ڤربادنن اسيت كريتاڤي | |
Intisari Badan Berkanun | |
---|---|
Dibentuk | 1 Ogos 1992 |
Jenis | Badan Berkanun |
Ibu pejabat | IOI Resort City, Putrajaya, Malaysia |
Moto | Mengungguli Pengurusan Aset Negara Excellent in National Assets Management |
Menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif Badan Berkanun |
|
Agensi induk | Kementerian Pengangkutan Malaysia |
Laman sesawang | www |
Perbadanan Aset Keretapi (Tulisan Jawi: ڤربادنن اسيت کريتاڤي ;) ialah entiti kerajaan yang bertanggungjawab untuk pemilikan, pengurusan, dan penyelenggaraan aset Keretapi Tanah Melayu. Ini termasuk tanah, landasan, stesen, dan infrastruktur lain yang diperlukan untuk operasi rangkaian kereta api[1][2]. Objektif utama entiti ini adalah memastikan penggunaan optimum dan pemeliharaan infrastruktur kereta api yang dahulunya berada di bawah KTM, bagi menyokong pengangkutan penumpang dan kargo[3].
Aset
RAC telah diberikan kuasa bagi mentadbir dan menguruskan segala aset yang dimiliki oleh KTM sebelum pembentukan KTMB pada tahun 1992. Aset-aset RAC adalah seperti yang berikut:
Jenis Tanah | Contoh Aset | Keluasan | Nota |
---|---|---|---|
Tanah Hak Milik |
|
1431.84 ekar | |
Tanah Surplus |
|
2791.16 ekar | |
Tanah Operasi |
|
26,532.41 ekar |
Kontroversi
Gagal Mengutip Sewa RM12.84juta
Laporan Ketua Audit Negara 2021 melaporkan bahawa Perbadanan Aset Keretapi (RAC) gagal mengutip hutang sebanyak RM12.84juta. Menurut LKAN lagi, RAC telah menyerahkan 54 surat tawaran sewaan kepada penyewa namun surat perjanjian sewa tidak disediakan yang menyebabkan sewaan berjumlah RM12.67juta tidak dikutip. RM170,474 pula merupakan jumlah nilai sewaan yang diberikan kepada 12 penyewa. Kelemahan penguatkuasaan oleh RAC boleh menyebabkan kerugian sebanyak RM24.45juta[4].
Lihat Juga
Rujukan
- ^ "Perbadanan Aset Keretapi". Mau Kerja.
- ^ "Agensi". KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA.
- ^ AKTA KERETAPI 1991. Malaysia: PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA. 2010. m/s. 61–64.
- ^ Reporters, F. M. T. (2023-10-10). "Perbadanan Aset Keretapi gagal kutip sewa RM12.84 juta". Free Malaysia Today | FMT (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-20.