A. R. Tompel | |
---|---|
Kelahiran | Aman Ramlie bin Jaafar 24 Oktober 1918 |
Meninggal dunia | 30 Januari 1973 | (umur 54)
Sebab kematian | Kemalangan jalan raya |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak, pengarah, penulis skrip, penari |
Tahun aktif | 1949–1973 |
Majikan |
|
Terkenal kerana | Pengarah filem melayu pertama di Tanah Melayu |
Pasangan |
|
Anak-anak |
|
Aman Ramlie bin Jaafar atau lebih dikenali sebagai A. R. Tompel (24 Oktober 1918 – 30 Januari 1973) merupakan seorang pelakon filem Melayu bersama dengan P. Ramlee dan Ibrahim Din dalam filem Do Re Mi dan Anak Bapak.
Kehidupan awal
A. R. Tompel atau nama sebenarnya Aman Ramlie bin Jaafar dilahirkan pada 24 Oktober 1918 di Tanjung Balai, Asahan, Indonesia. Sebelum menyertai bidang lakonan, A. R. Tompel sudah pun bergiat aktif dalam kumpulan bangsawan sejak tahun 1938.
Jejak beliau kini diteruskan oleh anaknya, Armaya Aman Ramlie (A. R. Badul), Adlin Aman Ramlie dan Amran Aman Ramlie (Amran Tompel). Beliau juga mempunyai 9 orang anak lelaki hasil 6 perkahwinan dan 9 orang anak perempuan hasil perkahwinan bersama Azizah Ismail.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Pelakon | Pengarah | Penulis skrip | ||||
1949 | Nilam | ![]() |
![]() |
![]() |
Pembesar Istana | Filem lakonan pertama |
1950 | Aloha | ![]() |
![]() |
![]() |
Moku | |
Rachun Dunia | ![]() |
![]() |
![]() |
Karman | ||
Takdir Ilahi | ![]() |
![]() |
![]() |
Juga sebagai penolong pengarah | ||
Dewi Murni | ![]() |
![]() |
![]() |
|||
1951 | Berdosa | ![]() |
![]() |
![]() |
Hashim | |
Bapa Saya | ![]() |
![]() |
![]() |
Hassan | ||
Pulau Mutiara | ![]() |
![]() |
![]() |
|||
Perkahwinan Rahsia | ![]() |
![]() |
![]() |
— | Juga sebagai penolong pengarah | |
1952 | Norma | ![]() |
![]() |
![]() |
||
Sesal Tak Sudah | ![]() |
![]() |
![]() |
— | Filem arahan pertama | |
Chinta Murni | ![]() |
![]() |
![]() |
— | ||
1953 | Seniwati | ![]() |
![]() |
![]() |
— | Juga sebagai pengarah bersama |
1954 | Sehati Serasa | ![]() |
![]() |
![]() |
— | |
1961 | Tun Tijah | ![]() |
![]() |
![]() |
||
Abu Nawas | ![]() |
![]() |
![]() |
Abu Nawas | Filem arahan terakhir | |
Keris Sempena Riau | ![]() |
![]() |
![]() |
Pembesar Istana | ||
1962 | Selendang Merah | ![]() |
![]() |
Cerita | Jampok | |
Siti Payong | ![]() |
![]() |
![]() |
|||
1966 | Do Re Mi | ![]() |
![]() |
![]() |
Re (Amore) | |
Nasib Do Re Mi | ![]() |
![]() |
![]() |
Re | ||
1967 | Sesudah Suboh | ![]() |
![]() |
![]() |
— | |
Keluarga 69 | ![]() |
![]() |
![]() |
Orang Kaya Bakar | ||
1968 | Ahmad Albab | ![]() |
![]() |
![]() |
Sheikh Mas'hub Al-Buaya | |
Anak Bapak | ![]() |
![]() |
![]() |
Dato' Mahfiz | ||
Gerimis | ![]() |
![]() |
![]() |
Sood | ||
1972 | Laksamana Do Re Mi | ![]() |
![]() |
![]() |
Re | Filem lakonan terakhir |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1965 | Keluarga Si Tompel | Tompel | TV1 | Drama lakonan pertama |
1970 | Intan | Drama lakonan terakhir |
Kontroversi
Telefilem biopik bertajuk Saloma yang ditayangkan pada 28 Ogos 2014 di Astro First telah mengundang bantahan dari seluruh ahli keluarga Allahyarham kerana telefilem itu memperlihatkan sisi negatif pelakon popular zaman kegemilangan filem P. Ramlee itu. Dalam cerita itu, watak A. R. Tompel, yang dilakonkan Azhan Rani, digambarkan sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab ketika dia mengahwini Saloma, lakonan Nabila Huda. Sehubungan itu, satu sidang media diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan waris Tompel yang terdiri daripada Amran Tompel, pengarah dan pelakon, Adlin Aman Ramli, A. R. Badul, Ruminah Sidek, bekas isteri Tompel, Zaiton Ismail serta 30 waris yang lain menuntut Astro menghentikan tayangan telefilem berkenaan dan mendakwa gambaran mengenai watak Tompel dalam cerita itu adalah tidak tepat. Menurut salah seorang anak Allahyarham, Adlin, setakat ini mereka telah menuntut pihak Astro selaku penyiar supaya menarik balik tayangan telefilem berkenaan namun tiada sebarang maklumbalas dari syarikat berkenaan. Beliau melahirkan perasaan kesal apabila kisah bapanya, A. R. Tompel, yang dipaparkan dalam telefilem itu berunsur tohmahan dan banyak kesalahan fakta sehingga menjejaskan tanggapan masyarakat seolah-olah bapanya itu adalah punca Saloma menderita. Adlin berkata demikian, mengenai telefilem terbitan syarikat produksi Kus Semangat Aktor milik Melissa Saila[1] yang dipercayai memberi impak buruk kepada mereka.
Tambahan beliau, telefilem itu bukan sahaja mengaibkan serta menjejaskan kredibiliti dan reputasi bapanya, malah waris Tompel juga turut terpaksa berdepan dengan pelbagai tanggapan dan persepsi buruk daripada kalangan masyarakat kesan daripada penayangan telefilem tersebut. Tambah Adlin lagi, bapanya juga telah dieksploitasi oleh pihak penyiar, penulis, penerbit, pengarah dan pelakon dalam pelbagai nada prejudis sehingga mengaib dan menjejaskan kredibiliti dan reputasinya. Berikutan itu, Adlin telah mengambil tindakan menerusi peguamnya Azam & Co. dengan menghantar notis kepada Astro untuk segera menghentikan tayangan telefilem itu.[2] Sebagai pelakon yang membawa watak sebagai Tompel dalam telefilem tersebut, nama Azhan Rani yang memegang watak Allahyarham juga turut tidak terkecuali daripada menerima tempias daripada kontroversi yang tercetus. Sementara itu, peguam yang mewakili waris Tompel, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz memberitahu, notis tuntutan telah dihantar kepada Astro pada 26 September 2014 lalu.
Pelakon veteran Ruminah Sidek mengakui bekas suaminya, A. R. Tompel merupakan seorang lelaki yang sering menjadi perhatian dan digilai ramai wanita. Bagaimanapun Ruminah atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, berkata, watak gatal Tompel yang dipaparkan dalam telefilem itu langsung tidak menggambarkan identiti sebenar bekas suaminya itu. Dalam pada itu, Ruminah berkata, terdapat beberapa babak menunjukkan Tompel begitu agresif dalam percubaan cuba memikat Saloma dan seorang wanita lain namun hakikatnya, seniman itu bukanlah seorang yang berani bertindak segera dalam memikat wanita. Sementara itu, Amran berkata, dia berasakan semua itu tidak patut ditayangkan kepada orang ramai kerana boleh menyebabkan maruahnya sebagai anak Tompel terjejas termasuklah waris lain. Badul pula berkata, segala perlakuan bapanya yang divisualkan dalam telefilem itu adalah watak dalam filem lakonannya.
Kematian
Pada 21 Januari 1973, jam 12 malam ketika beliau ingin ke Alhambra iaitu sebuah panggung wayang untuk menayangkan filem terakhir lakonannya, Laksamana Do Re Mi, beliau terlibat dalam satu kemalangan Jalan Raya di Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia dimana beliau dilanggar lari . Beliau dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur dalam keadaan koma. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 30 Januari 1973. Walaubagaimanapun A.R Tompel tidak dapat menyaksikan lakonannya dalam filem Laksamana Do Re Mi disebabkan insiden ini. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia.
Rujukan
3. Youtube Legasi Poscast - LP36 Azman Aman Ramlie[1]
Pautan luar
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:0
- Kelahiran 1918
- Kematian 1973
- Pelakon Melayu
- Pelakon lelaki Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-20
- Orang Indonesia berketurunan Melayu
- Muslim Indonesia
- Pelakon filem Malaysia
- Pelawak Melayu
- Pelawak Malaysia
- Pengarah filem Malaysia
- Penulis skrip Malaysia
- Warga Studio Jalan Ampas
- Kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia