(Dilencongkan daripada Julai 13)
<< | Julai | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
13 Julai merupakan hari ke-194 (hari ke-195 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 171 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Peringatan Kebangsaan di Ireland.
- Hari Taraf Negara di Montenegro (1878);
- Tarikh tradisi Perayaan Bon di Jepun.
Peristiwa
- 1174 – Pemberontak utama dalam Pemberontakan 1173-1174, William si Singa ditangkap di Alnwick oleh pasukan tentera yang setia kepada Henry II dari England.
- 1772 – Kapal HMS Resolution dan Kapten James Cook mula belayar dari Plymouth, England, bersama-sama HMS Adventure.
- 1784 - Satu angkatan perang Belanda yang mengandungi 11 buah kapal telah menyerang Kuala Selangor yang ketika itu menjadi kubu pertahanan Sultan Ibrahim Shah.
- 1793 – Pemimpin Revolusi Perancis Jean-Paul Marat dibunuh dalam takung mandinya oleh Charlotte Corday (gambar).
- 1878 – Kuasa-kuasa utama Eropah menandatangani Perjanjian Berlin, melukis semula peta Balkan.
- 1863 – Penentang undang-undang baharu yang mengerah orang menyertai Perang Saudara Amerika memulakan rusuhan di Bandar Raya New York.
- 1985 – Konsert amal Live Aid yang dikelolakan oleh Bob Geldof dan Midge Ure untuk memungut derma bantuan kebuluran di Habsyah, diadakan di London dan Philadelphia.
- 2008 – Anggota Kesatuan Eropah dan negara lain yang bersempadan Laut Mediterranean membentuk Kesatuan Mediterranean.
- 2011 – Tiga pengeboman terlaras di Mumbai, India, membunuh 26 orang dan mencederakan 130 lagi.
Kelahiran
- 1973 - Roberto Martínez, pengurus bola sepak kelab Everton
- 1980 - Ussy Sulistiawaty, pelakon wanita Indonesia.
- 2000 - Syifa Hadju, pelakon wanita Indonesia