Republik Malta ريڤوبليك مالتا | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: Virtute et constantia "Dengan kekuatan dan konsisten" | |||||
Lagu kebangsaan: L-Innu Malti Gita Puja Malta | |||||
Ibu negara | Valletta 35°54′N 14°31′E / 35.900°N 14.517°EKoordinat: 35°54′N 14°31′E / 35.900°N 14.517°E | ||||
bandar | St. Paul's Bay | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Malta,[d] Bahasa Inggeris | ||||
Other language | Bahasa Itali Malta (66% boleh bertutur)[1] | ||||
Kumpulan etnik (2019[2]) |
| ||||
Agama | Katolik | ||||
Kerajaan | Republik berperlembagaan berparlimen unitari | ||||
Myriam Spiteri Debono | |||||
Robert Abela | |||||
Badan perundangan | Parlimen Malta | ||||
Kemerdekaan daripada United Kingdom | |||||
21 September 1964 | |||||
• Republik | 13 Disember 1974 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 316[3] km2 (122 bt2) (ke-185) | ||||
0.001 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2019 | 493,559[4] (ke-167) | ||||
• Bancian Penduduk 2011 | 416,055[5] | ||||
1,457[5]/km2 (3,773.6/sq mi) (kelima) | |||||
KDNK (PPP) | 2019 | ||||
• Jumlah | $22.802 bilion[6] | ||||
$48,246[6] | |||||
KDNK (nominal) | 2019 | ||||
• Jumlah | $15.134 bilion[6] | ||||
$32,021[6] | |||||
Gini (2018) | 28.7[7] rendah · ke-15 | ||||
HDI (2018) | ▲ 0.885[8] sangat tinggi · ke-28 | ||||
Mata wang | Euro (€)[b] ( EUR ) | ||||
Zon waktu | UTC+1 (Waktu Eropah Tengah) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+2 (Waktu Musim Panas Eropah Tengah) | ||||
Format tarikh | dd/mm/yyyy (AD) | ||||
Arah memandu | kiri | ||||
Kod panggilan | +356 | ||||
Kod ISO 3166 | MT | ||||
DPT internet | .mt[c] | ||||
Laman sesawang rasmi gov | |||||
Malta atau nama rasmi, Republik Malta (Malta: Repubblika ta' Malta; Inggeris: Republic of Malta; Jawi: ريڤوبليك مالتا ) ialah sebuah negara kepulauan di selatan Eropah yang terdiri daripada kepulauan di tengah-tengah Laut Mediterranean yang berada betul-betul di selatan Itali. Kedudukannya yang strategik telah menyebabkan Malta dijajah dan diperintah oleh pelbagai kuasa selama beberapa abad.
Penamaan
Asal perkataan Malta adalah tidak jelas dan variasi perkataan itu diambil dari Bahasa Malta. Etimologi yang paling banyak diterima adalah kata Malta itu berasal daripada kata Yunani , meli (μέλι), 'madu'. Orang Yunani kuno menamakan pulau itu Melitē (Μελίτη) yakni 'madu manis', mungkin kerana Malta menghasilkan madu unik dari sebuah jenis lebah endemik di pulau itu. Orang Rom kemudian memanggil pulau itu dengan nama Melita yang dianggap sebagai perumian dari kata Yunani (Μελίτη) atau sebagai adaptasi pengucapan dialek Yunani Dorik bagi perkataan sama Μελίτη.[10]
Sejarah
Malta mendapat kemerdekaan pada 21 September 1964 daripada United Kingdom. Pada asalnya, Malta mengiktiraf Elizabeth II sebagai Ratu Malta, tetapi menjadi republik pada 13 Disember 1974, dan ketua negara digantikan dengan seorang Presiden.
Pada 16 Julai 1990, menteri luar negeri, Guido de Marco memohon agar Malta menyertai Kesatuan Eropah (EU).[11] Sebuah referendum pada 8 Mac 2003 membawa kepada keputusan yang menyokong kemasukan ke EU.[12] Perdana Menteri Eddie Fenech Adami menandatangani perjanjian kemasukan ke EU pada 16 April 2003 di Athens,[13] dan secara rasminya menyertai EU pada 1 Mei.[14] Malta kemudiannya menyertai zon euro pada 1 Januari 2008.[15]
Geografi
Keluasan Malta ialah kira-kira 316 km2, negara kesepuluh terkecil di dunia.[16] Malta ialah sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean dengan tiga pulau utama, iaitu Malta (246 km²), Gozo (67.1 km²) dan Comino (2.8 km2).[17] Pulau-pulau ini sahaja yang dihuni masyarakat negara. Malta tidak memiliki sungai atau tasik yang kekal. Titik tertinggi Malta ialah Ta' Dmejrek dengan ketinggian 253 meter.
Iklim di Malta ialah iklim Mediterrainean.[17] Malta memiliki musim panas bersuhu tinggi dan musim sejuk yang sederhana. Hujan biasanya turun pada musim luruh dan sejuk, dan musim panas di Malta ialah kering secara lazim.
Politik
Malta mengamalkan sistem republik dengan sistem parlimen yang menyerupai sistem Westminster.[18] Presiden Malta bertindak sebagai ketua negara dan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan. Parlimen Malta terdiri daripada satu dewan yang memiliki 67 buah kerusi setakat kini.
Pembahagian pentadbiran
Malta secara asasnya terbahagi kepada lima kawasan dengan pentadibran sendiri yang bertindak sebagai perantara antara kerajaan kebangsaan dan tempatan.[19] Di bawah pentadbiran ini ialah 68 buah badan perbandaran tempatan.
Demografi
Bancian pada 2011 meletakkan angka jumlah penduduk Malta pada 408,000 orang.[20] Jumlah penduduk ini menjadikan Malta sebagai negara paling padat penduduk di Kesatuan Eropah dengan 1,282 orang/km2. Anggaran kadar kesuburan penduduk Malta ialah 1.45 orang anak per perempuan.
Bahasa
Perlembagaan negara mengiktiraf dua bahasa, bahasa Malta dan bahasa Inggeris dengan keutamaan diberi terhadap bahasa Malta.[18]
Agama
Kristian Katolik ialah agama rasmi Malta menurut perlembagaan,[18] dan agama hampir keseluruhan penduduk Malta, yakni kira-kira 93.9% penduduk negara setakat 2018.[21] Kira-kira 4.5% penduduk dikatakan tidak terikat dengan sebarang agama, salah satu angka terendah dalam kalangan negara Eropah.[21]
Lihat juga
- Perhubungan di Malta
- Pelancongan di Malta
- Ketenteraan di Malta
- Pengangkutan di Malta
- Hubungan luar Malta
Rujukan
- ^ "Europeans and their Languages" (PDF). European Commission (dalam bahasa Inggeris). Special Eurobarometer. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2017. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ Diacono, Tim (18 April 2019). "Over 100,000 Foreigners Now Living In Malta As Island's Population Just Keeps Ballooning". lovinmalta.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2019.
- ^ Zammit, Andre (1986). "Valletta and the system of human settlements in the Maltese Islands". Ekistics. 53 (316/317): 89–95. JSTOR 43620704.
- ^ "World Population Day". nso.gov.mt. Malta National Statistics Office. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Ogos 2019.
- ^ a b c Census 2011. National Statistics Office, Malta
- ^ a b c d "Malta". Tabung Kewangan Antarabangsa.
- ^ "Gini coefficient of equivalised disposable income - EU-SILC survey". ec.europa.eu (dalam bahasa Inggeris). Eurostat. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 March 2019.
- ^ "Human Development Report 2019" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). UNDP. 10 Disember 2019. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 22 Mac 2017.
- ^ "Maltese sign language to be recognised as an official language of Malta". The Malta Independent (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2018.
- ^ "Archived copy" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 23 Disember 2017.CS1 maint: archived copy as title (link)
- ^ Grima, Noel (2 October 2011). "Retaining Guido De Marco's Euro-Mediterranean vision". The Malta Independent. Standard Publications Ltd. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 March 2016. Dicapai pada 27 February 2016.
- ^ "Malta votes 'yes' to EU membership". CNN. 9 March 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 March 2003. Dicapai pada 1 October 2014.
- ^ Bonello, Jesmond (17 April 2013). "Malta takes its place in EU". The Times (dalam bahasa Inggeris). Malta. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2016. Dicapai pada 27 Februari 2016.
- ^ "The History of the European Union – 2000–today". Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2007. Dicapai pada 12 October 2007.
- ^ "Cyprus and Malta set to join eurozone in 2008" (dalam bahasa Inggeris). 16 May 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Januari 2009. Dicapai pada 12 Oktober 2007.
- ^ State of the Environment Report for Malta 1998 Diarkibkan 2015-04-02 di Wayback Machine
- ^ a b The Maltese Islands Diarkibkan 3 Julai 2007 di Wayback Machine, Department of Information – Malta.
- ^ a b c "Constitution of Malta". Ministry for Justice, Culture and Local Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 October 2018. Dicapai pada 10 February 2018. - Article 40: "all persons in Malta shall have full freedom of conscience and enjoy the free exercise of their respective mode of religious worship."
- ^ Protokol Lokali u Reġjonali (PDF) (dalam bahasa Malta). Valletta: Dipartiment tal-Informazzjoni. m/s. 5–6. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 June 2012. Dicapai pada 2 April 2015.
- ^ CIA. "Malta". The World Factbook (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Disember 2010.
- ^ a b "MaltaToday Survey | Maltese identity still very much rooted in Catholicism". MaltaToday.com.mt (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2019. Dicapai pada 2019-03-26.
Pautan luar
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Malta. |
- Kerajaan Malta
- Pelancongan Malta
- GuideToMalta.net
- Malta Travel Guide Diarkibkan 2009-09-09 di Wayback Machine
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.