![]() | |||||||||||||||||
Nama lain | Anjing pemburu Sichuan Timur | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing Chongqing[a] ialah tugou mastif purba yang digunakan dalam sejarah untuk perburuan dan penjagaan di Chongqing, China.[1][2][3] Kini, baka ini dihargai sebagai pelindung tidak takut dan tabah bagi keluarga dan rumahnya.[2][4]
Istilah "anjing Chongqing" mungkin juga digunakan untuk merujuk anjing pemburu Chuandong. Ia terdapat di Singapura. Kedua-dua anjing mengongsi ternakan asasi bersama dan merupakan sebahagian daripada tugou.[5]
Perihal
Anjing Chongqing bersaiz sederhana dengan tubuh berotot padat. Ekornya patut pendek dan terangkat tegak-tegak, kerap diperihalkan sebagai "batang buluh".[6] Lapis bulunya pendek, kasar, dan berwarna perang kemerah-merahan atau hitam.[7][8] Ia mempunyai lidah biru-hitam, stop menonjol, dan kepala berbentuk segi empat sama.[2] Telinganya mencucuk secara semula jadi dan tidak terpotong.[9]:35
Anjing Chongqing mempunyai perwatakan kuat dengan perangai mudah mesra, sikap yakin, dorongan pemangsa kuat, dan kecintaan akan pengembaraan dan keseronokan. Ia pada umumnya menyayangi kanak-kanak dan juga akan berkhidmat sebagai anjing pengawal waspada dan setia untuk keluarga. Anjing Chongqing mempunyai dorongan pemangsa tinggi dan kebolehan penghiduan cemerlang. Anjing Chongqing dapat berburu secara bersendirian atau dalam kawanan untuk mangsa daripada saiz arnab melalui bejar, rubah, babi hutan, kambing, rusa, dan beruang kecil. Ia cenderung untuk mempunyai jangka hayat panjang sehingga 15 tahun.[6]
Sejarah
Seperti tugou lain, anjing Chongqing ialah anjing asli China yang dipercayai telah pertama kali muncul semasa Dinasti Han.[8][1] Patung-patung seramik anjing Chongqing telah ditemukan menjaga tanah perkuburan di kawasan Jiangbei di Chongqing yang bertarikh hampir-hampir 206 SM–220 M.[2][4] Susulan perkembangan asal sebagai anjing pemburu di kawasan pergunungan di Sichuan timur, pembandaran pesat Chongqing mengakibatkan penurunan populasi ketara.[2] Walau bagaimanapun, sejak tahun 1970-an, usaha serius telah dijalankan untuk memulihkan baka ini dan ia telah menjadi utiliti dan anjing pendamping popular sejak itu.[2][10][5]
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ چوڠچيڠ; Cina ringkas: 重庆犬; Cina tradisional: 重慶犬; pinyin: Chóngqìng quǎn; bahasa Inggeris: Chongqing dog; chongqing
Rujukan
- ^ a b "Chinese Dog Breeds – Top List, Origins, Specificities & Prices" [Baka Anjing China – Senarai Teratas, Asal Usul, Kekhususan, dan Harga] (dalam bahasa Inggeris). Breeding Business. 1 Januari 2020. Dicapai pada 26 Mac 2024.
- ^ a b c d e f "Chongqing Dog 重庆狗" [Anjing Chongqing] (dalam bahasa Cina dan Inggeris). China Kennel Union. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Januari 2019. Dicapai pada 26 Mac 2024.
- ^ "394 — Chongqing Dogs: Saving a Primitive Breed from Extinction" [394 — Anjing Chongqing: Menyelamatkan Baka Primitif daripada Kepupusan] (dalam bahasa Inggeris). Pure Dog Talk. 21 Mei 2020. Dicapai pada 26 Mac 2024.
- ^ a b "Chinese Chongqing Dog" [Anjing Chongqing China] (dalam bahasa Inggeris). Wisdom Panel. Dicapai pada 26 Mac 2024.
- ^ a b "Chinese Chongqing Dog" [Anjing Chongqing China] (dalam bahasa Inggeris). Embark Veterinary. Dicapai pada 26 Mac 2024.
- ^ a b "CDP - The Chongqing Dog Conservation Project" (dalam bahasa Inggeris). The Chongqing Dog Conservation Project. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mei 2022. Dicapai pada 26 Mac 2024.
- ^ "Breed Standard" [Piawaian Baka] (dalam bahasa Inggeris). Chongqing Dog Club. Dicapai pada 26 Mac 2024.
- ^ a b Choron, Sandra; Choron, Harry (2005). Planet Dog: A Doglopedia [Planet Dog: Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Boston, Massachussetts, Amerika Syarikat: Houghton Mifflin Harcourt. m/s. 176. ISBN 9780618517527. OCLC 60348998.
- ^ Beregovoy, Vladimir (Disember 2011). "Aboriginal Dogs of Southern China" [Anjing Peribumi China Selatan] (PDF). Journal of the International Society for Preservation of Primitive Aboriginal Dogs (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Anjing Primitif dan Peribumi. 28: 30–39.
- ^ Lovly, John (2015). Dogs: The List of 90 Selected Dog Breed [Anjing: Senarai 90 Baka Anjing Terpilih] (dalam bahasa Inggeris). Osmora Incorporated. m/s. 28.