Ayda Jebat | |
---|---|
Kelahiran | Nur Suhada binti Jebat 17 Mac 1992 |
Pendidikan | Diploma Seni Muzik |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2011–kini |
Ketinggian | 157 cm (5 ka 2 in) |
Pasangan | Nabil Mahir (k. 2017) |
Anak-anak | 2 |
Saudara | Fyna Jebat (adik) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, R&B |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Paranormal Talents Warner Music Malaysia |
Nur Suhada "Ayda" Jebat (lahir 17 Mac 1992) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau merupakan salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke-9. Beliau mula dikenali ramai menerusi drama Rindu Awak 200% (2014). Kredit filem beliau termasuk Gila-Gila Remaja 2 (2013) dan Pinjamkan Hatiku (2017).[2][3]
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan sebagai Nur Suhada binti Jebat pada 17 Mac 1992 di Ayer Keroh, Melaka[4][5][6] dan beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik dalam keluarganya, beliau mempunyai dua adik perempuan dan seorang adik lelaki. Salah seorang adik perempuannya ialah Nur Shafinaz atau lebih mesra disapa Fina. Beliau dibesarkan oleh ibunya selepas ibu bapanya bercerai.[7][8][9]
Akademi Fantasia 9
Pada Ayda berjaya terpilih diantara 12 orang pelajar Akademi Fantasia musim kesembilan yang mengikuti proses pelajaran dan pembelajaran dirumah kaca AF9. Namun pada konsert minggu 3, beliau dan Amir Jahari telahpun digugurkan dari akademi melalui Ops Gugur berikutan tiada peningkatan dalam persembahan selama 3 minggu di akademi. Berikut adalah persembahan beliau;
Konsert | Lagu | Ked. |
---|---|---|
Minggu Tirai | "Separuh Nafas" nyanyian asal Dewa / "Love The Way You Lie" nyanyian asal Rihanna | - |
Minggu 1 | "Teringin" nyanyian asal Shima | 3rd |
Minggu 2 | "Ilusi" nyanyian asal Adira | 5th |
Minggu 3 | "Terlalu Istimewa" nyanyian asal Adibah Noor | Digugurkan |
Kerjaya
2011–2013: Akademi Fantasia dan permulaan kerjaya
Kerjaya Ayda sebagai anak seni bermula apabila beliau menyertai program realiti Akademi Fantasia untuk musim ke-9 di mana pada konsert tirai yang diadakan pada 2 April 2011, beliau menyanyikan lagu "Separuh Nafas" nyanyian kumpulan Dewa 19 dan "Love The Way You Lie" nyanyian Rihanna. Bagaimanapun pada konsert minggu ketiga, Ayda tersingkir menerusi Operasi Gugur. Selepas Akademi Fantasia 9 berakhir, Ayda merakamkan single solonya bertajuk "Beri Aku Waktu" dan seterusnya memulakan kerjaya lakonannya menerusi watak pembantu sebagai Mira dalam telefilem CerCiter Cinta yang dibintangi oleh Rozita Che Wan dan Shahir dari Akademi Fantasia musim kelapan. Pada tahun 2013, Ayda membuat penampilan filem pertamanya menerusi watak pembantu sebagai Zetty dalam pembikinan semula filem Gila-Gila Remaja, Gila-Gila Remaja 2 yang dibintangi oleh Hairul Azreen, Faralyna Idris dan Bella Dally, ia juga merupakan kesinambungan daripada filem asal 1985 dengan judul sama yang dibintangi oleh Faizal Hussein.
2014: Kejayaan bersama Rindu Awak 200%
Ayda menempa kejayaan terbesarnya pada 2014 apabila beliau membawakan watak Armel Aisya dalam drama adaptasi novel Rindu Awak 200% bersama Zul Ariffin.[10] Siri itu kemudiannya menjadi rancangan televisyen Malaysia yang diiktiraf secara kritis sekaligus melonjakkan nama beliau ke puncak populariti dan melayakkan beliau memenangi Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era.
2015–kini: Pengembangan kerjaya
Pada tahun 2015, berikutan kejayaan drama Rindu Awak 200%, Ayda mendapat peranan utama keduanya di dalam siri TV, Suami Sebelah Rumah bersama pelakon dan penyanyi, Izzue Islam. Sementara drama itu masih bersiaran, beliau melakonkan watak pembantu dalam siri Isteri Separuh Masa bersama Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza. Beliau sekali lagi digandingkan bersama Zul menerusi siri drama adaptasi novel, M.A.I.D..
Beliau telah dipilih menjadi antara pelakon yang meminjamkan suara mereka dalam versi bahasa Melayu bagi filem aksi cereka sains Amerika Syarikat 2014, Transformers: Age of Extinction. Beliau memegang watak sebagai Tessa Yeager yang dilakonkan oleh Nicola Peltz.[11][12] Pada Julai 2015, beliau melancarkan single "Siapa Diriku" hasil ciptaan Omar K. Lagu ini secara jelas menceritakan mengenai realiti kehidupan anak seni yang sering menjadi mangsa kecaman pahlawan papan kekunci di media sosial. Muzik videonya yang dimuatnaik di saluran YouTube rasmi beliau pada 14 September 2015 berjaya mencecah tontonan lebih satu juta hanya dalam masa tiga minggu.[13]
Muzik video "Siapa Diriku" turut mendapat kerjasama daripada jenama telefon pintar OPPO yang mana Ayda merupakan jurucakapnya. Selain itu, beliau juga muncul dalam Buletin Utama di TV3 pada 17 September 2015, untuk berkongsi pengalamannya dengan siri terbaru OPPO, termasuk R7 Plus, R7 dan R7 Lite.[14]
Ayda juga terkenal di negara tetangga seperti Singapura, Brunei Darussalam dan Indonesia. Di Indonesia, Ayda berlakon dalam telefilem siaran RTV berjudul From Hater to Lover bersama Dimas Aditya serta muncul dalam video muzik kumpulan De'Meisis, Biar Saja.
Kehidupan peribadi
Beliau bertunang dengan pengacara dan pelakon Nabil Mahir pada 28 April 2020, iaitu bersempena dengan ulang tahun Nabil ke-32.[15] Pasangan ini bertunang secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet.[16]
Ayda dan Nabil diijabkabulkan pada 1 Januari 2021.[17][18]
Pada 21 September 2021, Ayda melahirkan anak perempuannya yang sulung.
Diskografi
Tajuk | Tahun | Kedudukan | Album | ||
---|---|---|---|---|---|
ERA FM [19] |
Hot FM [20] |
Muzik Muzik [21] | |||
"Beri Aku Waktu" (bersama Afif) |
2011 | — | — | — | Beri Aku Waktu |
"Cinta Lara" (bersama Kay Khydir) |
2013 | — | — | 18 | Gila-Gila Remaja 2 OST |
"Siapa Diriku"[22] | 2015 | 12 | 1 | 1 | M. A. I. D OST |
"Fairytale" (bersama Alvin Chong) |
— | — | — | Hari Malaysia | |
"Sinaran" (bersama Lea Ismail)[23] |
— | — | — | Sinaran OST | |
"Pencuri Hati"[24][25] | 2016 | 6 | 3 | 1 | Isteri vs Tunang OST |
"Nakal Nakal Nakal" | 9 | 1 | 1 | Awak Sangat Nakal OST | |
"Bawaku Berkelana" | — | — | — | Moana OST (versi Bahasa Melayu) | |
"Pulanglah"
(bersama Aisyah Aziz)[26] |
— | — | — | — | |
"Mata" | 2017 | — | — | 1 | Leftenan Zana OST |
"Pinjamkan Hatiku"(bersama Adi Priyo) | — | — | — | Pinjamkan Hatiku OST | |
"Temberang" | 2018 | — | — | — | |
"Mana Ada Hati" | 2019 | — | — | — | Asalkan Dia Bahagia OST |
"Better Than You" | — | — | — | ||
"Parah Parah" | 2020 | — | — | — | |
"Tak Bisa Lepas" | 2022 | — | — | — | |
"Memerang" | 2024 | — | — | — |
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2013 | Gila-Gila Remaja 2 | Zetty | Filem pertama |
Oh Mak Kau! | Sara | ||
2015 | Transformers: Age of Extinction[27] | Tessa Yeager | Alih suara (versi Bahasa Melayu) |
2016 | Moana | Moana | Alih suara (versi Bahasa Melayu) |
2017 | Pinjamkan Hatiku | Laila Safitri | |
2025 | 6 Jilake | Kuntum |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2012 | Peah Gosip | Astro Warna | |
Tiara | Astro Prima | ||
2013 | Sahara | ||
Mujahid | TV1 | ||
Cinta Kau Dan Aku | Hazlyn | ||
Harapan | Zubaidah | TVi | |
Epilog Cinta Khirana | Farah Huda | TV3 | |
Sepai | Peguam Tirana | TV1 | |
Mira Sofea | Zara | Astro Prima | |
Geng Zul Teksi | Shasha | TV1 | |
2014 | Aku Ada Wali | Zahira | TV AlHijrah |
Sleeq & Friends | TVi | ||
Anugerah Terindah | Lisa | TV3 | |
Ride | Juju | TV9 | |
Rindu Awak 200%[28] | Armel Aisya | TV3 | |
Apam Lemak Manis | Sherry | TV1 | |
Cintapuccino | Geisha | TVi | |
2015 | Suami Sebelah Rumah | Eryna Hazwan | TV3 |
Isteri Separuh Masa | Zita | Astro Ria | |
Cinta Antara Kita | Anita | TV2 | |
M. A. I. D | Noorul | Astro Ria | |
2016 | Menongkah Kasih | Riyana | TV3 |
#Assalamualaikum Cinta | Nia Sakinah | Astro Ria | |
Awak Sangat Nakal | Erine Johanna | ||
2017 | Ku Kirim Cinta | Nisha | TV3 |
Dekatkan Jarak Kita | Sofiya / Alyssa | ||
2018 | Cinta Bukan Kristal | Aryana | |
2019 | Asalkan Dia Bahagia | Adira Imani | |
Cindai | Cindai | ||
2020 | Bukan Gadis Biasa | Johana/Jo | |
2023 | Bukan Cinta Sempurna | Qistina | Astro Ria |
TBA | Hilangnya Cinta Laila | Laila | TV3 |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Demi Masa | TV3 | Telefilem pertama | |
2011 | Cer Citer Cinta | Mira | Astro Ria | |
2013 | Amanah Cinta | Sari | TV9 | |
Calon Menantu | Khariyah | TV1 | ||
Hijabista Kampung | Bintang | TVi | ||
Anak Dara Mak Wok | Wawa | TV1 | ||
Melodi Sepi | ||||
2014 | D'Pantai | TVi | ||
Cinta Hati Suri | Dahlia | TV3 | ||
Papa Yibbie | Suhaila | TV9 | ||
Ini Harta Haji Nana Yang Punya | Saripah | TV3 | ||
Haji Tak Mabrur | Hazwani Murfiqal | |||
From Hater To Lover | Nura | RTV | ||
2015 | Lokum Untuk Mama | Sofea | TV9 | |
Diva | Suria | Astro Prima | ||
Girlfriend Aku Dari Neraka | Tasha | Astro Ria | ||
M. A. I. D Pun Nak Raya | Noorul / Myra | |||
Isteri Separuh Masa Raya | Zita | |||
Rindu Awak 200% Raya | Armel Aisya | TV3 | ||
Nawaitu Cinta | Melati | Astro Oasis | ||
Kubur Berdarah | Keisha | Astro Ria | ||
Sesejuk Coconut Shake | Zalina | TV1 | ||
2016 | #Assalamualaikum Cinta Raya | Nia Sakinah | Astro Ria | |
2017 | 3 Gadis Manis | Mimi | Astro Gempak | |
2018 | Aku Nazmi | Ilya | TV3 | |
Di Penghujung Sujud | Zureen | |||
Retak | Saida |
Drama Web
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2015 | Oscar, I Miss You[29] | Suraya | Pro Diet Web |
Cinta Karan | Aida | Tonton | |
2016 | Sesal Separuh Nyawa | Fara | HyppTV |
Cinta Sticky Note | Khaleeda |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Melodi Raya | Pengacara | TV3 | bersama Awal Ashaari & AG |
2018 | Bintang Bersama Bintang | Artis Jemputan | bersama Shuk Sahar | |
Ketuk-Ketuk Ramadan | Artis Jemputan | TV1 | bersama Sheila Rusly | |
I Can See Your Voice Malaysia | Artis Jemputan | ntv7 | ||
2022 | Gelanggang Awesome Raja Lawak | Juri | Awesome TV |
Peserta
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022–2023 | Famili Duo (musim 2) | Peserta pasangan selebriti | TV3 | bersama Fyna Jebat |
The Masked Singer Malaysia (musim 3) | Peserta sebagai Betta Fish | Astro Warna | ||
2024 | The Hardest Singing Show | Peserta | Astro Ria |
Videografi
Tahun | Tajuk lagu | Penyanyi |
---|---|---|
2015 | Biar Saja[30] | De'Meisis |
Kicik Kicik | Mia Sara (feat. TSWG & Cat Farish) |
Endorsmen
Tahun | Produk | Catatan |
---|---|---|
2014 | Aurawhite[31] | |
2015 | OPPO | |
Aurawhite | ||
2016 | Ariani | |
Jakel | ||
OPPO | ||
Aurawhite | ||
GINTELL | ||
House of Dre | ||
Celcom Xpax | bersama Jinny Boy | |
2017 | Tonton[32] | bersama Redza Rosli, Dato' Seri Vida |
Ariani | ||
Jakel | ||
OPPO | ||
Aurawhite | ||
GINTELL | ||
2018 | Ariani | |
Jakel | ||
OPPO | ||
Aurawhite | ||
GINTELL | ||
Rexona | ||
2019 | Ariani | |
Jakel | ||
OPPO | ||
Aurawhite | ||
GINTELL | ||
ANAS Cosmetics | ||
Watsons | bersama Jinny Boy | |
Rexona | ||
2020 | Ariani | |
Jakel | ||
OPPO | ||
Aurawhite | ||
GINTELL | ||
Watsons | ||
Rexona | ||
Lazada |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2015 | Anugerah Top Top MeleTOP – Wanita[37] | — | Menang | |
Artis Baru MeleTOP | Rindu Awak 200% | Menang | ||
Aktres Pilihan | Tercalon | |||
Pasangan Pilihan (bersama Zul Ariffin) | Tercalon | |||
Barisan Pelakon Pilihan | Tercalon | |||
Artis Baru Wanita Popular | — | Menang | ||
Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | |||
Gandingan Serasi Di Layar Perak (bersama Zul Ariffin) | Rindu Awak 200% | Menang | ||
Artiste of the Month | — | Menang | ||
Artis Wanita Pilihan | Menang | |||
Anugerah Drama Adaptasi Terbaik – Pelakon | Suami Sebelah Rumah | Menang | ||
2016 | Anugerah Top Top MeleTOP – Wanita | — | Menang | |
Penyanyi MeleTOP | "Siapa Diriku" | Menang | ||
Lagu MeleTOP | Menang | |||
Pelakon MeleTOP | M. A. I. D | Menang | ||
Drama MeleTOP | Menang | |||
Aktres Pilihan | Suami Sebelah Rumah | Tercalon | ||
Aktres Terbaik Pilihan Online | — | Tercalon | ||
Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online | Tercalon | |||
Fesyen Glam Wanita Terhebat | Menang | |||
Penyanyi Wanita Popular | Tercalon | |||
Artis Trending Popular | Menang | |||
Anugerah Ikon Seni MAYC | Menang | |||
Artis Baru Wanita Terbaik | "Siapa Diriku" | Tercalon | ||
Kolaborasi Lagu Terbaik | "Pencuri Hati" | Tercalon | ||
Lagu Paling Popular APM | Menang | |||
Artis Paling Popular APM | — | Menang | ||
Ikon Media Sosial One Drop Perfumes | Menang | |||
Selebriti Pilihan Kulit Majalah | Tercalon | |||
Selebriti Harapan Pilihan | Menang | |||
Personaliti Muzik Melodi | Menang | |||
Personaliti Media Sosial Melodi | Menang | |||
Personaliti Sensasi Melodi | Menang | |||
Pelakon Telenovela Wanita Popular | Rindu Awak 200% | Tercalon | ||
Best Feminine | — | Menang | ||
2017 | Temubual Tetamu Terbaik Carta ERA 2016 | Menang | ||
Heroin Throwbaek | Awak Sangat Nakal | Tercalon | ||
OST Throwbaek | "Nakal Nakal Nakal" | Tercalon | ||
Artis Paling Gigih | — | Menang | ||
Penyanyi MeleTOP | "Pencuri Hati" | Tercalon | ||
Lagu MeleTOP | Menang | |||
Pelakon TV MeleTOP | Menongkah Kasih | Tercalon | ||
Selebriti Pencapaian Terbaik | — | Tercalon | ||
Selebriti Pilihan Kulit Majalah | Menang | |||
Penyanyi Wanita Popular | Tercalon | |||
Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | |||
Gandingan Serasi Drama (bersama Sharnaaz Ahmad) | Awak Sangat Nakal | Tercalon | ||
Artis Berpengaruh di Laman Sosial | — | Tercalon | ||
Kolaborasi Terbaik – Lagu | "Nakal Nakal Nakal" | Tercalon | ||
Lagu Paling Popular APM | Tercalon | |||
Artis Paling Popular APM | — | Tercalon | ||
Ikon Media Sosial | Menang | |||
Sea Social Wildcard | Tercalon | |||
Wajah Sampul Popular | Tercalon | |||
2018 | Anugerah Penghias Muka Hadapan Sensasi | Menang | ||
Penyanyi MeleTOP | Tercalon | |||
Lagu MeleTOP | "Nakal Nakal Nakal" | Tercalon | ||
Aktres Pilihan | Dekatkan Jarak Kita | Tercalon | ||
Pasangan Pilihan (bersama Syafiq Kyle) | Menang | |||
Silver Play Button – 100,000 Subscribers | — | Menang | ||
Lagu Terbaik (Malaysia) | "Mata" | Menang | ||
Artis Paling Popular APM | — | Tercalon | ||
Ikon Media Sosial | Tercalon | |||
Pelakon Filem Wanita Popular | Pinjamkan Hatiku | Tercalon | ||
Pasangan Serasi Filem (bersama Shaheizy Sam) | Tercalon | |||
Pasangan Serasi Drama (bersama Redza Rosli) | Ku Kirim Cinta | Tercalon | ||
Anugerah Skrin ke–22 | Pelakon Wanita Terbaik Drama | Aku Nazmi | Tercalon | |
Pelakon Wanita Terbaik Filem | Pinjamkan Hatiku | Tercalon | ||
2019 | Penyanyi Pilihan DEEJA | — | Tercalon | |
Pelakon Wanita Harapan | Pinjamkan Hatiku | Tercalon | ||
Lagu Tema Terbaik (bersama Adi Priyo) | "Pinjamkan Hatiku" | Tercalon | ||
Video Muzik Paling Stylish | "Temberang" | Menang |
Rujukan
- ^ Artis Terbaik ERA Ogos 2015: Ayda Jebat
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-11. Dicapai pada 2018-09-11.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-01. Dicapai pada 2019-01-01.
- ^ https://www.bharian.com.my/node/119209
- ^ http://www.bhplus.com.my/node/261161
- ^ https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-malaysia/20180508/282355450375087
- ^ https://www.bharian.com.my/node/119209
- ^ http://www.bhplus.com.my/node/261161
- ^ https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-malaysia/20180508/282355450375087
- ^ Mohd Sallehuddin, Serimah (6 Mac 2015). "Jangan terasa hati hubungan saya dengan Zul - Ayda Jebat". Berita Harian. Dicapai pada 29 Jun 2016.
- ^ Gwen Manickam (July 15, 2015). "All star treat from HBO Asia with 'Transformers' in Bahasa". malaymail online. Dicapai pada July 16, 2015. (Inggeris)
- ^ "Transformers versi tempatan sempena Syawal". Sinar Harian. Julai 16, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-07. Dicapai pada Julai 16, 2015.
- ^ Feride Hikmet Atak (9 Oktober 2015). "'Siapa Diriku' Raih Lebih Sejuta Tontonan Dalam Masa 3 Minggu". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-28. Dicapai pada 28 Oktober 2015.
- ^ "OPPO Bekerjasama Dengan Ayda Jebat Di Dalam Muzik Video Siapa Diriku". Ruby. 30 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-28. Dicapai pada 28 Oktober 2015.
- ^ Najiy Jefri (28 April 2020). "Ayda Jebat, Nabil Mahir bertunang 'online'". Harian Metro. Dicapai pada 6 Mei 2020.
- ^ "PKP: Ayda Jebat, Nabil Mahir bertunang secara dalam talian". Astro Awani. 30 April 2020. Dicapai pada 6 Mei 2020.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (7 November 2020). Ayda Jebat, Nabil Mahir nikah 1 Januari Harian Metro. Dicapai pada 13 November 2020.
- ^ Najiy Jefri (1 Januari 2021). Ayda, Nabil sah jadi suami isteri Harian Metro. Dicapai pada 3 Januari 2021.
- ^ "Carta ERA 40". ERA FM.
- ^ "Hot FM 30". Hot FM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-12. Dicapai pada 2015-07-26.
- ^ "Carta 20 Muzik Muzik". Muzik Muzik. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-05. Dicapai pada 2015-07-26.
- ^ Zaidi Mohamad (27 Julai 2015). "Ayda Jebat pertaruh single Siapa Diriku". Berita Harian. Dicapai pada Julai 28, 2015.
- ^ Michelle Gun (16 November 2015). "Sukar bawa lagu Sinaran". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-22. Dicapai pada November 17, 2015.
- ^ Zaidi Mohamad (16 Januari 2016). "Pencuri Hati taruhan terbaharu Ayda Jebat". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-06. Dicapai pada Januari 17, 2016.
- ^ Nina Sharom (9 Februari 2016). "Pencuri Hati: Taruhan kedua Ayda Jebat". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-12. Dicapai pada Februari 10, 2016.
- ^ Ayda Jebat & Aisyah Aziz - Pulanglah (Rayakustik)
- ^ Farhana Ab Rahman (Jun 23, 2015). "Selebriti popular jayakan alih suara filem Transformers: Age of Extinction". Harian Metro. Dicapai pada Jun 24, 2015.
- ^ Marina Sahabudin (Julai 3, 2014). "Penerbit percaya kemampuan pelakon, plot". Sinar Harian. Dicapai pada Julai 4, 2014.
- ^ Nor Atieyah Yusoff (7 Januari 2015). "Oscar, I Miss You". Sinar Harian. Dicapai pada 8 Januari 2015.
- ^ Nor Eryani Yusup (13 Oktober 2015). "De'Meises pilih Ayda". Kosmo! Online. Dicapai pada 14 Oktober 2015.
- ^ Ceria, periang sifat Ayda Diarkibkan 2015-07-22 di Wayback Machine. Kosmo!. Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR. September 12, 2014.
- ^ Ayda Jebat & Redza Rosli Duta Terbaru tonton Diarkibkan 2017-10-05 di Wayback Machine tonton extra | April 19, 2017.
- ^ Senarai pencalonan Anugerah MeleTOP Era 2015. Astro Awani. Februari 19, 2015 - 17:00 MYT.
- ^ Farhana Ab Rahman (Februari 22, 2015). "Johan, Ayda Jebat ungguli Anugerah Meletop Era" (dalam bahasa Melayu). Berita Harian. Dicapai pada Februari 22, 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Johan, Ayda sama MeleTOP" (dalam bahasa Melayu). Harian Metro. Februari 22, 2015. Dicapai pada Februari 23, 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Johan, Ayda Jebat Paling Meletop di Anugerah Meletop Era 2015[pautan mati kekal]. mangga Online. Ditulis oleh Liyana pada February 23, 2015.
- ^ AYDA JEBAT TERKEJUT TEWASKAN DATUK SITI NURHALIZA Diarkibkan 2015-07-23 di Wayback Machine. Media Hiburan. February 24, 2015.
- ^ Drama Festival Kuala Lumpur 2015. EH!. Februari 16, 2015. Oleh: Farhana Fuad.
- ^ Zaidi Mohamad (Mac 22, 2015). "Bukan rezeki saya di DFKL 2015 - Ayda Jebat" (dalam bahasa Melayu). BH Online. Dicapai pada Mac 22, 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Calon lima teratas ABPBH 2014 diumum. BH Online. SELASA, 17 FEBRUARI 2015 - 4:02PM. Oleh Zaidi Mohamad.
- ^ Senarai Penuh Pemenang ABPBH 2014 Diarkibkan 2016-03-06 di Wayback Machine. murai. 6 APRIL 2015.
- ^ https://www.youtube.com/watch?v=VGtHed9Xh1s
- ^ http://www.tv3.com.my/melodiraya/#sthash.cOld4DAZ.dpbs
- ^ "Senarai Penuh Top 5 Anugerah MeleTOP Era 2016" (dalam bahasa Melayu). Astro Gempak. Januari 26, 2016. Dicapai pada Januari 26, 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Sudirman Mohd Tahir (Februari 28, 2016). "Ayda Jebat tepati ramalan". Harian Metro. Dicapai pada Februari 29, 2016.
- ^ Zaidi Mohamad (Februari 28, 2016). "AME 2016 malam Johan, Ayda Jebat". Berita Harianaccessdate=Februari 29, 2016.
- ^ "Johan, Ayda Jebat ungguli #AME2016". Sinar Harianaccessdate=Februari 29, 2016. Februari 28, 2016.
Pautan luar
- Kelahiran 1992
- Orang dari Melaka
- Orang hidup
- Muslim Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Pelakon wanita Malaysia
- Pelakon suara Malaysia
- Peserta Akademi Fantasia
- Penyanyi wanita Malaysia
- Penyanyi berbahasa Melayu
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-21
- Alumni Universiti Teknologi MARA
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia