Amylea Azizan | |
---|---|
عاميليا عزيزان | |
![]() Amylea Azizan | |
Kelahiran | Amylea binti Azizan 26 November 1986 |
Nama lain | Amylea AF , Amylea OIAM |
Pekerjaan | Penyanyi, Komposer, Penulis Lirik, Pelakon |
Tahun aktif | 2005-kini |
Ketinggian | 149 cm (4 ka 11 in) |
Pasangan | Mohammad Aqbar Mohamad (k. 2023) |
Amylea Azizan (lahir 26 November 1986)[1] merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.
Bakat seninya lahir dari rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 3 di Malaysia pada tahun 2005. Amylea mendapat tempat ketiga, Akademi Fantasia 3 . Amylea terkenal dengan frasa "Amazing" dan seringkali disahut oleh peminatnya, "Amazing Amylea”. Amylea pernah melakukan falseto yang mencapai nota bawah teknik siulan pada Konsert Kelima Akademi Fantasia Musim ketiga dalam lagu Hak Milik Kekal, Beliau Memulakan Kerjaya Lakonan Pada Tahun 2022 Menerusi Drama Dendam Seorang Isteri.
Kehidupan awal
Amylea dilahirkan pada 26 November 1986 di Hospital Besar Alor Star dan merupakan anak sulung dari 3 adik beradik. Sekolah pertama ialah Sek Keb Sungai Petani (1) Sekolah terakhir, SMK Mahsuri, Langkawi. Beliau menetap di Langkawi pada tahun 1990 ketika berusia 4 tahun dan berulang-alik sehinggalah keluarga menetap terus pada tahun 2001. Ketika di Tingkatan 5, menjadi Deejay Sambilan di Radio Langkawi selama setahun. Beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 dalam aliran sains matematik tapi kurang berminat
Bila ibunya sakit, terpaksalah Amylea menggantikan tempat ibunya di “Sheraton Perdana”, menjadi Penyanyi di Sheraton Perdana selama setahun - 6 hari seminggu. Kali pertama uji bakat (Akademi Fantasia ) atas dorongan keluarga.
Kerjaya
Amylea memulakan kerjaya seni beliau apabila mula menyertai Akademi Fantasia 3 pada tahun 2005.[2] Selain itu, beliau juga terpilih menyertai One In A Million Musim Ke Tiga saluran TV8. Namun, tersingkir pada konsert mingguan Top 5.[3]
Pada tahun 2009, Amylea akhirnya mengeluarkan album beliau yang berjudul Selepas 3. Hal ini demikian kerana, album ini memakan masa selama 3 tahun untuk disiapkan.[4]
Pada 2017, Amylea telah menyertai pertandingan realiti nyanyian popular Akademi Fantasia Megastar yang buat julung kalinya menghimpunkan seramai 24 alumni terbaik sepanjang 13 musim Akademi Fantasia bersiaran. Namun nasib tidak menyebelahi beliau apabila tersingkir pada minggu ke 2 pada Konsert Homecoming.[5] Dalam pertandingan tersebut, Amylea membawa lagu beliau sendiri yang bertajuk Ku Berserah yang diberi nafas baru dengan sedikit sentuhan R&B.[6]
Akademi Fantasia 3
Minggu | Lagu | Kedudukan |
---|---|---|
Prelude | "If I Ain't Got You" nyanyian asal Alicia Keys | — |
Minggu 1 | "Inikah Cinta" nyanyian asal Sheila Majid | 4th |
Minggu 2 | "Asmara" nyanyian asal Anneke Grönloh | 5th |
Minggu 3 | "Anggapanmu" nyanyian asal Ziana Zain | 4th |
Minggu 4 | "Don't Know Why" nyanyian asal Norah Jones | 4th |
Minggu 5 | "Hak Milik Kekal" nyanyian asal Linda Rafar & Diana Rafar | 5th |
Minggu 6 | "Hati Ini Telah Dilukai nyanyian asal Krisdayanti | 3rd |
Minggu 7 | "Penawar Rindu" nyanyian asal Orchid Abdullah | 3rd |
Minggu 8 | "Dua Insan Bercinta" nyanyian asal Ella | 3rd |
Minggu 9 | "Gemilang" nyanyian asal Jaclyn Victor | 3rd |
Minggu 10 | "Ku Berserah" (lagu baru) | 3rd |
"Sweet Child O' Mine" nyanyian asal Guns N' Roses |
One in a Million 3
Konsert | Tema | Lagu |
---|---|---|
Top 12 | Bebas | "Aku Skandal" nyanyian asal Hujan |
Top 11 | Memori Tercipta | "Akan Tiba" nyanyian asal Alif Satar |
Top 10 | Bebas | "Bohemian Rhapsody" nyanyian asal Queen |
Top 9 | Tribute Penulis Lagu & Lirik | "Yang Pernah" nyanyian asal Estranged |
Top 8 | Lagu Berlawanan Jantina | "I'm Yours" nyanyian asal Jason Mraz |
Top 7 | Bebas | "Satu Dalam Sejuta" nyanyian asal Amylea |
Top 6 | Bebas | "Somewhere Only We Know" nyanyian asal Keane |
Top 5 | Tribute Dato' Sheila Majid | "Dia" nyanyian asal Sheila Majid |
Akademi Fantasia Megastar
Minggu | Tema | Lagu | Kedudukan |
---|---|---|---|
Minggu 2 | Homecoming (Bahagian 2) | "Ku Berserah" nyanyian asal Amylea Azizan | — |
Diskografi
Album studio
Judul album | Butiran album |
---|---|
Selepas 3 |
|
Album lain
Judul album | Butiran album |
---|---|
Best of Amylea |
|
Singles
Tahun | Tajuk | Kolaborasi | Penulis Lirik | Komposer | Album | Catatan |
---|---|---|---|---|---|---|
2006 | "Ku Berserah" | — | Adnan Abu Hassan | Best of Amylea | ||
2008 | "Aku Sindarela" | — | Amylea Azizan | Selepas 3 | OST Drama Aku Sindarela | |
2009 | "Aku dan Mimpi" | — | Amylea Azizan & Isma Yusoof | Amylea Azizan | ||
2010 | "Patung" | — | ||||
2012 | "Wujud" | Roman & Mira Tilu | Amylea Azizan & Ashkravat Verbinski | OST Drama 7 Ramadan | ||
2013 | "Seperti Dia" | — | OST Drama Ramadan Yang Hilang | |||
"Tentang Dirimu" | — | Amylea Azizan | OST Drama Kerana Lelaki Itu | |||
"Menunggu" | — | OST Drama Misiku Kuza | ||||
2014 | "Siapa Diriku" | Nadia Aqilah | Amylea Azizan & Bahri Uma | Amylea Azizan | ||
2018 | "Tak Pernah Hilang" | Kaer Azami | Amylea Azizan | Farouk Roman | OST Drama Nur | |
2019 | "Tetap Kamu" | Megat | OST Drama Nur 2 | |||
2020 | "Hadiah" | — | OST Drama Dendam Cinta Arissa | |||
2022 | "Melepaskanmu" | — | Amylea Azizan | OST Drama Khilaf Asmara |
Lagu ciptaan
Tahun | Tajuk | Penulis Lirik | Komposer | Penyanyi |
---|---|---|---|---|
2008 | "Cantik" | ![]() |
![]() |
Nikki Palikat |
2009 | "Akan Tiba" | ![]() |
![]() |
Alif Satar |
2015 | "Kisah Kita" | ![]() |
![]() |
Sabhi Saddi & Nieyl |
2018 | "Duniaku" | ![]() |
![]() |
Elliza Razak |
2019 | "Bimbang" | ![]() |
![]() |
Marsha Milan |
"Takkan Merubah" | ![]() |
![]() |
Amira Othman & Sufian Suhaimi | |
"Picisan" | ![]() |
![]() |
Adzrin | |
"Pudar" | ![]() |
![]() |
Indah Ruhaila | |
2021 | "Cinta Khayalan" | ![]() |
![]() |
Wany Hasrita |
2022 | "Geming Jiwa" | ![]() |
![]() |
Aufahanie |
2023 | "Selagi Ku Ada" | ![]() |
![]() |
Nabila Razali & Khai Bahar |
2024 | "Satu Cinta" | ![]() |
![]() |
Ernie Zakri |
2025 | "Seribu Tahun Lagi" | ![]() |
![]() |
Imran Ajmain |
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2013 | Frozen | Anna | Suara nyanyian |
2015 | Frozen Fever | Filem pendek, suara | |
2020 | Frozen II | Suara | |
2021 | Vivo | Becky | |
My Little Pony: A New Generation | Pipp Petals | Suara nyanyian | |
Encanto | Dolores Madrigal | Suara |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Centaurworld | Waterbaby & Pawang Pokok | Netflix | Siri animasi, suara nyanyian |
2022 | Dendam Seorang Isteri | Nelissa | Astro Prima | |
Fantasia Inn | Suria Suranti | TV Okey | ||
2023 | Isteri Halal | Noor | Astro Ria | |
2024 | Malang Si Puteri | Qalbu | ||
Berbahagi Suami | Kak Bee | Astro Prima |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Camp Rock | Mitchie Torres | Disney Channel | Suara |
2022 | Sejenis Raya Senariounion | Ain | Astro Warna |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2005 | Akademi Fantasia (musim 3) | Peserta | Astro Ria | |
2008 | One in a Million (musim 3) | 8TV | ||
2017 | Akademi Fantasia Megastar | Astro Ria |
Pencapaian
- Top 12 One In A Million Season 3 (OIAM 3) February 2009
- OST Akan Tiba Rona Roni Makaroni (Januari 2009)
- OST Aku Sindarela (2008)
- Single Aku Sindarela (2008)
- Single Andai Kerna Pasti (2007)
- Top 5 ABPBH 2007 Artis Baru Popular
- Duta Maggi Slurrpp
- Album EVO 05
- Salam Raya AF3
Rujukan
- ^ "Amylea". Universal Music France (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-09-25. Dicapai pada 2021-09-25.
- ^ Sertai akaun anti-AF. Diarkibkan 2019-02-09 di Wayback Machine kosmo. Dicapai 22 Julai 2015.
- ^ Malang buat Amylea. Diarkibkan 2019-02-10 di Wayback Machine utusan Malaysia. Dicapai pada 11 Julai 2016.
- ^ Aku dan Mimpi lagu kisah cinta Amylea. mstar. Dicapai pada 17 Novmber 2017.
- ^ Saya pernah syok sendiri - Amylea Azizan. berita harian. Dicapai pada 11 November 2017.
- ^ Amylea buat yang terbaik. berita harian. Dicapai pada 12 Julai 2018.
Pautan luar
- Amylea Azizan di Instagram