Cherating merupakan sebuah bandar pantai terkenal di negeri Pahang, Malaysia. Pantai yang menghadap Laut China Selatan ini terletak kira-kira 50 km (45 minit perjalanan) dari Kuantan.
Cherating
Cerating | |
|---|---|
Penempatan di Pahang | |
Jalan di Cherating | |
| Koordinat: 4.1268°N 103.3928°E | |
| Negara | |
| Negeri | |
| Daerah | Kuantan |
| Mukim | Sungai Karang |
| Bahagian | Semenanjung Malaysia |
| Ditubuhkan | 1870 |
| Zon waktu | WPM |
| Poskod | 26080 |
| Lokasi Cherating di Peta Google | |
Pantai di Cherating iaitu Pantai Cherating merupakan tempat perkelahan yang popular serta tapak bagi Resort Club Med yang terkenal, iaitu yang pertama dibuka di Asia.
Iklim
Cherating merupakan salah satu kawasan yang paling lembap di Malaysia dengan hujan lebat sepanjang tahun. Musim hujan biasanya berlangsung dari Oktober hingga April, dan banyak hotel serta restoran ditutup pada tempoh ini. Musim kering (musim puncak) pula berlangsung dari April hingga Oktober.
Kemudahan asas
Pendidikan
Tempat beribadat
- Masjid Cherating
- Surau Kampung Cherating
- Musalla Kampung Budaya Cherating
Hospitaliti
- Royal Chulan Cerating Villa & Chalet
- Tanjung Inn
- Cherating Bayview Resort
- Residence Inn Cherating
- Cherating Eastana Beach Resort
- Club Med Cherating
- ēRYAbySURIA Cherating
- The Kasturi Resort Cherating
- Holiday Villa Beach Resort Cherating
- Sesetengah homestay, resort, hotel tempatan di Cherating
- Sesetengah warung di Cherating
Tempat menarik
- Pusat Informasi Kelip-kelip
- Pantai Cherating
- Pusat Santuari Penyu Cherating
- Pusat Anyaman dan Kraf Cherating
Kemudahan lain
- Balairaya Cherating
- Balai Polis Cherating
- Klinik Desa Cherating
- Perpustakaan Desa Cherating
- Petronas Cherating








