Farah Azleenda Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Zulin Aziz (lahir 26 November 1989) ialah seorang pelakon, pelawak, pengacara, penyanyi dan penyampai radio wanita Malaysia.[1] Beliau merupakan bekas alumni Pilih Kasih musim pertama dan penyampai radio Suria FM.
Kerjaya
Zulin Aziz memulakan kerjaya lakonan pada 2009 selepas bakatnya dicungkil oleh Datuk Rosyam Nor menerusi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim pertama yang mana beliau merupakan salah seorang daripada 20 finalis.[2]
Penampilan drama televisyen pertama Zulin ialah Begitukah Cinta yang dibintangi oleh Nazim Othman dan Ainul Aishah yang disiarkan di TV3 pada 2011. Beliau ditawarkan oleh pengarah Shamyl Othman bagi membintangi filem Rembat yang dibintangi oleh Zizan Razak dan Shaheizy Sam; Zulin menjayakan watak Didie. Filem ini ditayangkan pada 8 Oktober 2015.
Zulin memulakan kerjaya muziknya pada 2017 dengan mengeluarkan single sulungnya bertajuk "Terbiar" yang bergenre bossa balada hasil nukilan Aiyad Sakti dan Ijoo Omar.[3][4] Diikuti dengan single kedua, "Keliru" yang dikeluarkan pada Februari 2018.[5]
Sejak Julai 2016, beliau menjadi penyampai radio Suria FM.[6] Zulin merupakan antara penyampai baru yang diserapkan ke Suria termasuk Fizi Ali dan Suraya Borhan.[7][8][9] Zulin memgang watak Mira Edora Senrose dalam filem aksi komedi suspens 2016, Bo-Peng yang dibintangi oleh Nabil Ahmad dan Johan As'ari.[10]
Kehidupan peribadi
Zulin lahir dan membesar di Kuala Lumpur. Beliau merupakan salah seorang bekas pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa, Bandar Country Homes. Pada Mac 2018, beliau mendedahkan di akaun Twitter miliknya bahawa beliau pernah menjadi mangsa dera pembantu rumahnya sendiri semasa zaman kanak-kanaknya.[11][12][13]
Zulin mempunyai seorang anak angkat yang bernama Puteri Eryna Amanda yang juga anak kepada rakan baiknya yang turut berkhidmat sebagai pembantu peribadinya.[14]
Pada Januari 2018, beliau menyatakan kekesalan apabila digelar 'Perempuan Melayu Jahat' oleh seorang wanita yang tidak dikenali gara-gara kenyataannya dalam artikel ‘Zulin tak kisah bermadu’ yang disiarkan dalam akhbar Harian Metro.[15][16]
Pada Disember 2017, Zulin dikesan menghidap penyakit cyst selepas mengadu sakit perut dan cirit birit.[17][18]
Pada 20 Februari 2022, Zulin sah menjadi isteri kepada Farhan Norzaini yang merupakan rakan kongsi perniagaannya.[19]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2013 | Penanggal | Rokiah | Filem pertama |
2014 | MTB: Misi Tawan Baby[20] | ||
2015 | Rembat | Didie | |
2016 | Bo-Peng | Mira Edora Senrose | |
2017 | Minah Moto | Dekan | |
2023 | Polis EVO 3 | Mimi | Penampilan khas |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Pasukan Gerakan Marin | Amira | TV9 | Drama pertama |
2011 | Begitukah Cinta | Roza | TV3 | |
2012 | Mimpi Cinderella | Siti | ||
2013 | Misiku Kuza | Jururawat | Astro Ria | Pelakon undangan |
Hanya Padamu | Rockie | TV3 | ||
Fira Ayuni | Nurin | |||
Ramadan Yang Hilang | Ayu | |||
2015 | Suami Sebelah Rumah | Dr. Wani | ||
2015–2016 | Cik Cinderella dan Encik Tengku | Jee | ||
2017 | Nahu Rindu | Dina | ||
2021 | Penjara Janji | Zulaikha | ||
2023 | From Saga With Love | Suhaila | Viu |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2015 | Bedah vs Joyah | TV9 | |
Aku Mahu ke New York 1 | Cikgu Nora | Astro Ceria | |
Aku Mahu ke New York 2 | |||
2016 | Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya | Jee | TV3 |
2017 | Alamak | TV9 | |
Cekelat Semanis Honey | Jiha | Astro Citra | |
2018 | Cekelat Tak Semanis Honey | ||
My Sweet Madu | Intan | NTV7 | |
2021 | Janda Si Ayob | Zaleha | Awesome TV |
2022 | Sabotaj Raya | Elina | TV1 |
2024 | Jodoh Geng G | Santi | Astro Warna |
Bakal Menantu Hajah Noraini | TV1 |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2021 | Apa Nak Masak Ni | Artis Jemputan | TV3 |
Peserta
Tahun | Tajuk | Kumpulan |
---|---|---|
2009 | Pilih Kasih (Musim 1) | |
2016 | Super Spontan 2016 | Monyet Mafia |
2017 | Perang Bibir | |
2019 | Muzikal Lawak Superstar (musim 1) | Tamanz |
2024 | Muzikal Lawak Superstar (musim 4) | Zuara |
Radiografi
Radio
Tahun | Tajuk | Stesen |
---|---|---|
1 Julai 2016 – 24 Jun 2018 | Suria Pagi | Suria |
Diskografi
Tahun | Tajuk |
---|---|
2017 | "Terbiar"
|
2018 | "Keliru"
|
"Dan Ketika Itu"
| |
2019 | "Jadikan Aku Yang Halal"
|
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2009 | Pilih Kasih | — | Finalis |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Artis Versatil Popular | Tercalon |
Rujukan
- ^ "The many faces of Zulin". New Straits Times. 6 September 2016. Dicapai pada 9 Mei 2018.
- ^ Niezam Abdullah (26 Ogos 2009). Pilih Kasih menjadi milik siapa Diarkibkan 2018-04-23 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 22 April 2010.
- ^ Kemalia Othman (9 Mac 2017). "Zulin Aziz Ambil Masa Setahun 'Cari' Suara Sebenar". mStar Online. Dicapai pada 11 Mei 2018.
- ^ "Zulin Aziz muncul dengan single sulung 'Terbiar'". Utusan Borneo. 19 Mac 2017. Dicapai pada 11 Mei 2018.
- ^ Wawann Mohd (9 Februari 2018). "'Keliru khas buat si lembab ubi': Zulin Aziz". Sinar Harian. Dicapai pada 11 Mei 2018.
- ^ Angelin Yeoh (17 April 2017). "Despite challenges, Zulin Aziz loves being a Suria announcer". Star2. Dicapai pada 11 Mei 2018.
- ^ Mohd Al-Qayum Azizi (17 April 2017). "Hajat Zulin Aziz Jadi Penyampai Radio Akhirnya Terlaksana". Suria FM. Dicapai pada 1 Julai 2016.
- ^ "Zulin Aziz Antara Muka Baharu Penyampai Suria FM". My News Hub. 17 April 2017. Dicapai pada 1 Julai 2016.
Aktres versatil, Zulin Aziz kini melebarkan sayapnya dengan menceburi bidang radio pula setelah tampil sebagai penyampai baharu bagi stesen Suria FM.
- ^ "Zulin fokus kerjaya radio". Harian Metro. 3 September 2017. Dicapai pada 3 September 2017.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (16 Disember 2016). Bo-Peng komedi suspens Diarkibkan 2018-07-01 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 1 Januari 2017.
- ^ Mohd Al Qayum Azizi (19 Mac 2018). "Zulin Jadi Mangsa Pembantu Rumah, Kepala Dihentak, Pukul Guna Penyapu". mStar Online. Dicapai pada 11 Mei 2018.
- ^ Aqmar Mustaza (19 Mac 2018). "Zulin Aziz, mangsa dera ketika kecil". Sinar Harian. Dicapai pada 11 Mei 2018.
- ^ "Zulin Aziz, mangsa dera ketika kecil". Malaysian Digest. 19 Mac 2018. Dicapai pada 11 Mei 2018.
- ^ Norhidayyu Zainal (6 Mac 2018). "Zulin Aziz ambil anak angkat usia 7 tahun". Sinar Harian. Dicapai pada 11 Mei 2018.
- ^ "Zulin Aziz kesal 'Perempuan Melayu Jahat'". Sinar Harian. 13 Januari 2018. Dicapai pada 11 Mei 2018.
- ^ Shakilawati Abdul Rahman (12 Januari 2018). "Zulin tak kisah bermadu". Harian Metro. Dicapai pada 17 Mei 2018.
- ^ "(Showbiz) Zulin Aziz may undergo surgery to remove 7cm cyst". New Straits Times. 13 Disember 2017. Dicapai pada 11 Mei 2018.
- ^ Suhaidah Abd Wahab (13 Disember 2017). "Zulin Aziz dikesan ada cyst". Mingguan Wanita. Dicapai pada 11 Mei 2018.
- ^ Macam magis, Zulin Aziz sah jadi isteri Farhan. kosmo.
- ^ "Jangan lupa saksikan filem terbitan SPS Jaya Sdn Bhd, berjudul MTB - Misi Tawan Baby". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-15. Dicapai pada 2018-06-15.
Pautan luar
- Kelahiran 1989
- Orang dari Kuala Lumpur
- Pelakon wanita Malaysia
- Orang hidup
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-21
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pengacara televisyen Malaysia
- Pelawak Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Peserta Pilih Kasih
- Peragawati Malaysia
- Penyampai radio Malaysia