(Dilencongkan daripada April 30)
<< | April | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | ||||
2024 |
30 April merupakan hari ke-120 (hari ke-121 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 245 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Malam Walpurgis di beberapa negara Eropah;
- Hari Kemenangan di Vietnam;
- Hari Kanak-Kanak di Mexico;
- Hari Teluk Parsi Kebangsaan di Iran.
Peristiwa
- 1789 - Di Bandar Raya New York, George Washington (gambar) mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang pertama.
- 1945 - Perang Dunia Kedua: Adolf Hitler dan Eva Braun membunuh diri di Führerbunker.
- 1948 - 21 negara menurunkan tandatangan di Bogotá, Colombia, mengasaskan Pertubuhan Negara-Negara Amerika.
- 1975 - Askar-askar Vietnam Utara menawan Saigon, menamatkan Perang Vietnam dengan penyerahan tanpa syarat Vietnam Selatan.
- 1993 - CERN mengumumkan yang Jaringan Sejagat akan diberikan percuma kepada semua orang.
- 2004 - Majalah The New Yorker menerbitkan rencana, bertarikh tertunda 10 Mei, memerikan laporan penyeksaan dan penderaan oleh tentera A.S. terhadap tahanan di Penjara Abu Ghraib, Baghdad.
- 2010 - Pameran Sedunia terbesar dalam sejarah Expo 2010 (gambar) dibuka di Shanghai, China.
- 2013 - Selepas bondanya Beatrix turun takhta, Willem-Alexander menjadi Raja Belanda.
Kelahiran
- 1942 - KDYMM Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah ke-29.
- 1966 - Datuk Ahmad Maslan, seorang Ahli Parlimen Pontian.
- 1981 - John O'Shea, pemain bola sepak Royal Antwerp F.C.
- 1985
Kematian
- 2014 - Kartina Dahari, seorang penyanyi wanita dari Malaysia.
- 2020 - Rishi Kapoor, seorang pelakon, pengarah dan produser filem dari India.