Bell Ngasri | |
---|---|
Kelahiran | Nasrizal bin Ngasri 30 Ogos 1990 |
Pendidikan | Diploma Penyiaran |
Pusat pendidikan | Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak, pengacara |
Tahun aktif | 1996–kini |
Pasangan | Nur Farhana binti Mahamad Fauri (k. 2007)[1] |
Anak-anak | 3 organic |
Ibu bapa |
|
Saudara |
|
Nasrizal Ngasri (lahir 30 Ogos 1990) lebih dikenali sebagai Bell Ngasri ialah seorang pelakon dan pelawak Malaysia.[2][3] Prolifik dalam televisyen dalam filem di Malaysia sejak 1980-an, beliau memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak, seterusnya memperluaskan bakatnya apabila menginjak dewasa sekaligus dikenali dengan keupayaanya bermain dengan emosi penonton menerusi pelbagai watak lakonannya.[4][5]
Antara filem-filem yang pernah dibintanginya seperti Puteri Impian (1997), Cinta 200 Ela (2002), Castello (2006), Tolong Awek Aku Pontianak (2011), Cicakman 3 (2015), Bulan dan Pria Terhebat (2020) dan 18 Puasa di Kampong Pisang (2021). Nasrizal juga telah berlakon dalam beberapa siri drama TV termasuk Idaman (1998–2001), KL Menjerit The Series (2008), Ahmad Durrah (2010), Pengembaraan Jason Murad (2015), Bibik-Bibikku (2016) dan Kampong Pisang Bersiri-siri (2020–2021). Beliau merupakan anak kepada penyiar terkenal, Ngasri Sain dan adik kepada Naszeli Ngasri serta abang kepada Anne Ngasri dan Darling Ngasri. [6][7][8]
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 30 Ogos 1990 di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.[2] Beliau ialah anak ketiga daripada 6 beradik kepada ibu bapanya, bekas penyampai radio dan artis rakaman suara Ngasri Sain[9][10] dan isterinya, pelakon veteran Habibah Jaafar (kakak kepada Rashidah Jaafar).[2] Adik-beradiknya, Nasliza, Naszeli, Nasreen, Anne dan Nassuhada turut berkecimpung dalam bidang lakonan. Selepas memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nasrizal melanjutkan pelajarannya ke peringkat Diploma dalam bidang penyiaran di Akademi TV3 (kemudian dikenali sebagai Institut Media Integratif Malaysia atau MIIM).[2]
Kerjaya
Mewarisi bakat seni daripada bapanya, Ngasri yang merupakan bekas juruhebah Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan ibunya, Habibah Jaafar (adik pelakon Rashidah Jaafar) yang juga aktif dalam bidang lakonan, Nasrizal memulakan kerjaya lakonan ketika zaman prasekolahnya. Beliau pertama kali diperkenalkan di layar perak dalam filem Yassin (1988) arahan Tan Sri Kamarul Ariffin ketika berusia 7 tahun.[2]
Pada tahun 1988, beliau bersama dua adik-beradiknya, Nasreen (Darling) dan Naszriah (Anne) membintangi iklan sebelum bakat mereka dikesan oleh penerbit drama di RTM dan TV3. Pada tahun 1992, Nasrizal berlakon dalam drama Dam Dam Dum dan Cinta Mastura yang kedua-duanya disiarkan di TV1. Untuk persembahannya dalam Cinta Mastura, beliau dicalonkan bagi kategori Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 1992. Beliau memegang watak tambahan sebagai Kassim dalam filem Perempuan, Isteri & .....? (1993) lakonan Sofia Jane dan Nasir Bilal Khan. Ia turut dibintangi oleh dua adiknya, Darling dan Anne.
Beliau juga berlakon dalam filem Cinta Kita (1995) dengan memegang watak sebagai Epi dan menjadi pelakon undangan dalam sitkom IQ Genius. Pada tahun 1997, Nasrizal berlakon bersama Shaheizy Sam dalam telefilem Pa'e arahan Shaharuddin Sulaiman dengan memegang watak sebagai pelajar sekolah nakal yang bernama Ajoy. Persembahan beliau dalam telefilem ini melayakkan beliau meraih trofi Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin 1998. Dari 1998 sehingga 2001, kerjaya lakonan Nasrizal diteruskan apabila beliau meningkat usia remaja dengan membintangi drama Idaman bersama barisan pelakon lain termasuk Jalaluddin Hassan, Deanna Yusoff, Janet Khoo, Kartina Aziz, Dian P. Ramlee, Sean Ghazi dan Nana Nurgaya.
Beliau juga berlakon bersama Khalid Salleh dengan memegang watak sebagai Shamsul dalam filem Kaki Bakar arahan U-Wei Haji Saari berdasarkan daripada novel Barn Burning karya penulis Amerika Syarikat, William Faulkner. Filem ini ditayangkan pada 1995 di Festival Filem Cannes 1995 yang berlangsung di Perancis, namun tidak ditayangkan di Malaysia sehingga 6 tahun kemudian, iaitu pada tahun 2001. Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Eric Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Rashidi Ishak, Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[11]
Pada tahun 2004, beliau berlakon dalam filem Bisikan Remaja, diikuti oleh telefilem VCD, See You di IPT lakonan kumpulan nasyid UNIC. Nasrizal berlakon dalam dua filem pada tahun 2006, iaitu Castello sebagai Nik dan Cinta sebagai Amin. Dalam filem 1957: Hati Malaya (2007) arahan Shuhaimi Baba, beliau melakonkan watak sebagai bekas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Sardon Jubir. Pada tahun 2007 juga, beliau membintangi drama web Kerana Karina dengan memegang watak sebagai Boy, seorang pendandan rambut.
2008 terus menjadi medan Bell cemerlang di kanvasnya sendiri dengan membintangi drama Ampang Medikal di ntv7, diikuti oleh drama Sutun Kembali Lagi di TV9 dan KL Menjerit The Series di Astro Ria. Tawaran berlakon filem juga diterimanya apabila beliau membintangi filem Antoo Fighter arahan Azizi "Chunk" Adnan dengan memegang watak sebagai Opie.
Beliau berlakon dalam dua filem pada tahun 2010, iaitu filem aksi komedi Kecoh Betul lakonan bersama Saiful Apek, Nabil Ahmad, Diana Danielle dan Yatt Hamzah. Beliau memegang watak sebagai Joe, seorang penghantar pesanan makanan di sebuah restoran makanan segera di ibu kota. Selepas Kecoh Betul, beliau muncul pula dalam filem aksi adiwira Kapoww!! Atoi The Ajaib Boy lakonan bersama Zizan Razak dan Lisa Surihani.
Nasrizal tidak berlakon dalam sebarang drama TV dalam tahun 2012 dan 2013. Bagaimanapun, beliau membintangi beberapa telefilem sepanjang tempoh itu. Antaranya ialah siri telefilem Bedah Tong Gas, Anakku Ghazali dan Mana Kuali Opah?. Satu-satunya filem lakonan beliau dalam tahun 2014 ialah Amir dan Loqman Pergi ke Laut yang menyaksikan beliau pertama kali bekerja di bawah arahan Mamat Khalid. Beliau membuat penampilan khas dalam filem ini.
Beliau berlakon dalam tiga filem pada tahun 2015, iaitu Rumah Pusaka Di Simpang Jalan sebagai Markona, kemudian diikuti oleh Cicakman 3 sebagai Jojo dan Jejak Warriors sebagai Rahim. Pada tahun yang sama, beliau membintangi drama komedi Pengembaraan Jason Murad yang mana isterinya, Farhana Fauri berkhidmat sebagai salah seorang penulis skrip. Pada tahun 2017, beliau membuat penampilan khas sebagai Orang Kampung dalam filem Pak Pong arahan Fauzi Nawawi, seterusnya berlakon di samping Sabri Yunus, Aziz M. Osman, Rab Khalid dan Man Kadir dalam telefilem 16 Puasa dengan memegang watak sebagai Ngas. Ditayangkan pada 8 Jun 2017 di Astro First Eksklusif, ia mengisahkan tentang sekumpulan penduduk kampung yang suka ponteng puasa dan menyembunyikan kegiatan mereka dari pengetahuan keluarga masing-masing. Beliau kembali beraksi dalam kesinambungannya, 17 Puasa pada tahun 2019.
Pada tahun yang sama juga, beliau berlakon dalam filem Hero: Jangan Bikin Panas lakonan bersama Mark Adam dan Hisyam Hamid. Pada tahun berikutnya, beliau berlakon dalam filem Bulan dan Pria Terhebat (2020) lakonan Zahirah MacWilson, diikuti dengan dua filem pendek lakonannya, iaitu Uncle Security dan Cikgu Ganti Dari Kampung. Nasrizal meneruskan kerjasamanya bersama Mamat Khalid dalam siri drama Kampong Pisang Bersiri-siri dan filem 18 Puasa di Kampong Pisang serta beberapa filem arahan Mamat yang lain dengan memegang watak sebagai Barkoba sekaligus watak lakonannya memberi tuah kepadanya dalam kerjaya lakonannya.
Beliau juga mengacarakan rancangan realiti Hijrahkan Laguku bersama Faizal Ismail yang disiarkan di TV Alhijrah dari 2021 sehingga 2022. Penampilan muzik video pertama Nasrizal ialah menerusi muzik video lagu "24434" yang dipersembahkan oleh kumpulan Floor 88. Nasrizal turut membintangi filem pendek terbitan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang bertajuk Cakaran yang disiarkan di saluran YouTube rasmi RISDA.
Kehidupan peribadi
Beliau berkahwin dengan penulis skrip, Farhana Fauri pada 30 Mac 2007.[12][13] Pasangan ini memfailkan perceraian pada 22 Oktober 2008,[14] namun merujuk semula pada Januari 2009.[15] Mereka mempunyai 3 anak, iaitu Nasfazril, Nasfarisya dan Nasfazira.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1988 | Yassin | Filem pertama sebagai pelakon kanak-kanak | |
1993 | Perempuan, Isteri & .....? | Kassim | Pelakon tambahan |
1995 | Cinta Kita | Epi | |
1997 | Puteri Impian | Anak yatim | |
2001 | Kaki Bakar | Kesuma | |
2002 | Cinta 200 Ela | Din | |
2004 | Bisikan Remaja | Mustafa Ayoub @ Bob | |
2005 | Salon | Asmadie | |
2006 | Castello | Nik | |
Cinta | Amin | ||
2007 | 1957: Hati Malaya | Sardon Jubir | |
2008 | Antoofighter: Amukan Drakulat! | Opie | |
2010 | Kecoh Betul | Joe | |
Kapoww | Aboo | ||
2011 | Tolong Awek Aku Pontianak | Pembantu Pak Harun | |
Al-Hijab | Pemuda 1 | ||
2013 | Langgar | Khairul | |
Tanda Putera | Datuk Seri Haji Harun Idris | ||
Balada Pencinta | Jenal | ||
2014 | Amir dan Loqman Pergi ke Laut | Dirinya sendiri | Penampilan khas |
2015 | Rumah Pusaka Di Simpang Jalan | Markona | |
Cicakman 3 | Jojo | ||
Jejak Warriors | Rahim | ||
2017 | Pak Pong | Orang Kampung | Penampilan khas |
2019 | Bella & Jamie | Jay | |
Hero: Jangan Bikin Panas | Ahmad Mustar | ||
2020 | Bulan dan Pria Terhebat | Arab | |
2021 | 18 Puasa di Kampong Pisang | Barkoba | |
Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa | Barkoba | ||
Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun Takut | Pengurus Produksi | ||
Kampung Latah Kena Kuarantin | Abon | ||
Kampong Pisang Kita Setandan | Barkoba | Filem pendek | |
2022 | Gracias Barcelona | Azraf | |
Kampong Pisang Berbuah Dua Kali | Barkoba | ||
Showtime 1958 | Aziz Sattar | ||
Kampung Latah The Mummy | Abon | ||
Seratus | Abang Din | Penampilan khas | |
2023 | Penanggal Mak Kiah | Budin | |
Sumpahan Malam Raya | Ujang | Penampilan khas | |
Gui | Zain | ||
Geng Sakau Vs Hantu Ting Tong | Amir | ||
Hilang | Tonton Original | ||
2024 | Jangan Lupa Aku Cinta Padamu | ||
Pemburu Saka | |||
19 Puasa: Playboys Of Plestik Hitam | Dak Ngas / Barkoba | ||
Zim Zim Ala Kazim | Bell | ||
Siapa Buka Lampu | |||
Harimau Malaya: The Untold Journey | Badar | ||
2025 | 6 Jilake | Kasturi | Pos-produksi |
TBA | Ice Show | Dalam perancangan | |
Bulan dan Pria Terhebat 2 | Arab | Dalam perancangan |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1993 | Ada Ada Saja[16] | Nabil | TV2 | Drama pertama |
1994 | Keluarga Ria: Kedai Kopi[17] | Helmi | TV1 | |
1995 | Sendaloka: IQ Genius[18] | Yusri | ||
1995-1997 | Nur Hikmah | Syafiq | TV2 | |
1998–2001 | Idaman | Amran | Astro Ria | |
2004–2005 | Kekawan | Boy | TV2 | |
2004 | Gerak Khas (Musim 6) | Episod: "Buli" | ||
Begitulah Cinta | TV3 / RCTI | Ditayangkan di Indonesia | ||
2007 | Kerana Karina | Boy | Tonton | Web drama |
Salam Pantai Timur | TV1 | |||
2008 | Novel Latifah | |||
KL Menjerit The Series | Bell | Astro Ria | ||
Pepaya | Mat Senoi | TV3 | ||
2009 | Chef Jo | Azman | ||
Ejen 008 | ||||
Senario | Pelbagai watak | |||
Nabil & Co. | TV9 | |||
Tok Ketua | Nassim | Astro Warna | Sitkom | |
2010 | Gerak Khas (Musim 12) | Sani | TV2 | Episod: "Suspek" |
Jidin | Dazur | TV3 | ||
Ahmad Durrah | Juki | |||
Hani | Tajul | |||
2011 | Antara Maghrib Dan Isyak | |||
Kias Ramadan | Khuzaimi | Episod: "Lejen Raya" | ||
2014 | Sepai | Putat | TV1 | |
Bedah Vs Joyah | Syak/Zamri | TV9 | ||
2015 | Edisi Khas | Pelbagai watak | TV3 | |
Pengembaraan Jason Murad | Hamdan | TV9 | ||
2016 | Aku Bukan Bimbo | Azrul | Astro Ria | |
Bibik-Bibikku | En Zami | TV3 | ||
Diari Cinta Kita | Herman | TV9 | ||
2017 | Gerak Khas (Musim 17) | Joko | TV2 | Episod: "Love Scam" |
Joyah The Series | Syak/Zamri | TV9 | ||
Ops Cinta Din Sardin | Azam | |||
Muzium Misteri | Shah | TV3 | ||
2018 | Shah & Zam | Shah | ||
Bedah vs Joyah | Syak & Zamri | TV9 | ||
Suriram | Akhbar | Astro Prima | ||
2018–2019 | Misteri Jenazah | Arman | ||
2019 | Kereta Sewa | TV3 | ||
Iktibar | Iqbal | Episod: "Tamak Haloba" | ||
2020 | Cinta Pedia | Doktor Cinta | TV Okey | |
Uncle Security | Angel | D Ayu Pictures | Drama pendek | |
Cikgu Ganti Dari Kampung | Bell Loceng | Astro Ceria | Drama pendek | |
One Two Hantu | Awesome TV | |||
Ah How Putus Cinta | Saidin | |||
U-Turn Ke Syurga | Rumi | |||
Pak Kodi 5G (Musim 1) | TV3 | Pelakon undangan | ||
Isteri Misteri | Guard | Viu | ||
Kampong Pisang Bersiri-siri | Barkoba | Astro Citra | ||
2021 | Jenaka Kampung Kalut (J.K.K 6) | Malik | TV3 | Episod: "Homestay" |
Hantu Van Sewa | Awesome TV | |||
Sis Stars Hotel | Baharom | |||
Keluarga Instafamous | ||||
Geng Gajet | Bob | Astro Ceria | ||
Jom Mak, Raya KL | Rafiq | TV3 | ||
B.T.S. – Bujang. Tampan. Selamba. | Tommy | TV9 | ||
Layan Lockdown | Amy | Awesome TV | Sitkom | |
2022 | Cinta Amnesia | Latef | TV3 | |
Mem & Bibik Bibik | Bibik Rocky | |||
Melodi Raya: MELO'DRAMA'DI Raya | Budin | Undangan khas | ||
Pekan Kecil Kampung Terpencil | Amin J | TV1 | ||
2023 | Geng Daddy Daddy | Iskandar | TV3 | |
Presiden Kampung Morten | Man Tapau | Tonton | ||
Misi Seramedi | Abu | TV Okey | ||
Bang... Maznah Datang... | Wancho | Awesome TV | ||
Inspektor Babyface | Helmi | TV2 | ||
Hikayat Pak Belalang | Pak Belalang | Astro Ceria | ||
2024 | Gadis dan Angan Angan | Cikgu Bahasa Melayu | TV3 | |
Kampung Puasa | Astro Ceria |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1992 | Dam Dam Dum[19] | Fikri | TV1 | Telefilem pertama |
Cinta Mastura[20] | Fahmi | |||
1993 | Bunga-Bunga Pulau | |||
1996 | YB & Thuraya[21] | TV3 | ||
1998 | Pa'e | Zulkifli @ Ajoi | ||
2000 | Ramadan Yang Lepas | |||
2002 | Demi | VCD | ||
2003 | Neon | Tokan | Penampilan khas | |
Paling Comel | Wartawan | |||
Bukan Ku Pinta | TV3 | |||
Amukan Puaka | VCD | |||
2004 | See You Di IPT | Norman | ||
Syurga Di Mana | Hisham | TV3 | ||
2005 | Sutun | Shamsul | Astro Ria | |
Jalil Ju | Zik | TV1 | ||
2006 | Anak Kerbau Mati Emak | Tawil | TV1 | |
2008 | Cinta Keropok Lekor | Khairil | TV3 | |
Merdeka Ajis Merdeka Ajit | Ajis | |||
2011 | Cinta Buta | |||
Ku Hijrahkan Doa | TV9 | |||
Sekering Jiwa Ante | Hamzah | |||
2012 | Suami Terpuji | Muda | ||
Bedah Tong Gas | Zamri | |||
Bedah Tong Gas Nak Raya | Zamri | |||
Bila Joyah Masuk TV | Syak Wasangka Daud | |||
Bila Joyah Jadi Jutawan | Syak | |||
Anakku Ghazali | Ghazali | |||
Pendekar Durian Lempuk | Tirikh | Astro Prima | ||
2013 | Bedah Tong Gas Muflis | Zamree | TV9 | |
Mana Kuali Opah? | Suffian | |||
Adi & Meon | Meon | TV2 | ||
Kompang Abang Zabidi | Astro Warna | |||
2014 | Tingkat Atas Tingkat Bawah | Razman | TV9 | |
Bila Joyah Dah Goyah | Syak | |||
2015 | Joyah Tak Balik Malam Raya | |||
Akhil Yang Bakhil | Mat Din | |||
Pagar | Dollah | TV3 | ||
Kerana Lemang | Ajis | TVi | ||
2016 | Cintaku Terkail | TV9 | ||
Kaki Kipas | Shah | |||
Dari Asar Ke Isyak | TV2 | |||
Rongples Rongtaim | Akmal | Astro Citra | ||
Saka Ke Ni? | Din | TV9 | ||
Ok Bah Kalau Kau | TV3 | |||
2017 | Saling | Ajun | TV1 | |
Awak Kat Mana? | TV9 | |||
16 Puasa | Ngas | Astro First Eksklusif | ||
Rindu Yang Tertunda | Ibrahim | TV1 | ||
Kalut Nak Raya | Jeff | Astro Warna | ||
2018 | Din Sardin Beraya | Azam | TV3 | |
Wan Peah Balik Beraya | ||||
Pengantin Lari Culik Artis | Astro Citra | |||
2019 | 17 Puasa | Ngasri | Astro First Eksklusif | |
Saya Jual Ye Bang | ||||
Mana Ada Hantu Malam Raya | TV2 | |||
Gunting Bhavana | Sufian | TV3 | ||
2020 | Terlajak Subuh | Zam | TV1 | |
2021 | Lagenda Puteri Bulan | Laksamana | Astro Ceria | |
Mache Fusion | Chef Menoiq | Awesome TV | ||
2022 | Keranamu Ernie | Mat Jan | TV2 | |
Kerusi Kecil | TV1 | |||
2024 | Hijab Pendosa | Hijab | Astro Ria | |
Ibu Pinjaman | Rizal |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1993 | Sampaikan Specials | Pengacara Jemputan | TV3 | Bergandingan dengan Azwan Ali[22] |
2005-2006 | Diari Anak Seni | Pengacara | TV2 | Bersama Darling Ngasri |
2006 | Melodi Raya | Pengacara Jemputan | TV3 | |
2007-2008 | 3 Hari Dua Balam | Pengacara | TV9 | Bersama Intan Noorsaina |
2010 | Simpang 3 | Pelbagai | TV3 | |
2018 | Di Balik Tawa (Musim 1) | Artis Jemputan | Astro Warna | |
2020 | Bukan Calang-Calang | Pengacara | Awesome TV | Mengacara bersama Scha Alyahya |
2021 | Riuh Family 2 | |||
Hijrahkan Laguku | Pengacara | TV AlHijrah | Mengacara bersama Faizal Ismail | |
2022 | Sepahtu Reunion Al-Raya | Amin | Astro Warna | Episod: "Sambutan Salah Niat" |
Sembang Viral (Musim 2) | Artis Jemputan | TV9 | Episod: "Mulut Laser" | |
2023 | MeleTOP | Pengacara Jemputan | Astro Ria | |
Inspirasi 2024 | Pengacara | TV2 | Mengacara bersama Uyaina Arshad | |
2024 | Melodi | Pengacara Jemputan | TV3 | |
Yak Yak Yey! | Pelbagai | Astro Warna | ||
I Can See Your Voice Malaysia (musim 7) | Panelis | TV3 | bersama Naim Daniel, Riena Diana & Siti Khadijah Halim |
Peserta
Tahun | Tajuk | Kumpulan |
---|---|---|
2011 | Maharaja Lawak Mega 2011 | Comel |
2012 | Super Spontan 2012 | Beruang Comel |
2013 | Maharaja Lawak Mega 2013 (Kerusi Panas) | Shake |
2014 | Maharaja Lawak Mega 2014 (Kerusi Panas) | |
Maharaja Lawak Mega 2014 | ||
2016 | Maharaja Lawak Mega 2016 | |
2019 | Muzikal Lawak Superstar (musim 1) | Libra |
Maharaja Lawak Mega 2019 | Rojak | |
2021 | Maharaja Lawak Mega 2021 | Tobat |
2023 | Dapur Tempur Ra-ra | Dap Err |
Video muzik
Tahun | Tajuk lagu | Penyanyi |
---|---|---|
2022 | "24434" | Floor 88 |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1992 | Anugerah Sri Angkasa 1992 | Aktor Pembantu Terbaik | Cinta Mastura | Tercalon |
1998 | Anugerah Skrin 1998 | Aktor Pembantu Terbaik | Pa'e | Menang |
2021 | Maharaja Lawak Mega 2021 | Kumpulan Tobat (bersama Ropie, Ajak yang menggantikan Shuk Sahar menarik diri minggu ke-2) | Minggu ke-10 (Akhir) | Tempat Ke-5 (Finalis) |
2022 | Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia[23] | Aktor Versatil Pilihan Malaysia | Anugerah Khas | Menang |
2023 | Malam Healing ERA | Anugerah Khas | Menang | |
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Aktor Filem Popular | Tercalon | |
Artis Komedi Popular | Menang | |||
Bintang Paling Popular[24] | Menang[25] | |||
2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Artis Filem Lelaki Popular | Tercalon | |
Artis Komedi Popular | Tercalon |
Rujukan
- ^ "Nasrizal Ngasri (Bell) Kahwini Nur Fahana Muhamad Fauri (Syasya)". Syokkahwin.com. 2007-03-25. Dicapai pada 2008-06-09.
- ^ a b c d e Fariza Saidin (12 Oktober 2009). "Bangga lahir sebagai anak seni". Sinema Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2011. Dicapai pada 5 Ogos 2013.
- ^ "'Santapan' Bell". Kosmo!. 26 Oktober 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Oktober 2008. Dicapai pada 26 Oktober 2015.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (5 September 2019). 'Saya bukan pelakon cerewet' Harian Metro. Dicapai pada 12 Mac 2020.
- ^ Ardini Sophia Sina (7 Mac 2018). Kerja jujur, ikhlas prinsip Bell Harian Metro. Dicapai pada 12 Mac 2018.
- ^ Norhayati Nordin (23 Disember 2014). Guna dialog sendiri Harian Metro. Diperoleh pada 29 September 2014.
- ^ Ardini Sophia Sina (8 Mac 2018). Bell suka melawak Harian Metro. Dicapai pada 30 April 2018.
- ^ Nor Eryani Yusop (1 Oktober 2019). "Bell Ngasri tidak terkilan jadi tempelan". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Oktober 2019. Dicapai pada 25 Mac 2020.
- ^ Norhayati Nordin (25 Julai 2023). "'Ayah saya paling popular' - Bell Ngasri". Harian Metro. Dicapai pada 27 Julai 2023.
- ^ "#Showbiz: My father is the most popular artiste - Bell Ngasri". NST Entertainment (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 26 Julai 2023. Dicapai pada 27 Julai 2023.
- ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
- ^ "Nasrizal, Nur Farhana langsung perkahwinan". Berita Harian. 31 Mac 2007. Dicapai pada 11 Ogos 2022.
- ^ "Bell, Shasha selamat diijab kabul". Harian Metro. 31 Mac 2007. Dicapai pada 11 Ogos 2022.
- ^ Norhashimah Mohd Radzali (25 November 2008). "Pelakon sah cerai talak satu". Berita Harian. Dicapai pada 11 Ogos 2022.
- ^ SS (17 Mac 2009). "Bell, Sasha sudah rujuk". Harian Metro. Dicapai pada 11 Ogos 2022.
- ^ Zulkefli Ali (31 Mei 1993). "Ada Ada Saja papar unsur kekeluargaan". Berita Harian. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
- ^ Ainul Zaharah (19 September 1994). "Two family dramas bow in on TV1". The Malay Mail. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
- ^ Marina Abdul Ghani (17 Oktober 1995). "New series about a boy genius". The Malay Mail. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
- ^ Azwani Abdul Ghani (9 Mac 1992). "Dam! Dam! Dum! mula ambil tempat di RTM". Harian Metro. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
- ^ Ainul Zaharah (2 September 1992). "Nuke bomb hostages". The Malay Mail. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
- ^ Hartati Hassan Basri (3 Jun 1996). "YB & Thuraya penuh simbolik". Harian Metro. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
- ^ "Sampaikan special". New Straits Times. 22 Mac 1993. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
- ^ "Bell Ngasri, Sheikh Muszaphar dinobat personaliti industri pilihan di APIUM 2022". Niaga Times. 4 Ogos 2022. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (31 Julai 2023). "Bell Ngasri menerima hadiah kereta jenis Mini Cooper Clubman S sumbangan pengedar kenderaan import milik Bumiputera, DTC Motors Sdn Bhd di premis syarikat berkenaan di Jalan Ampang". Berita Harian. Dicapai pada 31 Julai 2023.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (21 Julai 2023). "Rakyat Malaysia pilih Bell Ngasri Bintang Paling Popular". Berita Harian. Dicapai pada 21 Ogos 2023.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bell Ngasri |
- Kelahiran 1990
- Pelakon lelaki Malaysia
- Orang hidup
- Orang dari Selangor
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-20
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-21
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pelakon kanak-kanak Malaysia
- Pelawak Malaysia
- Pengacara televisyen Malaysia
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) Anugerah Skrin
- Alumni Institut Media Integratif Malaysia