![]() Stesen kereta api antarabandar | |||||||||||
![]() | |||||||||||
Nama lain | لابيس (Tulisan Jawi) | ||||||||||
Lokasi | Jalan Stesen 85300 Labis Johor, Malaysia | ||||||||||
Dimiliki oleh | Perbadanan Aset Keretapi | ||||||||||
Dikendalikan oleh | Keretapi Tanah Melayu | ||||||||||
Laluan | ![]() | ||||||||||
Platform | 4; 2 platform sisi, 2 platform pulau | ||||||||||
Trek | 4 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Atas tanah | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Ada | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ada ![]() | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 1 Julai 1909 | ||||||||||
Ditutup | 29 September 2021 (stesen lama) | ||||||||||
Dielektrikkan | 27 Ogos 2024 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
![]() |
Stesen kereta api Labis ialah stesen kereta api yang terletak di pekan Labis, Segamat, Johor. Stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api KTM Antarabandar, iaitu Ekspres Selatan antara JB Sentral dan Gemas.
Stesen ini menjadi tumpuan para penumpang bukan sahaja dari Labis, malah pekan-pekan sekitarnya seperti Chaah, Tenang dan Pekan Ayer Panas.
Sejarah
Pembinaan awal
Stesen ini telah dibuka pada 1 Julai 1909, serentak dengan stesen-stesen pada jajaran kereta api antara Gemas dan Johor Bahru yang dikenali sebagai Keretapi Negeri Johor (Johor State Railway). Jajaran ini kemudiannya digabungkan dengan Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States Railways) menghubungkan Padang Besar dengan Singapura. Asalnya, stesen ini terletak di antara stesen Tenang dan Bekok.
Dinaik taraf
Pada 29 September 2021, stesen lama Labis telah ditutup kerana memberi laluan kepada projek landasan berkembar elektrik (PLBE) antara Gemas dan Johor Bahru. Perkhidmatan kereta api telah dipindahkan ke sebuah stesen sementara yang didirikan di sebuah lokasi berhampiran Taman Bukit Indah dan SJK(C) Labis.[1]
Stesen lama tersebut kemudiannya dirobohkan dan digantikan dengan sebuah stesen baharu yang lebih besar dan canggih. Seiring dengan pembangunan ini, jalan utama, jalan Labis-Yong Peng yang juga sebahagian daripada Laluan Persekutuan Malaysia 1 telah dilencongkan dan sebuah jejambat baharu dibina secara berperingkat merentasi landasan kereta api.
Pada 27 Ogos 2024, pengoperasian stesen telah dipindahkan dari stesen sementara ke stesen baharu.[2]
Perkhidmatan
(Jadual berkuat kuasa 1 Julai 2022):[3]
Ekspres Selatan (Gemas-JB Sentral)
- Arah selatan: ES41 03:15, ES43 10:45, ES45 16:35
- Arah utara: ES42 11:59, ES44 17:51, ES46 21:32
Rujukan
- ^ "Operasi stesen Labis akan berpindah ke lokasi sementara bermula 28.09.2021". Facebook KTM Berhad. 28 September 2021.
- ^ "Pemindahan Operasi Stesen Sementara Labis Ke Stesen Labis (Baharu) Bagi Migrasi Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas - Johor Bahru Pada 27.08.2024 Jam 8.00 Pagi". Facebook KTM Berhad. 28 September 2021.
- ^ "01 Website Jadual Tren 51 Intercity 1 Mac 2024 (Intercity)" (PDF). Portal Rasmi KTM Berhad. 28 September 2021. Dicapai pada 19 Julai 2025.