Safura Ya'cob | |
---|---|
Kelahiran | Safura binti Ya'cob 12 September 1972 |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 1996–kini |
Pasangan | Hairie Kool (k. 1998; c. 2001) Sahronizam Noor (k. 2006) |
Anak-anak | 6 |
Ibu | Nariah binti Mat Taheri |
Bapa | Ya'khob bin .... |
Keluarga | Meerqeen (anak saudara) |
- |
Safura Ya'cob | |
---|---|
Genre | Pop |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | BMG Music (1997–2003) NAR Records (2004) |
Pengkarya berkait |
Safura Ya'cob (lahir 12 September 1972) adalah seorang penyanyi, pelakon dan usahawan wanita Malaysia.[1] Beliau merakamkan album yang pertama pada usia 23 tahun menerusi album Sedalam Mana Cintamu pada tahun 1997.[2]
Kerjaya
Nyanyian
Pada awal 1990an, Safura mula menjinakkan diri dalam dunia nyanyian sebagai penyanyi di kelab malam. Hanya pada tahun 1996, beliau mula diikat kontrak oleh BMG Music Malaysia sebagai penyanyi rakaman. Album Sedalam Mana Cintamu terbitan komposer LY menerima nominasi di Anugerah Industri Muzik ke-5 untuk kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik (AIM) dan juga Artis Baru Terbaik. Album itu menjadi hits dan disinambungkan menerusi album susulan berjudul Mencari Mahligai pada tahun 1998. Pada era penghujung 1990an, beliau mempunyai beberapa buah lagu yang menduduki kedudukan nombor satu carta muzik seperti Sedalam Mana Cintamu, Rinduku Semakin Kuat, Jangan Menangis Sayang, Andang Cintaku Menyala dan Dian Asmara. Ketika itu beliau membawakan muzik pop melayu yang mendayu-dayu ciptaan komposer Eddie Hamid. Kerjaya nyanyiannya menjadi pudar apabila beliau tidak lagi berpeluang merakam lagu-lagu baharu setelah tamat kontrak bersama BMG.[3]
Lakonan
Pada tahun 2001 beliau mencuba bakat sebagai pelakon menerusi pementasan Ronggeng Rokiah. Beliau membawakan watak sebagai penari joget bernama Rokiah dan mendapat perhatian ramai. Pada tahun 2003, setelah tamat kontrak bersama BMG, beliau meneruskan karier sebagai pelakon. Lakonan beliau yang pertama adalah menerusi drama bersiri Persatuan Isteri Isteri Tua di RTM2. Puncak kejayaannya sebagai pelakon adalah apabila beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin dan Anugerah Seri Angkasa pada tahun 2006 menerusi watak pelacur dalam drama Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan. Pada tahun 2010 beliau membuat persembahan dalam teater muzikal Terima Kasih Cinta.
Kehidupan peribadi
Safura adalah seorang ibu tunggal ketika mula menceburi bidang seni, kemudian beliau berkahwin dengan penyanyi utama Kumpulan Kool, Hairie Yaacob pada 1998 dan dikurniakan anak keduanya. Pada tahun 2001 keduanya berpisah dan membawa haluan sendiri. Pada tahun 2006, Safura bernikah dengan pelakon Sahronizam Noor dan menerusi perkahwinan ini beliau dikurniakan dua orang anak (seorang daripadanya meninggal dunia selepas beberapa hari dilahirkan).[4]
Safura terkenal sebagai seorang artis yang lantang bersuara. Beliau pernah menyaman penyanyi dangdut Ifa Raziah pada tahun 1998 kerana didakwa memfitnahnya sebagai punca penyanyi dangdut itu terkena buatan orang. Kes tersebut selesai selepas lapan tahun.
Safura mula membuat penampilan bertudung litup pada tahun 2008 ketika muncul dalam drama terbitan pelakon komedi Sheila Rusly.
Gegar Vaganza 5
Pada September 2018, Safura telah membuat kemunculan semula sebagai penyanyi dengan menyertai Gegar Vaganza musim kelima setelah hampir 14 tahun menyepikan diri dari dunia seni muzik tanah air. Ini kerana selama itu beliau aktif sebagai pelakon. Namun rezeki tidak berpihak kepada beliau apabila beliau telah tersingkir di konsert minggu kedua dan sekaligus ia merupakan peserta pertama yang tersingkir daripada program realiti tersebut bagi musim kelima. Berikut persembahan beliau;
Konsert | Tema | Lagu | Ked. |
---|---|---|---|
Minggu 1 | Oh Dia Ke? | "Sedalam Mana Cintamu" nyanyian Safura | 9 |
Minggu 2 | Dalam Diam Aku Mencintaimu | "Diari Biru" nyanyian Mya Ruslee | Tersingkir |
Diskografi
Album Studio
- Sedalam Mana Cinta Mu (1997)
- Mencari Mahligai (1998)
- Selamanya (2001)
- Dia Milikmu (2004)
Album Kompilasi
- Best of Safura (2003)
- The Essential Safura (2011)
Single
Tahun | Judul Lagu | Kedudukan Tertinggi Carta | Album | |||
---|---|---|---|---|---|---|
Era | Muzik.fm | Baik Banget | Muzik-muzik | |||
1997 | "Sedalam Mana Cintamu" | — | — | — | 1 | Sedalam Mana Cintamu |
"Perutusan Hiba" | — | — | — | 4 | ||
1998 | "Bukan Lupa Tapi Tak Ingat" | — | — | — | 6 | |
"Seandainya Kau Jujur" | — | — | — | — | ||
"Gerimis Mengundang 2" duet bersama Ukays |
— | — | — | — | Cuma Aku Yang Hidup | |
"Jangan Menangis Sayang" duet bersama Oney |
— | — | — | — | Nangis Punya! | |
"Rinduku Semakin Kuat" | — | — | — | 5 | Mencari Mahligai | |
"Kala Cinta Itu Buta" | — | — | — | 5 | ||
"Dulu Sayang Kini Benci" | — | — | — | — | ||
1999 | "Cinta Tak Perlu Dirahsia" | — | — | — | — | |
"Cinta Bersulam Dusta" | — | — | — | — | ||
"Andang Cintaku Menyala" duet bersama Ezad Lazim |
— | — | — | 8 | Nangis Punya! 2 | |
"Dian Asmara" | — | — | — | — | Nangis Lagi! | |
2000 | "Gugusan Cinta" duet bersama Eddie Hamid |
— | — | — | — | Koleksi Terbaik Eddie Hamid |
2001 | "Kemarau Berpanjangan" | — | — | — | 11 | Selamanya |
"Lagu Sambaria" | — | — | — | — | ||
"Selamanya" | — | — | — | — | ||
2004 | "Sebelum Ku Mengundur Diri" | — | — | — | — | Dia Milikmu |
"Dia Milikmu" | — | — | — | — |
Filemografi
Filem
- Tentang Bulan (2006)
Telefilem
- Di Pintu Barzakh (2010)
- Parit Jawa (2011)
- Lukisan Kasih (2013)
- Sebelum Mata Tertutup (2021)
- 3 Hari (2022)
- Aida Adha (2022)
- Itulah Takdirnya (2022)
Drama
- Platun Harimau' (2011) sebagai Ibu Lt Fauzi
- Sakti Delima (2011) sebagai Siti Tanjung
- Ustaz Amirul (2011)
- Buaian Kasih (2013)
- Perempuan Dalam Pasungan (2014)
- Cinta Si Egois (2015)
- Asalkan Dia Bahagia (2019)
- TQ Captain (2019)
- Demi (2022)
- Kerana Cinta Itu Ada (2023)
- Akira Khan (2023)
- Andai Itu Takdirnya (2023)
Teater
- Lantai T. Pinkie (2006)
- Gamat (2009)
Muzik Video
- Terlalu Memuja (2019)
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan | Nota |
---|---|---|---|---|
2006 | Anugerah Skrin | Pelakon Wanita Terbaik | Menang | Drama Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan |
Anugerah Seri Angkasa | Pelakon Wanita TV Terbaik | Menang | Drama Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan |
Rujukan
- ^ "Safura - Terharu diberi peluang syarikat rakaman". Utusan Malaysia. 15 Ogos 2004. Dicapai pada 22 Mei 2018.
- ^ "Suami tak sanggup dengar Safura dikritik". Berita Harian. 2 Mei 2018.
- ^ "Safura -- Selamanya temui peminat". Utusan Melayu. 22 Mac 2001.
- ^ "Safura - Anak restu perkahwinan ketiga". Utusan Melayu. 25 Januari 2005.