Farah Fauzana Mohd Fadzil (lahir 7 Februari 1980) yang dikenali sebagai FaFau merupakan seorang pelakon, pengacara, pelawak dan penyampai radio wanita Malaysia.[1][2] Beliau terkenal sebagai penyampai radio Era (2003-2006) dan Hot FM (2006-2016, 2021-kini).
Beliau dilahirkan pada 7 Februari 1980 di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor dan merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik. Mempunyai pelbagai hobi seperti memandu kereta, fotografi, bersukan dan beriadah, Farah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Pada Julai 2016, Fara mengumumkan bakal menamatkan zaman solonya dengan seorang lelaki bernama Mohamed Hafiz Badiuzzaman. Bagaimanapun, berikutan masalah peribadi, perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan pada saat akhir.[5][6]