Nama lain | Rottweiler | ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas |
| ||||||||||||||||||||||||
Negara asal | Jerman | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing Rottweil atau rottweiler[a] ialah satu baka anjing bela jinak yang dianggap sebagai baka sederhana hingga besar[1][2][3] atau besar.[4][5] Anjing ini dahulunya dikenali dalam bahasa Jerman sebagai Rottweiler Metzgerhund ("anjing penjual daging Rottweil"),[6][7] oleh sebab kegunaan utamanya untuk menggembala haiwan ternakan[1][2] dan menarik kereta roda yang sarat dengan daging sembelihan ke pasar.[6] Hal ini berterusan sehingga pertengahan abad ke-19 apabila kereta api menggantikan penggiringan. Walaupun masih digunakan untuk menggembala haiwan ternakan di banyak tempat di dunia, anjing Rottweil kini juga digunakan sebagai anjing pencarian dan penyelamatan, anjing pengawal, dan anjing polis.[8]
Sejarah
Menurut piawaian FCI, anjing Rottweil dianggap sebagai salah satu baka anjing tertua yang masih hidup. Asal usulnya dijejak kembali ke zaman Rom. Anjing-anjing ini dibela sebagai anjing gembala atau anjing penggiring. Anjing-anjing ini berarak merentasi Pergunungan Alp dengan legion Rom, melindungi manusia dan menggiring lembu mereka. Di rantau Rottweil, anjing-anjing ini bertemu dan bercampur dengan anjing-anjing asli dalam persilangan semula jadi. Tugas utama anjing Rottweil kini merupakan penggiringan dan penjagaan kawanan lembu dan pertahanan tuan dan harta benda mereka. Baka ini memperoleh namanya daripada bandar raya bebas lama Rottweil dan dikenali sebagai "anjing penjual daging Rottweil". Para penjual daging membiakbakakan anjing jenis ini semata-mata untuk prestasi dan kegunaan. Pada waktunya, anjing penjaga dan anjing penggiring cemerlang berevolusi yang juga boleh digunakan sebagai anjing tarikan.[1][2][9]
Perkembangan ke arah Perang Dunia Pertama menyaksikan permintaan besar untuk anjing polis, yang membawa kepada kebangkitan semula minat terhadap anjing Rottweil. Semasa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, anjing Rottweil menyaksikan perkhidmatan dalam pelbagai peranan, termasuk sebagai utusan, ambulans, penarik, dan anjing pengawal.[perlu rujukan]
Deutscher Rottweiler-Klub (DRK, "Kelab Anjing Rottweil Jerman"), iaitu kelab anjing Rottweil pertama di Jerman, diasaskan pada 13 Januari 1914, dan diikuti dengan pendirian Süddeutscher Rottweiler-Klub (SDRK, "Kelab Anjing Rottweil Jerman Selatan") pada 27 April 1915 dan akhirnya menjadi IRK (International Rottweiler Club, "Kelab Anjing Rottweil Antarabangsa"). DRK menghitung sekitar 500 ekor anjing Rottweil dan SDRK pula 3,000 ekor anjing Rottweil. Matlamat kedua-dua kelab adalah berbeza. DRK bertujuan untuk menghasilkan anjing pekerja dan tidak menekankan morfologi anjing Rottweil.[perlu rujukan]
Pelbagai kelab anjing Rottweil Jerman bergabung untuk membentuk Allgemeiner Deutscher Rottweiler Klub (ADRK, "Kelab Anjing Rottweil Jerman Umum") pada tahun 1921. Ini secara rasmi dicatat dalam daftar kelab dan persatuan di mahkamah daerah Stuttgart pada 27 Januari 1924.[8] ADRK diiktiraf di seluruh dunia sebagai kelab asal anjing Rottweil.[perlu rujukan]
Pada tahun 1931, anjing Rottweil diiktiraf secara rasmi oleh American Kennel Club.[10] Pada tahun 1936, anjing Rottweil dipamerkan di Britain dalam Crufts. Pada tahun 1966, daftar berasingan dibuka untuk baka ini. Malah, pada pertengahan tahun 1990-an, kepopularan anjing Rottweil mencapai paras tertinggi sepanjang masa, kerana ia merupakan anjing paling berdaftar dengan American Kennel Club.[11][sumber lebih baik diperlukan] Pada tahun 2017, American Kennel Club meletakkan Rottweiler sebagai anjing baka tulen kelapan paling popular di Amerika Syarikat.[12]
Perihal
Persekutuan Kinologi Antarabangsa memberikan perihal berikut tentang piawaian anjing Rottweil: "Para pembiak baka anjing Rottweil menyasarkan anjing yang mempunyai kekuatan tinggi, berlapis bulu hitam dengan tanda-tanda sawo matang pekat yang jelas terlihat, yang penampilan berkuasanya tidak kekurangan kemuliaan, dan yang luar biasa sangat sesuai untuk menjadi anjing pendamping, anjing khidmat, anjing penyelamatan, dan anjing pekerja".[1][2]
- Kepala (mata)
- Muncung (gigi, lidah)
- Gelambir (tekak, kulit leher)
- Bahu
- Siku
- Kaki hadapan
- Titik tertinggi punggung
- Tungkai (paha dan pinggul)
- Keting
- Kaki belakang
- Kelasa
- Stifel
- Kaki
- Ekor
Kepala
Tengkorak adalah sederhana panjang, agak lebar di antara telinga. Garisan dahi sederhana melengkung seperti yang terlihat dari sisi, dengan tulang oksipital yang cukup terbentuk tanpa kelihatan jelas. Stopnya agak kuat. Alur hadapan tidak terlalu dalam.[1][2]
Hidung anjing Rottweil cukup terbentuk, lebih lebar daripada bulat, dengan lubang hidung agak besar dan sentiasa hitam. Muncung patut tidak kelihatan memanjang atau memendek berhubung dengan kawasan tengkorak. Nisbah antara panjang muncung dan panjang tengkorak ialah sekitar 1 hingga 1.5. Batang hidungnya lurus, lebar di pangkal dan sederhana menirus.[1][2]
Bibirnya hitam dan rapat dengan sudut mulut yang tidak terlihat. Gusi patut hitam atau segelap yang mungkin. Kedua-dua rahang atas dan rahang bawah adalah kuat dan lebar. Menurut piawaian FCI, anjing Rottweil patut mempunyai kegigian kuat dan lengkap (42 batang gigi) dengan gigitan gunting, gigi kacip atas bertindih rapat-rapat dengan gigi kacip bawah. Lengkung zigoma patut jelas (tetapi tidak melebih-lebih).[1][2]
Rahang atas dan rahang bawah adalah kuat dan lebar. Kegigian kuat dan lengkap (42 batang gigi) dengan gigitan gunting, gigi kacip atas bertindih dengan gigi kacip bawah.[1][2] Mata patut bersaiz sederhana, berbentuk badam, dan berwarna perang gelap. Kelopak matanya rapat dan tidak patut kuyu. Telinganya bersaiz sederhana, berbentuk loket, segi tiga, terpisah dengan lebar, dan terletak tinggi-tinggi di atas kepala. Dengan telinga yang terletak ke hadapan dekat dengan kepala, tengkoraknya kelihatan melebar. Secara keseluruhan, kulit di kepala adalah ketat. Apabila anjing berwaspada, dahi mungkin sedikit berkerut.[1][2]
Kecacatan: Kepala jenis hound. Kepala sempit, ringan, terlalu pendek, panjang, kasar, atau terlalu mirip molossoid; tengkorak terlalu lebar, (kekurangan stop, stop terlalu sedikit, atau stop terlalu jelas). Alur hadapan sangat dalam. Muka hadapan panjang, muncing runcing atau terlalu pendek (mana-mana muncung lebih pendek daripada 40 peratus panjang kepala adalah terlalu pendek). Hidung terbelah; hidung Rom (batang hidung cembung) atau bermuka bulat (batang hidung cekung); hidung bengkok, hidung pucat atau bertompok (hidung kupu-kupu). Gigitan penyepit. Geraham bawah rahang tidak berdiri dalam satu baris.[1][2]
Kecacatan parah: Jenis terlalu molossoid dan penampilan umum berat.[1][2]
Leher
Lehernya kuat, panjang sekata, cukup berotot, sedikit melengkung, bersih, bebas daripada gelambir berlebihan, tanpa gelambir berlebihan.[1][2]
Tubuh
Belakangnya lurus, kuat, dan kukuh. Loinnya pendek, kuat, dan dalam. Krupnya lebar, sederhana panjang, dan sedikit membulat, tidak rata mahupun labuh. Dadanya lapang, lebar, dan dalam (hampir-hampir 50% daripada ketinggian bahu) dengan dada hadapan cukup terbentuk dan rusuk cukup melengkung. Lambung tidak terlipat.[1][2]
Ekor
Piawaian FCI tahun 2018 menyatakan:
Dalam keadaan semula jadi, kuat, separas dengan lanjutan garis atas; semasa menumpukan perhatian, apabila teruja, atau semasa bergerak, ekornya dapat terangkat ke arah atas dalam lengkungan ringan; apabila senang diri, ekor mungkin tergantung. Semasa dalam kedudukan di sepanjang tungkai, ekornya hampir-hampir mencapai keting atau lebih panjang sedikit.[1][2]
Dalam sejarah, ekornya secara tradisional dipotong pada sendi pertama atau kedua. Walau bagaimanapun, pemotongan ekor kini diharamkan di kebanyakan negara dan ini dicerminkan dalam piawaian baka di tanah airnya oleh FCI.[1][2]
Walaupun pernah "diutamakan" dalam piawaian-piawaian awal, pada tahun 2018, piawaian FCI dipinda untuk mengelaskan ekor konton semula jadi sebagai "kecacatan penyingkir" bersama-sama dengan "ekor pintal, ekor gelang, dengan sisihan sisi kuat".[1][2]
Anggota
Apabila dilihat dari hadapan, tungkai hadapannya lurus dan tidak terletak rapat-rapat antara satu sama lain. Lengan bawanyah, dilihat dari sisi, berdiri tegak dan mencancang. Kecerunan tulang belikat ialah kira-kira 45 darjah. Bahu cukup tersandar ke belakang. Lengan atasnya rapat dengan tubuh. Lengan bawahnya terbentuk dengan kuat dan berotot. Pasternanya sedikit kenyal, kuat, tetapi tidak curam. Kaki hadapan bulat, ketat, dan cukup melengkung, tapaknya keras, kukunya pendek, hitam, dan kuat.[1][2]
Apabila dilihat dari belakang, tungkai belakangnya lurus dan tidak terlalu rapat antara satu sama lain. Apabila berdiri dengan bebas, sudut cakahnya terbentuk di antara paha atas dengan tulang pinggul, paha atas dengan paha bawah, dan paha bawah dengan metatarsus. Paha atasnya sederhana panjang, lebar, dan berotot kuat. Paha bawahnya panjang, berotot kuat dan lebar. Ketingnya tegap, bersudut baik, tidak curam. Kaki belakangnya lebih panjang sedikit daripada kaki hadapan. Jari kakinya kuat, melengkung, seketat kaki hadapan.[1][2]
Gaya jalan
Mengikut piawaian FCI:
Anjing Rottweil ialah anjing pelari ligas. Dalam pergerakan, belakangnya kekal kukuh dan agak stabil. Pergerakan berharmoni, mantap penuh dengan tenaga dan tidak terkekang, dengan langkah baik.
Walau bagaimanapun, "tindakan perlahan semasa berlari" dianggap sebagai "kecacatan parah".[1][2]
Menurut American Kennel Council, gaya jalan tradisional anjing Rottweil ialah ligas. Oleh itu, anjing Rottweil ialah peligas. Ligas pada baka ini sama sekali bukan kecacatan dan disyaratkan. Pergerakan ini datang secara semula jadi kepada anjing Rottweil dan patut terlihat sedemikian; sebarang penyimpangan dapat membawa kepada penyingkiran dalam gelanggang pertunjukan. Semasa berjalan, tungkai anjing Rottweil, hadapan dan belakang, patut bergerak lurus ke hadapan dan ke belakang. Seperti pergerakan lurus bagi tungkai, laluan yang ditelusuri oleh anjing Rottweil juga patut lurus. Keseluruhan gaya jalan anjing Rottweil adalah tentang keseimbangan dan keberkesanan kerana baka ini masih digunakan sebagai gembala kini.[13]
Bulu
Lapis bulunya terdiri daripada lapis bulu luar dan lapis bulu bawah. Lapis bulu luar adalah sederhana panjang, kasar, padat, dan rata. Lapis bulu bawah patut ada pada leher dan paha. Lapis bulu bawah tidak boleh kelihatan melalui lapis bulu luar. Anjing Rottweil yang hidup dalam iklim panas mungkin telah menyesuaikan diri dan mungkin kekurangan lapis bulu bawah. Lapis bulu anjing Rottweil cenderung kurang memerlukan penyelenggaraan, walaupun ia mengalami ganti bulu banyak sebelum musimnya (betina) atau secara bermusim (jantan). Menurut piawaian baka American Kennel Club, lapis bulu anjing Rottweil adalah pendek dan lurus. Lapis bulu panjang atau beralun dianggap sebagai kecacatan kepada AKC.[13]
Warna dan tanda
Warna dan tanda bagi anjing Rottweil sangat distingtif. Menurut piawaian FCI, anjing Rottweil sentiasa "hitam dengan tanda-tanda jelas terbentuk dengan warna sawo matang pekat pada pipi, muncung, tekak, dada, dan tungkai, serta di sebelah atas kedua-dua mata dan di bawah pangkal ekor".[1][2]
American Kennel Club mensyaratkan tanda-tanda mahogani atau berwarna karat yang tidak meliputi lebih daripada sepuluh peratus warna tubuh anjing. Semua anjing Rottweil yang piawai menurut spesifikasi AKC mempunyai satu titik mahogani di sebelah atas setiap mata pada rabung kening dalaman, di pipi, satu jalur di setiap sisi muncung; tanda-tanda pipi tidak melintasi batang hidung, bahagian atas hidung patut kekal hitam. Tanda-tanda pada muka patut bergerak turun ke tekak anjing berkenaan. Pada dada, anjing Rottweil mempunyai dua tanda segi tiga yang menghala ke bawah. Pada setiap tungkai hadapan, tanda memanjang dari lengan bawah ke jari kaki. Pada tungkai belakang, tanda bermula di bahagian dalam dan bergerak ke luar ke arah stifel, kemudian keluar ke arah keting, lalu memanjang ke arah jari kaki juga. Piawaian AKC mengiktiraf bahawa warna dasar hitam tidak sepenuhnya terbatal pada pasterna belakang. Terdapat tompok warna karat atau mahogani di bawah ekor yang menyerupai segi tiga juga. Jalur hitam tipis patut hadir pada setiap jari kaki anjing Rottweil.[13]
Saiz
Anjing Rottweil, yang secara teknikal merupakan baka "sederhana / besar", menurut piawaian FCI, berdiri setinggi 61–69 cm (24–27 in) pada paras kelasa untuk jantan, 56–63 cm (22–25 in) untuk betina, dan beratnya mesti berukuran 50–60 kg (110–130 lb) untuk jantan dan 35–48 kg (77–106 lb) untuk betina. Berat mesti relatif kepada ketinggian.[1][2]
Perangai
Sebuah kajian yang diterbitkan pada tahun 2008 mendapati bahawa anjing Rottweil jantan mempunyai keyakinan, ketajaman, dan pertahanan serta dorongan bermain lebih tinggi daripada betina.[14]
Sebuah kajian pada tahun 2008 yang meninjau anggota kelab baka mendapati bahawa walaupun anjing Rottweil rata-rata dari segi keagresifan (gigitan atau percubaan gigitan) terhadap pemilik dan anjing lain, kajian itu menunjukkan bahawa ia cenderung untuk menjadi lebih agresif daripada rata-rata terhadap orang asing. Agresi ini kelihatan berkorelasi dengan naluri anjing penjaga dan perlindungan wilayah.[15]
Dalam Rottweiler Handbook ("Buku Panduan Anjing Rottweil"), Joan H. Walker menyatakan bahawa "anjing Rottweil sangat kuat melindungi wilayah", yang bermakna bahawa pemilik perlu kerap berusaha dengan anjing berkenaan untuk mengawal keagresifan kewilayahannya.[16]
Gaya kerja
Menurut American Kennel Club,[17] anjing Rottweil mempunyai gaya pengumpulan semula jadi dengan keinginan kuat untuk mengawal. Ia pada umumnya menunjukkan mata longgar dan mempunyai jumlah daya besar semasa bekerja selain dengan haiwan ternakan. Ia banyak menggunakan keupayaannya untuk menakut-nakutkan.
Anjing Rottweil kerap membawa kepala pada satah rata dengan belakangnya atau membawa kepala ke atas tetapi dengan leher dan bahu yang diturunkan. Sesetengah betina menurunkan sedikit seluruh bahagian hadapan apabila menggunakan matanya. Jantan juga melakukan ini apabila bekerja jauh daripada haiwan ternakan di padang terbuka. Ini jarang terlihat pada jantan apabila bekerja di ruang tertutup seperti halaman haiwan ternakan.[perlu rujukan]
Anjing Rottweil mempunyai keseimbangan semula jadi yang cukup baik, menyalak secara paksa apabila perlu, dan, apabila bekerja dengan lembu, menggunakan serbuan sangat menakutkan. Terdapat perubahan semula jadi dalam kekuatan semasa menggembala biri-biri. Apabila bekerja dengan lembu, ia mungkin menggunakan tubuhnya dan bahunya dan atas sebab ini patut digunakan terhadap haiwan ternakan bertanduk dengan berhati-hati.[perlu rujukan]
Anjing Rottweil, apabila bekerja dengan lembu, mencari haiwan dominan dan mencabar haiwan dominan berkenaan. Setelah membuktikan kawalannya ke atas haiwan itu, ia berundur dan menyambung kerjanya.[perlu rujukan]
Sesetengah penanam mendapati bahawa anjing Rottweil amat sesuai untuk menggerakkan haiwan ternakan degil yang hanya mengabaikan collie sempadan, kelpie, dan lain-lain. Anjing Rottweil menggunakan tubuhnya untuk secara fizikal memaksa haiwan degil itu mematuhi perintahnya jika perlu.[perlu rujukan]
Apabila bekerja dengan biri-biri, anjing Rottweil menunjukkan gaya pengumpulan/pengutipan dan mengatur arah dengan mudah. Ia menggiring biri-biri dengan mudah.[perlu rujukan]
Jika bekerja dengan haiwan ternakan sama untuk sebarang tempoh masa, anjing Rottweil cenderung untuk menjalin ikatan dengan haiwan ternakan itu dan bakal menjadi agak sayang terhadap haiwan ternakan itu selagi haiwan ternakan itu berbuat seperti yang diarahkan.[18]
Anjing Rottweil juga sangat sesuai untuk banyak sukan anjing dan pada umumnya digunakan dalam sukan anjing tersebut termasuk ketangkasan dan schutzhund.[perlu rujukan]
Kesihatan
Sebuah kajian tahun 2022 di England tentang rekod pesakit mendapati bahawa purata jangka hayat anjing Rottweil ialah 8 tahun yang lebih rendah daripada purata 12 tahun.[19] Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 pula mendapati jangka hayat sebanyak 10.6 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[20] Sebuah kajian Itali tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 9 tahun untuk baka ini berbanding dengan 10 tahun secara keseluruhan.[21] Tinjauan anggota kelab baka mendapati bahawa punca paling lazim bagi kematian pada anjing Rottweil ialah kanser, dengan lebih daripada 45% kematian pada baka ini yang diatributkan kepada kanser.[22]
Anjing Rottweil cenderung terhadap beberapa keadaan kulit yang termasuk: dermatitis jilatan kulit, kalsinosis kutis, onikodistrofi lupoid, sarkoma histiosis malignan, histiositosis sistemik, vaskulopati, dan vitiligo.[23] Lipidosis folikel ialah keadaan kulit yang terdapat pada anjing titik merah seperti anjing Rottweil.[24]
Sebuah kajian Amerika yang menyemak lebih daripada sejuta kes yang dibentangkan kepada 27 buah hospital pengajar veterinar di Amerika Utara mendapati bahawa anjing Rottweil cenderung terhadap displasia pinggul anjing dengan 10.53% daripada jumlah anjing yang menghidap keadaan ini berbanding dengan 3.52% secara keseluruhan. Kajian sama ini mendapati bahawa anjing Rottweil juga mempunyai prevalens kedua tertinggi bagi kekurangan ligamen krusiat kranium (CCLD) dengan 8.29% daripada jumlah anjing yang menghidap keadaan ini berbanding dengan kadar keseluruhan 2.55%. Untuk anjing yang didiagnosis dengan kedua-dua keadaan, anjing Rottweil sekali lagi mempunyai prevalens kedua tertinggi dengan 1.34% yang menghidap kedua-dua displasia pinggul dan CCLD berbanding dengan 0.3% secara keseluruhan.[25] Sebuah lagi kajian Amerika ke atas lebih daripada sejuta rekod penilaian pinggul dan suku juta rekod penilaian siku pada anjing yang berusia lebih daripada 2 tahun mendapati prevalens sebanyak 20.1% untuk displasia pinggul dan 38.1% untuk displasia siku, angka kedua tertinggi dalam kajian itu.[26]
Sebuah kajian mendapati bahawa anjing Rottweil cenderung terhadap volvulus pendilatan gastrik.[27] Walau bagaimanapun, sebuah lagi kajian tidak mendapati predisposisi.[28]
Penggambaran oleh media
Anjing Rottweil kerap digambarkan oleh media sebagai anjing yang berbahaya dan agresif.[29][30][6][31][32]
Sesetengah filem dan rancangan televisyen, seperti Lethal Weapon 3, filem tahun 1998 Half Baked, dan rancangan popular HBO Entourage, telah menggambarkan anjing Rottweil dengan cara positif.[33] Ia juga dipaparkan dalam siri buku kanak-kanak Good Dog, Carl oleh Alexandra Day.[34]
Dalam sebuah acara yang dilaporkan secara meluas oleh media, seekor anjing Rottweil United Kingdom berusia dua tahun bernama Jake yang dimiliki oleh Liz Maxted-Bluck diiktiraf atas keberaniannya oleh RSPCA. Anjing itu keluar berjalan bersama pemiliknya apabila mereka mendengar jeritan. Jake mengusir seorang lelaki ketika dia mencabul seorang wanita di Hearsall Common, Coventry, pada Julai 2009. Ia menemukan si penyerang dan mangsa di dalam semak tebal, mengusir penyerang itu, membawa pemiliknya ke tempat kejadian, kemudian menjaga mangsa sehingga polis tiba. Si penyerang disabitkan dengan tuduhan serangan seksual serius dan dipenjarakan selama empat tahun. Jake dicalonkan oleh pihak polis untuk anugerah dan pingat keberanian selepas kejadian itu. Detektif Con Clive Leftwich, dari balai polis Coventry, berkata: "Dari sudut pandangan kami, Jake si anjing Rottweil menghentikan serangan seksual serius daripada menjadi lebih buruk lagi."[35]
Galeri
-
Anjing Rottweil berusia satu tahun
-
Anjing Rottweil jantan
-
Anjing Rottweil betina
-
Anjing Rottweil berusia 10 tahun
-
Anjing Rottweil
-
Tangkapan dekat bagi kepala
-
Tangkapan gambar kepala seekor anjing Rottweil
-
Tangkapan gambar kepala serong
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ روتواءيل; روتواءيلر ; Jerman: Rottweiler , bahasa Jerman: [ˈʁɔtvaɪ̯lɐ] ( dengar); bahasa Inggeris: rottweiler , /ˈrɒtwaɪlər/, United Kingdom juga /-vaɪlər/[36][37]
Rujukan
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u "FCI - Standard Nr. 147 ROTTWEILER" [Piawaian FCI No. 147 Anjing Rottweil] (pdf) (dalam bahasa Jerman). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 24 Julai 2018. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u "FCI-Standard N° 147 ROTTWEILER" [Piawaian FCI No. 147 Anjing Rottweil] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Seidler, Chris. Disemak oleh Peter Friedrich. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 24 Julai 2018. Dicapai pada 8 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
- ^ "Rottweiler" [Anjing Rottweil] (dalam bahasa Inggeris). Australian National Kennel Council. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ "Rottweiler" [Anjing Rottweil] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ "Rottweiler" [Anjing Rottweil] (dalam bahasa Inggeris). New Zealand Kennel Club. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ a b c Chun, Rene (14 Ogos 1994). "THING; Have You Hugged Your Rottweiler Today?". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ "Rottweiler" [Anjing Rottweil]. Purina (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ a b Adolf Pienkoss, The Rottweiler (dalam bahasa Inggeris), edisi ke-3, Borken, Jerman: Internationale Föderation der Rottweilerfreunde, 2008.
- ^ Manfred Schanzle, Studies in The Breed History of The Rottweiler (dalam bahasa Inggeris). DVM thesis, Universiti Munich, 1969.
- ^ "Get to Know the Rottweiler" (dalam bahasa Inggeris), American Kennel Club, Dicapai pada 13 Januari 2024.
- ^ Thomas G. VanSach. "The History of the Rottweiler" (dalam bahasa Inggeris). vansach.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2012.
- ^ "Most Popular Dog Breeds – Full Ranking List" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 13 Januari 2024.
- ^ a b c "AKC Official Standard of the Rottweiler" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Januari 2024.
- ^ Liimatainen, Riitta; Liinamo, Anna-Elisa; Ojala, Matti Juhani (27 Ogos 2008). "Genetic and environmental factors affecting behavior test results in Rottweilers" [Faktor-faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi hasil keputusan ujian tingkah laku pada anjing Rottweill]. Journal of Veterinary Behavior (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 3 (4): 178. doi:10.1016/j.jveb.2007.11.006. ISSN 1878-7517. S2CID 144843850.
- ^ Duffy, Deborah L.; Hsu, Yuying; Serpell, James Andrew (3 Jun 2008). "Breed differences in canine aggression" [Perbezaan baka dari segi agresi anjing]. Applied Animal Behaviour Science (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 114 (3–4): 441–460. doi:10.1016/j.applanim.2008.04.006. ISSN 1872-9045. S2CID 3764128.
- ^ "The Rottweiler". Modern Dog magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Januari 2024.
- ^ American Kennel Club, AKC Herding Regulations (dalam bahasa Inggeris)
- ^ "Breed Feature: Bernese Mountain Dogs, Leonbergers & Rottweilers", National Dog – The Ringleader Way (dalam bahasa Inggeris), jil. 12, bil. 1&2 (Jan/Feb 2009), hlm. 12.
- ^ O'Neill, Dan Gerard; Church, David B.; McGreevy, Paul Damien; Thomson, Peter Campbell; Brodbelt, David C. (25 September 2013). "Longevity and mortality of owned dogs in England" [Kelanjutan usia dan mortaliti anjing berpemilik di England]. The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 198 (3): 638–643. doi:10.1016/j.tvjl.2013.09.020. ISSN 1532-2971. PMID 24206631. S2CID 13103255.
- ^ McMillan, Kirsten Marie; Bielby, Jon; Williams, Carys Louisa; Upjohn, Melissa Mary; Casey, Rachel Alison; Christley, Robert Matthew (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Roccaro, Mariana; Salini, Romolo; Pietra, Marco; Sgorbini, Micaela; Gori, Eleonora; Dondi, Maurizio; Crisi, Paolo Emidio; Conte, Annamaria; Dalla Villa, Paolo Felice; Podaliri Vulpiani, Michele; Ciaramella, Paolo; Di Palma, Cristina; Passantino, Annamaria; Porciello, Francesco; Gianella, Paola; Guglielmini, Carlo; Alborali, Giovanni Loris; Rota Nodari, Sara; Sabatelli, Sonia; Peli, Angelo (17 Februari 2024). "Factors related to longevity and mortality of dogs in Italy" [Faktor-faktor yang berkaitan dengan kelanjutan usia dan mortaliti anjing di Itali]. Preventive Veterinary Medicine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 225: 106155. doi:10.1016/j.prevetmed.2024.106155. hdl:11585/961937. ISSN 1873-1716. PMID 38394961 Check
|pmid=
value (bantuan). S2CID 267743971 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Adams, Vicki Jean; Evans, Katy M.; Sampson, Jeffery; Wood, James Lionel Norman (1 Oktober 2010). "Methods and mortality results of a health survey of purebred dogs in the UK" [Kaedah dan keputusan mortaliti tinjauan kesihatan anjing baka tulen di United Kingdom]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 51 (10): 512–524. doi:10.1111/j.1748-5827.2010.00974.x. ISSN 1748-5827. PMID 21029096. S2CID 36903216.
- ^ Hnilica, Keith A.; Patterson, Adam P., penyunting (19 September 2016). Small Animal Dermatology: A Color Atlas and Therapeutic Guide [Dermatologi Haiwan Kecil: Atlas Berwarna dan Panduan Terapi] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. doi:10.1016/C2014-0-01191-4. ISBN 9780323376518. OCLC 1052802486.
- ^ Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion: Small Animal Dermatology [Teman Klinikal Rujukan Veterinar Lima Minit Blackwell: Dermatologi Haiwan Kecil] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 58. ISBN 9780813815961. OCLC 645598149.
- ^ Witsberger, Tige H.; Villamil, Jose Armando; Schultz, Loren G.; Hahn, Allen W.; Cook, James Lee (15 Jun 2008). "Prevalence of and risk factors for hip dysplasia and cranial cruciate ligament deficiency in dogs" [Prevalens dan faktor-faktor risiko bagi displasia pinggul dan kekurangan ligamen krusiat kranium pada anjing]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 232 (12): 1818–1824. doi:10.2460/javma.232.12.1818. ISSN 1943-569X. PMID 18598150. S2CID 11682638.
- ^ Oberbauer, Anita M.; Keller, G. Gregory; Famula, Thomas R. (24 Februari 2017). Loor, Juan Jose (penyunting). "Long-term genetic selection reduced prevalence of hip and elbow dysplasia in 60 dog breeds" [Pemilihan genetik jangka panjang mengurangkan prevalens displasia pinggul dan displasia siku pada 60 baka anjing]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 12 (2): e0172918. Bibcode:2017PLoSO..1272918O. doi:10.1371/journal.pone.0172918. ISSN 1932-6203. PMC 5325577. PMID 28234985. S2CID 45459111.
- ^ Sartor, Angela J.; Bentley, Adrienne M.; Brown, Dorothy Cimino (15 Mei 2013). "Association between previous splenectomy and gastric dilatation-volvulus in dogs: 453 cases (2004–2009)" [Perkaitan antara splenektomi terdahulu dengan volvulus pendilatan gastrik pada anjing: 453 kes (2004–2009)]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 242 (10): 1381–1384. doi:10.2460/javma.242.10.1381. ISSN 1943-569X. PMID 23634682. S2CID 23803527.
- ^ Glickman, Lawrence T.; Glickman, Nita W.; Pérez, Cynthia M.; Schellenberg, Diana B.; Lantz, Gary C. (1 Mei 1994). "Analysis of risk factors for gastric dilatation and dilatation-volvulus in dogs" [Analisis faktor risiko untuk pendilatan gastrik dan volvulus pendilatan pada anjing]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 204 (9): 1465–1471. doi:10.2460/javma.1994.204.09.1465. ISSN 1943-569X. PMID 8050972. S2CID 20494568.
- ^ Knight-Ridder/Tribune, Deborah Lawson (20 September 1992). "PET OR LETHAL WEAPON?". chicagotribune.com (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "Rottweilers can be friends, therapy dogs, too" [Anjing Rottweildapat jadi sahabat, anjing terapi, juga]. old.post-gazette.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2023. Dicapai pada 13 Januari 2024.
- ^ "ROTTWEILERS" [ANJING ROTTWEIL]. The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Januari 2024.
- ^ "Rottweiler sinks its teeth into crime" [Anjing Rottweil benam gigi dalam jenayah]. scotsman.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Januari 2024.
- ^ "Rottweiler Dog Facts: 10 fun and fascinating facts about the adorable Rottweiler breed of dog" [Fakta Anjing Rottweil: 10 fakta menyeronokkan dan mempesona tentang baka anjing comel anjing Rottweil] (dalam bahasa Inggeris). 30 November 2022.
- ^ "Alexandra Days' Carl". EW.com (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "Rottweiler honoured for stopping Coventry sex attacker" [Anjing Rottweil diberi penghormatan kerana hentikan penyerang seks Coventry]. BBC News (dalam bahasa Inggeris). 26 September 2010. Dicapai pada 13 Januari 2024.
- ^ "Oxford Dictionaries" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Ogos 2016. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ "Oxford Dictionaries-US" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2016. Dicapai pada 8 Januari 2024.
Bacaan lanjut
- Blackmore, Joan. A Dog Owner's Guide to the Rottweiler [Panduan Pemilik Anjing untuk Anjing Rottweil] (dalam bahasa Inggeris).
- Brace, Andrew H. (2003). The Ultimate Rottweiler [Anjing Rottweil Muktamad] (dalam bahasa Inggeris). Lydney, Gloucestershire, United Kingdom: Ringpress Books. ISBN 9781860542633. OCLC 59344162.
- Chardets: Know your Rottweiler (dalam bahasa Inggeris)
- Coren, Stanley (1995). The Intelligence of Dogs: A Guide to the Thoughts, Emotions, and Inner Lives of Our Canine Companions [Kecerdasan Anjing: Panduan untuk Fikiran, Emosi, dan Kehidupan Dalaman Teman Anjing Kita] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Bantam Books. ISBN 9780553374520. OCLC 30700778.
- "FCI-Standard N° 147 ROTTWEILER" [Piawaian FCI No. 147 Anjing Rottweil] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Seidler, Chris. Disemak oleh Peter Friedrich. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 24 Julai 2018. Dicapai pada 8 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
- Kaneene, John B.; Mostosky, Ulreh Vogt; Miller, RoseAnn (1 April 2009). "Update of a Retrospective Cohort Study of Changes in Hip Joint Phenotype of Dogs Evaluated by the OFA in the United States, 1989–2003" [Kemas Kini Kajian Kohort Retrospektif tentang Perubahan Sendi Pinggul Anjing yang Dinilai oleh OFA di Amerika Syarikat, 1989–2003]. Veterinary Surgery (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 38 (3): 398–405. doi:10.1111/j.1532-950X.2008.00475.x. ISSN 1532-950X. PMID 19573105. S2CID 43256397.
- '"National Dog – The Ringleader Way (dalam bahasa Inggeris) (jilid 12, bilangan 1 & 2). Jan/Feb 2009 Breed Feature "Bernese Mountain Dogs, Leonbergers & Rottweilers".
- Pettengell, Jim. The Rottweiler (dalam bahasa Inggeris)
- Pienkoss, Adolf (2008). The Rottweiler (dalam bahasa Inggeris) (edisi semakan dan kemas kini ke-3). Internationale Foederation der Rottweilerfreunde (IFR) Wilhelmitenstr. 15a, 46354 Borken, Jerman.
- Price, Les (20 September 1991). Rottweilers: An Owner's Companion [Anjing Rottweil: Teman Pemilik] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. ISBN 9780876052976. OCLC 23254299.
- Schanzle, Manfred, Studies in the Breed History of the Rottweiler. Edisi bahasa Jerman diterbitkan oleh Allgemeiner Deutscher Rottweiller – Klub (ADRK) E.V. 1967 Edisi bahasa Inggeris diterbitkan bersama-sama oleh Colonial Rottweiler Club & Medallion Rottweiler Club – September 1969. Cetakan 1981 (kemas kini) – Diterbitkan oleh Powderhorn Press 3320 Wonderview Plaza, Hollywood, CA90068.
- Yrjola, J. A. U. & Tikka, Elvi. Our Friend the Rottweiler (dalam bahasa Inggeris)
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing Rottweil |