![]() | ||||||||
Nama lain | Cimarrón Uruguay | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Uruguay | |||||||
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing jalang Uruguay atau cimarrón Uruguay[a] ialah satu baka anjing jenis molosser yang berasal dari Uruguay. Baka ini secara rasmi diiktiraf di Uruguay dan oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa dengan nama "Cimarrón Uruguayo".
Penampilan
Cimarrón Uruguay bersaiz besar, padat, dan berotot. Lapis bulunya pendek dan biasanya brindle tetapi mungkin berwarna kuning pucat (bayo), dengan muka hitam. Ketinggian jantan pada paras kelasa ialah 58–61 cm (23–24 in) dan beratnya ialah 38–45 kg (84–99 lb). Betina dewasa adalah lebih kecil sedikit.[1][2]
Perangai
Piawaian baka menyatakan bahawa anjing patut mempunyai keberanian besar. Seperti semua anjing besar, cimarrón Uruguay mesti tersosialisasi dengan baik semasa sangat muda jika ia diniatkan untuk dibela dengan selamat sebagai pendamping. Ia merupakan anjing sangat mesra dengan kanak-kanak dan haiwan lain.
Cimarrón Uruguay kadang-kadang digunakan untuk penjagaan, perburuan, dan semua sukan anjing di tanah airnya Uruguay. Sebagai anjing sangat pintar, ia telah digunakan untuk semua jenis kerja, seperti penyelamatan atau penggembalaan.
Ia merupakan anjing agak tenang dan stabil dan biasanya tidak menyalak melainkan sesuatu ancaman adalah benar.
Sejarah

Cimarrón Uruguay terutamanya diturunkan daripada alano Sepanyol dan anjing-anjing Eropah lain yang dibawa oleh penjajah awal dan dilepaskan atau ditinggalkan. Anjing-anjing itu menyesuaikan diri dengan kehidupan di alam liar di Uruguay dan lama-kelamaan menjadi banyak. Pada abad kelapan belas, serangan terhadap haiwan ternakan malah juga manusia mengakibatkan anjing-anjing itu diburu, dengan baunti yang dibayar oleh pemerintah untuk setiap anjing yang dibunuh. Walau bagaimanapun, banyak anjing kekal, terutamanya di tanah tinggi Cerro Largo. Peladang di kawasan itu menangkap dan menjinakkan anjing, kemudian menggunakannya sebagai anjing pengawal.[3]
Kisah kelangsungan hidup dan keganasan cimarrón telah menjadikannya lambang kebangsaan di Uruguay dan baka ini ialah maskot bagi Tentera Kebangsaan Uruguay.[4]
Kennel Club Uruguayo (kelab kenel kebangsaan Uruguay) mengiktiraf cimarrón Uruguay selepas kira-kira dua puluh tahun kerja oleh penggemar dan pembiak baka dalam pendokumenan baka ini.[5] Sebagai tambahan, kajian genetik sedang dilakukan ke atas baka ini oleh Kolej Perubatan Veterinar Universiti Republik Timur Uruguay.
Cimarrón Uruguay diiktiraf secara sementara oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada 21 Februari 2006 dan secara muktamad pada 7 November 2017 dalam Kumpulan 2, Seksyen 2 baka Molossoid-jenis Mastiff. Baka ini telah dieksport ke Amerika Syarikat dan diiktiraf di sana oleh United Kennel Club dalam Kumpulan Anjing Penjaga.
Kesihatan
Anjing jalang Uruguay patut diuji untuk displasia pinggul dan displasia siku sebelum pembiakbakaan.[6]
Telinganya kerap dipotong dengan pendek semasa anjing masih sangat muda. Ini didakwa sebagai penghormatan kepada zaman ketika ia diburu (telinga dipersembahkan untuk baunti). Kebanyakan baka anjing laga menjalani pemotongan telinga.[7]
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ جالڠ اوروݢواي; سيمارون اوروݢواي; Sepanyol: perro cimarrón uruguayo; cimarrón uruguayo; bahasa Inggeris: Uruguayan cimarrón
Rujukan
- ^ "Estándar-FCI N° 353 CIMARRÓN URUGUAYO" [Piawaian FCI No. 353 Anjing Jalang Uruguay] (pdf) (dalam bahasa Sepanyol). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 8 Julai 2022. Dicapai pada 19 Januari 2024.
- ^ "FCI-Standard N° 353 CIMARRÓN URUGUAYO" [Piawaian FCI No. 353 Anjing Jalang Uruguay] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Nallem, Jorge; Triquet, Raymond; Sporre-Willes, Renée; Mulholland, Jennifer. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 8 Julai 2022. Dicapai pada 19 Januari 2024.
- ^ "EL CIMARRÓN URUGUAYO" [CIMARRÓN URUGUAYO] (dalam bahasa Sepanyol). Kennel Club Uruguayo. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Disember 2008. Dicapai pada 19 Januari 2024.
- ^ "Perros Cimarrones" (dalam bahasa Sepanyol). Tentera Kebangsaan Uruguay. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2002. Dicapai pada 19 Januari 2024.
- ^ "El perro cimarrón, el perro de Cerro Largo" [Perro cimarrón, anjing Cerro Largo] (dalam bahasa Sepanyol). Pemerintah Cerro Largo. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mac 2007. Dicapai pada 19 Januari 2024.
- ^ "Cimarron Uruguayo - Sociedad de Criadores de Cimarron Uruguayo SCCU" (dalam bahasa Sepanyol). Sociedad de Criadores de Cimarrón Uruguayo. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2008. Dicapai pada 19 Januari 2024.
- ^ "DOGGED BY DOG FIGHTS" (dalam bahasa Inggeris). Vagabond. 1 September 2008. Dicapai pada 8 Februari 2025.
Pautan luar
- perro cimarron uruguayo (dalam bahasa Sepanyol). YouTube. 20 April 2008. Dicapai pada 25 Julai 2013.