Azlee Jaafar | |
|---|---|
| Kelahiran | Muhammad Azlee bin Jaafar 11 Jun 1967 |
| Nama lain | Azlee Senario |
| Pekerjaan | Pelawak, penyanyi, pelakon, pengacara |
| Tahun aktif | 1995–kini |
Karya | Filemografi |
| Pasangan | Aslinda Ayob |
| Anak-anak | 2 |
Muhammad Azlee Jaafar (lahir 11 Jun 1967) atau lebih dikenali sebagai Azlee Senario ialah seorang pelawak, penyanyi dan pelakon Malaysia. Beliau lahir di Batu Pahat, Johor dan mula mencipta nama bersama kumpulan komedi Senario pada era 1990-an.[1] Beliau juga adalah seorang penggiat muzik ghazal di Johor.
Kerjaya
Pernah dicalonkan di Festival Filem Malaysia untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM) pada edisi FFM 14 (1999) menerusi filem Senario The Movie. Selain lakonannya sebagai pemuda terencat akal dalam filem tersebut, lakonan Azlee sebagai pengusaha warung roti canai dalam filem Lagi-Lagi Senario (2001) juga mendapat pujian ramai pengkritik. Beliau juga amat terkenal dengan lawak membuat muka pelik kerana lawak muka peliknya itu dibuat dari mula menjadi artis sehingga sekarang. [2]
Kehidupan peribadi
Pada 2014, Azlee pernah menerima rawatan di Hospital Damansara kerana masalah batu dalam hempedu.[3] Beliau juga pernah mengingatkan agar pelawak harus bijak dan jangan sampai menyinggung perasaan orang lain. Sebelum lontarkan apa-apa kata, kenalah berfikir dulu. Berlawak kenalah berpada-pada. Azlee menasihatkan bahawa sebagai pelawak perlu menjaga sensitiviti. Pelawak juga pelu cuba elakkan berlawak dengan bahasa lucah atau ‘double meaning’.[4]
Filemografi
Videografi
Muzik video
| Tahun | Tajuk | Untuk |
|---|---|---|
| 2024 | "Lebaran Menjelma" | Suria |
Anugerah dan pencalonan
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM14 (1999) - Pencalonan menerusi filem Senario The Movie
- Artis Komedi Lelaki Popular (ABPBH) edisi 1997/98, 2003, 2004 & 2005 (Pencalonan)
- Artis Komedi Popular (bersama Senario) ABPBH edisi 2024 (Menang)
Rujukan
- ^ "Tiada Wahid bukan halangan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-11. Dicapai pada 2018-08-11.
- ^ Azlee mahu muncul dengan sitkom Senario Reunion. Diarkibkan 2017-05-11 di Wayback Machine Kosmo Online
- ^ Derita berakhir, Azlee dedah rahsia kembali pulih.
- ^ Berlawak jangan sampai menyinggung.








