Lenaber Haidir (lahir 16 Julai 1990) atau lebih dikenali sebagai Lena ialah penyanyi Malaysia. Beliau merupakan bekas pelajar dan bintang Akademi Fantasia Musim 9 di mana beliau juga dinobatkan sebagai naib juara dalam program realiti TV popular tersebut.[1]
Lena Haidir | |
---|---|
Nama lahir | Lenaber binti Haidir |
Kelahiran | Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia | 16 Julai 1990
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 2011-kini |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) |
Pengkarya berkait | Hazama, Nera AF9 |
Pasangan | Muhammad Azhar Datu Mohd. Akjan (k. 2013) |
Anak-anak | 2 |
Kehidupan peribadi
Lena telah menamatkan zaman gadisnya dengan mengahwini seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Muhammad Azhar yang dikenalinya sewaktu berada dalam penerbangan yang sama dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah pada 2013. Pada tahun 2014, beliau telah berhijrah dengan memakai hijab.
Akademi Fantasia 9
Pada tahun 2011, Lena mencuba nasib dengan mengikuti ujibakat Akademi Fantasia Musim 9 di mana pada waktu itu AF9 diumumkan sebagai musim yang terakhir. Beliau terpilih di antara 12 orang pelajar yang mengikuti kelas dan proses pembelajaran di dalam program realiti tersebut.[2] Beliau hampir tersingkir di minggu kelapan namun terselamat kerana tiada penyingkiran dilakukan ketika itu. Berikut persembahan beliau : -
Konsert | Lagu | Penyanyi asal | Ked. |
---|---|---|---|
Minggu Tirai | "Lamunan Hati" / "Dag Dig Dug" | Wann / Haiza | - |
Minggu 1 | "Lagu Untuk Kuala Lumpur" | Tom. | Ke-5 |
Minggu 2 | "Kekal" | Ziana Zain | Pertama |
Minggu 3 | "Tiada Tangis Lagi" | Ella | Pertama |
Minggu 4 | "It Must Have Been Love" | Roxette | Ke-3 |
Minggu 5 | "Ku Menunggu" | Rossa | Ke-3 |
Minggu 6 | "Curiga" | Ning Baizura | Ke-3 |
Minggu 7 | "Cinta Sempurna" | Yuna | Ke-3 |
Minggu 8 | "Kisah Hati" | Alyah | Terselamat |
Minggu 9 | "Badarsila" | Dato' Siti Nurhaliza | Ke-2 |
Minggu Akhir | "Dunia" | Bunkface | Naib Juara |
"Sisa Kisah Kita"
(lagu baru) |
Lena |
Diskografi
Album Akademi Fantasia
Tahun | Judul | Label | Nota |
---|---|---|---|
2011 | Bintang AF9 | Astro Entertainment Sdn. Bhd (AESB) | Album bersama finalis AF9 |
Single
Tahun | Judul | Album |
---|---|---|
2011 | "Sisa Kisah Kita" | Bintang AF9 |
2012 | "Bicara Hati" | OST Drama Bicara Hati |
"Emosi vs Emosi" | Single | |
2016 | "Aku Pasrah" | |
2017 | "Sepanjang Hidupku" |
Pencapaian
Tahun | Acara | Kategori | Karya yang dicalonkan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2011 | Akademi Fantasia Musim 9 | — | "Sisa Kisah Kita" | Naib Juara |
Rujukan
- ^ Budiey (Admin) (13 Jun 2011). [1] Sensasi Selebriti. Dicapai pada 13 Jun 2011.
- ^ Budiey (Admin) (29 Mac 2011).[2] Sensasi Selebriti. Dicapai pada 29 Mac 2011.