![]() | Rencana ini mempunyai beberapa isu. Sila bantu memperbaikinya atau bincangkan isu-isu tersebut di dalam laman perbincangan rencana ini.
|
Maidin Ibrahim | |
---|---|
Kelahiran | 1938 |
Meninggal dunia | 13 Ogos 2014 (berumur 75–76) |
Sebab kematian | Serangan jantung |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Masjid Jerai, Gurun, Kedah |
Nama lain | Pak Tam atau Mamu Maidin |
Pekerjaan | Pelawak, penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 1978–2014 |
Terkenal kerana | Lawak loghat utara dalam Filem Bas Konduktor, Anak Mami, Bakat Rtm. |
Pasangan | Habira Ibrahim |
Maidin Ibrahim (1938 – 13 Ogos 2014) adalah pelawak veteran dari Malaysia. Maidin Ibrahim juga dikenali sebagai Pak Tam atau mesra dipanggil Mamu.
Kehidupan awal
Maidin dilahirkan pada tahun 1938 di Pokok Keras, Bagan Lalang, Butterworth, Pulau Pinang. Beliau mula menceburi bidang seni sejak tahun 1950 bersama kumpulan boria di kampung. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai tentera (Askar Melayu) bermula ketika peristiwa berdarah 13 Mei tahun 1969 sehingga tahun 1976. Pak Tam juga pernah menyertai Bakat RTM dan menjadi juara pada tahun 1978 bersama Pak Hassan Putu Mayong dan Din Kachong. Semenjak itu Maidin mula menempa nama dan sering menjadi pelawak undangan Hiburan Minggu ini kelolaan RTM.
Maidin Ibrahim atau mesra dengan panggilan Pak Tam memulakan karier sebagai anak seni pada tahun 1950 dengan menganggotai kumpulan boria di kampungnya.
Kerjaya
Ketika era persembahan pentas popular di seluruh pelosok negara, namanya dikenali menerusi gandingan bersama pelawak Piee dengan gaya lawak dialek utara.
Gandingan Maidin dan Piee adalah antara duo komedi pentas paling mantap pernah dilahirkan sebelum kemunculan gabungan pelawak seperti Imuda, Allahyarham Ahmad Busu, Jozan, Shiro dan Jambu.
Pembabitan Allahyarham bukan setakat itu sahaja kerana beliau turut aktif membintangi banyak drama dan filem.
Maidin pernah menggondol anugerah Aktor Pembantu Terbaik menerusi drama Pinang Durian pada Anugerah Skrin 2001. Selain berlakon drama, Maidin Ibrahim juga popular menerusi filem Hantu Siang, Anak Mami The Movie, Nana Tanjung, Mami Jarum,sitkom Salam Pantai Timur dan Bas Konduktor. Sepanjang kerjayanya, Maidin selalu digandingkan bersama pelawak, Piee dan mereka terkenal dengan 'lawak loghat utara' ketika membuat persembahan bersama. Beliau juga terkenal dengan album hijau kuning yang dicipta oleh Omara pada tahun 1991. Beliau digandingkan bersama Piee dan M. Shariff. Lagu2 yang dinyanyikan oleh beliau seperti hantu hantu, katil oh katil, jodoh depa, boria skim cepat kaya,muda kembali. Maidin, Piee dan M. Shariff dikenali sebagai The Three Stooges. Pak Maidin atau Pak Tam meninggalkan 5 orang anak dan 14 orang cucu yang kesemuanya berjaya di dalam bidang pelajaran.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1984 | Minah Manja | Mamak Kutty | Filem pertama |
1986 | Hantu Siang | Budin | |
Bas Konduktor | Maidin | ||
2002 | Anak Mami The Movie | Hj Maidin | |
Mami Jarum | Mamu/ Elvis Rosli | ||
2003 | Iskandar | Pak Man | |
Mami Jarum Junior | Mamu/ Elvis Rosli | ||
2006 | Nana Tanjung | Mydin | |
2007 | Nana Tanjung 2 | ||
2023 | Syaitan Munafik | Maidin | Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Hantu Motel | Astro Prima | Drama pertama | |
2003 | Kutub Utara Kutub Selatan | Mamu | TV2 | |
Kutub Utara Kutub Selatan 2 | ||||
2014 | Saudagar Boria | Maiden | TV1 | Drama terakhir |
Telemovie
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2001 | Pinang Durian | Mydin Wahab | NTV7 | Telefilem pertama |
2003 | Siapa Tak Sayang Bini | Karif | VCD | |
Siapa Tak Sayang Bini 2 | ||||
Puteri Histeria | Tukang Kebun Sekolah | |||
Neon | Mamak Kedai Runcit | Telefilem terakhir, penampilan khas |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2007 | Salam Pantai Timur | Pelbagai | TV1 | Sitkom |
Diskrografi
Lagu-lagu
- Katil Oh Katil
- Hantu Hantu
- Boria Skim Cepat Kaya
- Muda Kembali
- Jodoh depa
- Jodoh Anak Dara - M. Shariff
- Seloka Kueh Raya - M. Shariff & Piee
- Main Mercun
- Kacang Putih
- Tateh Tateh
- Selamat Hari Raya
- Maidin Gelap - M. Shariff
- Boria Kedai Kopi - M. Sharif
- Chok Chok Kendong
Meninggal dunia
Pada 13 Ogos 2014, Maidin Ibrahim meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun,Kedah jam 2 petang ketika dalam solat Zohor .Maidin meninggalkan seorang balu, Habirah Ibrahim dan lima anak serta tiga belas orang cucu. [1] Menantunya Mohd Saiful Nizam Saari memaklumkan jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Sri Jerai selepas solat Isyak.[2]
Rujukan
- ^ Oleh HIBURAN, "Pelawak Maidin Meninggal Dunia Dalam Solat.", www.thestar.com.my Rabu, 13 Ogos 2014 5:12 PM. Diambil 08 Disember 2018
- ^ Oleh NATION, "Comedian Maidin Ibrahim passes away at 76", www.thestar.com.my Wednesday, 13 Aug 2014-6:00 PM MYT. Diambil 08 Disember 2018
Pautan luar
- Rencana Wikipedia memerlukan pengorganisasian semula dari Jun 2024
- Rencana Wikipedia yang memerlukan sunting kopi dari Jun 2024
- Pelawak Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia
- Kematian 2014
- Orang dari Pulau Pinang
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-20
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) Anugerah Skrin
- Kematian akibat serangan jantung