![]() Stesen kereta api antarabandar | |||||||||||
![]() | |||||||||||
Nama lain | بکوق (Tulisan Jawi) | ||||||||||
Lokasi | Kampung Bekok 85400 Bekok Johor, Malaysia | ||||||||||
Dimiliki oleh | Perbadanan Aset Keretapi | ||||||||||
Dikendalikan oleh | Keretapi Tanah Melayu | ||||||||||
Laluan | ![]() | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Atas tanah | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Ada | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ada ![]() | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 1 Julai 1909 | ||||||||||
Ditutup | 23 Jun 2021 (stesen lama) | ||||||||||
Dielektrikkan | 19 Ogos 2024 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
![]() |
Stesen keretapi Bekok ialah sebuah stesen kereta api yang terletak di pekan Bekok, Segamat, Johor. Stesen ini menyediakan perkhidmatan tren KTM Antarabandar iaitu Ekspres Selatan antara Gemas dan JB Sentral.
Stesen ini menjadi tumpuan para penumpang daripada pekan Bekok dan Chaah, terutamanya mereka yang ingin berkunjung ke salah satu tarikan alam semula jadi di Johor iaitu Taman Eko Rimba Sungai Bantang [1] dan juga Taman Negara Endau-Rompin.[2]
Sejarah
Pembinaan awal
Stesen ini telah dibuka pada 1 Julai 1909, serentak dengan stesen-stesen pada jajaran kereta api antara Gemas dan Johor Bahru yang dikenali sebagai Keretapi Negeri Johor (Johor State Railway).[3] Jajaran ini kemudiannya digabungkan dengan Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States Railways) menghubungkan Padang Besar dengan Singapura.
Dinaik taraf
Pada 23 Jun 2021, stesen lama Labis telah ditutup kerana memberi laluan kepada projek landasan berkembar elektrik (PLBE) antara Gemas dan Johor Bahru. Perkhidmatan kereta api telah dipindahkan ke sebuah stesen sementara yang didirikan tidak jauh dari lokasi stesen lama.[4]
Stesen lama tersebut kemudiannya dirobohkan dan digantikan dengan sebuah stesen baharu yang lebih besar dan canggih yang telah dibuka pada 19 Ogos 2024.[5]
Perkhidmatan
(Jadual berkuat kuasa 1 Julai 2022):[6]
Ekspres Selatan (Gemas-JB Sentral)
- Arah selatan: ES41 03:36, ES43 11:06, ES45 16:56
- Arah utara: ES42 11:34, ES44 17:25, ES46 21:07
Rujukan
- ^ "Taman Eko Rimba Sungai Bantang". Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Dicapai pada 25 Julai 2025.
- ^ "Endau-Rompin Selai GETTING THERE". Johor National Parks. Dicapai pada 25 Julai 2025. line feed character in
|title=
at position 19 (bantuan) - ^ "Sejarah Pembinaan Landasan Keretapi Segamat". Facebook Persatuan Bangsa Johor. 12 Disember 2015. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "Operasi stesen Bekok akan berpindah ke lokasi sementara bermula 23.06.2021". Facebook KTM Berhad. 11 Jun 2021. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "Pemindahan Operasi Stesen Sementara Bekok Ke Stesen Bekok (Baharu) Bagi Migrasi Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas - Johor Bahru Pada 19.08.2024 Jam 8.00 Pagi". Facebook KTM Berhad. 13 Ogos 2021. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "01 Website Jadual Tren 51 Intercity 1 Mac 2024 (Intercity)" (PDF). Portal Rasmi KTM Berhad. 28 September 2021. Dicapai pada 19 Julai 2025.