Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Koordinat: 3°52′N 103°22′E / 3.867°N 103.367°E Beserah ialah sebuah mukim dan bandar pantai yang terletak di daerah Kuantan, Pahang, Malaysia.
Mukim Beserah merupakan sebuah kampung yang kedudukannya di antara Bukit Beserah hingga ke Bukit batu Hitam. Keluasan kawasan jika diukur dari laut hingga ke Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan termasuk dalam mukim tersebut.
Pada awalnya Mukim Beserah terdiri dari beberapa kampung tradisi antaranya: kampung Pantai, kampung Pelindung, kampung Rumbia, kampung Chetty, kampung Bugis, kampung Darat Sekolah, kampung Jeram, kampung Alor Tuan Haji, kampung Jambu, kampung Kubur, kampung Tuan, kampung Masjid, kampung Pasir Garam, kampung Baru, kampung Alor Ladang, kampung Bahagia, kampung Pantai Batu Hitam, kampung Padang To’Cha dan kampung Bukit Batu Hitam. Penambahan populasi telah mewujudkan peenempatan tersusun antara yang terawal adalah RumahMurah dan Taman Beserah. Dan Kini estet perumahan tumbuh bagai cendawan terutamanya di kawasan Kg Pelindung.[1]
Di kawasan tanah kebun pula terdapat juga kawasan-kawasan yang dikenali seperti: Lubuk Durian, Luk, Padang Gale, Bukit Jeram, Alor Sagu, Alor Kesom, Ayer Jernih, Bijih, Cangkul, Senggeng, Kubang Badak, Telaga Dalam, Bukit Gelugor, Pasir.
Cara untuk ke sini
Pantai Beserah atau Pekan Beserah, salah satu desa nelayan di Pahang, dihubungi dengan jalan darat dari Kuantan atau Kemaman. Ia terletak 8 km dari Kuantan menuju Kemaman, Terengganu oleh jalan pesisiran laut. Juga dapat dicapai dengan perkhidmatan awam seperti teksi atau bas awam.
Pekan ini terletak pada latitud 3°51'26.51"U dan longitud 03°21'51.16"T.
Asal usul nama
Cerita dibawah tidak dijamin kesahihannya dan terpulang pada pembaca untuk menilainya.
Setelah kematian anaknya iaitu Cik Timah, Haji Senik (penduduk asal Kuantan) telah membuat keputusan meninggalkan Kampung Teruntum yang banyak meninggalkan kisah-kisah sedih. Beliau kemudiannya berpindah ke sebuah kawasan di utara Teruntum. Setelah membuat sebuah penempatan baru, kawasan ini pula diserang sejenis penyakit yang dikenali sebagai "hawar". Semua penduduk di kawasan ini bercadang untuk berpindah ke tempat lain tetapi Hj. Senik meminta mereka bersabar dan berserah kepada Allah SWT. Kerana sikap mesyarakatnya sentiasa bertaqwa dan berserah kepada Allah SWT, maka tempat ini dipanggil[nyatakan menurut siapa?] "Beserah" sehingga sekarang.[perlu rujukan]
Peninggalan Sejarah
Masjid Lama Beserah
Masjid yg dibina pada tahun 1850 oleh Hj.Wan Abdullah Abdul Karim atau lebih dikenali dgn nama Haji Senik....
Masjid yang terletak di tepi sungai mengadap muara sungai Beserah ini dibina pada tahun 1850 oleh Haji Wan Abdullah Abdul Karim atau lebih dikenali dengan nama Haji Senik. Ada yang mengatakan Haji Senik dipercayai waris diraja dari Pattani. Sejarah menulis sekitar 1830an kerajaan Siam menyerang Kesultanan Melayu Pattani dan menawan Pattani ketika itu yang menjadi punca ramai orang Melayu Pattani lari dan berhijrah antaranya ke tanah yang kita duduki kini.
Pelbagai keisitimewaan disebut tentang masjid ini antaranya yang menjadi tanda tanya hingga hari ini ialah air perigi masjid yang jernih, tidak payau dan tidak pernah kering walapun musim kemarau berpanjangan. Masjid ini tidak dinaiki air ketika banjir besar melanda Pahang pada tahun 1926 walaupun kedudukannya berdekatan sungai Beserah (dahulu dipanggil sungai Beruang) dan mengadap laut.
Rumah Rehat Kg.Pantai Beserah (Rest House)
Bangunan yang merupakan peninggalan zaman British dibina era 1930an sebagai tempat penginapan orang Inggeris. Satu ketika Beserah merupakan sebuah pelabuhan dan industri berasaskan hasil dari laut pesat dijalankan di sini.
Kegiatan ekonomi setempat
Beserah adalah sebuah desa nelayan dan dikenali sebagai pengeluar dan pembekal berbagai produk hasil dari laut. Satu Ketika dahulu, Beserah merupakan sebuah kampung nelayan yang gah dengan kesibukannya. Industri perikanan Kuantan satu ketika tertumpu di Beserah dan Tanjung Lumpur.
Penduduk di bahagian pantai, bekerja sebagai nelayan dan juga terlibat dalam perusahaan ikan masin, ikan bilis, keropok dan lain-lain kerja berasaskan sumber dari laut.
Penduduk yang tinggal di sebelah darat pula bergantung kepada hasil getah, durian dan pernah satu masa dulu padi turut di usahakan di Beserah. Perusahaan kain batik dan perusahaan kecilan kraftangan dari kerang laut dan tanaman tempatan (kelapa) dapat ditemui di Beserah.
Tapi apa yang banyak orang tidak tahu satu teknik yang sangat unik dari nelayan Beserah adalah mereka menggunakankan kerbau (yang tidak biasa dilihat di tepi pantai), untuk pemunggahan ikan dengan perahu ke tempat pendaratan ikan. Beserah terletak hanya kira-kira 10 kilometer dari bandar Kuantan.
Kampung Seberang Che Lek lenyap ditelan ombak.
Kampung nelayan tertua di mukim Beserah terdedah langsung ke muka Laut China Selatan ini selalu dirundung malang. Lenyapnya kampung ini pada tahun 1985 akibat hakisan ombak.[2]
Pada musim tengkujuh tahun itu, beberapa rumah terbabit apabila ombak melanda luar dari kebiasaan. Ombak pada hari itu mengganas anggaran satu rantai ke atas pantai. Kekuatan ombak itu merobohkan tebing kawasan perumahan mereka yang setinggi kira-kira 4 meter. Pokok-pokok saka tercabut hingga ke akar umbi. Pokok yang tercabut bergelimpangn di permukaan pantai.
Mereka yang menyaksikan ketika itu dapat melihat bagaimana rumah-rumah tersebut dipukul ribut bersama ombak yang liar menghempas tebing kampong tersebut. Ketika air laut pasang dan ribut kencang hampir reda, Setiusaha Politik MB Pahang ketika itu, Dr Abdul Malek Mohamad datang melawat dan bantuan kecemasan antara RM700 hingga seribu ringgit disumbangkan kepada mangsa oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Aktiviti setempat
Di pantai di Beserah, pengunjung dapat menangkap ikan, membuat "keropok lekor" dan sebagainya. Selain itu, berbagai aktiviti air dan darat dapat dilakukan di Pantai Beserah, seperti berbasikal (Bukit Beserah - Bukit Pelindung), berenang, meluncur, berjemur dan berlayar.