Ungku Almy Nadia | |
---|---|
Kelahiran | Ungku Almy Nadia binti Ungku Aminuddin Shah[1] 27 April 1985 |
Nama lain | Almy Nadia |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2005–kini |
Pasangan | Dato' Fizz Fairuz (k. 2014) |
Anak-anak | 5 (termasuk 1 anak angkat) |
Datin Ungku Almy Nadia binti Ungku Aminuddin Shah (lahir 27 April 1985) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau dilahirkan di Tapah, Perak tetapi dibesarkan di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Beliau telah berkahwin dengan pelakon Fizz Fairuz pada tahun 2014 dan dikurniakan empat orang anak serta seorang anak angkat yang dijaganya sejak sebelum berkahwin.
Kerjaya
Almy memulakan kerjaya sebagai model pengiklanan pada bahan bercetak dan di kaca televisyen[2]. Beliau pernah menyertai pertandingan Dewi Remaja 2005 bersama-sama rakan selebriti lain seperti Scha Alyahya dan Irma Hasmie[2]. Pembabitan awal beliau sebagai anak seni banyak dibantu oleh Prof. Madya Dato' Dr. A. Razak Mohaideen, seorang pengarah terkenal[2].
Beliau pernah membintangi beberapa buah drama dan filem, antaranya Nana Tanjung, Janji Kekasih, Hujan Teduh, Dunia Baru, Cinta Tak Bertepi dan Dunia Baru The Movie. Bakatnya tidak dapat diketepikan dan adalah saingan kuat kepada Fasha Sandha, Diana Danielle, dan Fouziah Gous.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2006 | Nana Tanjung | Kawan Balqis | Filem pertama |
2008 | Dunia Baru The Movie | Suzana | |
2009 | Rasukan Ablasa[3] | Kim | |
Jangan Tegur | Sara | ||
Skrip 7707[4] | Jaja | ||
2010 | 4 Madu | Jaja |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2007 | Anak Pontianak | Manja | TV3 |
Manjalara | Rihana | ||
2008 | Akukah Tanggang? | Adibah | |
2010 | Janji Kekasih | Rukayah | |
2012 | Cinta Buat Emelda | Emelda/Emira | |
2014 | Janji Jaslina | Rahayu | |
Cerita Cinta Kita[5] | Rokiah |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2009 | Azam | Diana | TV2 |
2010 | Pak Nil Ibu Kirim Salam | Astro Prima | |
2011 | Sayang Ika | TV2 |
Kehidupan peribadi
Almy Nadia memiliki seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya yang mula dijaganya sejak 27 April 2010[6]. Anak angkat itu diambil beliau dari salah seorang dari saudaranya[7].
Pada 22 Oktober 2013, Almy Nadia mengikat tali pertunangan bersama pelakon Fizz Fairuz[8], setelah mereka berdua menjalinkan hubungan cinta selama lapan tahun. Pada awalnya, mereka sepatutnya bernikah pada 30 Mei 2014, namun mempercepatkan tarikh pernikahannya kepada tarikh 26 April 2014[8]. Pada hari itu, Almy dan Fizz Fairuz selamat bernikah di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang di mana Almy berwalikan wali hakim[9]. Beliau menerima wang hantaran sebanyak RM20,000[10].
Pada 17 Februari 2015, beliau selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.25 kilogram[11]. Anak perempuan sulung beliau diberi nama Nur Afriana Ariana. Pada bulan Disember 2015, beliau disahkan hamil anak kedua dan bersalin pada 26 September 2016[12]. Bayi perempuan itu kemudian diberi nama Nur Afrina Aurora.
Rujukan
- ^ Azmi, Mohammad Shahemy (7 Januari 2024). "4 anak Fizz, Almy masuk hospital kerana rotavirus". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Februari 2024. Dicapai pada 3 Julai 2024.
- ^ a b c Chua, Dennis (3 Ogos 2014). "Almy Nadia is all for civic consciousness". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Julai 2024. Dicapai pada 3 Julai 2024.
- ^ Asrani, Wahida (24 Februari 2009). "Rasukan Ablasa kurang menjadi!". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2024. Dicapai pada 4 Julai 2024.
- ^ Abd. Aziz, Siti Azira (9 Julai 2009). "Prof Razak: Konsep filem 'Skrip 7707' yang pertama di dunia". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Julai 2024. Dicapai pada 4 Julai 2024.
- ^ Asyraf, Faisal (20 Jun 2014). " Tragic tale of romance ". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2024. Dicapai pada 4 Julai 2024.
- ^ Wahiduzzaman (28 Oktober 2012). ""Jangan Ragui Status Anak Angkat Saya" - Almy Nadia". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Julai 2024. Dicapai pada 4 Julai 2024.
- ^ Mohd Al Qayum Azizi (9 Mac 2012). "Almy Nadia Lebih Kuat Kerana Anak Angkat". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2024. Dicapai pada 4 Julai 2024.
- ^ a b Nasser, Ashraf (23 April 2014). "Fizz Fairuz, Almy Nadia nikah 26 April ini". yahoo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Julai 2024. Dicapai pada 3 Julai 2024.
- ^ Atak, Feride Hikmet (26 April 2014). "Fizz Fairuz & Almy Nadia Selamat Bernikah". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Julai 2024. Dicapai pada 3 Julai 2024.
- ^ Atak, Feride Hikmet (27 April 2014). "Almy Nadia Menangis Sepanjang Majlis Pernikahan". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Julai 2024. Dicapai pada 3 Julai 2024.
- ^ Abdul Rahman, Ridzuan (17 Februari 2015). "Almy, Fizz sambut bayi perempuan". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Jun 2015. Dicapai pada 3 Julai 2024.
- ^ Mohamad, Zaidi (27 September 2016). "Fizz, Almy sambut anak perempuan kedua". Berita Harian. Dicapai pada 3 Julai 2024.