Mark Adam | |
---|---|
Kelahiran | Marcus Adam Macaraig Echivarre 15 Oktober 1979 |
Warganegara | Filipina |
Nama lain | Fikri Mark Adam Abdullah |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pelawak, penyampai radio |
Tahun aktif | 2012–kini |
Pasangan | Norazah Redzuan (k. 2003) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Mixology Music Rusa Music Suria Records |
Pengkarya berkait | Ainan Tasneem, W.A.R.I.S, Juzzthin, Eleena Harris, Qierra, Eyza Bahra |
Mark Adam atau nama Islamnya Fikri Mark Adam Abdullah (dilahirkan sebagai Marcus Adam Macaraig Echivarre; 15 Oktober 1979) merupakan penyanyi, pelakon, pelawak dan penyampai radio Filipina yang bermastautin di Malaysia. Dilahirkan di Cebu, Filipina dan beliau berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001 dan mula terkenal di negara ini.
Meskipun telah menetap di Malaysia, Mark Adam tetap memegang status kerakyatan Filipina dan telahpun berkahwin dengan seorang wanita warga Malaysia. Beliau juga banyak melibatkan diri dalam bidang lakonan dan antara drama lakonan beliau ialah Plan Cinta Tak Jadi, Suami Tanpa Cinta dan yang terbaru pada tahun 2017 ialah Biniku Ninja. Drama adaptasi novel yang menggunakan tajuk yang sama, penulisan Azlan Andi berdasarkan kisah hidup beliau.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Mark Adam dibesarkan di penempatan miskin di Cebu, Filipina. Beliau pertama kali menaiki kapal terbang pada 2001 semata-mata mahu mencari rezeki di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau berkata dalam temu ramah bersama Harian Metro: "Ketika itu saya berusia 22 tahun dan bersama lapan anggota kumpulan muzik, Big Bang. Saya akui memang takut kerana dalam poket hanya ada 500 peso (kira-kira RM30),". Mark ketika itu tidak mengetahui jalan di ibu kota dan sekadar mengenali KL Sentral.[1]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Mark pada mulanya bekerja sebagai guru tuisyen sebelum mengorak langkah dalam dunia seni.
Beliau memulakan kerjaya dengan mengeluarkan single bertajuk "Sampai Nanti" yang dicipta oleh Dj Cza. Lagu itu mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pendengar di Malaysia. Namun, nama Mark mula dikenali apabila lagu single kedua beliau iaitu Pencuri terus menarik minat rakyat Malaysia dan menjadi popular sehingga ke harini. Bukan itu sahaja, Mark juga terkenal dengan lawak spontan beliau yang mencuit hati bahkan beliau juga pernah menyertai program lawak muzikal, Juara Parodi. [2]
Di samping itu, Mark juga pernah mengeluarkan album menggunakan nama beliau iaitu Mark Adam. Album ini mengandungi 12 lagu dan diantaranya lagu Pencuri, Marry Me , Marry Me dalam bahasa Inggeris dan banyak lagi.
Selain, menyanyi Mark juga aktif melibatkan diri dalam bidang lakonan seperti drama Plan Cinta Tak Jadi yang bersiaran di Astro Ria. Beliau memegang watak pembantu dalam drama ini dan beberapa buah drama yang lain. [3] [4] [5]
Pada 2016, Mark dipilih menjadi tenaga pelajar di samping penyanyi, Jaclyn Victor dan Black Hanafiah dalam program realiti pertandingan nyanyian Ceria Popstar musim keempat. [6]
Pada 29 Mei 2017, Mark akan muncul dalam drama Biniku Ninja memegang watak sebagai Andi. Kawan kepada Azlan yang dilakonkan oleh Ungku Hariz. Drama terbitan Aanomalous Films dan diarahkan oleh Syed Fariz ini merupakan adaptasi novel penulisan Azlan yang mempunyai tajuk yang sama. Drama ini akan disiarkan di Astro Maya HD dan Astro Oasis serta menampilkan gandingan pasangan suami isteri Ungku Hariz dan Jihan Muse sebagai peneraju utama drama ini. [7] [8]
Pada 17 Jun 2017, Mark bakal muncul dalam sebuah telefilem berjudul Restu Ramadan yang bakal bersiaran di TV3.
Pada 2019, Mark Adam akan menjadi juri tetap untuk program realiti Bintang Bersama Bintang 2019 bersama Saiful Apek. [9]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Mark telah bernikah dengan Nor Azah Redzuan yang merupakan rakyat Malaysia dan pengurus beliau sejak tahun 2003.[10] Beliau juga telah memeluk agama Islam dan sudah lebih 12 tahun menetap di negara ini dan mempunyai taraf penduduk tetap serta merupakan seorang guru vokal di Petaling Jaya, Selangor. [11]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album
[sunting | sunting sumber]Tahun | Album | Senarai runut | Catatan |
---|---|---|---|
2015 | Mark Adam [12]
|
|
|
2017 | Mengejar Pelangi [13]
|
|
Single
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Menampilkan | Album | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | "Sampai Nanti" | — | Mark Adam | |
2013 | "Pencuri" | Lagu runut untuk drama Biniku Ninja (2017) | ||
2014 | "Si Katak" | |||
"Senyum Lagi" [14] | — | Lagu runut untuk drama Tukar - Tukar Menu (2017) | ||
"Salam Lebaran" | — | |||
"Malunya" | — | lagu single Ainan Tasneem | ||
2015 | "Marry Me" | — | Lagu runut untuk drama Cik Bunga Encik Sombong (2015) & drama Cucu Tauke Beras (2017) | |
"Berat" | — | Lagu runut untuk drama Mr. Boss Miss Stalker (2016) | ||
2016 | "Hanya Dirimu" | lagu single Eleena Harris | ||
2017 | "Bukan Cinta" | — | Mengejar Pelangi | |
2018 | "So Fine" | Lagu runut untuk filem L.O.L. Langkawi Oh Langkawi (2018) | ||
2019 | "Amnesia" | — | ||
2023 | "Rokieya" | — |
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2017 | The Secret Life of Pets | Reginald | Alih suara (versi Bahasa Melayu) |
2018 | Busker | Juri | Filem pertama, penampilan khas |
2019 | Hero: Jangan Bikin Panas | Adam Fanifinali | |
7 Hari Kisah Cinta Langkawi | Nik | ||
2020 | Bikin Filem | Malik Rizzuan Chin | |
2021 | Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun Takut | Sarip | |
2024 | Peluang Ketiga | ||
Padu | Coach Aquino |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Plan Cinta Tak Jadi | Fareez | Astro Ria | Drama pertama |
2016 | Suami Tanpa Cinta | Rafael Ilham | ||
2017 | Biniku Ninja | Andi | Astro Oasis | |
2018 | Suamiku Mat Piun | Ashraf | TV3 | |
2019 | TQ Captain | Zafrel | Astro Ria | |
2019–2021 | Keluarga Baha Don | Angelito Papito Jericho | Viu | |
2022 | 30 Hari Sebelum Raya | Hafiz | TV9 | |
Bisik Bisik Gelora | Ali | TV3 | ||
Guard Komando | Mansur | TV9 | ||
2023 | Cikgu Terpaling A! | Tahir | TV3 | |
Gadis Muzikal | Azwan | |||
Cik Misi 123 | CI Harun | Astro Ria | ||
Puaka Cuti Semester | Iqsan | Tonton | ||
2024 | Boleh Saya Bantu | Sudin | TV3 |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Haji Rock | Afi | TV2 | Telefilem pertama |
Oh My English!: Road to Jogja | Astro TVIQ | |||
Mark dan Ana | Mark | Astro Warna | ||
2017 | Restu Ramadan | Restu | TV3 | |
Hisyam dan 3 Hantutiyers | Astro Citra | |||
2018 | Matilahnak | Putih/Pocong | ||
Senarai Raya Papa | Joop | TV3 | ||
Langit Nabila | TV Okey | |||
2019 | Jamil Balik Kampung | Jamil | Astro Citra | |
Lesen Besar | ||||
2020 | Kak Kek Baru Nak Up | Danny | Astro Ria | |
2021 | Delen | Cikgu Marky | Astro Citra | |
2023 | Pontianak 100Kg | Salleh | Tonton | |
Bisik-Bisik Gelora Raya | Ali | TV3 | ||
30 Hari Sebelum Raya Lagi | Hafiz | |||
2024 | Syurga Yang Tersia |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | MeleTOP | Artis Jemputan | Astro Ria | |
Ketuk-Ketuk Ramadan | TV1 | 5 Julai | ||
2015 | Super Spontan All Stars | Tetamu | Astro Warna | |
Ini Malam Kita Punya | Artis Jemputan | |||
Juara Parodi | Peserta | berkumpulan dengan Shuib Sepahtu dalam Kumpulan Selamber Blur | ||
MeleTOP | Artis Jemputan | Astro Ria | Borak Lagu "Marry Me" | |
2016 | Borak Juara Parodi bersama Joey & Shuib | |||
bersama Jaclyn Victor | ||||
Ceria Pop Star | Tenaga Pengajar | Astro Ceria | bersama Jaclyn Victor & Black Hanafiah; musim 4 | |
Lari : Misi Mencari Mr. X | Peserta | TV9 | ||
Lari : Kita Kejar Dia | Istimewa Raya | |||
2017 | Resipi Memikat Isteri | Artis Jemputan | Astro Ria | bersama isteri beliau |
The Sarimah Show Raya | TV3 | |||
Romantika (Musim 7) | Pasangan Pilihan | Astro Ria | bersama isteri beliau | |
2018 | Bintang Bersama Bintang (Musim 1) | Peserta | TV3 | |
2019 | Bintang Bersama Bintang (Musim 2) | Juri Tetap | ||
Al Hidayah | Artis Pilihan | |||
Big Stage (musim 2) | Juri Jemputan | Astro Ria | ||
2020 | The Masked Singer Malaysia (musim 1) | Astro Warna | Menggantikan Zizan Razak | |
2020–2021 | Muzikal Lawak Superstar 2 | Peserta | Astro Warna | berkumpulan dengan Achey & Shuk Sahar dalam Kumpulan Mashuk |
2021 | Famili Duo | Juri | TV3 | |
Layan Karok | Awesome TV | |||
Hijrahkan Laguku | Peserta | TV AlHijrah |
Radiografi
[sunting | sunting sumber]Radio
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Stesen |
---|---|---|
15 Februari – 19 Julai 2021 | Geng Pagi Hot | Hot FM |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2016 | Anugerah Pilihan Online 2016 (APO 2016) [15] | Penyanyi Lelaki Terhebat Pilihan Online | Tercalon |
Selebriti Komedi Pilihan Online | Menang | ||
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Artis Versatil Popular | Tercalon |
Artis Komedi Popular | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (13 September 2019). Hanya RM30 dalam poket datang Malaysia - Mark Adam Harian Metro. Dicapai pada 14 September 2019.
- ^ 13 Februari 2017. Tak Kisah Digelar Pelawak, Mark Adam Akui Suka Buat Orang Ketawa | Artikel. Astro Gempak
- ^ Norhidayyu Zainal (24 Mac 2016). Mark Adam cuba nasib jadi pelakon - Hiburan. Sinar Harian
- ^ 24 November 2016. Mark Adam Tonton Filem P. Ramlee Asah Bakat Berlakon - Berita Hiburan. mStar
- ^ 14 Julai 2015. Mark Adam Cuba Bakat Jadi Pelakon - Berita Hiburan. mStar
- ^ 11 Mac 2016. Mark Adam Dipilih Sebagai Cikgu Ceria Popstar Musim Terbaru. Diarkibkan 2016-04-04 di Wayback Machine Media Hiburan.
- ^ Dicapai pada 1 June 2017. Drama Biniku Ninja. MyInfotaip
- ^ 3 Mei 2017. Mark Adam bekerja sambil melancong di Eropah | Hiburan. Berita Harian. Dicapai 1 Jun 2017.
- ^ Bintang Bersama Bintang 2019 kembali, siaran langsung malam ini di TV3. utusan borneo. Dicapai pada 2 April 2019.
- ^ 1 Ogos 2014. Raya saudara baharu. Diarkibkan 2017-05-07 di Wayback Machine Utusan Online. Dicapai pada 1 Jun 2017.
- ^ 13 Jun 2015. Mark Adam lebih popular di Malaysia. Utusan Online
- ^ 27 Mac 2015. Mark Adam Lancar Album Sulung. KKBOX
- ^ 17 Julai 2017. Mark Adam - Mengejar Pelangi. KKBOX
- ^ 14 Disember 2014. Pertaruhan Mark Adam & Qierra - Hiburan. Utusan Online
- ^ 14 Mac 2016 ditulis oleh Mohd Al Qayum Azizi. APO2016: Mark Adam Anggap Penghormatan Digelar Pelawak - Berita Hiburan. mStar
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1979
- Orang hidup
- Orang Filipina
- Muslim Filipina
- Pemeluk Islam
- Pelakon lelaki Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-21
- Penyanyi lelaki Malaysia
- Pelakon lelaki Filipina
- Penyanyi lelaki Filipina
- Pelakon filem Malaysia
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelawak Malaysia
- Penyampai radio Malaysia
- Artis Suria Records