(Dilencongkan daripada Ogos 3)
<< | Ogos | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
2024 |
3 Ogos merupakan hari ke-215 (hari ke-216 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 150 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Niger (1960);
- Hari Bendera di Venezuela.
Peristiwa
- 435 - Pengasas Nestorianisme Nestorius dibuang negeri oleh Maharaja Byzantine Theodosius II ke sebuah biara di Mesir.
- 1914 - Perang Dunia Pertama: Jerman mengistiharkan perang ke atas Perancis.
- 1916 - Di London, nasionalis Ireland Sir Roger Casement digantung (gambar kubur) kerana peranannya dalam Pemberontakan Easter di Ireland.
- 1923 - Calvin Coolidge menjadi Presiden Amerika Syarikat, menggantikan Warren G. Harding yang meninggal dunia hari sebelumnya.
- 1940 - Perang Dunia Kedua: Askar Itali di bawah pimpinan Jeneral Guglielmo Nasi menyerang Somaliland British, antara langkah terawal Kempen Afrika Timur.
- 1948 - Whittaker Chambers menuduh Alger Hiss sebagai ahli komunis dan pengintip Soviet.
- 1958 – Kapal selam berkuasa nuklear USS Nautilus melakukan pelayaran di bawah permukaan air yang pertama merentasi Kutub Utara.
- 2005 - Presiden Mauritania Maaouya Ould Sid'Ahmed Taya digulingkan semasa menghadiri pengebumian Raja Fahd di Arab Saudi.
- 2005 - Datuk Bandar Teheran Mahmoud Ahmadinejad memulakan penggalnya sebagai Presiden Iran yang keenam.
- 2010 - Lebih 90 orang terbunuh dan 200 lagi cedera dalam rusuhan di Karachi, Pakistan.
- 2013 - Robert Mugabe terpilih kembali sebagai Presiden Zimbabwe.
Kelahiran
- 1903 - Habib Bourguiba, Presiden Tunisia yang pertama
- 1979 - Evangeline Lilly, pelakon Kanada
- 1980 - Teuku Rifnu Wikana, pelakon lelaki Indonesia
- 1987 - Zaquan Adha, pemain bola sepak Malaysia
- 1987 - Aidil Zafuan, pemain bola sepak Malaysia