(Dilencongkan daripada Disember 25)
<< | Disember | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 | ||||
2024 |
25 Disember merupakan hari ke-359 (hari ke-360 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 6 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Krismas (Kristian, kalendar Gregory)
- Hari Quaid-e-Azam di Pakistan.
- Hari Kemerdekaan di Armenia dan Azerbaijan (1991) daripada Kesatuan Soviet.
Peristiwa
- 800 - Raja Frank Charlemagne dimahkotakan Imperator Augustus di Rom oleh Paus Leo III, sebagai pesaing Empayar Byzantium di Kustantiniyah.
- 1066 - Duke Normandy, William si Penakluk secara rasminya dimahkotakan sebagai Raja England, menyempurnakan Penaklukan Norman.
- 1643 - Kapal Syarikat Hindia Timur Inggeris Royal Mary, di bawah Kapten William Mynors, mendarat di pulau yang tidak diduduki dan menamakannya Pulau Krismas.
- 1776 - Perang Revolusi Amerika: George Washington dan tenteranya menyeberangi Sungai Delaware (gambar) untuk melancarkan serangan mengejut ke atas askar-askar upahan Hessian dalam Pertempuran Trenton keesokannya.
- 1926 - Maharaja Taishō dari Jepun mangkat akibat serangan sakit jantung, dan digantikan putera baginda, Hirohito, yang kemudian menjadi Maharaja Jepun paling lama memerintah.
- 1947 - Perlembagaan Republik China mula berkuatkuasa, di tengah-tengah Perang Saudara China antara Kuomintang dan Komunis.
- 1991 - Mikhail Gorbachev meletakkan jawatan sebagai Presiden Kesatuan Republik Sosialis Soviet.
- 2000 - Gimn Rossiyskaya Federatsiya diterima secara rasmi sebagai lagu kebangsaan Rusia, dengan muzik dipadan daripada lagu kebangsaan Kesatuan Soviet.
Kelahiran
- 1918 - Anwar Sadat, Presiden Mesir ke-3
- 1927 - Ram Narayan, ahli muzik India
- 1933 - Phan Van Khai, Perdana Menteri Vietnam ke-6
- 1949 - Nawaz Sharif, Perdana Menteri Pakistan ke-14
- 1986 - Maram Ben Aziza, pelakon wanita Tunisia
- 1987 - Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ismail ibni Sultan Ibrahim Ismail, Tunku Temenggong Johor.
- 1995- Lim Young-Min, penyanyi dari kumpulan AB6IX.
Kematian
- 2016 - Penyanyi terkenal dari England, George Michael, 53 tahun meninggal dunia di London, England.