Farid Kamil | |
---|---|
فريد کميل | |
Kelahiran | Farid Kamil bin Zahari 5 Mei 1981 |
Pendidikan | Diploma Seni Persembahan Ijazah Sarjana Muda Pengarahan Filem |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah, penulis, penerbit |
Tahun aktif | 1999–kini |
Ketinggian | 1.84 m (6 ka 3⁄8 in) |
Pasangan | Diana Danielle (k. 2012) |
Anak-anak | 2 |
Ibu bapa | Dato' Dr. Zahari Che Dan (bapa) Datin Sharifah Bardah Syed Abdilllah (ibu) |
Saudara | Fadzil Zahari (adik) Yana Samsudin (adik ipar) |
Farid Kamil Zahari (Jawi: فريد کميل زهاري; lahir 5 Mei 1981) ialah seorang pelakon, pengarah dan penulis filem Malaysia dan merupakan abang sulung kepada pelakon Fadzil Zahari.[1]
Memulakan kerjaya profesional dalam bidang lakonan pada 2003, beliau meraih kemasyhuran bagi peranan persembahan lakonannya dalam beberapa filem pecah panggung termasuk filem komedi Jutawan Fakir (2003); seram Tujuh Perhentian (2004) dan Potret Mistik (2005); aksi Remp-It (2006), Anak Halal (2007) dan Evolusi KL Drift (2008); drama romantik I'm Not Single (2008) dan siri filem Lagenda Budak Setan (2010–2014) serta cereka sains Apokalips X (2014). Kredit filemnya yang lain termasuk Kala Malam Bulan Mengambang (2008), Aku Masih Dara (2010), Hantu Gangster (2012), Love, Supermoon (2015) J Revolusi dan Tombiruo: Penunggu Rimba (2017). Farid memulakan kerjaya pengarahannya pada 2009 menerusi filem V3: Samseng Jalanan yang ditayangkan pada 2010.
Menerusi watak anak jalanan dalam filem Anak Halal pada tahun 2007 dan sebagai Kasyah dalam Lagenda Budak Setan (2010), beliau telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama di Festival Filem Malaysia. Beliau juga menerima pencalonan untuk kategori Pengarah Terbaik di FFM menerusi filem sulung arahannya, V3: Samseng Jalanan.[2] Beliau merupakan antara segelintir individu dalam bidang seni di Malaysia yang pernah menerima anugerah tertinggi daripada Yang di-Pertuan Agong menerusi Anugerah Seni Negara.[3][4] Beliau berkahwin dengan pelakon Diana Danielle pada 2012 dan dikurniakan dua cahayamata.[5][6]
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan sebagai Farid Kamil bin Zahari pada 5 Mei 1981 di Alor Setar, Kedah dan merupakan anak kepada tenaga akademik kedoktoran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu bapanya, Dato' Dr. Zahari Che Dan dan ibunya, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah. Beliau mempunyai darah campuran Melayu, Arab dan Siam.
Beliau merupakan anak sulung dari 5 orang adik-beradik. Adiknya, Fadzil Bahri juga seorang pelakon. Tiga lagi adik beliau ialah Anis Anwar, Azman Aizuddin dan Nurdianah yang masing-masing berkecimpung dalam bidang kedoktoran dan perubatan.
Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pengarahan Filem dari UiTM.
Kerjaya
1999–2007: Bidang peragaan ke layar perak
Farid mula menceburi bidang peragaan di majalah-majalah fesyen serta pentas catwalk sejak 1999. Dengan ketinggian 184cm dan berat 75kg; Farid menceburi bidang peragaan untuk menampung pengajiannnya. Antara iklan komersial terawal yang pernah dijayakan beliau ialah Dunhill, Pringles dan TM Net.
Beliau berkelulusan dalam bidang Seni Persembahan daripada Universiti Teknologi MARA. Bakat seni beliau dicungkil oleh pengarah prolifik Abdul Razak Mohaideen menerusi watak kecil dalam filem Mistik di samping Cico Harahap, Lisdawati dan Uji Rashid; lantaran sebelum filem tersebut Farid pernah menjadi pelakon tambahan dalam siri TV, Fakulti arahan Razak pada tahun 2001. Farid diberi peluang memegang watak adik kepada aktres Erra Fazira dalam filem Cinta Kolestrol. Farid bertuah kerana mendapat didikan seni lakon daripada pelakon ternama Ahmad Yatim sekaligus memberi sedikit impak artistik dalam hasil seni lakon beliau biarpun sering muncul dalam filem-filem komersial arahan Razak.
Pada tahun 2004, populariti beliau melonjak naik apabila kerap muncul dalam filem lakonan Erra, serta bergandingan bersama penyanyi nombor satu Malaysia, Siti Nurhaliza untuk kempen iklan komersil Hotlink. Iklan komersil itu berjaya meletakkan Farid sebagai salah seorang aktor dan peragawan muda yang digemari ramai.[7]
Farid juga lebih cenderung berlakon di bawah arahan A. Razak sehinggalah beliau mencuba keluar daripada kepompong Razak melalui filem Remp-It arahan Ahmad Idham. Beliau juga diberi peluang oleh penerbit terkenal, David Teo untuk menjadi penulis lakonlayar untuk filem tersebut.
Farid hanya berlakon di bawah Metrowealth Movies Production sehingga 2006, sebelum kini seringkali muncul dalam filem terbitan studio Tayangan Unggul. Pun begitu, Metrowealth juga memberi peluang kepada Farid untuk bergelar pengarah, serta muncul dalam filem-filem terbitan mereka. Farid hanya dua kali muncul dalam filem dan siri TV terbitan Grand Brilliance menerusi filem kerjasama Skop Productions - Evolusi KL Drift, serta sebelum itu menerusi drama kerjasama Malaysia - Indonesia - Begitulah Cinta pada 2005.
2008–2010: Kejayaan awal dan kemenangan anugerah
Pada 2008, Farid menerima pencalonan untuk kategori Aktor Terbaik menerusi lakonan berkesannya sebagai anak jalanan dalam filem Anak Halal arahan Osman Ali. Pada 18 Februari 2009, sumbangan dan pencapaian beliau dalam bidang lakonan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia apabila dipilih untuk menerima anugerah tertinggi Anugerah Seni Negara untuk piala Anugerah Bakat Muda Seni Lakon; Osman turut menerima piala bagi kategori Anugerah Bakat Muda Perfileman.
Pada 2009 juga, Farid bersama pasangan serasinya, Lisa Surihani ditawarkan oleh Astro untuk menjadi Wajah Eksklusif Astro Megadrama selama setahun.[8] Untuk tempoh itu, Farid hanya akan muncul dalam drama siaran Astro sahaja. Artis sedia ada yang telah menjadi Wajah Eksklusif Astro adalah primadona filem Melayu, Erra Fazira dan pelakon Singapura, Aaron Aziz.
Pada tahun 2010, filem pertama arahan Farid yang pernah disekat tayangannya, V3: Samseng Jalanan[2][9][10] menemui penonton pada 8 Mac 2010,[2] diikuti oleh filem Evolusi KL Drift 2 lakonannya yang ditayangkan pada 25 Mac. Filem ini mencatat kutipan pecah panggung dan kritikan positif daripada pengkritik. Selain itu, Farid muncul dalam 2 buah filem romantik bergandingan bersama Lisa iaitu filem Semerah Cinta Stilleto[11] dan filem adaptasi novel Lagenda Budak Setan (LBS) arahan Sharad Sharan. Kedua-dua filem ini berjaya mencatat kutipan pecah panggung, malahan filem LBS mencipta sejarah menjadi filem romantis pertama meraih kutipan RM3 juta pada minggu pertama tayangan.
Menerusi watak Kasyah Khairuddin dalam filem tersebut, beliau telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama - Festival Filem Malaysia. Beliau juga menerima pencalonan untuk kategori Pengarah Terbaik di FFM menerusi filem sulung arahannya, V3: Samseng Jalanan.[12] Sejak menceburi bidang lakonan ketika berusia 22 tahun, Farid kini telahpun menghiasi hampir 30 buah filem biarpun masih belum mencecah usia 30 tahun. Beliau kini menjadi pelakon lelaki paling disebut-sebut di Malaysia.
2011–2013: Filem ketiga dan projek seterusnya
Pada tahun 2011, Farid menerima pencalonan bagi kategori Lakonlayar Terbaik Festival Filem Malaysia ke-24 menerusi filem kedua arahannya, Kongsi yang dibintangi oleh Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Fizo Omar dan Puteri Mardiana. Dalam filem ini, Farid tidak berlakon, sebaliknya membuat penampilan istimewa sebagai ASP Khamis. Kongsi ditayangkan pada 12 Mei 2011 merupakan kejayaan komersial, dengan mencatat kutipan sebanyak RM 1.1 juta semasa hari pertama tayangannya. Bagaimanapun tidak lama selepas filem ini ditayangkan, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) memfailkan aduan mengenai filem tersebut yang didapati menggunakan perkataan sulit pertubuhan itu seperti "Abang Long" dan "Ayahanda", turut sama terlibat dalam isu ini ialah filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof.[13]
Farid kemudianya muncul dalam satu-satunya filem lakonannya bagi tahun 2011 ialah 3,2,1 Cinta arahan Azhari Zain, bersama Diana Amir dan Pierre Andre, seterusnya muncul dalam drama Wasiat di Astro Ria yang turut dibintangi oleh Sara Ali dan Beto Kusyairy. Selain itu, beliau bergandingan bersama Intan Ladyana dalam telefilem Apa Dah Jadi? yang disiarkan di Astro Prima.
Pada tahun 2012, filem ketiga arahannya, Pe3 menemui penonton di pawagam, Farid sendiri turut berlakon dalam filem arahannya ini dengan memegang watak utama sebagai Megat, diikuti oleh tiga filem lakonannya — 3 Temujanji arahan Azhari Zain sebagai penampilan kameo, serta dua filem sebagai pelakon utama — Lagenda Budak Setan 2: Katerina arahan Sharad Sharan dan Hantu Gangster arahan penyanyi kontroversi, Namewee yang terkenal menerusi lagu Negarakuku. Pada tahun berikutnya (2013), beliau membintangi hanya dua filem — Bencinta dan Dampak.
Beliau dilaporkan telah terjatuh ketika sedang menunggang motosikal mini Kawasaki KSR 10 di sebuah litar di Subang Jaya dan mengalami kecederaan di bahu kiri beliau. Farid telah menjalani satu pembedahan kecil pada Sabtu lalu dan menafikan yang bahunya patah selain keadaannya kini stabil dan dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat.[14]
2014–kini: Apokalips X, Lagenda Budak Setan 3 dan kembali ke kerusi pengarah
Filem pertama lakonan Farid pada 2014 ialah filem aksi fantasi cereka sains arahan Mamat Khalid, Apokalips X yang ditayangkan pada 3 April. Dalam filem ini, beliau melakonkan watak sebagai X, ketua kumpulan Puak Merah Putih, ia diikuti oleh filem Anak Jantan. Farid kembali menjayakan watak lakonannya sebagai Kasyah dalam trilogi ketiga dan terakhir filem Lagenda Budak Setan, Lagenda Budak Setan 3: Kasyah - Legenda Berakhir arahan Sharad Sharan, yang ditayangkan pada 11 September.[15][16][17]
Beliau bergandingan bersama Nadiya Nisaa dalam filem komedi romantik terbitan Grand Brilliance dan Primeworks Studios, Love, Supermoon yang ditayangkan pada 22 Oktober 2015. Dalam filem arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin ini, beliau memegang watak sebagai Razak.[18] Filem ini mengisahkan perjalanan hidup Razak lakonan beliau dan Triz (Nadiya) selama 20 tahun yang penuh dengan suka duka.[18]
Pada Januari 2016, Farid dilaporkan akan kembali menduduki kerusi pengarah selepas kali terakhir muncul menerusi filem ketiga arahannya, Pe3 yang ditayangkan pada 2012.[19] Selain itu, beliau membintangi drama bertajuk Qanun 99 bergandingan bersama Yana Samsudin, drama ini bersiaran di Astro Oasis pada 5 Februari 2016.[20][21][22][23]
Projek terbaru Farid ialah bersama pelakon Zul Ariffin menerusi filem adaptasi novel karya Ramlee Awang Murshid, Tombiruo: Penunggu Rimba arahan Nasir Jani yang ditayangkan pada 12 Oktober 2017.[24][25]
Pada 15 Januari 2018, Farid membawakan peranan utama sebagai Tengku Ryan Ameer menerusi drama Lafazkan Kalimah Cintamu arahan Along Kamaluddin yang diadaptasi daripada novel 2010 dengan judul sama karya Siti Rosmzah. Beliau digandingkan bersama Nelydia Senrose dan pendatang baharu, Nadiyah Shahab.[26][27]
Pada 18 Februari 2018, Farid muncul sebagai tetamu jemputan dalam rancangan Melodi yang dihoskan oleh Ajak Shiro dan Janna Nick yang mana beliau menceritakan tentang peristiwa pada Januari.
Farid tidak berlakon sepanjang 2019 kerana beliau dihukum penjara. Pada tahun 2020, beliau berlakon bersama Lisa Surihani dalam drama Pelindung Seorang Puteri, yang diadaptasi dari novel 2018 bertajuk sama karya Mia Kiff, di mana beliau memegang watak sebagai Saiful. Ini merupakan projek penyatuan semula Farid dan Lisa dalam tempoh 10 tahun sejak V3 Samseng Jalanan dan Lagenda Budak Setan yang kedua-duanya dikeluarkan pada 2010.
Beliau digandingkan bersama Mimi Lana menerusi drama Masih Ada Rindu untuk slot Akasia TV3, yang mana beliau memegang dua watak, iaitu Hadi dan Hakim.
Kehidupan peribadi
Perhubungan
Ketika mula menceburkan diri dalam bidang seni, Farid mempunyai hubungan istimewa bersama bekas pelakon Irma Hasmie. Mereka mula menjalinkan hubungan pada tahun 2004 dan akibat ketidaksefahaman, mereka berpisah pada tahun 2008. Pelakon Fasha Sandha dikaitkan sebagai punca perpisahan pasangan ini.[28]
Pada tahun 2009, Farid dan heroin serasinya Lisa Surihani dikatakan mempunyai hubungan istimewa.[29] Namun kedua-duanya menafikan hubungan mereka.[29] Hanya pada penghujung tahun sama teka teki siapa kekasih Farid hampir terjawab apabila pendedahan mengenai hubungan intim Farid bersama pelakon sampingannya dalam filem Evolusi KL Drift, Diana Danielle mula menghiasi halaman depan akhbar. Pasangan ini tidak menafikan atau mengiyakan, namun mereka berdua memilih untuk tidak terlalu terdedah kepada media,[30] malah hubungan Farid dengan ibu Diana, Norsiah Ramli, juga dikatakan dingin.[31] Pasangan ini berkahwin pada 3 November 2012[32] dan dikurniakan dua anak—Muhammad dan Nur Aurora.[5][33][34][35]
Kisah hidup Farid ketika di awal pembabitan dalam bidang seni sehingga sudah bergelar suami dan bapa, masih menjadi perhatian sehingga kini. Beliau dikaitkan dengan pelbagai kontroversi bukan bererti figura terkenal ini bertindak menyembunyikan diri sebaliknya beliau terus bertahan dalam industri ini. Malah, Farid juga antara selebriti yang cukup disenangi media kerana tidak mudah meleting berhadapan sebarang isu yang melanda.[36][37] Hubungan Farid dan Diana berakhir apabila terjadi perselisihan faham antara kedua pihak, menyebabkan mereka secara sah berpisah pada 10 Ogos 2023. Pada 31 Ogos 2023, Farid dan Diana kembali rujuk sebagai suami isteri.
Pengalaman sebagai Mat Rempit
Mengimbas kembali kisah lampaunya, Farid mendedahkan rahsianya yang beliau juga pernah menjadi mat rempit di zaman sekolah menengah. Bersyukur kerana tidak ada perkara-perkara bahaya yang berlaku kepada dirinya, Farid menyesal dengan kegiatan yang dilakukannya bersama rakan-rakan ketika itu.[38] Sewaktu belajar dalam bidang Seni Persembahan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Farid membuat kajian mengenai kehidupan seorang mat rempit sebelum memuatkan kisah golongan tersebut dalam dua filemnya iaitu Remp-It dan V3 Samseng Jalanan.[38] Dalam temuramah bersama mStar Online pada Mei 2011, beliau berkata:
"Saya nampak banyak perkara negatif apabila menjadi seorang mat rempit. Ia banyak merugikan. Itu pun saya sedar bila dah dewasa. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana tiada kemalangan yang menimpa diri seperti kebanyakan teman saya. Bila saya membuat kajian, barulah saya faham bahawa golongan mat rempit termasuklah saya dahulu mempunyai ideologi yang tersendiri."[38][39]
Serangan dan tuduhan dadah
Pada 11 Januari 2018, Farid ditahan polis akibat serangan ke atas pegawai polis dan beberapa orang awam di balai polis Kota Damansara. Beliau didakwa menampar seorang pegawai ketika beliau berada di balai polis Kota Damansara untuk buat laporan kemalangan.[40] Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Penolong Pesuruhjaya, Mohd Zani Che Din mengesahkan kejadian itu yang mengatakan ia sedang disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis kerana melakukan kesalahan di balai polis dan serangan. Ujian kencing lebih lanjut mengesahkan beliau positif ganja.[41] Beliau telah ditahan reman selama 4 hari sehingga 15 Januari.[42] Pada 16 Januari, beliau dibebaskan dengan ikat jamin,[43] namun beliau ditahan sekali lagi, kali ini didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu tugas penjawat awam.[44]
Berikutan penahanannya, akaun Instagram beliau telah dihujani dengan pelbagai komen dari warganet.[45]
Pada 25 Januari, Farid mengaku tidak bersalah atas tuduhan memasukkan dadah jenis THC (delta-9 tetra hydrocannabinol) ke dalam badannya.[46][47] Pada 9 Mac, beliau didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas tuduhan membuat laporan polis palsu.[48][49]
Beliau terpaksa menangguhkan pembedahan lutut yang sepatutnya dijalankan pada Mei 2018. Keputusan itu diambil selepas mengambil kira faktor proses pemulihan selepas pembedahan yang mengambil masa selama enam bulan. Dalam satu temuramah, beliau berkata: "Tempoh itu sekali gus akan menjejaskan kerjaya seni dan jadual saya selain mengambil kira kes mahkamah yang sedang berlangsung,".[50]
Beliau dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 15 Mei 2019, atas kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) diletakkan di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun selepas mendapati beliau bersalah memiliki dadah.[51][52][53] Pada 21 Jun 2019, Farid diperintah membela diri oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas empat pertuduhan termasuk mencederakan anggota polis di Balai Polis Trafik Kota Damansara pada Januari 2018.[54][55][56]
Pada 5 Januari 2022, beliau tidak dibenarkan mendapat kebenaran Mahkamah Rayuan untuk merayu sabitan dan denda berjumlah RM5,500 bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan di balai polis.[57][58]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2003 | Mistik | Jeffrey | Filem pertama |
Cinta Kolestrol | Saiful | ||
Jutawan Fakir | Pengurus Pejabat | ||
2004 | Kuliah Cinta | Amirul | |
Hingga Hujung Nyawa | Shawn | ||
7 Perhentian | Amirul | ||
Tangkai Jering | Norman Hakim | ||
2005 | Potret Mistik | Zack | |
Cinta Fotokopi | Zahid | ||
Lady Boss | Izwan Dato’ Zikri | ||
Anak Mami Kembali | Farid | ||
2006 | Main-Main Cinta | Beego | |
Remp-It | Madi | Juga sebagai penulis | |
2007 | Chermin | Yusof | |
Anak Halal | Indera Putera Hisham | ||
2008 | Kala Malam Bulan Mengambang | Jongkidin | |
Evolusi KL Drift | Sham | ||
Apa Kata Hati? | Aidil Fitri | ||
I'm Not Single | Adam Ghani | ||
2009 | Papadom | Hisham Hashim | |
Lembing Awang Pulang Ke Dayang | Awang | Di samping Siti Elizad, Zul Huzaimy & Uji Rashid | |
Duhai Si Pari-pari | Pemilik Kereta Sport | Penampilan khas | |
2010 | V3 Samseng Jalanan | Ahmad Asrudy @ Rudy | Juga sebagai pengarah, penulis dan lakon layar |
Evolusi KL Drift 2 | Sham | ||
Semerah Cinta Stilleto | Sulaiman Toyol aka Leman Toyol aka Leto | ||
Lagenda Budak Setan | Kasya | ||
Cuti-Cuti Cinta | Omar Rudy | ||
Estet | Farid | ||
Aku Masih Dara | Zachery | ||
2011 | Kongsi | Ketua Polis | Sebagai pengarah, penulis dan lakon layar |
3,2,1 Cinta | Nazril | ||
2012 | 3 Temujanji | Farid | Penampilan khas |
Hantu Gangster | Ewan | ||
Pe3[59] | Megat | Sebagai pengarah, penulis dan lakon layar | |
Lagenda Budak Setan 2: Katerina | Kasya | ||
2013 | Dampak | Giran | |
Bencinta | Faizal | ||
Kolumpo | Dirinya sendiri | Penampilan khas | |
2014 | Apokalips X | X | |
Pengantin Malam | Razif | ||
Lagenda Budak Setan 3: Kasyah[60][61][62] | Kasya | ||
Anak Jantan | Darin | ||
Kaki Kitai | Inspektor Farid | ||
2015 | Abang Lejen[63][64][65][66][67] | Ajim | |
Hantu Bungkus Ikat Tepi | Farid | Penampilan khas | |
Love, Supermoon[68] | Razak Abu Bakar | ||
2016 | Langit Cinta | Budiman | |
2017 | J Revolusi | Andra | |
Tombiruo: Penunggu Rimba[69] | Amiruddin | ||
Pinjamkan Hatiku | Dr. Hasnan | ||
2022 | Remp-It 2 | Madi | Sebagai pengarah dan penerbit |
2023 | Sumpahan Syaitan | Sam | |
Anwar: The Untold Story | Dato' Seri Anwar Ibrahim | ||
2024 | Gold | Datuk Rashid Sidek | |
2025 | Telaga Suriram | ||
Bisikan Dosa | Pra-produksi | ||
TBA | Baran | Jay / Jusoh | Pra-produksi |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Lu’lu | Syauqi | Astro Ria | Telefilem pertama |
Mata Di Jiwa | Jeffrey | |||
2011 | 7 Lagu | Farhan | Astro Citra | |
2012 | Apa Dah Jadi? | Astro Prima | ||
2014 | Misteri Bulan Madu | Farid | Hypp Sensasi | |
Sayang Awak Sangat-sangat | Iman | |||
Kem Cuci Tangan (KeCuT) | Joe | |||
Tolong Aku Nak Puasa! | Amir | Astro Ria | ||
2015 | Hantu Raya Tumpang Beraya | Ikram | Juga sebagai pengarah | |
2016 | Sedikit Waktu | Farid | ||
Segi Tiga | ||||
2017 | Syukur Syawal | Syukur | TV3 | |
2018 | Hilang Akal | Adam | Astro Citra | |
2020 | Puyah & Putat | Putat | ||
2021 | Diam Tanda Setuju | |||
Zombie Jarum Vaksin | Farid | |||
2022 | Sakanak | Azmi | TV3 | |
Tersimpang Ke Alam Bunian | Duan | Astro Citra |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2001 | Fakulti | Isma | TV2 | Drama pertama |
2004 | Begitulah Cinta | Andy | TV3 | |
2008 | Takdir Yang Terindah | Juffri | TV1 | |
Enigma | Adam | TV3 | ||
2009 | Tiga Janda | Ammar | Astro Prima | |
Cinta Tikar Sejadah | Hazrey Hussein | Astro Oasis | ||
Mertua vs Menantu (Musim 2) | Astro Prima | |||
2010 | Lagenda Budak Setan: The Series | Kasyah | ||
Korban 44 | Bah Raden | Astro Citra | ||
2011 | Wasiat | Syaqir Agus Raizal | Astro Prima | |
2013 | Jodoh Itu Milik Kita | Aariz Danial | Astro Mustika HD | |
2016 | Qanun 99[70] | Khalil | Astro Oasis | |
2018 | Lafazkan Kalimah Cintamu | Tengku Ryan Ameer | Astro Ria | |
2020 | Pelindung Seorang Puteri | Saiful/Epul | ||
2021 | Masih Ada Rindu | Hadi/Hakim | TV3 | |
2022 | Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti | JJ | Astro Ria |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|
2020 | Sepahtu Reunion Live | Astro Warna | Episod: "Dendam Damak dan Deli" |
Episod: "Pelesit Kota" | |||
2022 | Sepahtu Reunion Al-Raya | Episod: "Misteri Kem" |
Teater
Tahun | Tajuk | Watak | Terbitan | Catatan |
---|---|---|---|---|
2003 | Dimana Bulan Selalu Retak | Falel | Anjung Seri Production | Karya asal A Samad Said |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2004 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-17 | Pelakon Filem Lelaki Popular | — | Menang |
Festival Filem Malaysia ke-17 | Pelakon Harapan Lelaki | Kuliah Cinta | Tercalon | |
2005 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-18 | Pelakon Filem Lelaki Popular | — | Tercalon |
2006 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-19 | Pelakon Filem Lelaki Popular | — | Tercalon |
2008 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-21 | Pelakon Filem Lelaki Popular | — | Tercalon |
Festival Filem Malaysia ke-21 | Pelakon Lelaki Terbaik | Anak Halal | Tercalon | |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Kala Malam Bulan Mengambang | Tercalon | ||
Anugerah Skrin 2008 | Pelakon Lelaki Terbaik | Anak Halal | Tercalon | |
2009 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-22 | Pelakon Filem Lelaki Popular | — | Tercalon |
Anugerah Seni Negara ke-8 | Anugerah Bakat Muda Seni Lakon Negara | — | Menang[a] | |
2010 | Anugerah Shout! | Anugerah Hot Guy | — | Tercalon |
Anugerah Best On Screen Couple (bersama Lisa Surihani) | — | Tercalon | ||
Festival Filem Malaysia ke-23 | Pelakon Lelaki Terbaik | Lagenda Budak Setan | Tercalon | |
Pengarah Harapan | V3: Samseng Jalanan | Tercalon | ||
Pengarah Terbaik | Tercalon | |||
2011 | Festival Filem Malaysia ke-24 | Lakonlayar Terbaik | Kongsi | Tercalon |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Pelakon Filem Lelaki Popular | — | Tercalon |
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Aktor Filem Popular | — | Tercalon |
Couple Filem Popular (bersama Ahirine Ahirudin) | Remp-It 2 | Tercalon | ||
2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Aktor Filem Popular | — | Tercalon |
- ^ disampaikan oleh Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin
Penghargaan
Pada 16 Disember 2017, beliau bersama-sama dengan Dato' Aaron Aziz[71] telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato' sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang.[72][73][74]. Walau bagaimanapun, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang memaklumkan bahawa darjah kebesaran DIMP yang dikurniaan kepada beliau telah ditarik balik oleh Sultan Pahang berkuatkuasa 1 Februari 2021.
- Penghargaan Malaysia
Rujukan
- ^ Aznan Bakar (29 September 2020). "Hikmah kontroversi kata Farid Kamil". Utusan Malaysia. Dicapai pada 30 September 2020.
- ^ a b c Farid tidak angkat mat rempit Diarkibkan 2018-07-10 di Wayback Machine Utusan Malaysia. 17 Mac 2010.
- ^ pernah meminjam motor yamaha sokan rizal@pacat, 2012 uji kejantanan Farid Kosmo!. 18 Oktober 2012.
- ^ Farid Kamil Pentingkan Nilai Komersial Malaysian Access. 27 Mac 2016.
- ^ a b Diana Danielle and Farid Kamil welcome baby girl The Malay Mail. 25 November 2015.
- ^ Dennis Chua (6 Februari 2020). "#Showbiz: "I'm so lucky to have Diana" - Farid Kamil". New Straits Times. Dicapai pada 30 September 2020.
- ^ "Siti Nurhaliza featuring Farid Kamil - Iklan Hotlink Trilogy". YouTube. Dicapai pada 2017-03-03.
- ^ "Gosip percintaan Farid Kamil dan Lisa Surihani". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-04. Dicapai pada 2012-02-06.
- ^ Filem Rempit V3 Arahan Farid Kamil Budiey. Sensasi Selebriti. 15 Januari 2009.
- ^ Wahida Asrani (16 Julai 2009) Farid Kamil kecewa Remp-It V3 diharamkan Diarkibkan 2018-07-07 di Wayback Machine mStar Online. Diperoleh pada 14 Februari 2015.
- ^ Haryati Karim (13 April 2010). "Farid, Lisa tidak mahu terikat". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-15. Dicapai pada 15 Mac 2014.
- ^ Rev-up with Farid Kmail Nur Safina Othman. Cinema Malaysia. 9 Mac 2010.
- ^ Pekida bantah filem Kongsi dan KL Gangster, Oh!Artis, 13 Jun 2011. Dicapai pada 21 Jun 2011.
- ^ Jalani Pembedahan Selepas Jatuh Motor, Farid Kamil Rehat Seminggu RotiKaya. 5 Jun 2013.
- ^ Mohd Al Qayum Azizi (23 September 2014). "Tiada Rasa Dalam 'Lagenda Budak Setan 3: Kasyah'". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-19. Dicapai pada 10 Mac 2017.
- ^ Angelin Yeoh (11 September 2014). "'Lagenda Budak Setan' saga comes to an end". The Star Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 10 Mac 2017.
- ^ "Kisah Kasyah Berakhir Dalam Legenda Budak Setan 3". Suara TV. 14 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-07. Dicapai pada 10 Mac 2017.
- ^ a b Mustaza, Aqmar. "Love, Supermoon, santai & menghiburkan". Sinar Harian.
- ^ Farid Kamil Mahu Kembali Mengarah Filem Khairul Amir. Malaysian Access. 7 Januari 2016.
- ^ Farid Kamil teruja jadi peguam dalam Qanun 99 Cinema.com.my. 14 Februari 2016.
- ^ Qanun 99 realisasikan impian Farid Kamil Fatin Farhana Ariffin. BH Online. 12 Mac 2016.
- ^ Bukan mudah bawa watak peguam - Farid Kamil Diarkibkan 2017-03-25 di Wayback Machine Zaini Zaa. Agenda Daily. 22 Februari 2016.
- ^ "Farid Kamil Dan Yana Samsudin Kerap Dilihat Turun Naik Mahkamah". Sinar FM. 5 Februari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-30. Dicapai pada 25 Mac 2016.
- ^ Farhana Ab Rahman (1 September 2016). Bakat baharu tidak gugat kedudukan Farid Berita Harian. Dicapai pada 1 September 2016.
- ^ Farhana Ab Rahman (24 Ogos 2016).Farid enggan baca novel diangkat ke layar lebar Berita Harian. Dicapai pada 1 September 2016.
- ^ Zulhilmi Jalil (16 Januari 2018). "Drama papar derita anak disisih keluarga". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-22. Dicapai pada 6 Mei 2018.
- ^ Haryati Karim (16 Januari 2018). "Drama terbaharu Farid Kamil trending di media sosial". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-25. Dicapai pada 24 Januari 2018.
- ^ Khadijah Ibrahim (24 Oktober 2007). Irma tidak kisah ganding dengan Farid Diarkibkan 2018-05-04 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 4 Mei 2014.
- ^ a b "Gosip percintaan Farid Kamil dan Lisa Surihani". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-04. Dicapai pada 2012-02-06.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (19 November 2016) Kami masih bahagia - Farid Kamil Berita Harian. Diperoleh pada 20 November 2016.
- ^ Saya memang nak berbaik dengan ibu mertua - Farid Kamil BeautifulNara. 24 September 2013.
- ^ Syaffique Shuib (3 November 2012) Farid, Diana finally tie the knot Astro Awani. Dicapai pada September 2013.
- ^ Dennis Chua (13 August 2015) Farid Kamil is set to be a proud dad again The New Straits Times. Retrieved on 14 August 2015.
- ^ Farid Kamil reveals newborn daughter’s name The Malay Mail. 26 November 2015.
- ^ Bibi Nurshuhada Ramli (November 26, 2015). Farid Kamil and Diana Dianielle name their daughter Nur Aurora New Straits Times. Retrieved November 27, 2015.
- ^ Marina Shabudin (13 Ogos 2014) Farid Kamil jaga privasi Sinar Harian. Diperoleh pada 14 Ogos 2014.
- ^ Mohd Al Aqyum Azizi (19 November 2016). Farid Kamil Muhasabah Diri Isu Rumah Tangga Goyah mSTAR Online. Diperoleh pada 20 November 2016.
- ^ a b c Feride Hikmet Atak (2 Mei 2011) Cinta dan Ideologi Farid Kamil mStar Online
- ^ Farid Kamil jaga privasi Sinar Harian. 13 Ogos 2014.
- ^ "Actor Farid Kamil remanded for 4 daysfor allegedly slapping cop". The Malaysian Insight. 12 Januari 2018. Dicapai pada 13 Januari 2018.
- ^ Maizatul Nazlina (12 Januari 2018). "Actor Farid Kamil remanded over alleged assault". The Star (Malaysia). Dicapai pada 13 Januari 2018.
- ^ Nur Asyikin Mahyudin (12 Januari 2018). "Farid Kamil direman empat hari". mSTAR Online. Dicapai pada 13 Januari 2018.
- ^ M. Kumar (16 Januari 2018). "Actor Farid Kamil out on bail". mSTAR Online. Dicapai pada 17 Januari 2018.
- ^ Siti Nurazlinee Azmi (16 Januari 2018). "Farid Kamil didakwa 4 pertuduhan". Berita Harian. Dicapai pada 17 Januari 2018.
- ^ Syahirah Mokhtazar (12 Januari 2018). "(Showbiz) Actor Farid Kamil's IG flooded with reactions from Netizens following arrest". New Straits Times. Dicapai pada 17 Januari 2018.
- ^ "Farid Kamil claims trial to using THC". The Malay Mail. 25 Januari 2018. Dicapai pada 26 Januari 2018.
- ^ Tuan Buqhairah Tuan Muhmad Adnan (25 Januari 2018). "Farid Kamil nafi masukkan dadah dalam badan". Sinar Harian. Dicapai pada 26 Januari 2018.
- ^ Sarah Zulkifli (9 Mac 2018). "Farid Kamil didakwa lagi". Berita Harian. Dicapai pada 13 Mac 2018.
- ^ Siraj Mohd Zaini (8 Mac 2018). "Buat laporan palsu, Farid Kamil dituduh esok". Berita Harian. Dicapai pada 13 Mac 2018.
- ^ Sarah Ismail (29 Jun 2018). "Farid Kamil tangguh pembedahan lutut". Berita Harian. Dicapai pada 1 Julai 2018.
- ^ Siti Nurazlinee Azmi (15 Mei 2019). "Farid Kamil dipenjara 9 bulan". Berita Harian. Dicapai pada 16 Mei 2019.
- ^ Nurbaiti Hamdan (15 Mei 2019). "Found guilty of drug abuse, Farid Kamil gets nine months in jail". The Star Online. Dicapai pada 20 Mei 2019.
- ^ "Farid Kamil jailed nine months for drug abuse". The Borneo Post. 15 Mei 2019. Dicapai pada 20 Mei 2019.
- ^ "Farid Kamil diperintah bela diri tuduhan cederakan anggota polis". Astro Awani. 21 Jun 2019. Dicapai pada 22 Jun 2019.
- ^ "Farid told to enter defence". The Star Online. 22 Jun 2019. Dicapai pada 22 Jun 2019.
- ^ "Actor Farid Kamil ordered to enter defence on assault charges". The Malay Mail. 22 Jun 2019. Dicapai pada 22 Jun 2019.
- ^ Norlizah Abas (5 Januari 2022). "Farid Kamil tidak dibenar merayu sabitan dan denda RM5,500". Utusan Malaysia. Dicapai pada 9 Januari 2022.
- ^ "Court rejects Farid Kamil's application to appeal against verdict, fine". The Star Online. 5 Januari 2022. Dicapai pada 9 Januari 2022.
- ^ Pe3 garapan aksi komedi lebih santai Diarkibkan 2018-11-10 di Wayback Machine Sinar Harian. 19 Oktober 2012.
- ^ Mohd Al-Qayum Azizi (23 September 2014). Tiada Rasa Dalam 'Lagenda Budak Setan 3: Kasyah' Diarkibkan 2018-11-19 di Wayback Machine mStar Online. Dicapai pada 1 Oktober 2014.
- ^ Sikap Cemburu Diana Bantu Lariskan Filem Saya - Farid Kamil The Malay Mail. 28 Ogos 2014.
- ^ Farid enggan baca novel Diarkibkan 2018-07-10 di Wayback Machine Harian Metro. 18 September 2016.
- ^ Addy Junaidi (16 April 2015) Elemen Kejutan Buat Farid Kamil Dalam 'Abang Lejen' Diarkibkan 2018-11-10 di Wayback Machine mStar Online. Dicapai pada 1 Mei 2015.
- ^ Farid Kamil is "Abang Lejen" Cinema Online. 15 April 2015.
- ^ Izwan Mohd Isa (15 April 2015) Farid Kamil terkilan Diarkibkan 2017-02-12 di Wayback Machine Kosmo!. Diperoleh pada 22 April 2015.
- ^ Farid Kamil Berlatih Menari Selama 5 Jam Untuk ‘Abang Lejen ‘ Diarkibkan 2017-02-12 di Wayback Machine IskandarX. 20 April 2015.
- ^ Abang Lejen papar kisah kekeluargaan Aqmar Mustaza. Sinar Harian. 18 April 2015.
- ^ Farid Kamil had to bring his ‘A’ game when cast opposite Nadiya Nisaa The Malay Mail. 22 Oktober 2015.
- ^ Aqmar Mustaza (1 September 2016) Tombiruo tarik Farid Kamil Sinar Harian. Dicapai pada 1 September 2016.
- ^ Nina Sharom (14 Februari 2016). Impian Farid Kamil jadi kenyataan Sinar Harian. Diperoleh pada 15 Februari 2016.
- ^ "Aaron, Farid kini bergelar Datuk". Kosmo!. 16 Disember 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-18. Dicapai pada 18 Disember 2017.
- ^ Zamzurina Ahmad (16 Disember 2017). 169 dikurnia darjah kebesaran Diarkibkan 2017-12-16 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 Disember 2017. "Farid Kamil, Aaron Aziz turut terima gelaran Datuk daripada Sultan Pahang".
- ^ Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz (16 Disember 2017). "Farid Kamil, Aaron Aziz dapat Datuk". Harian Metro. Dicapai pada 16 Disember 2017.
- ^ Nik Sukry Ramli (16 Disember 2017). "Farid Kamil dakwa segelintir netizen tiada ilmu". Berita Harian. Dicapai pada 18 Disember 2017.
- ^ "Farid Kamil, Aaron Aziz Kini Bergelar Datuk - Berita Hiburan". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-23. Dicapai pada 2018-04-22.
Pautan luar
- Kelahiran 1981
- Orang hidup
- Orang dari Kedah
- Pelakon lelaki Malaysia
- Pengarah filem Malaysia
- Pengarah televisyen Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-21
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Orang Malaysia berketurunan Arab
- Orang Malaysia berketurunan Siam
- Muslim Malaysia
- Alumni Universiti Teknologi MARA
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Penulis skrip Malaysia