Normadiah | |
---|---|
Kelahiran | Edith Sumampouw 14 Ogos 1932 |
Meninggal dunia | 8 Ogos 2000[1] | (umur 67)
Sebab kematian | Penyakit apendiks dan kencing manis |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur |
Warganegara | Malaysia |
Nama lain | Norma, Edith Sumampo |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, penari |
Tahun aktif | 1953–1997 |
Terkenal kerana | filem Seniati |
Pasangan |
|
Anak-anak | 5 (termasuk Azlina dan Liza Aziz) |
Ibu | Suzanna Mathilde Huwaè |
Bapa | Estefanus Louis Sumampouw |
Hubungan |
|
Norma binti Abdullah, AMN, dilahirkan sebagai Edith Sumampouw, namun lebih dikenali sebagai Normadiah (14 Ogos 1932 – 8 Ogos 2000) merupakan seorang pelakon wanita Singapura–Malaysia. Beliau ialah anak kandung Estefanus Louis Sumampouw dan Suzanna Mathilde Huwaè. A. R. Tompel ialah orang yang bertanggungjawab menukarkan nama beliau dari Norma kepada Normadiah. Dilahirkan dari keluarga seni. Normadiah bukan sahaja berkebolehan berlakon tetapi juga menyanyi. Beliau juga diantara generasi pertama filem Melayu yang bertapak di Singapura.
Kerjaya
Normadiah telah memulakan kerjaya seninya ketika berhijrah ke Singapura pada tahun 40-an. Pada awal pembabitannya dalam bidang seni, beliau menjadi guru tari dan penyanyi kumpulan bangsawan.
Kemudian setelah ramai pelakon-pelakon bangsawan beralih ke filem, beliau juga turut mencuba nasib dalam filem menerusi filem Seniwati arahan A. R. Tompel pada tahun 1953. Kemudian diikuti dengan filem Roh Membela, Sengsara, Empat Isteri, Siapa Salah, Panggilan Pulau, Semerah Padi, Bujang Lapok, Sumpah Wanita dan Kasih Tanpa Sayang. Sementara itu antara lakonan beliau pada era filem Melayu warna ialah Dia Ibuku, Sumpah Semerah Padi, Gila-Gila dan beberapa lagi.
Dalam dunia lakonannya selama lima dekad, beliau dianggap pelakon serba boleh kerana berjaya menjiwai pelbagai watak dengan cukup berkesan. Daripada watak menghayat hati sehinggalah ke watak wanita penggoda, beliau menjadi sebutan biarpun ada yang membenci wataknya.
Selain menjadi pelakon dengan Shaw Brothers, beliau banyak terlibat sebagai pereka tari tarian-tarian tradisional Melayu di dalam filem.
Normadiah juga turut menyanyi bersama-sama dengan P. Ramlee dalam filem Bujang Lapok, Panggilan Pulau, Perjodohan dan Siapa Salah.
Antara lagu-lagu yang dinyanyikan secara berduet bersama P. Ramlee adalah lagu Bulan dan Juga Angin, Mengapa Riang Ria, Kumbang dengan Bunga dan banyak lagi. Beliau juga merupakan ahli asal kumpulan Panca Sitara yang kemudian diganti oleh Saloma sehingga beliau menggantikannya semula selepas Saloma meninggal dunia.
Kehidupan peribadi
Sepanjang kehidupan beliau, beliau pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan bersama suaminya yang ketiga iaitu seniman Aziz Jaafar, kekal hingga ke akhir hayat. Bersama Aziz Jaafar, beliau dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Azlina Aziz dan Liza Aziz. Kedua-dua anak beliau adalah penyanyi terkenal di Malaysia.
Kematian
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 8 Ogos 2000 di Hospital Assunta, Petaling Jaya ketika berusia 67 tahun kerana penyakit apendiks dan kencing manis. Beliau meninggal dunia 6 hari sebelum hari lahirnya kali ke-68 tahun.[2][3]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1953 | Pachar Puteh | Filem pertama | |
Seniati | |||
Dian | |||
Sengsara | |||
Siapa Salah? | |||
1954 | Panggilan Pulau | Jelita | |
Perjodohan | Habibah | ||
1955 | Roh Membela | ||
Empat Isteri | Aminah | ||
Bernoda | |||
1956 | Semerah Padi | Galak | |
Keadilan Illahi | Aishah | ||
1957 | Belantara | ||
Bujang Lapok | Cik Norma | ||
Putera Bertopeng | Khadijah | ||
1958 | Kaki Kuda | Minah | |
Doktor | |||
1959 | Dandan Setia | Penyair / Nenek Kebayan | |
Saudagar Minyak Urat | Normah | ||
Raja Laksamana Bentan | Tengku Wan Senari | ||
1960 | Lela Manja | Dang Suri | |
Sumpah Wanita | Mak Labu | ||
Pertarongan | Dang Nila | ||
Megat Terawis | Tengku Kamariah | ||
1961 | Sri Tanjung | ||
Panji Semerang | Paduka Liku | ||
Ali Baba Bujang Lapok | Siti Aloyah | ||
Si Tanggang | Dermai | ||
1962 | Lubalang Daik | Datin Wan Kembang | |
1963 | Kasih Tanpa Sayang | Wan Kalsom | |
1964 | Jeritan Batin | ||
Siapa Besar | Sharipah | ||
Mambang Moden | Esah | ||
1965 | Taqdir | Selasih | |
Pusaka Pontianak | Salbiah | ||
1966 | Sri Andalas | Pemaisuri Kedua / Bonda Tiri | |
Anak Buluh Betong | Dayang Wati | ||
Aksi Kuching | Tipah | ||
1967 | Lampong Karam | Gusti | |
1968 | Ibulah Syurga | ||
Raja Bersiong | Tukang Masak Istana | ||
1971 | Mat Karong Guni | Mak Nor | |
Semusim Di Neraka | |||
1976 | Hapuslah Air Matamu | Ibu Ani | |
1977 | Pendekar | ||
1978 | Si Badol | Isteri Orang Kaya | |
Panglima Badol | Datin | ||
1979 | Gila-Gila | Datin | |
1979 | Dendang Perantau | Siti | Di samping Uji Rashid & Hail Amir |
1980 | Toyol | Normah | |
1981 | Si Luncai | Datin | |
Dia Ibuku | Mak Hitam | ||
1982 | Penentuan | Mastura | |
Anak Sulung Tujuh Keturunan | Timah | ||
1983 | Ke Medan Jaya | Mak Jah | |
1990 | Orang Kampung Otak Kimia | Normah | |
1997 | Layar Lara | Dirinya sendiri | Filem terakhir, penampilan khas |
Anugerah dan pencalonan
- Menerima Anugerah Seniwati Sepanjang Zaman di Konsert Diva 2000 diadakan di Singapura.
- Beliau pernah menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup.
- Menerima Anugerah Panggung Era di Anugerah Era 2001.
Tahun | Anugerah | Filem | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1986 | - | - | Anugerah Khas Pelakon Wanita Vateran | |
1982 | Festival Filem Malaysia ke-3 | - | - | Anugerah Khas Juri bagi Rekaan Pakaian Tradisional Terbaik
*Normadiah adalah orang yang bertanggungjawab mereka pakaian tersebut. |
1960 | Festival Filem Malaya | Lela Manja | Aktes Pembantu Terbaik | Menang |
1955 | Festival Filem Malaya | Empat Isteri | Aktres Terbaik | Menang |
• (pencalonan) Aktres Terbaik "Lampong Karam" - Festival Filem Malaysia 1967/68.
• (pencalonan) Aktres Pembantu Terbaik "Aksi Kucing" - Festival Filem Malaysia 1966.
• (pencalonan) Aktres Pembantu Terbaik "Siapa Besar?" - Festival Filem Malaysia 1964.
• (pencalonan) Aktres Pembantu Terbaik "Si Tanggang " - Festival Filem Malaya 1961.
• (pencalonan) Aktres Pembantu Terbaik "Bujang Lapok" - Festival Filem Malaya 1957.
• (pencalonan) Aktres Pembantu Terbaik "Semerah padi" - Festival Filem Malaya 1956.
Rujukan
- ^ http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mod=artist&p=info&id=3810
- ^ Allahyarham Normadiah terkilan tak dapat kerakyatan Malaysia Diarkibkan 2019-01-14 di Wayback Machine Utusan Malaysia. 13 Ogos 2000.
- ^ Haliza Ahmad (9 Ogos 2000). "Passing of a legend". The Malay Mail. Dicapai pada 21 Disember 2021.
Pautan luar
- Pelakon wanita Singapura
- Pelakon wanita Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-20
- Kelahiran 1932
- Kematian 2000
- Kematian akibat penyakit kencing manis
- Warga Studio Jalan Ampas
- Orang Malaysia berketurunan Belanda
- Orang Malaysia berketurunan Indonesia
- Orang Malaysia berketurunan Minahasa
- Muslim Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pelakon filem Singapura