(Dilencongkan daripada 13 Desember)
<< | Disember | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 | ||||
2024 |
13 Disember merupakan hari ke-347 (hari ke-348 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 18 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Republik di Malta (1974)
- Hari St. Lucia di Sweden.
Peristiwa
- 1545 - Reformasi Balas: Persidangan Kristian yang diasaskan Paus Paulus III sebagai tindak balas kepada perkembangan Protestantisme, Majlis Trent bermula di Trento, Itali kini.
- 1577 - Sir Francis Drake meninggalkan Plymouth, England, dengan lima kapal dan 164 orang dalam pelayarannya mengelilingi dunia.
- 1769 - Kolej Dartmouth (gambar) di Hanover, New Hampshire, A.S. kini ditubuhkan dengan Piagam Diraja dari Raja British George III dan menjadi universiti terakhir diasaskan di Tiga Belas Koloni sebelum Revolusi Amerika.
- 1862 - Perang Saudara Amerika: Angkatan tentera Kesatuan di bawah Mejar Jeneral Ambrose Burnside ditewaskan dengan teruk oleh pertahanan Gabungan dalam Pertempuran Fredericksburg (gambar).
- 1937 - Perang China-Jepun Kedua: Tentera Jepun pimpinan Jen. Iwane Matsui menawan Nanjing di tanah besar China lalu mula menjarah, membakar, merogol dan membunuh puluh ribuan orang penduduk tempatan selama berminggu-minggu.
- 1981 - Perdana Menteri Poland Wojciech Jaruzelski mengisytiharkan pemerintahan tentera, menggantung kesatuan sekerja Solidarność dan memenjarakan ramai pemimpin kesatuan.
- 2003 - Bekas Presiden Iraq Saddam Hussein (gambar) dijumpai bersembunyi di dalam sebuah lubang oleh tentera A.S. semasa Operasi Subuh Merah dan ditangkap.
- 2007 - Negara-negara anggota Kesatuan Eropah memeterai Perjanjian Lisbon.
- 2008 - Switzerland menjadi negara Eropah ke-25 menyertai Perjanjian Schengen.
- 2011 - Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan lebih seratus lagi cedera dalam serangan bunuh diri di Liège, Belgium.
- 2011 - Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia buat kali kedua, menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin.
Kelahiran
- 1957 - Steve Buscemi, pelakon Amerika Syarikat
- 1989 - Taylor Swift, penyanyi, penulis lagu dan pelakon Amerika Syarikat.
- 1996 - Gabriella Desta, pelakon wanita Indonesia.
Kematian
- 1972 - Abu Bakar Baginda, seorang Menteri Besar Selangor ke-7