Lokasi | Wakaf Bharu, Kelantan, Malaysia. | ||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 6°7′6.3″N 102°12′2.5″E / 6.118417°N 102.200694°E | ||||||||||||||||||
Dimiliki oleh | Keretapi Tanah Melayu | ||||||||||||||||||
Laluan | Laluan kereta api Pantai Timur | ||||||||||||||||||
Platform | 1 | ||||||||||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||||||||||
Pembinaan | |||||||||||||||||||
Templat letak kenderaan | Percuma | ||||||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||||||
Dibina semula | 2008 | ||||||||||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
Lokasi | |||||||||||||||||||
Stesen keretapi Wakaf Bharu merupakan sebuah stesen kereta api milik Keretapi Tanah Melayu yang terletak di Wakaf Bharu, Kelantan. Stesen ini merupakan stesen kereta api yang terletak paling hampir dengan ibu negeri Kelantan iaitu Kota Bharu melalui Laluan Persekutuan 134. Kota Bharu tidak mempunyai stesen kereta api.
Stesen kereta api ini terletak dalam Laluan kereta api Pantai Timur dan menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar.
Perkhidmatan
Stesen kereta api Wakaf Bharu menyediakan lima perkhidmatan kereta api;[1]
- Ekspres Rakyat Timuran menghala ke Johor Bahru
- Shuttle Timur menghala ke Kuala Lipis
- Shuttle Timur menghala ke Gua Musang (dua perkhidmatan)
- Shuttle Timur menghala ke Dabong
Terkandas akibat banjir
Pada 25 November 2009, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terkandas di Stesen Keretapi Wakaf Bharu dan Stesen keretapi Gua Musang . Ini kerana perkhidmatan Keretapi Ekspres Wau dan Keretapi Ekspres Timuran tidak dapat meneruskan perjalanan berikutan banjir berhampiran laluan kereta api Kuala Krai, Kelantan. Harian Metro melaporkan ratusan penumpang terkandas sehingga landasan tersebut selesai diperbaiki. Jambatan kereta api berhampiran Sungai Kelantan melimpah lebih 20 10 meter. Batu kelikir ditimbun semula dan diperkemas agar kereta api tidak tergelincir.
Galeri
-
Persimpangan di hadapan stesen kereta api
-
Platform stesen kereta api
Rujukan
- ^ "Train Schedule KTMB". ktmb.com.my. Dicapai pada 1 Mac 2024.
Stesen sebelumnya | Laluan | Stesen berikutnya | ||
---|---|---|---|---|
Tumpat | Aliran Pantai Timur | Pasir Mas |