] Buku Fever Pitch oleh Nick Hornby adalah akaun autobiografi tentang kehidupan Hornby dan hubungannya dengan bola sepak dan Arsenal khususnya. Diterbitkan pada tahun 1992, ia merupakan sebahagian daripada kebangkitan dan rehabilitasi bola sepak dalam masyarakat Britain pada tahun 1990-an.[31] Buku itu diadaptasi dua kali untuk filem – filem British 1997 menumpukan kepada kemenangan gelaran Arsenal pada tahun 1988–89, dan versi Amerika 2005 menampilkan seorang penyokong pasukan bisbol Boston Red Sox.[32]
Arsenal sering disterotipkan sebagai pasukan pertahanan dan "bosan", terutamanya semasa tahun 1970-an dan 1980-an.[33] Dalam filem tahun 1997 The Full Monty watak utama bergerak ke hadapan dalam satu barisan dan mengangkat tangan mereka, dengan sengaja meniru perangkap offside pertahanan Arsenal, dalam cubaan untuk mengkoordinasikan rutin striptease mereka.[34] Lima belas tahun kemudian, satu adegan yang hampir sama dimasukkan dalam filem sains fiksyen 2012 John Carter (arah dan penulis bersama Andrew Stanton, penyokong luar negara yang ketara bagi kelab tersebut), bersama dengan petunjuk visual dan petunjuk dialog oblik serta rujukan kepada kelab itu sepanjang filem tersebut.[35] Rujukan filem lain kepada pertahanan kelab itu terdapat dalam filem Plunkett & Macleane, di mana dua watak dinamakan Dixon dan Winterburn mengikut bek penuh berkhidmat panjang Arsenal – Dixon di sebelah kanan Lee Dixon dan Winterburn di sebelah kiri Nigel Winterburn.[34]
Pada Ogos 2022, Amazon Prime Video mengeluarkan sebuah seri dokumentari berjudul All or Nothing: Arsenal yang mengandungi lapan episod.[36][37] Ia mendokumentasikan kelab dengan menghabiskan masa bersama kakitangan jurulatih dan pemain di sebalik tabir pada dan di luar padang sepanjang musim 2021–22 mereka, di mana mereka adalah pasukan termuda dalam Liga Perdana dengan purata usia permulaan 24 tahun dan 308 hari – lebih dari setahun lebih muda daripada pasukan seterusnya.[38][39]
Notakaki
- ^ "Statement of Accounts and Annual Report 2006/2007" (PDF). Arsenal Holdings plc. May 2007. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-02-16. Dicapai pada 2007-12-19.
- ^ It has been alleged that Arsenal's promotion, on historical grounds rather than merit, was thanks to underhand actions by the then Arsenal chairman, Sir Henry Norris (see History of Arsenal F.C. for more details). No firm proof has ever been offered, though Chapter Two of Rebels for the Cause (listed below) and this webpage present plenty of supporting evidence.
- ^ Graham was banned for a year by the Football Association for his involvement in the scandal after he admitted he had received an "unsolicited gift" from Hauge. As one of the few football corruption cases where wrongdoing was proven, it is often referenced in the press (e.g. in this Observer article), and is given a detailed treatment in Broken Dreams by Tom Bower (ISBN 0-7434-4033-1).
- ^ "Arsenal the Invincibles". BBC Sport.
- ^ "Arsenal v. Reed in the Court of Appeal". Michael Simkins LLP.
- ^ "Arsenal go for a makeover". BBC News.
- ^ "Crestfallen" (PDF). Arsenal Independent Supporters' Association.
- ^ "Squad: First team". Arsenal F.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 January 2023. Dicapai pada 8 September 2023.
- ^ "Martin Odegaard named captain" (dalam bahasa Inggeris). Arsenal F.C. 30 Julai 2022. Dicapai pada 8 September 2023.
- ^ "Kieran Tierney joins Real Sociedad on loan" (dalam bahasa Inggeris). Arsenal F.C. 27 August 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 August 2023. Dicapai pada 27 August 2023.
- ^ "Sambi Lokonga joins Luton Town on loan" (dalam bahasa Inggeris). Arsenal F.C. 1 September 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2023. Dicapai pada 1 September 2023.
- ^ "Arthur Okonkwo joins Wrexham on loan" (dalam bahasa Inggeris). Arsenal F.C. 1 September 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2023. Dicapai pada 1 September 2023.
- ^ "Nuno Tavares joins Nottingham Forest on loan" (dalam bahasa Inggeris). Arsenal F.C. 1 September 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2023. Dicapai pada 1 September 2023.
- ^ a b c d e Served as caretaker manager.
- ^ a b Up until 1992, the top division of English football was the Football League First Division; since then, it has been the Premier League. Similarly until 1992, the Second Division was the second tier of league football, which is now known as The Championship.
- ^ The trophy was known as the Charity Shield until 2002, and as the Community Shield since then.
- ^ "England - List of Champions". RSSSF. Dicapai pada 2007-12-27.
- ^ "England FA Challenge Cup Finals". RSSSF. Dicapai pada 2007-12-27.
- ^ "Doing the Double: Countrywise Records". RSSSF. Dicapai pada 2007-12-27.
- ^ "Football : Multiple Trophy Winners". KryssTal. Dicapai pada 2007-12-27.
- ^ "Arsenal Facts". Arsenal.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-13. Dicapai pada 2007-12-27.
- ^ Hodgson, Guy (January 2000). "Arsenal: Team of the Century 1900–1999". The Independent. Archive copy available at: "Arsenal: Team of the Century 1900–1999". Arseweb. Dicapai pada 2006-12-08.
- ^ "English FA Cup Trivia". phespirit.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-12. Dicapai pada 2008-01-01.
- ^ a b c d Firsts, Lasts & Onlys: Football – Paul Donnelley (Hamlyn, 2010)
- ^ "It Happened at Highbury: First live radio broadcast". Arsenal F.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 July 2015. Dicapai pada 11 August 2008.
- ^ "Berlaku pada hari ini – 16 September". BBC Sport. 16 September 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 January 2016. Dicapai pada 11 August 2008.
- ^ "Sejarah Match of the Day". BBC Sport. 14 Februari 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 January 2016. Dicapai pada 11 August 2008.
- ^ "Peminat mencuba acara sukan 3D langsung pertama". The Sydney Morning Herald. Associated Press. 1 Februari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 August 2014. Dicapai pada 16 March 2010.
- ^ Redfern, Simon (27 September 2008). "The Arsenal Stadium Mystery, oleh Leonard Gribble". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2017. Dicapai pada 13 September 2017.
- ^ "Arsenal at the movies". Arseweb. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 July 2008. Dicapai pada 11 August 2008.
- ^ "Nick Hornby". The Guardian. London. 22 July 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 June 2013. Dicapai pada 7 September 2008.
Dihargai oleh pengkritik dan dinamit komersial, Fever Pitch membantu menjadikan bola sepak menjadi trendi dan menjelaskan daya tariknya kepada yang tidak meminati bola sepak
- ^ Levy, Glen (5 July 2010). "Fever Pitch". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2023. Dicapai pada 13 September 2017.
- ^ Noble, Kate (22 September 2002). "Boring, Boring Arsenal". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2007. Dicapai pada 11 August 2008.
- ^ a b "Arsenal di filem". Arseweb. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 July 2008. Dicapai pada 11 August 2008.
- ^ Dörflinger, M., Taschenbuch Fußball: 333x Fußball – Superlative & Kuriositäten. Spannende Fakten und Kurioses über Fußball – Geramond Verlag (2019). ISBN 978-3964530530.
- ^ Rogers, Jonathon (28 Jun 2022). "Tonton treler untuk All or Nothing: Arsenal". arsenal.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Jul 2022. Dicapai pada 5 Jul 2022.
- ^ Fletcher, Alex (28 Jun 2022). "Arsenal: All or Nothing di Prime Video: Tarikh keluaran, treler dan segala yang anda perlu tahu, termasuk pencerita selebriti". bt.com. BT TV. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jul 2022. Dicapai pada 5 Jul 2022.
- ^ James, Josh (23 Mei 2022). "Musim 2021/22 kami dalam angka". arsenal.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Oktober 2022. Dicapai pada 5 Jul 2022.
- ^ Smith, Adam (24 Mei 2022). "Liga Perdana: Tren utama diperlihatkan untuk musim 2021/22". skysports.com. Sky Sports. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 November 2022. Dicapai pada 5 Jul 2022.
Rujukan
- Hornby, Nick (1992). Fever Pitch. Indigo. ISBN 1-84018-900-2.
- Soar, Phil & Tyler, Martin (2000). The Official Illustrated History of Arsenal. Hamlyn. ISBN 0-600-60175-7.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- Spurling, Jon (2004). Rebels for the Cause: The Alternative History of Arsenal Football Club. Mainstream. ISBN 0-575-40015-3.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Arsenal F.C. |
{{#if:Arsenal F.C.|
Wikiberita mempunyai berita-berita yang berkaitan dengan: Arsenal F.C. |
- Laman-laman rasmi
- Arsenal.com
- Official Arsenal Picture Site
- Arsenal - Premierleague.com Diarkibkan 2007-07-16 di Wayback Machine
- Laman-laman peminat kelab
- #ARSENALTEGAR - Blog Penyokong Tegar Arsenal di Malaysia
- Meriam Malaysia
- Arseweb
- Arsenal-Mania
- Arsenal World
- Arsenal Land Diarkibkan 2007-04-10 di Wayback Machine
- Laman-laman berita
- Arsenal on BBC Sport: Club News – Recent results – Upcoming fixtures – Club stats
- The Independent: Arsenal Diarkibkan 2006-07-01 di Wayback Machine
- Arsenal News Review
- Arsenal news from VitalFootball
- Gooner News
- Arsenal News
- Arsenal News
- Arsenal Aggregator
- Keputusan terkini perlawanan Arsenal
- Majalah-majalah peminat kelab
- Blog
- #ARSENALTEGAR - Blog Penyokong Tegar Arsenal di Malaysia
- Arseblog
- Arsenal wtf
- Arsenal America
- Arsenal Shorts Diarkibkan 2006-05-02 di Wayback Machine
- Arsenal Talk
- Arsenal Muse
- Arsenal clip video website
Musim | |
---|---|
Kelab | |
Pertandingan bersekutu |
|