Siti Tanjung Perak | |
---|---|
Kelahiran | Siti Sundari binti Samad 1912 |
Meninggal dunia | 6 Ogos 1992 (berumur 79–80) |
Sebab kematian | Sakit tua |
Warganegara | Indonesia |
Nama lain | Mak Iti |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1947–1974 |
Pasangan |
|
Anak-anak | 5 |
Siti Sundari Samad atau lebih dikenali sebagai Siti Tanjung Perak (1912 – 6 Ogos 1992) merupakan seorang pelakon wanita Singapura kelahiran Indonesia.[1][2] Beliau bergiat aktif dalam bidang lakonan di Singapura dan Malaysia pada dekad 1950-an dan 1970-an. Sepanjang kerjayanya, beliau terkenal dengan melakonkan watak jahat atau antagonis.[3]
Kehidupan peribadi
Beliau dilahirkan di Pulau Wasi Bugis, Sulawesi pada tahun 1912. Mula giat dalam dunia pentas bangsawan pada tahun 1927 di seluruh pulau Borneo.
Semasa di pentas, Siti terkenal sebagai pelakon bangsawan yang tercantik pada ketika itu sehingga beliau diberi gelaran Seri Panggung. Suami pertama beliau bernama M. Taib, seorang pemain saksofon bersama Siti di pentas bangsawan. Mereka dikurniakan seorang anak yang dinamakan Sari Intan. Tetapi malangnya, suami Siti terkorban semasa perang Jepun. Setelah begitu lama menjanda, Siti pun mendirikan rumahtangga dengan Abdul Ghani, seorang anggota polis.
Kerjaya lakonan
Pada tahun 1947, Siti melangkah ke dunia filem. Filem pertama beliau ialah Seruan Merdeka, manakala yang kedua pula ialah Singapura di Waktu Malam arahan B. S. Rajhans dan diterbitkan oleh Malay Film Productions (MFP) milik Shaw Brothers. Namanya ditukar oleh para peminatnya kepada Siti Tanjung Perak. Ini disebabkan Siti terkenal menyanyikan lagu yang berjudul "Tajung Perak", lagu yang dipopularkan oleh S. Abdullah. Di hujung tahun 50-an, Siti telah berhijrah ke Cathay-Keris. Watak yang dibawanya dengan berkesan sekali ialah sebagai antagonis. Beliau juga mampu menari, menyanyi dan berlawak.
Siti pernah dinobatkan sebagai pelakon pembantu paling baik bagi tahun 1953, di suatu pemilihan para peminat. Dua daripada anak gadis Siti telah menjadi pelakon di era 50-an dan 60-an. Mereka ialah seniwati Supatri dan seniwati Zairina Abdul Ghani.
Gaya
Menurut Saodah Ismail dari Harian Metro, Siti Tanjung Perak ialah "seorang pelakon yang berpegang teguh kepada disiplin".[4]
Kematian
Beliau meninggal dunia pada 6 Ogos 1992 pada usia 80 tahun di Hospital Changi di Changi, Singapura.[5][6]
Filemografi
Filem
Rujukan
- ^ A. Kadir Pandi (22 April 1990). "Buta huruf tidak halang Mak Iti jadi pelakon baik". Berita Harian Singapura. m/s. 9. Dicapai pada 21 Disember 2018.
- ^ "Bangsawan di kampung dorong Mak Siti ceburkan diri dalam senilakun". Berita Harian Singapura. 27 Oktober 1974. m/s. 11. Dicapai pada 21 Disember 2018.
- ^ "Watak jahat mudah dihayati". Harian Metro. 7 Ogos 1992. Dicapai pada 21 Disember 2021.
- ^ Saodah Ismail (7 Ogos 1992). "Berpegang pada disiplin". Harian Metro. Dicapai pada 21 Disember 2021.
- ^ "Rakan artis terkejut dengar Kak Iti meninggal". Harian Metro. 7 Ogos 1992. Dicapai pada 21 Disember 2021.
- ^ "Former actress Siti dies". New Straits Times. 7 Ogos 1992. Dicapai pada 21 Disember 2021.