Kuswadi Bujang atau lebih terkenal sebagai nama pentas beliau Kuswadinata (8 September 1938 – 16 Februari 2013) merupakan pelakon lelaki Singapura-Malaysia.[1] Dilahirkan di Jalan Thomson, Singapura, Negeri-negeri Selat, beliau yang mesra dengan panggilan Pak Kus memulakan kerjaya filem profesional pada 1958. Antara filem-filem terkenal beliau ialah Antara Dua Darjat (1960), Seniman Bujang Lapok (1961), Batu Durhaka (1962), Detik 12 Malam (1979) dan Sikit Punya Gila (1982).
Kehidupan peribadi
Nama Kuswadinata itu hasil daripada gabungan nama salah seorang bapa saudaranya iaitu Nata yang berasal dari Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia seperti ibunya. Sementara bapanya adalah dari Rembau, Negeri Sembilan.
Beliau juga merupakan bekas rakan rapat kepada Syed Mehdzar yang kini tinggal di Subang Jaya. Hubungan yang rapat ini amat berkekalan sehingga sekarang, keluarga Kuswadinata dan Syed Mehzar saling berhubungan sehingga beliau sendiri amat rapat dengan anak sulong Syed Mehzar iaitu Syed Mussidiq.
Kerjaya filem
Memulakan kerjaya sebagai pelakon di Malay Film Productions, Jalan Ampas selepas menghadiri uji bakat oleh pengarah L. Krishnan dan Mahmud Jun pada 1958. Lakonan pertama beliau adalah sebagai pelakon pembantu dalam filem Orang Lichin disamping seniman S. Roomai Noor. Beliau melakonkan watak seorang pembunuh. Setelah berlakon sebagai pelakon pembantu dalam beberapa filem, beliau ditawarkan untuk memegang watak berat dalam filem Antara Dua Darjat bersama P. Ramlee, Saadiah dan Ahmad Nisfu pada tahun 1960. Beliau memegang watak sebagai Engku Hassan, abang tiri Tengku Zaleha lakonan Saadiah.
Beliau juga berlakon dalam filem Indera Bangsawan bersama Jins Shamsuddin, Sarimah dan Haji Mahadi. Watak lakonan beliau yang paling diingati ialah sebagai suami beristeri dua dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan P. Ramlee pada 1961.
Selain berlakon dalam filem tempatan, beliau turut berlakon dalam filem antarabangsa seperti Little Adventure, Pretty Girls dan Beyond Rangoon.
Hingga hari tuanya, beliau aktif berlakon dan filem terbaru lakonan beliau ialah Kala Malam Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid.
Ketika berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke-2 pada 1981, beliau telah dicalonkan untuk merebut anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi watak pendekar purbakala bernama Indra dalam filem Serampang Tiga; namun beliau tewas kepada lakonan hebat Rahim Razali dalam Abang.
Pak Kus berlakon dalam beberapa lagi filem Kacha Permata (1966), Aku Mahu Hidup (1970), Jejak Bertapak (1981), Sikit Punya Gila (1982), Tarik-Tarik (1993), Kaki Bakar (1995), KLU (1999), Lang Buana (2003) dan Jalang (2009).
Kematian
Pada 16 Februari 2013 beliau meninggal dunia di Hospital Ampang akibat masalah buah pinggang dan kanser usus.[2]
Jenazah beliau telah selamat dikebumikan selepas Zohor pada hari Ahad 17 Februari 2013.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1958 | Orang Lichin | Filem pertama | |
Orang Minyak | |||
Rasa Sayang Eh | Samsudin | ||
Selendang Delima | Pegawai Istana | ||
1960 | Antara Dua Darjat | Tengku Hassan | |
1961 | Singapura Dilanggar Todak | Jelatang | |
Indera Bangsawan | Putera Sulong Indera Shahperi | ||
Seniman Bujang Lapok | Abang Kus | Penampilan khas | |
1962 | Norlela | Abdi | |
Ibu Mertua-ku | Bidin | ||
Batu Durhaka | Orang Kaya Nasar | ||
1963 | Budi dan Dosa | Sulaiman | |
Kasih Tanpa Sayang | Mahmud | ||
Korban | |||
Darah Muda | Azman | ||
1965 | Dayang Senandong | Raja Iskandar | |
Pusaka Pontianak | Yusof | ||
1966 | Dahaga | Tony | |
Kacha Permata | Bakar | ||
Anak Buloh Betong | Panglima Toba | ||
1967 | Lampong Karam | Awang | |
A-Go-Go '67 | Nordin BM | ||
1968 | Raja Bersiong | Pengawal Kampung | |
1969 | Keris Emas | ||
1970 | Lubang Neraka | ||
Aku Mahu Hidup | Nor | ||
1973 | Satu Titik Di Garisan | Harun | |
1980 | Detik 12 Malam | ||
1981 | Serampang Tiga | Indra | |
Jejak Bertapak | |||
1982 | Kami | — | Juga sebagai pengolah cerita |
Sikit Punya Gila | Abang Kus | Pelakon undangan | |
1983 | Pertentangan | Amran | |
1987 | Mati Hidup Semula | Ayah Jamal | |
1988 | Pertarungan Iblis Merah | Filem Indonesia | |
1991 | Bayangan Maut | Pengawal Peribadi Taji Samprit 2 | |
Juara | Mat | ||
Kanta Serigala | Ayah Shahrul dan Syakira | Penampilan khas | |
1993 | Tarik-Tarik | Nordin | |
1995 | Beyond Rangoon | Kolonel di Hotel | Penampilan pertama untuk filem Hollywood |
1999 | KLU | Encik Lokman | |
2001 | Kaki Bakar | Tok Empat | Penampilan khas |
The Deadly Disciple | Pengarah Cawangan Khas | Penampilan khas | |
2003 | Lang Buana | Datuk Merewang | |
2004 | Di Ambang Misteri | Uncle Kus | |
2005 | GK3 The Movie | Bronco | |
2007 | 1957: Hati Malaya | Sultan Perak | Penampilan khas |
2008 | Kala Malam Bulan Mengambang | Dr. Rushdi | Penampilan kameo |
2009 | Lembing Awang Pulang Ke Dayang | Pak Long | |
Jalang | |||
2010 | 2 Alam | Pak Haji | |
Janin | Pak Jamal | ||
2011 | Sini Ada Hantu | Pak Hamid | |
Apa Tengok-Tengok | Atuk Adryianna | Penampilan khas | |
2013 | Gangster Celop | Oyangnda | Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta |
Kecoh Hantu Raya Tok Chai | Pak Imam | ||
Penanggal | Penghulu Abdul | ||
2015 | Bravo 5 | Haji Manaf[3] |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1987–1988 | Harimau Rimba | TV1 | ||
1989 | Luk Tujuh | TV3 | Pelakon undangan | |
1996 | Negeri Perak Kota Setia (1874-1875) | TV2 | ||
1998 | Kisah Benar (Musim 16) | Sudin | TV3 | Episod: "Kesan Toksida" |
2000 | Kisah Benar (Musim 19) | Arman | Episod: "Gangguan" | |
2001 | Keris Hitam Bersepuh Emas | TV1 | ||
2004 | Masih Ada Cinta | TV3 | ||
2006 | Badai Pesona Ringgit | TV1 | Pelakon undangan | |
2007 | Anak Pontianak | Dariman | TV3 | |
2010 | Arjuna | Pendita Dzulkarnain | ||
2011 | Juvana | Dato' Wira | Penampilan khas | |
Terowong | Bomoh | Episod: "Cantik" | ||
Beret Hijau | Sjn (B) Ali Komando | TV1 | ||
Serapah Darah Bulan Madu | Pak Putih | Astro Prima | ||
2012 | Tanah Kubur (Musim 4) | Bomoh | Astro Oasis | Episod: "Bomoh Siam" |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1990 | Tangisan Terakhir | TV1 | Telefilem pertama | |
1992 | Suzan | TV3 | ||
Lambaian | ||||
Duri-duri Bandaraya | ||||
1996 | Orang Gaji | |||
2000 | Mega | |||
2002 | Cinta Yana & Addin | VCD | ||
2003 | Misteri Jeram Lesung | |||
Neon | Penduduk Kampung I | Penampilan khas | ||
2004 | Pontianak Dot3 2nd Jibam | |||
2006 | Empayar | |||
2009 | Siti Tivi | Astro Ria | ||
Jiran Che Yam | Pak Halim | TV2 | ||
2010 | Ar-Rayyan | TV3 | ||
2011 | Mariam Anisa | Astro Prima | ||
2014 | Daging Darah | TV1 | Telefilem terakhir |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Biografi: P. Ramlee | Dirinya sendiri | History | Dokumentari |
2011 | Terima Kasih | Astro Prima |
Anugerah dan pencalonan
- Anugerah Pelakon Veteran di Festival Filem Malaysia ke-20 (2007).
Rujukan
- ^ "Perginya Abang Kus..." Berita Minggu. 24 Februari 2013. Dicapai pada 9 November 2019.
- ^ Veteran Actor Kuswadinata Dies :: Bernama.com Diarkibkan 2016-03-04 di Wayback Machine 16 Feb 2013.
- ^ “KITA HENDAKKAN PATRIOTISME YANG SEBENAR” – PENERBIT FILEM PERANG, ‘BRAVO LIMA’[pautan mati kekal]
Pautan luar
- Kelahiran 1938
- Kematian 2013
- Muslim Singapura
- Orang Singapura berketurunan Melayu
- Pelakon Melayu
- Pelakon lelaki Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Minangkabau
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-20
- Warga Studio Jalan Ampas
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Orang dari Singapura
- Orang Malaysia berketurunan Pontianak, Indonesia
- Kematian akibat kanser usus